Asas Sains merupakan buku sains pertama untuk murid Tahap Satu yang diterbitkan khusus untuk membantu pembelajaran dalam kerja sains.
Tajuk ini menggalakkan kanak-kanak untuk mendengar bunyi yang berbeza dan bunyi yang kita dengar sehari-hari, termasuk pelbagai bunyi yang dikeluarkan oleh badan kita. Kanak-kanak akan mengetahui bagaimana telinga memberitahu kita dari mana datangnya sesuatu bunyi dan bagaimana bunyi dapat memastikan kita selamat. Kanak-kanak diperkenalkan dengan pelbagai perkataan yang kita gunakan untuk menerangkan tentang bunyi dan boleh merakam cerita berbunyi mereka sendiri.
- Teks yang ringkas, gambar foto khas dan reka bentuk yang menarik.
- Soalan menggalakkan kanak-kanak untuk menyatakan pandangan mereka tentang topik sains.
- Kata kunci dijelaskan dalam bahagian kosa kata.
- Nota tambahan untuk ibu bapa dan guru.
- Carta digunakan mengikut kesesuaian.
Asas Sains: Tenaga Elektrik
Asas Sains: Bahan
Asas Sains: Bunyi dan Pendengaran
Asas Sains: Cahaya dan Kegelapan
Asas Sains: Daya dan Pergerakan
Asas Sains: Kesihatan dan Tumbesaran