Mencari dan Menggunakan Minyak

Mencari dan Menggunakan Minyak

Mencari dan Menggunakan Minyak
Why Science Matters: Finding and Using Oil

John Coad
RM 20.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830687452
Tahun terbit: 2011
Jumlah muka surat: 54

Beli sekarang ›

Mengapakah kita perlu mempelajari sains? Buku ini menunjukkan bagaimana sains yang kita pelajari di sekolah penting bagi setiap aspek kehidupan seharian kita. Menggunakan kajian kes dan penyelidikan, buku ini menerangkan perkembangan sains dan teknologi yang boleh memperbaiki kehidupan kita - atau membawa kepada cabaran saintifik baharu dan kontroversi.

Dalam buku Mencari dan Menggunakan Minyak, kita akan ketahui bagaimana sains dan teknologi membantu kita mencari, menapis dan menggunakan bahan yang juga dikenali sebagai "minyak hitam". Kita akan mempelajari kepentingan memahami kimia hidrokarbon, bagaimana minyak diasingkan menjadi bahan api yang berguna dan bagaimana ia menjadi asas plastik. Kita akan turut membincangkan tentang simpanan minyak dunia, kemapanan dan kelangsungan pergantungan terhadap minyak sebagai bahan api.