Lebih berbentuk tinjauan, buku ini ditulis untuk menjelaskan anggapan serta nilai budaya dengan menggunakan proses penyelidikan emik (dari dalam), dan dihasilkan berdasarkan kajian kualitatif tentang bagaimana budaya mempengaruhi anggota masyarakatnya dalam membuat tanggapan, berfikir, merasai dan menilai dunia di sekelilingnya. Buku ini juga melatih dan memberikan khidmat rundingan serta kaunseling kepada pengurus Malaysia dan pengurus asing. Diperlihatkan juga nilai serta amalan interaksi di peringkat intrabudaya dalam kumpulan etnik yang sama, di peringkat antara budaya dengan kumpulan etnik yang berlainan di Malaysia, dan di peringkat silang budaya antara pekerja Malaysia dengan pekerja asing.
Ke Arah Glokal