Buku ini mengetengahkan peranan teknologi dalam usaha kita mencari erti kehidupan dan melihat pengalaman warga Amerika yang dikatakan hidup dalam Zon Mabuk Teknologi – apabila budayanya kian tersebar menerusi teknologi – daripada TV, wayang, muzik hinggalah Internet dan permainan elektronik. Selain mendedahkan kehidupan masyarakat Amerika yang tepu dengan teknologi dan inovasinya yang memusnahkan, buku ini turut memaparkan panduan serta cara mengurangkan kesan negatifnya terhadap budaya.