Penyarikataan: Satu Kaedah Penterjemahan Audiovisual mengutarakan hal yang berkaitan dengan sari kata. Buku ini merupakan pelopor kepada bahan bacaan dan rujukan dalam bidang penyarikataan – diterbitkan oleh ITNM agar dapat dijadikan bahan rujukan terkini bagi individu yang terlibat dalam industri penyediaan sari kata.
Turut dibincangkan dalam buku ini adalah sifat koheren dalam penterjemahan audiovisual, sikap penonton sasaran dalam penerimaan sari kata dan aplikasi kecerdasan pelbagai dalam latihan penyarikataan.
Buku ini merupakan pelopor kepada bahan bacaan dan rujukan dalam bidang penyarikataan. Ia amat sesuai dan berguna kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang ini seperti penyedia sari kata televisyen dan filem selain pelajar yang mengikuti kursus sari kata. Dengan terbitnya buku ini, diharap ia akan menjadi panduan kepada penyedia sari kata untuk menghasilkan sari kata yang lebih baik dan berkualiti.
Penyarikataan Satu Kaedah Penterjemahan Audiovisual
Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu
Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I
Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II
Penterjemahan dan Bahasa Isyarat
The Sustainability of The Translation Field
Kelestarian Bidang Penterjemahan