Artikel

Siaran Akhbar Pelancaran Buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman

04 May 2011
  • Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Goethe-Institut Malaysia melancarkan terbitan usaha sama terkini iaitu buku Tautan (Antologi Puisi Kontemporari Malaysia-Jerman)/Verknüpfungen (Zeitgenössische malaysische und deutsche Lyrik). Majlis pelancaran buku ini disempurnakan oleh Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, pada 30 April 2011, jam 5.00 petang bertempat di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
  • Semenjak 2007, usaha sama antara ITNM dengan Goethe-Institut Malaysia telah berjaya menghasilkan lima karya terjemahan dalam pelbagai genre sastera seperti novel Siddartha dan antologi cerpen Ingin Sebebas Burung (Flugversuch) pada 2007; novel grafik Lat the Kampung Boy (Ein Frechdachs aus Malaysia) pada 2008; serta antologi cerita rakyat berjudul Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman (Märchen und Volksgeschichten aus Malaysia und Deutschland) dan antologi puisi berjudul Sajak-sajak daripada Diwan Barat-Timur (Gedichte aus dem West-Östlichen Divan) pada 2009. Dan kali ini, ITNM dan Goethe-Institut Malaysia meneruskan kesinambungan usaha sama melalui penerbitan buku Tautan (Verknüpfungen). 
  • Tautan (Verknüpfungen) adalah sebuah antologi puisi yang diterbitkan dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan Jerman), yang juga merupakan terbitan usaha sama keenam antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Hasil daripada tenunan dan tautan inspirasi merentas budaya, maka lahirlah buku antologi puisi kontemporari Jerman dan Malaysia ini. Bahasa bukanlah penghalang untuk berkongsi pengalaman manusia, justeru penerbitan buku ini tentu mendapat polanya apabila mata yang penuh rasa ingin tahu menyusuri landskap metafora bait-bait puisi daripada kedua-dua bahasa. Ia adalah himpunan puisi Jerman dan Malaysia moden sejak 50 tahun dahulu.
  • Sejumlah 100 puisi dihimpunkan di dalam buku ini, dan ia adalah hasil karya 35 penulis Malaysia dan 31 penulis Jerman yang dipilih oleh pembaca profesional dan peminat puisi daripada pelbagai terbitan buku dan majalah sepanjang 2009. Berikut adalah senarai penulis serta judul puisi yang terkandung di dalam buku ini:

Penulis Puisi dari Malaysia

1. A. Samad Said
Wunderbarer Ramadhan - Ramadan yang Manis

2. Alina Rastam
Göttlich mit mir - Syahdulah bersamaku
Malaya 2007 - Malaya 2007
Oh Erdlinge - Oh Manusia

3. Anjan Ahzana
Das Märchen vom Paradies dort - Dongeng Syurga Khabarnya di Sana

4. Baha Zain
Klage einer asiatischen Frau - Rayuan Wanita Asia

5. Bernice Chauley
Wie er es einmal ausdrückte ... - Dia Pernah Berkata ...
Bedeutung - Makna

6. Cecil Rajendra
Blütenstaub - Debunga
Requiem - Belasungkawa
Requiem für einen Regenwald - Talkin untuk sebuah rimba

7. Ee Tiang Hong
Familiendialog - Dialog Keluarga

8. Habsah Hassan
Leben - Hidup

9. J.M. Aziz
Dein Gedicht meine Geliebte - Puisimu Buah Hatiku
Meeresblüten - Kembang Selaut

10. Jair Sulai
Stille - Sunyi
Im Schutz Deiner Liebe - Berteduh di bawah Kasih-Mu

11. Jerome Kugan
Durchsichtig - Lut sinar

12. Kasmani Haji Arif
Waisenkinder - Anak Yatim

13. Latiff Mohidin
Wen suchst du? - Siapakah yang Kaucari?
Liebe zu einem Zimmer - Cinta dari Sebuah Kamar

14. Lee Keok Chih
Zahnschmerzen - Sakit Gigi
Träume - Mimpi

15. Lim Kim Hui
Hamburg, unverhofft kam ich hier zu liegen - Hamburg, Tak Kusangka, di Sini Aku Terlantar

16. Lim Swee Tin
Hörst du nicht - Takkah Engkau Mendengar
Ohne Schmerz zu fühlen -Tanpa Merasakan Sakitnya

17. Masuri S.N.
Wenn – Jika
Veränderung - Perubahan

18. Mohammad Yassin Maamur (Punggok)
Mitten im Ozean - Di Tengah Segara

19. Muhammad Haji Salleh
Auch das ist meine Welt - Ini Juga Duniaku
Gastarbeiter - Pekerja Kontrak
Einige Zeilen aus dem Goethe-Museum - Baris-baris dari Muzeum Goethe

20. Narmawarni bt. Abdul Kadir
Warum sie? Warum hast du gerade sie gewählt? - Kenapa Dia? Kenapa Dia yang Kaupilih?

21. Nazim Mohd Subari
Gedicht von einem See - Puisi dari Tasik
Verse der Zeit - Sajak Jam

22. Noor S.I.
Morgentraum - Mimpi Pagi

23. Normah bt. Othman
Ich möchte leben - Aku Ingin Hidup

24. Norzeha Kasbi
Geschichte eines Taxifahrers - Cerita Seorang Pemandu Teksi

25. Raja Rajeswari Seetha Raman
Vom Fenster der Menschheit - Dari Jendela Manusiawi
Wind des Glaubens - Angin Iman

26. Said Zahari
Ein Opportunist - Petualang

27. Salleh Ben Joned
Winterlicher Herbst, mit Entschuldigungen an die Adresse von Rainer Maria Rilke - kepada Rainer Maria Rilke
Im Griff des Ghaib - Dalam Cengkaman yang Ghaib

28. Shahril Nizam
Promenade - Promenade
Wortlastig - Kata-kata

29. Shirley Lim
Frühes Gedicht 1 - Puisi Terawal 1
Frühes Gedicht 2 - Puisi Terawal 2
Stell dir vor - Bayangkan

30. Siti Zainon Ismail
Nachtzug - Malam Kereta api
Schlaf schön - Tidurlah
Sehnsucht - Rindu

31. Usman Awang
Lied und Tanz - Lagu dan Tari
Heutzutage - Zaman Ini
Aus dem Lexikon der Armut - Selembar Kamus Kemiskinan
Töte jenen Traum - Membunuh Mimpi

32. Uthaya Sankar S.B.
Habt keine Furcht, im eigenen Land zu leben - Usah Gentar Tinggal di Pondok Sendiri

33. Wong Phui Nam
Für meine alte Amme - Untuk Pengasuhku
Flussfahrt bei Nacht - Menyusuri Sungai di Malam Hari
Interregnum - Jurang

34. Zaharah Nawawi
Es steht schlecht um Kuala Lumpur - Kuala Lumpur yang Sakit

35. Zurinah Hassan
Ich sollte mich schämen, DIR einen Liebesbrief geschrieben zu haben - Aku Sepatutnya Malu Menulis Surat Cinta pada-MU

Penulis Puisi dari Jerman

1. Albert Ostermaier
Bahasa Ayah (Petikan) - Vatersprache (Aiszug)

2. Barbara Köhler
Ingeborg Bachmann Meninggal Dunia di Rom - Ingeborg Bachmann stirbt in Rom

3. Benjamin von Stuckrad-Barre
Tautan - Verknüpfung herstellen

4. Christine Nöstlinger
Lawanku - Mein Gegenteil

5. Durs Grünbein
Waltz Biologis - Biologischer Walze

6. Ernest Wichner
Jendela Tertutup - Das Fenster zu

7. Ernst Jandl
Isi - Inhalt
Kejayaan - Dder erfolg
Dalam Lena - Im schlaf

8. Eugen Gomringer
Membisu - Schweigen
Kau Biru - Du blau

9. Fredrik Vahle
Untuk Batu di Tanganku - Für den Stein in meiner Hand

10. Gert Jonke
Aku Sering Pergi - Oft gehe ich

11. Günter Eich
Inventori - Inventur

12. Günter Grass
Dugaan Cinta - Liebe geprüft
Seratus Darjah - Bei hundert Grad

13. Hans Magnus Enzensberger
Peralatan Antik - Altes Medium

14. Heinz Rudolf Unger
Senja di Eropah - Abend in Europa

15. Hilde Spiel
Perjalanan Hidup - Lebenslauf

16. Josef Guggenmoos
Ku Berjalan melalui Kampung - Ich geh durch das Dorf

17. Jürgen Becker
Kronik - Chronik

18. Kurt Marti
Sajak Tentang Sajak - Gedicht von gedichten

19. Lutz Rathenow
Dari Setahun ke Setahun - Jahr um Jahr

20. Mascha Kaléko
Kau dan Aku - Ich und Du

21. Paul Maar
Saat Ini - Gegenwart
Masa Depan - Zukunft

22. Peter Maiwald
Hari Hujan - Regentag

23. Peter Turrini
Aku Mahu - Ich möchte

24. Robert Gernhardt
Jiran Perempuan - Die Nachbarin
Kucing dan Tikus - Katz und Maus

25. Rose Ausländer
Nafasku - Mein Atem

26. Thomas Rosenlöcher
Kaku - Stille

27. Ulla Hahn
Dekat - Nähe
Dia Datang - Er kommt

28. Ulrich J. Beil
Kata-kata Asing - Fremdwörter

29. Uwe Timm
Didikan - Erziehung

30. Volker Braun
Chicago! O Percanggahan! - Chicago! O Widerspruch!

31. Wolf Wondratschek
Pabila Kau Bercinta - Wenn du liebst
Selesanya Rumah Ini - Angenehm diese Wohnung

  • Penerbitan karya ini antara lain turut mengangkat tema kemanusiaan yang menyentuh falsafah hidup, pemikiran, prinsip, adat dan budaya kedua-dua bangsa, baik di Malaysia mahupun Jerman. Walaupun pengalaman sosial yang wujud antara masyarakat di Malaysia dan Jerman hampir sama, namun pengalaman peribadi dalam dialog dengan budaya yang lain belum mencukupi untuk mengeratkan hubungan dan jalinan sastera yang ada. Selain itu, penerbitan karya ini juga bakal mengeratkan lagi hubungan penggiat seni dan sasterawan kedua-dua negara melalui jalinan puisi terpilih yang diungkap di dalam buku ini.
  • Rasional kerjasama penerbitan yang dilakukan melalui buku ini juga antara lain sebagai satu simbolik persahabatan dan perkongsian budaya, bagi merangsang semangat globalisasi melalui pertukaran dan pemahaman budaya antara kedua-dua buah negara – Malaysia dan Jerman – yang ditafsirkan melalui puisi. Lebih menarik, puisi yang dikumpul dihasilkan melalui pemerhatian penyair-penyair hebat ini dijadikan wahana penyampaian budaya dan pembentuk pemikiran serta akal budi bangsa, agar kita semua saling memahami dan menghormati keunikan amalan budaya masyarakat di kedua-dua negara.
  • Buku ini boleh didapati di rangkaian kedai buku utama seluruh negara pada harga RM30, atau boleh juga dibeli secara atas talian di laman E-Beli-belah ITNM di ecommerce.itnm.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.itnm.com.my.

Maklumat Berkaitan