Islam dan Umat Islam berkisar mengenai pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang Islam pada hari ini dan kebimbangannya bahawa umat Islam dalam keadaan kucar-kacir, tidak mampu menghadapi perubahan yang berlaku, lantas umat Islam semakin lama semakin jauh ketinggalan. Kelemahan ini mendorong Islam disalahertikan dan sering dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat, walhal agama Islam begitu mulia dan sering menekankan peri bersederhana dan bertoleransi. Buku ini menyeru umat Islam supaya menyahut cabaran era maklumat dan globalisasi serta mengambil pengajaran daripada sejarah Islam.
Kerjasama Serantau dan Ekonomi Digital
Islam dan Umat Islam