Buku untuk bacaan umum ini ditulis berdasarkan dua tujuan khusus. Pertama, untuk berkongsi pengetahuan dengan masyarakat umum tentang masalah dan cacat pendengaran, serta bahasa isyarat. Kedua, untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum tentang bidang penterjemahan dan kaitannya dengan pembentukan, penggunaan dan pembangunan bahasa isyarat dan kejurubahasaan di Malaysia. Buku ini diharap akan memberi manfaat besar kepada komuniti yang bermasalah berpendengaran dan masyarakat umum selain menjadi pencetus kepada bidang penterjemahan di negara ini. Buku ini membincangkan maklumat umum cacat pendengaran, perkaitan antara cacat pendengaran dengan bahasa isyarat, penterjemahan dan bahasa isyarat serta kejurubahasaan isyarat yang berlaku dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik dalam hal pendengaran. perbincangan juga dikaitkan dengan dasar kerajaan iaitu Dasar Sosial Negara dan tanggungjawab sosial korporat terhadap komuniti ini.
Penyarikataan Satu Kaedah Penterjemahan Audiovisual
Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu
Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I
Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II
Penterjemahan dan Bahasa Isyarat
The Sustainability of The Translation Field
Kelestarian Bidang Penterjemahan