Terlerai dan Berkecai

Terlerai dan Berkecai

Terlerai dan Berkecai
Things Fall Apart

Chinua Achebe
RM 30.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789830685519
Year Published: 2010
Total pages: 255

Buy Now ›

Terlerai dan Berkecai mengisahkan dua buah cerita yang saling berkait, yang kedua-duanya bertumpu kepada Okonkwo, "orang kuat" sebuah kampung Ibo di Negeria. Kisah pertama, sebuah dongeng yang berkesan tentang konflik yang telah wujud berzaman-zaman antara individu dengan masyarakat, menyoroti kejatuhan Okonkwo daripada kegemilangan dunia puak.

Kisah kedua, yang lebih moden berbanding kisah pertama, melibatkan pertembungan budaya dan kemusnahan dunia Okonkwo dengan kedatangan mubaligh Eropah yang agresif.

Kedua-dua kisah yang diharmonikan dengan sempurna ini diceritakan melalui keupayaan merangkumkan kehidupan alam semula jadi, sejarah manusia serta dorongan jiwa yang penuh misteri dalam satu karya.