Anda ingin berjaya dalam perniagaan? Pastkan anda membuat keputusan yang terbaik, masalah diselesaikan dengan sepenuhnya dan binalah idea yang kreatif dan bebas. Membuat Keputusan & Strategi Menyelesaikan Masalah akan membantu anda menguasai proses praktikal yang mendasari tindakan membuat keputusan yang berkesan, menyelesaikan masalah & berfikir secara kreatif. Latihan senarai semak dan kajian kes turut disediakan untuk membantu anda:
• Cara minda berfungsi
• Membentuk rangka untuk membuat keputusan
• Berkongsi keputusan bersama orang lain
• Mempelajari strategi menyelesaikan masalah
• Menjana idea melalui sumbang saran
• Menjadi lebih kreatif dan berfikir di luar kotak
• Menjadi pemikir praktikal yang berkesan
Jika anda mencapai jalan buntu, Membuat Keputusan & Strategi Menyelesaikan Masalah akan membantu anda bangkit dan menyahut cabaran menerusi idea baru dan menentukan bentuk tindakan yang patut diambil.
Membina Kemahiran Kepimpinan Anda