KHIDMAT TERJEMAHAN

 

Misi anda terhalang disebabkan masalah bahasa? Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedia membantu, menyampaikan mesej dikehendaki, dan seterusnya menjadikan komunikasi anda lebih mudah. Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.

 

KHIDMAT SUNTINGAN

 

Suntingan bertujuan memastikan semua teks diterjemahkan mengikut gaya bahasa yang tepat, di samping mengelakkan kesalahan lain yang biarpun nampak kecil, namun boleh menjejaskan imej serta penampilan syarikat. Kerja ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara cara terbaik untuk memastikan terjemahan yang dihasikan tepat dan berkualiti. Ini penting kerana anda meletakkan risiko reputasi profesional syarikat kepada ketepatan sesebuah dokumen, khususnya yang diterjemahkan dari bahasa lain.

KHIDMAT KEJURUBAHASAAN

 

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa yang mahir dan terlatih secara profesional untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. Bergantung pada permintaan pelanggan, ITNM sedia menerima pelbagai tugasan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang - yang membabitkan acara pelbagai bahasa, atau sebagai jurubahasa pengiring bagi urusan perniagaan dan diplomatik. 

KHIDMAT LATIHAN

 

Jika anda berminat mendalami sesuatu bahasa dan kemahiran menterjemah serta kejurubahasaan, ITNM turut menyediakan khidmat latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana selesa dan menggunakan pelbagai teknik seperti latihan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Semua ini bertujuan menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.

KHIDMAT SARI KATA

 

Anda perlukan khidmat sari kata yang berkualiti? Ini antara kepakaran ITNM yang menterjemah setiap dialog dengan mengambil kira aspek budaya demi memastikan ketepatan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton. Ternyata, menterjemahkan dialog dengan budaya yang berlainan adalah sangat mencabar, dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Inilah kelebihan ITNM yang menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekali gus disesuaikan dengan pemikiran dan budaya masyarakat setempat.

KHIDMAT SOKONGAN

 

Khidmat berikut juga turut ditawarkan atas permintaan pelanggan:

 

1) Atur huruf bahasa asing

2) Percetakan