Buku ini menghuraikan cara rantau ini menjadi penggerak yang kian berkuasa dalam ekonomi sejagat melalui hubungan strategik dan kerjasama serantau. Apabila abad ke-20 melabuhkan tirainya, Lingkaran Pasifik menjadi enjin utama yang menggerakkan pertumbuhan ekonomi dunia. Kini kita sedang menyaksikan peringkat saling bergantungan ekonomi dan kemusnahan penghalang aliran modal serta pengaliran maklumat dan teknologi melepasi sempadan. Dengan faktor penggerak ke arah ekonomi sejagat, integrasi pasaran dan kongsi niaga, nescaya akan mengubah cara perniagaan dijalankan di serata dunia.
Lingkaran Pasifik dalam Abad Ke-21