Buku ini mengumpulkan artikel serta hasil tulisan Ismail Raji al-Faruqi sepanjang lebih dua dekad yang lampau – tentang Islam dan beberapa agama lain, khususnya Kristian dan Yahudi. Dilahirkan di Jaffa, Palestin, pada 1 Januari 1921, al-Faruqi menamatkan pengajian sarjana mudanya di American University, Beirut pada 1941 sebelum kembali ke tanah air dan menjadi Gabenor Daerah Galilee untuk kerajaan Palestin. Namun pada 1948, perpecahan Palestin menjadikannya seorang pelarian, sekali gus meninggalkan parut yang dalam dan banyak mempengaruhi pemikirannya. Hasil tulisannya mencerminkan tekanan perasaan akibat sentiasa berasa terikat kepada Palestin, tanah air, rakyatnya dan sejarah serta budayanya.
Islam dan Kepercayaan Lain