Pengurusan merupakan suatu seni dan sains. Sains dalam erti kata kesejagatannya dari segi konsep, kaedah dan teknik, tetapi seni dari segi penerapannya dalam keadaan tertentu yang dibentuk dan dipengaruhi oleh budaya tempatan. Pengurusan di Malaysia merupakan buku yang julung-julung kali diterbitkan tentang pengurusan am yang meninjau aspek pengetahuan dalam bidang pengurusan di Malaysia. Antara bidang pengurusan yang dipaparkan adalah Kewangan, Pengeluaran, Pemasaran dan Sumber Manusia. Bidang yang semakin penting seperti Teknologi Maklumat dan Etika pengurusan turut dibincangkan. Buku ini merupakan rujukan yang amat baik kepada mereka yang mempelajari bidang pengurusan sarna ada di universiti, kolej mahupun institusi latihan selain menjadi sumber berguna kepada pengamal pengurusan