Terjemahan buku ini telah berjaya menyampaikan semula penghujahan dan pendedahan penting Lily Zubaidah dalam laras bahasa yang mudah difahami tanpa mengorbankan ketajaman analisis penulis asalnya. Dilema Singapura merupakan kajian yang mengupas kepincangan dan ketidakadilan dari segi peluang ekonomi, politik dan pendidikan akibat dasar diskriminasi dan pilih kasih perkauman yang banyak merugikan orang Melayu. Tujuan Lily Zubaidah menulis buku ini sangat jelas, iaitu untuk menolak satu gagasan teori arus perdana yang selama ini diguna pakai untuk menghuraikan sebab kemunduran Melayu di Singapura. Teori agung yang dipelopori oleh para orientalis mengaitkannya dengan sifat jati diri Melayu yang dikatakan negatif sebagai gologan yang ketandusan budaya. Melalui dapatan di dalam buku ini, maka terdedahlah pelbagai kepincangan dalam perancangan dan pendekatan pembangunan sosial dan ekonomi di Singapura, yang menyebabkan bukan sahaja sebahagian besar orang Melayu tertinggal jauh ke belakang tetapi juga golongan minoriti lain.
Dilema Singapura