Persoalan yang diucapkan oleh penyair sangat rapat dengan perasaan dan emosinya sebagai perempuan yang berjiwa sangat halus, tetapi dia bukanlah perempuan yang polos. Penyair seorang pemikir dan sangat pemerhati orangnya bukan sahaja tentang pengalaman diri, keluarga dan kehidupan perempuan dalam hubungan dengan lelaki, tetapi juga kehidupan masyarakat bangsanya.
Semua yang dilihat, dialaminya dan difikirkannya tak lepas daripada saringan perasaan dan pertimbangannya sebagai wanita yang sangat filosofikal. Dia tidak membuat keputusan negatif yang getir tentang sesuatu persoalan, tetapi cuba mencari alasan terhadapnya walaupun menolaknya. Dalam lembut dia berkata tidak. - Baha Zain.
Facing the Harbour