ITBM Logo

Gadis Oren

Gadis Oren

Gadis Oren
Orange Girl

Jostein Gaarder
RM 20.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830683997
Tahun terbit: 2009
Jumlah muka surat:

Beli sekarang ›

Georg Roed, berusia lima belas tahun, memberitahu kita ayahnya meninggal dunia sebelas tahun yang lalu ketika usianya empat tahun. Dia tidak menyangka dia akan mendengar suara ayahnya lagi. Akan tetapi, kini dia menulis sebuah buku bersama-sama ayahnya di rumah keluarganya di Humleveien yang terletak di Oslo. Gambar, perabot dan video lama mengimbau kenangannya bersama si ayah tercinta, seolah-olah ayahnya masih hidup. Kini Georg mula menulis kerana sepucuk surat untuk Georg yang ditemui oleh neneknya di dalam pelapik kereta sorong lama. ‘Surat untuk masa depan’ itu disembunyikan oleh ayah Georg supaya dia boleh mengenali ayahnya itu melalui cara yang tidak dapat dilakukannya sebelas tahun yang lalu. Watak yang banyak dikisahkan dalam surat itu bukanlah ayah Georg tetapi si Gadis Oren yang rupawan dan penuh misteri. Georg cuba mencari siapakah gerangannya si gadis itu. Georg juga tertarik dengan keinginan ayahnya untuk mengetahui tentang perkembangan Teleskop Angkasa Hubble dan keupayaannya menyelongkar rahsia alam semesta. Georg tahu bahawa dengan melihat cahaya bintang nun jauh di angkasa, teleskop itu sebenarnya meneropong jauh ke masa lampau.