Berdasarkan kajian kes terhadap beberapa syarikat seperti Marshall Industries, FedEx, Industry.Net, Amazon.com, Citius Belgium dan TradeZone, buku ini mengetengahkan isu penting yang dihadapi pengurus masa kini ketika melangkah memasuki dunia perniagaan baru. Sambil meninjau peluang serta risiko yang ada, buku ini memberikan contoh bagaimana syarikat inovatif membangunkan kelebihan daya saingnya dengan menjalankan perniagaan menerusi Internet. Selain itu, ia juga menunjukkan bagaimana syarikat boleh mengatur perniagaannya dengan mengkategorikan pelbagai alat dan model perniagaan perdagangan untuk mengembangkan strategi pemasaran Internet. Turut dipaparkan adalah beberapa senario yang menyingkap masa depan perdagangan elektronik antara syarikat-dengan-syarikat.