Arkeologi membongkar rahsia tamadun silam. Ketahuilah bagaimana ahli arkeologi menggali lapisan sejarah bagi mencantum semula maklumat silam dan meneliti pelbagai objek, daripada duit syiling Rom yang paling kecil hinggalah ke kuil terbesar. • Terokai khazanah menakjubkan dari makam diraja di Ur dan makam Tutankhamun. • Rasailah ketakjuban apabila melihat kota purba seperti petempatan Lembah Indus yang pertama, Athens semasa zaman kegemilangannya dan ibu kota Aztek, iaitu Tenochtitlan. • Jelajahi juga tinggalan tapak mengagumkan ini dan ketahui bagaimana arkeologi membantu dalam bercerita tentang manusia yang menghuni dunia ini sebelum kita.