Adakah kamu ingin tahu apa yang dilakukan oleh ahli astronomi? Atau mungkinkah kamu bercita-cita ingin menjadi ahli astronomi?
Bacalah buku Ahli Astronomi ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang:
- Peranan ahli astronomi - hari ini dan masa hadapan.
- Ahli astronomi yang terkenal.
- Latihan yang perlu dijalani oleh seorang ahli astronomi.
- Di mana ahli astronomi bekerja.
- Alam semesta yang menakjubkan.
- Teleskop Angkasa Lepas Hubble.
Anda juga pasti terhibur dengan ciri-ciri istimewa buku ini. Antaranya ialah:
- Kajian kes.
- Wawancara dengan ahli astronomi.
- Pelbagai aktiviti menarik.
- Halaman "Saksikanlah" yang memaparkan tempat yang boleh dilawati untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.