Mitos atau realiti? Adakah Islam dan Barat berada dalam pertentangan yang tidak dapat dielakkan lagi? Adakah fundamentalis Islam zaman pertengahan ini fanatik? Adakah Islam tidak serasi dengan demokrasi dan kemodenan? Adakah fundamentalisme Islam itu merupakan ancaman kepada kestabilan dunia Islam dan kepentingan masyarakat Amerika di rantau ini? Inilah antara persoalan kritikal yang timbul hasil daripada rasa curiga-mencurigai dan saling mengutuk yang telah berakar umbi untuk dijawab oleh generasi pada zaman ini. Buku Ancaman Islam akan meletakkan cabaran dan ancaman Islam dalam perspektif yang membincangkan ketokohan Islam sebagai gerakan global dan hubungannya dengan Barat. Kajian kes negara Islam dan gerakan Islam akan menunjukkan perbezaannya dari segi geografi, politik, ideologi dan orientasi organisasi, taktik dan dasar asing serta kebangkitan Islam.
Ancaman Islam: Mitos atau Realiti?