Kelestarian Bidang Penterjemahan adalah himpunan kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan mengenai tema yang sama, berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos 2009 di Pulau Pinang. Himpunan kertas kerja ini membincangkan beberapa topik khusus seperti teori dan teknik penterjemahan, terjemahan mesin, terjemahan dan media, terjemahan dan pendidikan, terjemahan kesusasteraan, terjemahan teks khusus dan dokumen rasmi, interpretasi untuk kaum istimewa, kamus dan terjemahan, unsusr-unsur budaya dalam terjemahan, dan terjemahan dalam penerbitan dan perniagaan.
Ada antara kertas kerja ini yang berbentuk konseptual, tetapi kebanyakannya adalah laporan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pengarangnya, ataupun laporan yang didasarkan pada pengamatan mereka dalam menjalankan usaha masing-masing sebagai penterjemah atau interpretor.
Pada sisi lain, himpunan kertas kerja ini juga mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang dilakukan dalam banyak bahasa. Oleh yang demikian, perkara yang dibincangkan dalam kertas yang berlainan ini dapat dimanfaatkan oleh pengkaji dan pengamal penterjemahan secara umumnya.
Penyarikataan Satu Kaedah Penterjemahan Audiovisual
Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu
Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I
Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II
Penterjemahan dan Bahasa Isyarat
The Sustainability of The Translation Field
Kelestarian Bidang Penterjemahan
Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I
Kelestarian Bidang Penterjemahan