ITBM Logo
Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa yang mahir dan terlatih secara profesional untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia.
Kami menjamin khidmat suntingan berkualiti tinggi, anda boleh menghela nafas lega kerana setiap tugasan akan disunting editor berpengalaman dan disemak pruf beberapa kali demi memastikan ia bersih daripada sebarang kesilapan.
ITBM turut menyediakan khidmat latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana selesa dan menggunakan pelbagai teknik seperti latihan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem.
Kelebihan ITBM yang menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekali gus disesuaikan dengan pemikiran dan budaya masyarakat setempat. Hasilnya, sari kata yang terpapar mampu memberikan kepuasan sama seperti pengalaman menonton jalan ceritanya.
ITBM turut menawarkan khidmat berdasarkan permintaan pelanggan seperti atur huruf, percetakan, dan pengesahan dokumen (bahan rasmi/undang-undang).

Informasi

Kursus ITBM

Artikel

Kerjaya