Berdasarkan sumber dari Zaman Pertengahan dan ahli fikir agung seperti Imam al-Ghazali dan Ibn Taimiyyah, buku ini menegaskan bahawa Islam adalah agama dinamik yang memberi ruang untuk penafsiran semula dan pembaharuan. Sebagai cendekiawan Islam yang terkenal berfikiran tajam, Fazlur bertegas bahawa pendidikan tidak seharusnya mempunyai sekatan terhadap perubahan, dan peranan sains dan kemanusiaan adalah penting dalam pembaharuan intelek. Masalah utamanya ialah kurangnya gabungan kreatif dan hubungan organik antara keagamaan tradisi dengan sekular moden – lalu lahirlah dua golongan manusia yang sukar untuk berhubung antara satu sama lain.
Kebangkitan Semula dan Pembaharuan Dalam Islam