
CARANYA:
Langkah 1 Beli sebarang buku ITBM terbitan 2012/2013 di gerai ITBM semasa PBAKL 2013. Tulis ulasan buku ITBM di blog atau Facebook peribadi. Lengkapkannya dengan maklumat buku yang diulas dan no. resit pembelian.
Langkah 2 Salin (copy) alamat sumber URL blog atau Facebook yang menyiarkan ulasan buku tersebut. Layari http://www.facebook.com/rakanITBM, tulis judul ulasan dan tampal (paste) alamat URL ulasan pada 'ruangan status' di "Dinding" (Wall) laman Facebook ITBM.
Langkah 3 Sila klik "Kirim" (Post) dan ulasan buku anda akan terpapar di Facebook ITBM.
SYARAT PENYERTAAN
a) Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan ITBM.
b) Peserta boleh mengirimkan seberapa banyak ulasan buku, tetapi setiap ulasan perlu asli dan bersumberkan buku terbitan ITBM yang berlainan.
c) Pihak penganjur berhak mencetak atau mempamerkan maklumat serta gambar penyertaan untuk sebarang tujuan pengiklanan dan promosi, atau mengumumkan nama pemenang dalam media cetak mahupun elektronik bagi tujuan yang berkaitan.
d) Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang penyertaan atau rayuan bagi membatalkan keputusan tidak akan dilayan.
HADIAH:
Tempat pertama
1 x Samsung Galaxy Note II dan baucar buku 10x nilai buku yang diulas
Tempat Kedua
1 x Samsung Galaxy Camera dan baucar buku 8x nilai buku yang diulas
Tempat Ketiga
1 x iPad Mini dan baucar buku 5x nilai buku yang diulas
Saguhati
7 x Baucar buku bernilai RM100
Tarikh tutup penyertaan : 25 Mei 2013
Sila klik di sini untuk Ringkasan Harga Pentender Cadangan Pengubahsuaian dan Menaik Taraf di Tingkat 2 Wisma ITBM.
Sila klik di sini untuk Ringkasan Harga Petender Kerja Membangunkan Aplikasi Kewangan Berdasarkan Standard Accounting System Agencies (SAGA)
Sila klik di sini untuk Ringkasan Harga Petender bagi Tender Perkhidmatan Pelenggaraan Perkakasan, Perisian dan Sistem Rangkaian ICT ITBM.
Sila klik di sini untuk Ringkasan Harga Petender bagi Tender Infrastruktur ICT ITBM.

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) yang merupakan persidangan dwitahunan ini, kali pertamanya diadakan pada 1984 dengan inisiatif Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas kesedaran terhadap peri pentingnya penterjemahan dalam usaha pemindahan ilmu pengetahuan. Penterjemahan merupakan wahana komunikasi ilmu yang utama bagi membina kemajuan negara, bangsa dan agama bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Justeru, tujuan mengadakan persidangan di peringkat antarabangsa ini adalah bagi memupuk pertukaran gagasan, ilmu, pengalaman, dan pada masa yang sama mempererat kerjasama dalam kalangan para ilmuan, ahli bahasa, penterjemah, penulis, penerbit, editor, pengajar dan pelajar di seluruh dunia bagi menerokai ilmu, teori, teknik yang terkini dalam bidang penterjemahan yang berkaitan demi meningkatkan kualiti terjemahan secara menyeluruh. Pada kali ke-14 ini, Persidangan Penterjemahan Antarabangsa akan diadakan di Pulau Pinang dari 27-29 Ogos 2013. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang telah diberikan penghormatan sekali lagi untuk menjadi penganjur dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi persidangan ini di ppa14atf.usm.my

TAHNIAH! Berikut adalah 10 peserta yang terpilih untuk menyertai "Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom" anjuran ITBM dan PENA:
1. Dayana Hj. Chacho
2. Elavarassan A/L M. Suppiah
3. Gina Yap Lai Yoong
4. Mohamad Khairulnizam Bakeri
5. Mohamad Shamsul Amin Md Yusof
6. Mohd. Hafizul Faiz Hashim
7. Muhammad Syukri Sapuan
8. Nik Azri Nik Mohamed Arriff
9. Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri
10. Wan Muhammad Hanif Wan Abd Hamid
Semua peserta ini akan berangkat ke London pada 9 Mac 2013 untuk mengikuti bengkel dan semua program yang dikendalikan oleh Awang Goneng di sana. Semoga 10 peserta ini akan merancakkan kemeriahan dunia sastera Malaysia pada masa akan datang.

Keputusan tender/sebut harga Projek Pengubahsuaian dan Menaik taraf Pejabat ITBM (Tingkat 1) melibatkan
i. Jabatan Buku Malaysia
ii. Bahagian Kewangan & Perolehan
iii. Bahagian Pengurusan & Sumber Manusia
Sila Klik di sini untuk ringkasan keputusan.

Dapatkan diskaun 30% untuk buku terbitan ITBM menerusi pembelian secara dalam talian di ecommerce.itbm.com.my.untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-41451870.

Jualan eksklusif buku terbitan ITBM yang tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles' untuk International Rights 2012 di Fankfurt Book Fair 2012.
Hubungi 03-4145 1870 untuk maklumat lanjut.

Dapatkan buku kanak-kanak dan remaja terbitan ITBM di ecommerce.itbm.com.my dengan tawaran diskaun 30%. Istimewa 'Jualan Sempena Cuti Sekolah' bermula 10 - 30 November 2012.
Hubungi 03-4145 1871 untuk maklumat lanjut.

Istimewa untuk pelanggan E-Beli-belah ITBM.
Sila layari ecommerce.itbm.com.my untuk menikmati tawaran ini.
Tawaran ini sah untuk pembelian secara dalam talian menerusi ecommerce.itbm.com.my pada 3 - 9 November 2012.

Tawaran istimewa!
Dapatkan buku The Precious Gift hanya RM200.00!
Tawaran dibuka bermula 3 - 10 Oktober 2012 untuk pembelian secara dalam talian (online) menerusi ecommerce.itbm.com.my atau di Galeri ITBM, Wangsa Maju.
Hubungi kami di talian 03-41451870 untuk maklumat lanjut.

Jualan buku pilihan Anugerah Terjemahan Negara 2012.
Dapatkan sekarang dengan potongan harga sebanyak 30% melalui pembelian secara dalam talian di ecommerce.itbm.com.my atau di Galeri Buku ITBM, Wangsa Maju.
Hubungi 03-41451870 untuk pertanyaan lanjut.
Tawaran sah sehingga 11 Oktober 2012.

Dapat buku Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Budak Beca karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) terbitan ITBM dengan harga RM46.00 berbanding harga asal RM65.00 sempena meraikan ulang tahun Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ke-19. Tawaran ini hanya sah bagi pembelian di Galeri Buku ITBM ataupun secara dalam talian (online) menerusi ecommerce.itbm.com.my pada 14 - 21 September 2012.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Jualan & Pemasaran Buku di talian 03-4145 1800.

Dapat terbitan ITBM dengan harga istimewa sempena meraikan ulang tahun Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ke-19 dengan berbelanja di Galeri Buku ITBM ataupun secara dalam talian (online) menerusi ecommerce.itbm.com.my pada 14 - 21 September 2012.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Jualan & Pemasaran Buku di talian 03-4145 1800.
-540x258.jpg)
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 seperti maklumat berikut:
Tarikh : 4 September 2012 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi hingga 4.30 petang
Lokasi : Wisma

Hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ITBM 2012 dan dapatkan tawaran diskaun hebat untuk setiap pembelian buku terbitan kami pada 4 September 2012.

PELBAGAI PILIHAN BUKU MENARIK UNTUK ANDA
TROLI BELIAN/SHOPPING CART
DAFTAR MASUK/LOGIN
DAFTAR KELUAR/CHECK OUT
BAYARAN & PENGHANTARAN/PAYMENT & DELIVERY

Bagi memudahkan anda memberi maklum balas, sila klik pada pautan berikut:
1. E-mel ITBM
2. Emel kedai buku utama

ITBM akan menganjurkan Majlis Pelancaran 30 Judul Karya Asli ITBM yang akan disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 3 Julai 2012.

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENERBIT BUKU MALAYSIA...
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) sedang menyenarai calon dan memilih karya-karya terbaik Malaysia untuk dibawa ke luar negara melalui 50 Best Malaysian Titles for International Rights 2012.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.50bestmalaysiantitles.org.my.
Tarikh tutup pencalonan : 30 Jun 2012
-540x307.jpg)
Seminar Penterjemahan: Penterjemahan dalam Kesusasteraan Melayu
19 Jun 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Institut Terjemahan & Buku Malaysia akan menganjurkan Seminar Penterjemahan : Penterjemahan dalam Kesusasteraan Melayu pada 19 Jun 2012 di Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Ini merupakan penganjuran Seminar Penterjemahan yang kedua oleh ITBM pada tahun ini selepas menganjurkan Seminar Penterjemahan : Hak Penterjemah, Hak Cipta & Etika dalam Penterjemahan pada 16 Februari 2012 yang lalu.
Untuk penganjuran kali ini, ITBM membawakan Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh dan Dr. Georges Voisset untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan penterjemahan dalam kesusasteraan Melayu.
Antara objektif seminar adalah :-
Klik di sini untuk mendapatkan borang pendaftaran atau hubungi :-
Yuran penyertaan minimum dikenakan kepada peserta seperti berikut:
ATUR CARA SEMINAR PENTERJEMAHAN : PENTERJEMAHAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU (19 JUN 2012)
|
Masa |
Perkara |
|
8:30 – 9:00 pagi |
Ketibaan Peserta dan Pendaftaran |
|
8:45 pagi |
Ketibaan Tetamu Kehormat |
|
9:00 – 9:05 pagi |
Kata Alu-Aluan Pengacara Majlis |
|
9:05 – 9:15 pagi
|
Ucapan Alu-Aluan Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif ITBM |
|
9:15 – 10:45 pagi |
Sesi 1 The Lips of the World : French Comparative Literature and the Malay World Pembentang : Dr. Georges Voisset Moderator : Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh |
|
10:45 – 10: 55 pagi |
Sesi Soal Jawab |
|
10:55 – 11:15 pagi |
Rehat |
|
11:15 pagi – 12:45 t/hari
|
Sesi 2 Sarjana Perancis dan Pantun Melayu (French Scholars and The Malay Pantun) Pembentang : Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh Moderator : Encik Rahimidin Zahari |
|
12:45 – 1:00 petang |
Sesi Soal Jawab |
|
1:00 – 2:30 petang |
Makan Tengah Hari & Solat Zuhur |
|
2:30 – 4:15 petang
|
Sesi 3 Penterjemahan Hikayat Hang Tuah : Hang Tuah Bercakap Oghang Putih (Hang Tuah Speaks The White Man’s Tongue) Pembentang : Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh Moderator : Encik Rahimidin Zahari |
|
4:15 – 4:30 petang |
Sesi Soal Jawab |
|
4:30 petang |
Kudapan Petang |
Klik di sini untuk muat turun aturcara dalam format Word.
Untuk memuat naik poster seminar ini dalam format Jpeg, sila klik di sini.

CARA MENYERTAI:
HADIAH
Hadiah utama: Perodua Alza dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah kedua : Motosikal Modenas MR1 dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah ketiga : Basikal dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah Slogan Paling Popular : Samsung Galaxy Note
Hadiah keempat : Samsung Galaxy Tab 10.1” dan baucar buku bernilai RM200
Hadiah kelima dan enam : Kindle Touch 3G dan baucar buku ITBM bernilai RM200
Hadiah ketujuh hingga sepuluh : Sony Portable PlayStation (RM900) dan baucar buku ITBM bernilai RM200
Hadiah Sagu hati: 10 x Baucar buku ITBM bernilai RM100

CARA MENYERTAI:
HADIAH
Hadiah pertama : IPhone 4S dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah kedua : Samsung Galaxy Tab 7.7” dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah ketiga : BlackBerry Bold 9790 dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah keempat & lima : Baucar buku ITBM bernilai RM200
Hadiah sagu hati : 5 x Baucar buku ITBM bernilai RM100
SYARAT PENYERTAAN

CARA MENYERTAI:
HADIAH
Hadiah pertama : RM3,000
Hadiah kedua : RM2,000
Hadiah ketiga : RM1,000
Hadiah sagu hati : RM500 ( tujuh pemenang)
*Nota: Hadiah disediakan bagi kategori sekolah rendah dan menengah
SYARAT PENYERTAAN
Sekretariat Peraduan Hasilkan Novel Grafik
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E,
Seksyen 10, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Nota:
*Buku Siri Kreatif ITBM boleh didapati di Kedai Buku ITBM yang terletak di Wisma ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju, di rangkaian kedai buku utama seluruh Malaysia atau melalui pembelian secara dalam talian di laman E-Beli-belah ITBM di http://ecommerce.itnm.com.my/.
** Sila klik di sini untuk borang penyertaan.

1) Keputusan tender/sebut harga pembelian desktop dan laptop ITBM. Sila klik di sini.
2) Keputusan tender/sebut harga pembelian kamera video ITBM. Sila klik di sini.

LATAR BELAKANG
Anugerah Terjemahan Negara diadakan setiap tiga (3) tahun sekali bagi mengiktiraf peranan penterjemah sebagai menghargai usaha mereka yang menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa Melayu. Pengiktirafan ini secara tidak langsung akan menjadi galakan kepada usaha penterjemahan yang berkualiti dan dapat dihasilkan secara berterusan pada masa akan datang. Anugerah ini juga akan diangkat sebagai anugerah berprestij dan penting dalam industri penterjemahan Negara kerana ia satu-satunya anugerah yang diadakan untuk mengiktiraf hasil kerja penterjemah yang sememangnya komited bagi membuktikan kepelbagaian bahasa bukanlah penghalang untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam mencerdikkan akal budi anak bangsa.
HADIAH
Anugerah Tokoh Terjemahan
1 x RM10,000 berserta sijil
Anugerah Karya Terjemahan Terbaik (bagi setiap kategori)
7 x RM5,000 berserta sijil
Anugerah Penghargaan (bagi setiap kategori)
7 x RM2,000 berserta sijil
KATEGORI ANUGERAH
Anugerah ini terbahagi kepada tujuh (7) kategori bidang teks:
- Kreatif
- Umum (bahan bacaan motivasi, popular dan lain-lain)
- Sains, Teknikal & Matematik Perubatan
- Sains Sosial
- Agama
- Media & Rencana
- Bacaan Kanak-kanak (kreatif & umum)
KRITERIA PENILAIAN
Anugerah Tokoh Terjemahan
Anugerah Tokoh Terjemahan merupakan satu kategori khas untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan calon dalam bidang penterjemahan. Tokoh akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:
- Individu yang memberi sumbangan besar dalam bidang penterjemahan di Malaysia;
- Individu yang boleh dirujuk dalam bidang penterjemahan;
- Individu yang pernah menghasilkan karya terjemahan; dan
- Individu yang keterlibatannya memberi impak besar dalam bidang penterjemahan di Malaysia.
Anugerah Karya Terjemahan Terbaik / Anugerah Penghargaan
Anugerah ini diberikan berdasarkan mutu terjemahan yang tinggi dengan ciri-ciri berikut sebagai asas penilaian:
- Karya terjemahan yang dihasilkan dapat menyampaikan mesej asal dengan jitu, lancar dan berkesan;
- Karya terjemahan yang dihasilkan memberi kesan yang sama atau hampir sama dengan kesan teks sumber;
- Bahasa yang digunakan indah, bersahaja dengan pilihan perkataan atau istilah dan kolokasi yang sesuai; dan
- Karya terjemahan yang dihasilkan mempunyai mutu penerbitan yang cemerlang.
SYARAT PENYERTAAN
§ Terbuka kepada semua penterjemah warganegara Malaysia.
§ Penyertaan dibuka kepada penterjemah dan penerbit yang menterjemah dan menerbitkan buku ke dalam bahasa Melayu bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2009 hingga 2011.
§ Penyertaan yang dihantar hendaklah karya yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu dan diterbitkan di Malaysia.
§ Penyertaan dihantar hendaklah karya yang diterbitkan buat kali pertama dari tahun 2009 hingga 2011.
§ Semua penyertaan / karya yang dihantar mestilah telah mendapat kelulusan hak cipta untuk penterjemahan dan penerbitan daripada penerbit asal (lesen yang sah perlu dikemukakan).
§ Setiap karya terjemahan yang dihantar mestilah dikemukakan bersama-sama dengan karya asal (dua salinan bagi setiap penyertaan).
§ Penterjemah dan penerbit boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan mestilah menggunakan borang yang berasingan.
§ Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
§ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2012.
§ Penyertaan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
SEKRETARIAT PENGANJURAN
Anugerah Terjemahan Negara 2012 ITBM-PPM
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITNM, No. 2 Jalan 2/27E,
Seksyen 10, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Untuk borang pencalonan / penyertaan, sila klik di sini.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Anugerah Terjemahan Negara 2012 ITBM-PPM, sila hubungi:
Nurul Ashikin Alias di talian 03-4149 7210 (samb. 270) atau e-mel: ashikin@itnm.com.my.
Shaharwati Saad di talian 03-4149 7210 (samb. 278) atau e-mel: shaharwati@itnm.com.my.

Jabatan Buku Malaysia
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E,
Seksyen 10,Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
atau
Persatuan Penulis Nasional Malaysia
Rumah PENA, 961-7,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)

Nota : Tertakluk kepada terma & syarat.

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan mengadakan “Seminar Penterjemahan : Hak Penterjemah, Hak Cipta & Etika dalam Penterjemahan”. Seminar yang julung kali dianjurkan oleh ITBM ini adalah ilham daripada Profesor Madya Dr. Hasuria Che Omar, Felo Bersekutu ITNM.
Penganjuran seminar ini antara lain bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat dan kepentingan untuk mengetahui hal-hal yang berkaitan tentang hak penterjemah, hak cipta dan etika dalam penterjemahan. Selain itu, seminar ini akan turut menghimpunkan dan menemukan individu yang terlibat secara langsung dalam bidang penterjemahan khususnya yang melibatkan badan-badan, syarikat dan sumber rujukan yang mempunyai kepentingan tersendiri dalam kerjaya seseorang penterjemah.
Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai atau menamakan beberapa kakitangan daripada agensi masing-masing untuk turut serta dalam seminar ini. Berikut adalah butirannya:
Tarikh : 16 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Dewan Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Tentatif Program
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta
8.25 pagi : Ketibaan tetamu kehormat
8.30 pagi : Kata alu-aluan pengacara majlis
8.35 pagi : Bacaan doa
8.40 pagi : Ucapan pembukaan oleh Pengarah Urusan ITBM, Encik Mohd Khair Ngadiron
8.45 pagi : Sidang 1
Berkarya dan Menterjemah : Satu Perkongsian Pengalaman oleh Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh
9.30 pagi : Minum pagi
9.45 pagi : Sidang 2
Memahami Hak Penterjemah, Hak Cipta dan Etika dalam Penterjemahan oleh Profesor Madya Dr. Hasuria Che Omar
Prinsip dan Pendirian Pemberi Tugas/Penerbit Tentang Hak Cipta dan Etika dalam Penerbitan Karya Terjemahan oleh Encik Sakri Abdullah
11.00 pagi : Sidang 3
Penterjemah Sebagai Pembuat Keputusan oleh Siti Hajar Baharuddin & Shakirah Mohd. Zain
Keseimbangan Hak antara Penulis, Penterjemah dan Penyunting oleh Dr. Dahlina Daut Mohmud
12.45 t/hari : Makan tengah hari
2.30 petang : Sidang 4
Harta Intelek, Akta Hak Cipta dan Keperluan Pengawasannya oleh Mohamed Fairuz Mohd Pilus
3.30 petang : Sesi Dialog : Prospek Penerbitan Buku Terjemahan di Malaysia
Pembicara : 1) Puan Ainon Mohd (Pengerusi Kumpulan PTS)
2) Encik Amir Muhammad (Penulis Prolifik/Penerbit Fixi)
Moderator : Tuan Syed Nurulakla Syed Abdullah
4.30 petang : Penutup dan minum petang
5.00 petang : Majlis bersurai
Yuran Penyertaan
RM30.00 (orang awam)
RM20.00 (pelajar)
*Termasuk makan dan bahan seminar
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Norhasydah Ayub, 03-4149 7210 samb. 263 / 019-274 3836, atau e-mel : shida@itnm.com.my
Nurul Ashikin Alias, 03-4149 7210 samb. 270 / 019-384 2099, atau e-mel : ashikin@itnm.com.my
Sila klik di sini untuk mengisi borang penyertaan.
Nota: Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kos mahupun kemudahan perjalanan dan penginapan untuk peserta.

KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000
KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Rozlan Mohamed Noor)
atau
URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Rumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)

Bagi setiap pembelian buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin hasil karya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, 20 pembeli terawal berpeluang bertemu dan mendapatkan autograf buku tersebut secara langsung daripada beliau.
Peluang ini terbuka kepada umum sehingga 20 November 2011 (Ahad).
Cara-caranya:
Sinopsis buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin boleh dibaca di sini.

Tarikh: 3 Disember 2011 - 7 Januari 2012 (30 jam kredit / 6 minggu - setiap Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Wisma ITNM
Bayaran: RM 850.00 (Pendaftaran Awal) / RM 999.00
a) Melatih tenaga penterjemah bahasa Cina - Melayu
b) Memupuk persefahaman antarbudaya melalui terjemahan
c) Menggalakkan aktiviti menterjemah bahasa Cina - Melayu
Peserta akan didedahkan dengan teori dan pendekatan penterjemahan Barat dan Cina, tatabahasa bahasa Cina- bahasa Melayu, kesalahan tatabahasa dalam terjemahan bahasa Cina-bahasa Melayu, terjemahan teks undang-undang dan terjemahan teks sastera kreatif.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang bengkel ini.

Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tan Sri / Puan Sri / Datu / Dato' / Datin / Tuan / Puan ke Majlis Salam Aidilfitri pada hari Khamis, 22 September 2011 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.30 petang bertempat di Wisma ITNM, No.2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
- 019 263 7988 Cik Shaharwati / e-mel: shaharwati@itnm.com.my
- 017 366 1757 Cik Nadiah / e-mel: nadia@itnm.com.my

NOTIS MAKLUMAN
ITNM akan ditutup untuk sebarang urusan bermula hari Isnin, 29 Ogos hingga hari Jumaat, 2 September.
Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan, Wisma ITNM akan ditutup untuk sebarang urusan bermula hari Isnin, 29 Ogos hingga hari Jumaat, 2 September bersesuaian dengan cuti umum pada 30 Ogos 2011 hingga 1 September 2011. Sebarang urusan berkaitan ITNM akan bermula seperti biasa pada hari Isnin, 5 September.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya” kepada semua umat Islam dan kepada semua rakyat Malaysia, “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan”.
TAJUK: CADANGAN PENGUBAHSUAIAN DAN MENAIK TARAF JABATAN TERJEMAHAN DI TINGKAT 3
NO. TENDER: ITNM/JKP/2011 (03)
TARIKH TUTUP: 3 OGOS 2011
|
Bil. |
Nombor |
Syarikat |
Harga |
Jangkamasa |
|
1 |
13/40 |
600,326.00 |
10 |
|
|
2 |
26/40 |
627,265.00 |
8 |
|
|
3 |
8/40 |
658,045.00 |
8 |
|
|
4 |
1/40 |
660,575.00 |
12 |
|
|
5 |
21/40 |
666,789.00 |
10 |
|
|
6 |
18/40 |
667,722.50 |
10 |
|
|
7 |
35/40 |
670,184.00 |
8 |
|
|
8 |
36/40 |
683,780.00 |
8 |
|
|
9 |
6/40 |
690,645.00 |
12 |
|
|
10 |
34/40 |
695,000.00 |
8 |
|
|
11 |
5/40 |
699,066.00 |
10 |
|
|
12 |
28/40 |
700,000.00 |
12 |
|
|
13 |
11/40 |
707,105.10 |
12 |
|
|
14 |
39/40 |
730,000.00 |
8 |
|
|
15 |
24/40 |
735,000.00 |
8 |
|
|
16 |
9/40 |
735,088.20 |
8 |
|
|
17 |
23/40 |
740,602.00 |
10 |
|
|
18 |
31/40 |
744,881.00 |
8 |
|
|
19 |
38/40 |
750,393.80 |
10 |
|
|
20 |
15/40 |
751,493.00 |
12 |
|
|
21 |
14/40 |
752,000.00 |
4 |
|
|
22 |
30/40 |
757,644.20 |
12 |
|
|
23 |
12/40 |
762,778.80 |
14 |
|
|
24 |
4/40 |
769,357.00 |
12 |
|
|
25 |
25/40 |
775,327.20 |
15 |
|
|
26 |
22/40 |
775,384.00 |
11 |
|
|
27 |
17/40 |
779,198.18 |
11 |
|
|
28 |
3/40 |
782,496.00 |
10 |
|
|
29 |
37/40 |
783,321.37 |
12 |
|
|
30 |
40/40 |
793,400.70 |
10 |
|
|
31 |
7/40 |
798,000.00 |
8 |
|
|
32 |
19/40 |
799,027.00 |
9 |
|
|
33 |
20/40 |
804,604.00 |
8 |
|
|
34 |
29/40 |
824,962.00 |
14 |
|
|
35 |
16/40 |
844,298.00 |
16 |
|
|
36 |
10/40 |
868,116.75 |
- |
|
|
37 |
27/40 |
890,222.00 |
10 |
|
|
38 |
33/40 |
892,374.00 |
12 |
|
|
39 |
2/40 |
907,243.00 |
20 |
|
|
40 |
32/40 |
1,045,964.00 |
24 |
Untuk muat turun, sila klik di sini.
TAJUK: CADANGANKERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN DAN MENAIK TARAF BILIK PEJABAT UNIT PENERBITAN DI TINGKAT 2
TARIKH TUTUP: 29 JUN 2011
RINGKASAN – BUKA PANGGILAN SEBUT HARGA
|
Bil. |
Nombor Rujukan |
Syarikat |
Harga (RM) |
Jangkamasa Siap Kerja |
|
1 |
3/11 |
|
90,814.00 |
4 Minggu |
|
2 |
6/11 |
|
95,795.00 |
4 Minggu |
|
3 |
1/11 |
|
97,386.00 |
4 Minggu |
|
4 |
8/11 |
|
107,307.50 |
6 Minggu |
|
5 |
5/11 |
|
111,616.00 |
6 – 8 Minggu |
|
6 |
11/11 |
|
120,000.00 |
4 Minggu |
|
7 |
9/11 |
|
120,800.00 |
4 Minggu |
|
8 |
10/11 |
|
129,014.50 |
6 Minggu |
|
9 |
7/11 |
|
143,188.00 |
4 Minggu |
|
10 |
4/11 |
|
147,853.80 |
4 Minggu |
|
11 |
2/11 |
|
149,316.00 |
45 Hari |

Senarai 10 video terbaik Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 adalah seperti berikut:
* Susunan senarai di atas adalah mengikut turutan abjad, bukan mengikut perolehan markah.
Semua 10 video terbaik akan dimuat naik di laman Facebook ITNM untuk anda "Like" / "Suka". Video yang menerima jumlah "Like" / "Suka" terbanyak akan dipilih sebagai "Video Paling Popular" yang layak menerima hadiah istimewa daripada ITNM.

Pihak ITNM akan menghubungi pihak sekolah yang tersenarai dalam 10 Video Terbaik untuk menghadiri Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 yang akan diadakan kelak.
NOTA: Jumlah "Like" / "Suka" tidak akan mempengaruhi keputusan juri untuk memilih tiga (3) pemenang hadiah utama untuk memenangi wang tunai keseluruhan bernilai RM130,000.

Tarikh : 29 - 30 Jun 2011 (12 jam)
Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM 270.00
Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:
a) Borang Pendaftaran Segera
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964
Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut.
Tel: 03-4149 7210 (Samb. 263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my

Tarikh :
a) Intensif: 27 Jun - 2 Julai 2011 (30 jam)
b) Sambilan: 8, 9, 15, 16, 22 & 23 Julai 2011
Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM2,000.00
Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:
a) Borang Pendaftaran Segera
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi emel: kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964
Daftar segera, tempat adalah terhad!
Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut
Tel: 03-4149 7210 (263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my

Tarikh : 1, 2, 8 & 9 Julai 2011 (4 hari)
Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM450.00
Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:
a) Borang Pendaftaran Segera
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi emel: kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964
Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut.
Tel: 03-4149 7210 (Samb. 263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my
Sila klik di sini.
Sila klik di sini.

|
Tarikh |
: |
30 April 2011 (Sabtu) |
|
Masa |
: |
5.00 petang |
|
Lokasi |
: |
Pentas Utama (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) |
|
Disempurnakan oleh |
: |
Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh |
Tautan (Verknüpfungen) adalah sebuah antologi puisi yang diterbitkan dalam dwibahasa (Melayu dan Jerman), yang juga merupakan terbitan usaha sama keenam antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Kesemua puisi yang terkandung di dalam buku ini adalah hasil karya 35 penulis Malaysia dan 31 penulis Jerman yang dipilih oleh pembaca profesional dan peminat puisi daripada pelbagai terbitan buku dan majalah sepanjang 2009.
Penerbitan karya ini antara lain turut mengangkat tema kemanusiaan yang menyentuh falsafah hidup, pemikiran, prinsip, adat dan budaya kedua-dua bangsa, baik di Malaysia mahupun Jerman. Walaupun pengalaman sosial yang wujud antara masyarakat di Malaysia dan Jerman hampir sama, namun pengalaman peribadi dalam dialog dengan budaya yang lain belum mencukupi untuk mengeratkan hubungan dan jalinan sastera yang ada. Selain itu, penerbitan karya ini juga bakal mengeratkan lagi hubungan penggiat seni dan sasterawan kedua-dua negara melalui jalinan puisi terpilih yang diungkap di dalam buku ini.
 kecil-341x1024.jpg)
Wawancara Sofa Putih ITNM Istimewa ini diadakan dengan mengundang YB. Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) & Dato' Hussamuddin Yaacub (Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia [MABOPA]) bagi membincangkan situasi penerbitan buku di Malaysia yang masih lagi belum mencapai kadar penerbitan buku yang disarankan oleh UNESCO, iaitu 0.1 peratus daripada jumlah populasi penduduk.
Justeru, sesi Wawancara Sofa Putih ITNM Istimewa ini mengundang dua individu yang akan berdiskusi dan mencari idea bagi merealisasikan serta memastikan sasaran 26,000 judul buku tercapai dalam masa terdekat ini.

Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011, ITNM akan menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai menarik penyertaan dan kunjungan orang ramai ke gerai jualan ITNM. Berikut adalah perincian bagi aktiviti yang akan dianjurkan ITNM pada PBAKL 2011:
Peraduan ini telah dianjurkan pada tahun 2010 dan ia dianggap sebagai aktiviti berbentuk intelektual yang berjaya menghargai pembaca tegar bagi buku terbitan ITNM. Kali ini ia dinamakan ‘Peraduan Ulas Buku ITNM di Blog/Facebook’ .
Justeru, pada tahun ini peraduan ini dicadangkan perlaksanaannya semula atas tujuan yang sama. Ia akan bermula pada 22 April 2011 dan berakhir pada 15 Mei 2011, dua (2) minggu selepas PBAKL berakhir.
Syarat penyertaan bagi peraduan ini adalah seperti berikut:
a) Pembelian minimum RM25 untuk setiap penyertaan (satu ulasan).
b) Peserta perlu menyiarkan ulasan buku ITNM yang ingin dipertandingkan di blog atau di akaun Facebook peribadinya dan dipautkan ke Facebook ITNM.
c) Peserta perlu memaklumkan butiran nama dan no. resit pembelian untuk setiap ulasan yang dikemukakan. Contoh adalah seperti berikut:
|
Tajuk ulasan buku___________________ |
Hadiah
Pemenang akan diumumkan dalam tempoh sebulan selepas acara selesai dipertandingkan. Ia akan diumumkan dalam sebuah majlis ringkas ITNM.
Pemenang akan dipilih melalui pemilihan peringkat dalaman oleh pengurusan ITNM berpandukan markah setiap ulasan yang diberi oleh juri profesional yang dilantik ITNM.
Peraduan ini diadakan untuk menghargai pembaca buku terbitan ITNM khususnya bagi yang memberikan komen yang bernas dan membina secara kreatif berkaitan buku yang dihasilkan ITNM. Komen berkenaan perlu dibuat di laman Facebook ITNM. Peraduan ‘Buku ITNM: Apa Komen Anda?’ ini akan bermula pada 22 April 2011 dan berakhir pada 15 Mei 2011, dua (2) minggu selepas PBAKL berakhir.
Pelanggan ITNM boleh terus menyertai peraduan ini selepas membeli buku dengan mengemukakan komen berkenaan di Facebook ITNM menggunakan kemudahan Internet yang disediakan di gerai jualan ITNM.
Syarat penyertaan bagi peraduan ini adalah seperti berikut:
a) Pembelian minimum RM15 untuk setiap penyertaan (satu komen).
b) Peserta perlu menulis komennya mengenai buku ITNM di akaun Facebook.
c) Komen tidak melebihi 25 patah perkataan.
d) Peserta perlu memaklumkan butiran nama dan no. resit pembelian untuk setiap ulasan yang dikemukakan. Contoh adalah seperti berikut:
|
Nama peserta@komen ITNM/7878 6767 1221__________________________________ |
Hadiah
Pada tahun ini, ITNM tidak menganjurkan sebarang pertandingan yang berkaitan dengan PBAKL. Bagaimanapun, ITNM akan mengambil peluang untuk mempromosikan pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan yang dilancarkan pada 4 April 2011.
Pertandingan ini akan dipromosikan dengan mempamerkan poster peraduan di sudut buku Sains dan Matematik. Malah buku Sains dan Matematik akan disusun mengikut kategori peringkat Menengah dan Rendah bagi memudahkan pelanggan memilih bahan untuk menyertai pertandingan ini.
Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan buku Sains dan Matematik terbitan ITNM. Pengacara akan mengulas atau menyampaikan maklumat berhubung buku ITNM dan memberikan soalan umum berhubung topik dalam buku berkenaan kepada pengunjung. Pengunjung dengan jawapan tepat akan menerima cenderamata ITNM (10 pemenang setiap sesi) berserta baucar diskaun untuk buku ITNM 30%.
Aktiviti ini sebagai usaha mempromosikan buku Sains terbitan ITNM. Untuk itu, ITNM menjemput Pusat Sains Negara mengendalikan aktiviti dan kuiz/permainan mudah berkaitan Sains untuk pengunjung ITNM.
Pengunjung yang menyertai dan memenangi kuiz/permainan tersebut akan menerima cenderamata ITNM. Sebanyak 10 pemenang akan diberi hadiah dalam setiap sesi dan diberi baucar diskaun 30% untuk buku ITNM. Sebagai menghargai kerjasama pihak Pusat Sains Negara, ITNM akan menyediakan token bernilai RM250 setiap hari untuk petugas Pusat Sains Negara yang terlibat.
Permainan mudah ini disediakan bagi menarik minat pengunjung ke gerai ITNM untuk menyertai dan mencubanya sendiri. Ia berbentuk seperti permainan ‘dam ular’.
Permainan ini ditambah dengan penggunaan set soalan mengenai Sains bagi menentukan pemenang. Peserta yang menamatkan permainan paling awal akan dikira pemenang.
Syarat penyertaan bagi permainan ini ialah dengan menunjukkan resit pembelian minima RM10. Hanya empat peserta dipilih untuk bermain dalam setiap sesi permainan.
Hadiah berupa T-shirt dan baucar diskaun 30% untuk buku ITNM disediakan untuk pemenang pertama. Selainnya peserta akan menerima koleksi miniatur (6 unit) dan baucar diskaun 30% untuk buku ITNM.
Idea asal program ini diperoleh dengan mengguna pakai aktiviti “The Blue Sofa” di Frankfurt International Book Fair. Menerusi program ini, ITNM akan mengundang tetamu khas untuk duduk di set pentas bersofa khas di gerai ITNM bagi membincangkan beberapa isu berkaitan industri buku tempatan mahupun antarabangsa. Program ini telah terbukti dapat memberi satu impak intelektual bagi aktiviti di gerai jualan ITNM pada tahun 2010.
Program ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar selaku moderator. Buat julung kalinya, pada penganjuran tahun ini ITNM akan menyuntik unsur komersil dalam penganjuran Wawancara Sofa Putih dengan menjemput selebriti selaku tetamu. Berikut adalah senarai nama tetamu yang akan diundang dalam program ini:
6.4.1 Nasriah Abdul Salim dan Shamsudin Othman (22/4/2011 – Jumaat - 3.00 petang)
6.4.2 Abdul Ghafar Ibrahim (23/4/2011 – Sabtu - 12.00 tengah hari)
6.4.3 Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM (24/4/2011 – Ahad - 12.00 tengah hari)
6.4.4 Monoloque (25/4/2011 – Isnin - 1.00 petang)
6.4.5 Rahimidin Zahari dan Rosnan Rahman (26/4/2011 – Selasa - 12.00 tengah hari)
6.4.6 Dr. Siti Zainon Ismail (27/4/2011 – Rabu - 12.00 tengah hari)
6.4.7 Ahmad Fedtri Yahya (28/4/2011 – Khamis - 12.00 tengah hari)
6.4.8 Amir Muhammad (29/4/2011 – Jumaat - 3.00 petang)
6.4.9 MASKARA/Sindiket Sol-Jah @ Sofa Putih ITNM (30/4/2011 – Sabtu - 12.00 tengah hari)
Selain aktiviti yang dijalankan di gerai jualan, ITNM juga turut menganjurkan acara rasmi di Pentas Utama PBAKL sepertimana tahun sebelumnya. Pada kali ini ITNM akan melancarkan buku Tautan yang diterbitkan hasil kerjasama ITNM bersama Goethe-Institut Malaysia.
Ia akan berlangsung pada Sabtu, 30 April 2011, 5.00 – 7.00 petang. Majlis ini akan disempurnakan oleh Sasterawan Negara (SN) Prof. Muhammad Hj Salleh. Berikut adalah butiran atur cara bagi majlis tersebut:
5.00 petang Persembahan orkestra
5.10 petang Kata alu-aluan pengacara
5.15 petang Ucapan Pengarah Urusan ITNM
5.25 petang Ucapan Dr. Holger Warnk
5.35 petang Ucapan pelancaran oleh SN Prof. Muhammad Haji Salleh
5.45 petang Gimik pelancaran
5.50 petang Bacaan puisi daripada buku Tautan
6.30 petang Jamuan dan sidang media
Majlis ini merupakan antara usaha ITNM menyokong penubuhan ‘Kota Buku Kuala Lumpur’. Justeru ITNM mengambil langkah menganjurkan sesi acara khusus bagi menjemput Sasterawan Negara untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia. Sasterawan yang akan diundang dalam sesi ini ialah SN A. Samad Said dan SN Prof. Muhammad Hj. Salleh. Majlis ini akan berlangsung pada Ahad, 30 April 2011 di Bilik Kedah Johor.
Tarikh: 1 Mei 2011, Ahad
Masa: 3.00 petang
Lokasi: Bilik Johor Kedah, PWTC
Panel: Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said & Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
Topik: Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran
Forum sastera ini diadakan untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia.
PROGRAM PROFESIONAL KOTA BUKU KUALA LUMPURTarikh : 1 Mei 2011, AhadMasa : 3.00 petangLokasi : Bilik Johor Kedah, PWTCPanel : Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji SallehTopik : Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan CabaranForum sastera ini diadakan untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia.
Tarikh: 30 April 2011, Sabtu
Masa: 5.00 petang
Lokasi: Pentas Utama, PWTC
Tetamu kehormat: YBhg. Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)
Majlis ini diadakan bertujuan untuk memaklum, memperkenal dan melancarkan kepada umum penerbitan buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman yang diterbitkan bersama oleh ITNM dan Goethe-Institut Malaysia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, khususnya negara-negara Eropah. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan orkestra dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang mengadun muzik adaptasi daripada karya buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman.

Tarikh: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari
MASKARA merupakan aktiviti persembahan seni dalam bentuk deklamasi sajak dan puisi, teater mini, monolog, baca petikan naskhah dari novel, cerpen atau blog, persembahan nyanyian atau apa saja jenis persembahan seni yang diadakan secara berkala oleh blogger yang menggelar diri mereka sebagai Sindiket Sol-jah. Di Sofa Putih ITNM, MASKARA akan menampilkan Pyan Habib, Taheera Rosheena Mohamed, Firdaus Abdillah (Pipiyapong), Nazri M. Annuar (Vovin), dan Nik Javid untuk mempersembahkan aktiviti seni.

Tarikh: 29 April 2011 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Penulis prolifik dan kontroversi ini akan diajukan soalan tentang fenomena semasa yang menyaksikan bahan bacaan yang mengkritik kerajaan atau mainstream didapati lebih mendapat tempat dalam kalangan pembaca tempatan dan antarabangsa. Beliau juga akan bercerita tentang buku terkini yang diterbitkan sendiri oleh syarikatnya, Fixi.

Tarikh: 28 April 2011 (Khamis)
Masa: 12.00 tengah hari
Pengacara TV3 ini yang selalu menggunakan perkataan atau ungkapan unik semasa mengacarakan program televisyen ini akan disoal oleh Sayed Munawar tentang penggunaan bahasa rojak oleh selebriti hiburan sama ada di televisyen mahupun radio. Beliau juga akan ditanya sama ada perlunya ada garis panduan penggunaan bahasa dalam kalangan mereka yang terlibat dalam media elektronik.

Tarikh: 27 April 2011 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari
Penulis wanita yang aktif menulis dan melakar lukisan ini akan diwawancara berhubung isu sejauh mana penganugerahan Sasterawan Negara, anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada penggiat sastera Negara ini berpotensi juga diberikan kepada penulis wanita.

Tarikh: 26 April 2011 (Selasa)
Masa: 12.00 tengah hari
Rahimidin akan ditanya lebih lanjut tentang proses penghasilan dan pengumpulan maklumat tentang seni warisan Makyung sehingga diterbitkan dalam dua bahasa; Melayu dan Inggeris oleh ITNM. Manakala Rosnan akan berkongsi bersama khalayak tentang pengalaman beliau bergiat aktif dalam Makyung dan penerimaan masyarakat terhadap seni yang mendapat pengiktirafan UNESCO itu.

Tarikh: 25 April 2011 (Isnin)
Masa: 1.00 petang
Artis yang terkenal dengan lagu Kanda Dinda ini biasanya terlibat dalam penghasilan lirik dan lagu. Namun realitinya beliau merupakan seorang artis yang memperjuangkan bahasa Melayu dengan sebaiknya. Wawancara ini akan membicarakan peranan beliau sebagai selebriti dalam mempromosikan budaya keilmuan dan pembacaan melalui industri hiburan.

Tarikh: 24 April 2011 (Ahad)
Masa: 12.00 tengah hari
Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM diadakan istimewa sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dianjurkan bersama Persatuan Penulis Nasional (PENA) akan mengetengahkan dua generasi muda, Muhammad Lutfi Ishak dan Aris Atan yang akan membicarakan tentang dunia pembacaan dan perbukuan dari perspektif orang muda. Dialog ini juga akan membicarakan situasi atau masalah yang menyebabkan kebanyakan generasi muda kini kurang membaca bahan bacaan yang ilmiah.

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari
Wawancara ini akan menyentuh isu kaedah menarik minat generasi muda kepada aktiviti berpuisi dan bersastera. Selain itu, AGI juga akan ditanya akan keunikan kaedah pembacaan puisi yang dilakukannya dan sejauh mana ia mampu menarik minat masyarakat terhadap penghasilan dan pendeklamasian puisi.

Tarikh : 22 April 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Shamsudin Othman dan Nasriah Abdul Salam (penulis puisi dalam Dari Jendela Zaman Ini) akan diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar berkaitan isu penghasilan karya bermutu dan berkualiti tinggi dalam kalangan penulis muda di Malaysia. Saban hari didapati penulis muda tidak lagi ghairah menerapkan unsur sastera yang tinggi dalam penulis, tetapi sebaliknya lebih menggemari isi kandungan karya yang popular.

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011
Pada tahun 2009, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menjalankan sebuah projek khusus, iaitu "Projek Menterjemah dan Menerbitkan 130 Judul Buku Sains & Matematik" untuk diedarkan ke seluruh sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai bahan bacaan tambahan, susulan daripada pengumuman kerajaan untuk memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Projek ini juga merupakan salah satu usaha ITNM menyokong dasar Kerajaan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
ITNM telah memulakan gerak kerja menterjemahkan dan menerbitkan buku bertemakan Sains dan Matematik sebaik sahaja memperoleh kelulusan KPM. Setakat ini, ITNM telah menerbitkan sebanyak 100 judul, dan bakinya akan disiapkan pada tahun 2011.
Bagi menarik minat para pelajar untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik, ITNM mencadangkan supaya mata pelajaran tersebut diadaptasi dalam bentuk lakonan mengikut skrip yang didasarkan daripada buku Sains dan Matematik terbitan ITNM.
KONSEP PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011
CABAR KREATIVITI DAN REBUT PELUANG MENANGI WANG TUNAI RM130,000!
Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Pertama RM15,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM12,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.
Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Pertama RM20,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM15,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN KREATIF SAINS & MATEMATIK KEBANGSAAN 2011
(Boleh muat turun syarat dan peraturan penyertaan di sini)
Dokumen yang perlu dimuat turun:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

PERSIDANGAN PENTERJEMAHAN ANTARABANGSA (PPA) KE-13
Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) ke-13 akan diadakan pada 19-21 Julai 2010 di Shah Alam, Selangor. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menjadi tuan rumah PPA ke-13, dengan anjuran bersama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tema persidangan ialah Globalisasi melalui Terjemahan: Pemangkin Pengetahuan dan Kecemerlangan Teknologi (Globalization Through Translation: A Catalyst for Knowledge and Technology Excellence).
Matlamat:
Skop topik:
Pelawaan membentang kertas kerja:
Abstrak kertas kerja yang mengandungi 400 patah perkataan hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur sebelum 31 Januari 2011. Sila nyatakan tajuk kertas dan sertakan profil bersama-sama dengan nombor telefon dan alamat e-mel. Abstrak, kertas kerja dan sebarang pertanyaan, sila hantar kepada norizah@salam.uitm.edu.my
Tarikh tutup penyerahan abstrak dan kertas kerja yang lengkap:
Tarikh tutup penyerahan abstrak dan kertas kerja yang lengkap:
Hubungi:
Sebarang maklumat, sila layari http://ppa.uitm.edu.my

SIARAN MEDIA
Ogos 2009
Idea asal menerbitkan teater ini tercetus daripada pihak pengurusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sekitar Disember 2008. Hal ini adalah berdasarkan kepada pertimbangan yang mengambil kira kejayaan novel grafik The Kampung Boy hasil tulisan Datuk Lat yang telah diterjemahkan kepada 13 bahasa utama dunia (antaranya Jepun, Korea, Itali, Sepanyol, Jerman dan Arab), selain dipasarkan di lebih 10 negara, sekali gus meletakkan beliau sebagai ikon terjemahan negara.
November 2009
Wakil pengurusan ITNM mengunjungi Datuk Lat di Ipoh bagi menyampaikan hasrat tersebut, dan sekali gus juga mendapatkan pandangan beliau mengenainya. Bersikap terbuka, tetapi berhati-hati, Datuk Lat bagaimanapun mengenakan syarat bahawa pementasan itu nanti perlu membawa konsep 1Malaysia yang bersifat muhibbah, sama seperti cara beliau mencorakkan gabungan karakter pelbagai bangsa pada setiap hasil karyanya. Dan syarat itu juga katanya, tidak terhad kepada hanya pelakon di pentas, tetapi termasuk juga keseluruhan tenaga kerja produksi.
Januari 2010
Istana Budaya mengumumkan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal sebagai satu antara pementasan yang akan mengisi kalendar Istana Budaya bagi 2010, dan mencadangkan kepada ITNM untuk bekerjasama dengan Tall Order Production (TOP), susulan reputasi cemerlang syarikat tersebut mementaskan Cuci The Musical selama dua musim berturut-turut.
Julai 2010
Kata sepakat untuk bertindak sebagai penerbit bersama LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal dicapai antara ITNM serta TOP, sebelum persefahaman seterusnya dicapai untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) – menerusi Istana Budaya. Sejak itu, bermulalah pelbagai kerja asas serta kajian awal, termasuklah beberapa siri pertemuan dengan Datuk Lat bagi tujuan penyelidikan bahan untuk penyediaan skrip.
Disember 2010
Teater ini mulanya dijadualkan pementasannya pada pertengahan Disember 2010, tetapi kemudiannya ditunda kepada Mac 2011. Selain mencari peluang untuk membuat persiapan lebih rapi, penundaan ini juga membawa hikmah istimewa apabila tarikh itu selari dengan ulang tahun ke-60 kelahiran Datuk Lat.

Tuan/Puan,
Kami dengan segala hormatnya menjemput Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Buku Makyung seperti maklumat berikut:
Tarikh : 19 Disember 2010 (Ahad)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Kinokuniya, Aras 4, Suria KLCC.
Buku Makyung terbitan ITNM yang dihasilkan dalam dua versi bahasa (Melayu serta Inggeris) ini adalah satu khazanah besar Negara, berikutan kandungannya yang mendokumentasikan hampir segala aspek penting berkaitan seni persembahan tradisional Makyung. Usaha ini penting, selain selari dengan anugerah UNESCO yang mengiktiraf Makyung sebagai Masterpiece of the Oral & Intangible Heritage of Humanity pada tahun 2005.
Selari dengan martabat Makyung sebagai seni persembahan tradisi yang kini berkongsi taraf pengiktirafan dunia, penerbitannya turut menarik perhatian banyak pihak, dan satu antaranya ialah Kinokuniya Book Stores (Malaysia) Sdn. Bhd yang bersetuju merangka kempen pemasaran khas bermula 13 Disember 2010 hingga 31 Januari 2011 yang menawarkan diskaun eksklusif 20% bagi pembelian buku tersebut di Kinokuniya KLCC sepanjang tempoh tersebut.
Lebih menguja, sepanjang tempoh itu juga, ITNM turut ditawarkan ruang untuk tujuan peragaan tetingkap (window display) bagi mempromosikan buku Makyung kepada khalayak umum. Selain buku tersebut, akan turut dipamerkan adalah koleksi busana serta beberapa peralatan muzik penting dalam persembahan Makyung.
Sehubungan itu, Dato’/Datin/Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel anuar@itnm.com.my, atau Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349, e-mel norzaiti@itnm.com.my.
Untuk mendapatkan buku ini, sila klik di Laman E-Beli Belah ITNM.
-540x761.jpg)
Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya akan membawa peminat puisi untuk menelusuri ilmu dan menyemarak kreativiti secara puitis apabila ia diadakan di Laman Beringin Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 12 November ini, jam 8.00 malam.
Sasterawan dan artis yang akan beraksi pada malam tersebut:
- Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
- Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin
- Abdul Ghafar Ibrahim (AGI)
- Dr. Siti Zainon Ismail
- Shamsudin Othman
- Rahimidin Zahari
- Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
- Sohaimi Meor Hassan
- Ana Raffali
- Altimet
- Tilu
- Taheera Rosheena Mohamed
- Ahmad Fedtri Yahya (TV3) - pengacara majlis
Tema "Menelusuri Ilmu, Menyemarakkan Kreativiti" dipilih kerana bertepatan dengan visi ITNM yang meletakkan gandingan ilmu dan kreativiti dalam misi mereka untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan karya kreatif melalui penterjemahan, sekali gus meningkat dan memperluaskan horizon minda bangsa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Khairulanuar Manshor (019-2177204 - anuar@itnm.com.my) atau Norzaiti Abdul Talib (019-3906349 - norzaiti@itnm.com.my).
Semua dijemput hadir!


Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Buku Online akan mengadakan “Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010” yang bertemakan "Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan". Untuk makluman serta latar belakang yang merujuk kepada perkara di atas, ini adalah tahun ketiga penganjurannya bermula tahun 2006, dan diteruskan sebagai medan ilmu untuk kalangan pencinta buku berdiskusi mengenai isu-isu berkaitan dunia terjemahan, perbukuan, penerbitan, dan pembacaan.
Rasional bagi ITNM untuk bertindak sebagai penganjur bagi pelaksanaan tahun 2010 ini adalah sebagai sokongan terhadap usaha mengembangkan peradaban ilmu – yang antaranya boleh dicapai menerusi transformasi besar-besaran dalam aktiviti terjemahan dan pemantapan budaya membaca dalam sesebuah masyarakat. Hakikatnya, pemantapan budaya membaca akan memperkukuhkan kelangsungan tradisi proses pemindahan ilmu, sekali gus juga memperkayakan peradaban bangsa.
Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai atau menamakan beberapa kakitangan daripada agensi masing-masing untuk turut serta dalam seminar ini.
Tarikh: 21 September 2010 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Dewan Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Pelancaran: Disempurnakan oleh Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat), penulis buku "Kampung Boy" (tentatif)
Tentatif Program
8.00 pagi: Pendaftaran peserta
8.25 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
8.30 pagi: Kata alu-aluan pengacara majlis
8.35 pagi: Bacaan doa
8.40 pagi: Ucapan alu-aluan oleh YB. Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh (Pengerusi Lembaga Pengarah ITNM)
8.45 pagi: Kertas Dasar oleh YBhg. Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat) “Penghayatan Karya Terjemahan Melalui Watak Komik”
9.30 pagi: Minum pagi
9.45 pagi: Sidang 2:
- “Peranan ITNM dalam Memperkasakan Karya-karya Terjemahan” oleh Encik Mohd. Khair Ngadiron
- “Komuniti Buku Saluran Memperkasa Karya Terjemahan” oleh Encik Shaharom TM Sulaiman
- Moderator: Encik A 'Azmi bin Shahri
11.00 pagi: Sidang 3:
- “Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan: Perspektif Penterjemah” oleh Syed Nurul Akla Syed Abdullah
- “Daya Tarik dan Daya Tolak Membaca Karya Terjemahan” oleh Encik Rahimi Saad
- “Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan: Perspektif Penulis” oleh Dr. Faisal Tehrani
- Moderator: Puan Siti Rafiah Sulaiman
12.45 tengah hari: Makan tengah hari
2.00 petang: Sidang 4:
- "Karya-karya Terjemahan yang Mempengaruhi Peradaban Manusia” oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
- “Gerakan Terjemahan Sebagai Gerakan Intelektual: Perspektif Sejarah Tradisi Intelektual Parsi” oleh Encik Ahmad Kamil Zuhairi
- “Pendidikan Akal Bangsa Melalui Penterjemahan Komik” oleh Puan Zinitulniza Abdul Kadir
- Moderator: Encik Khairusy Syakirin Has-Yun
4.00 petang: Sesi Khas Bicara Tokoh
- “Potret Pencinta Buku, Penulis, Penterjemah dan Penerbit” oleh Ustaz Abdullah Al-Qari Hj. Salleh
- Moderator: Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar
4.45 petang: Minum petang
5.00 petang: Bersurai
Yuran Penyertaan
Institusi: RM50
Individu: RM30
Pelajar: RM10
*Termasuk makan, bahan seminar dan buku terbitan ITNM.
Sila klik di sini untuk mengisi borang penyertaan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
- Mohd Khairulanuar Manshor, 019-217 7204 atau e-mel: anuar@itnm.com.my
- Norzaiti Abdul Talib, 019-390 6349 atau e-mel: norzaiti@itnm.com.my
Borang pendaftaran yang telah diisi lengkap perlu dikembalikan selewat-lewatnya pada Rabu, 15 September 2010.
Nota: Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kos mahupun kemudahan perjalanan dan penginapan untuk peserta.
- Sila klik di sini untuk mendapat tentatif program.
- Sila klik di sini untuk mendapat poster seminar.
-540x192.jpg)
Sempena kunjungan Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran ke Republik Korea pada 26 hingga 29 Julai 2010 ini, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengambil kesempatan untuk melancarkan satu antara penerbitan terkininya, iaitu novel Nyawa di Hujung Pedang, karya Ahmad Murad Nasaruddin yang diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Korea.
Majlis pelancaran ini berlangsung pada 27 Julai 2010, di Paju Book City, Korea Selatan, dan disempurnakan sebaik selesai sesi lawatan TPM serta delegasi Malaysia yang dibawa pihak pengurusan Paju Book City meninjau persekitaran kawasan tersebut untuk melihat kemudahan serta latar operasinya. Fungsi lawatan ini juga antara lainnya bertujuan untuk membolehkan delegasi Malaysia mempelajari serta mencontohi konsep pelaksanaan operasinya, agar dapat dipraktikkan dalam sasaran skala faedah serupa apabila Kota Buku Kuala Lumpur yang kini sedang dalam rangka akhir kewujudannya mula beroperasi kelak.

Kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan atau wakil menghadiri majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) sekali gus Pelancaran Buku Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah serta Siri Pembangunan Profesion Perguruan sempena Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17. Berikut adalah butiran berkenaan majlis tersebut:
Tarikh: 20 Julai 2010 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
Tetamu kehormat: Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Buat pertama kalinya, ITNM akan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan IAB sebagai inisiatif awal untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dalam memartabatkan bidang pendidikan. Hasil pemeteraian perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti berkaitan pengurusan dan kepimpinan terutamanya dalam bidang pendidikan. Usaha ini selari dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti bagi melahirkan anak bangsa yang berilmu dan unggul dalam mengharungi cabaran semasa dunia.
Sebagai usaha ITNM bagi memantapkan kerjasama dengan IAB, pelancaran buku Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah serta Siri Pembangunan Profesion Perguruan ini adalah langkah permulaan kepada kerjasama ke arah memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia. Siri buku terbitan ITNM yang tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dan sofistikated ini telah diulang cetak sebanyak enam kali sejak tahun pertama terbitannya. Ini berdasarkan permintaan tinggi daripada institusi pendidikan mahupun individu yang terlibat dalam bidang pendidikan, yang menjadikan buku ini sebagai rujukan dan panduan mereka dalam membangunkan sekolah selain meningkatkan profesionalisme warga pendidiknya.
Sumbangan siri buku ini dalam bidang pendidikan amat besar kerana mempunyai input berkualiti untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolah, selain membangunkan kecemerlangan para pendidik dan bakal guru yang berhasrat menceburi bidang pendidikan. Ia merupakan rujukan lengkap dalam mengatur strategi pengurusan kualiti, meningkatkan kaedah pengajaran serta meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya sebagai pendidik anak bangsa.
Sehubungan itu, Tuan/Puan atau wakil dengan segala hormatnya dijemput untuk hadir ke majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel anuar@itnm.com.my atau Cik Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349, e-mel norzaiti@itnm.com.my.
The National ICT Month 2010 (NIM2010) was launched on April 12th 2010 by the Minister of Science, Technology & Innovation (MOSTI) YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili at Palace of The Golden Horses.
As the industry association, PIKOM works to strengthen the value of our membership with us by focussing on bringing new business opportunities to you. The National ICT Month (NIM) is organised with this objective in mind.
Last year, NIM2009 co-organised by MOSTI & PIKOM was a resounding success.
PIKOM is supporting efforts not only to increase growth of domestic ICT products and services, but also to promote businesses, both SMEs and large corporations, to better reach out to customers, domestically as well as globally. The push for E-Commerce will be an integral part of NIM2010.
The theme of NIM2010 is "E-Commerce for Global Reach". Events during NIM2010 include:
There are sponsorship opportunities with the accompanying benefits in terms of speaker slots and exhibition opportunities.
Please look through the various packages, or we can design one that suits your needs better.
http://www.pikom.org.my/cms/NIM2010/index.html

Anda mungkin penyambung kepada 1,000 nyawa...
Jadilah insan prihatin dan sertai Kempen Derma Darah di ITNM.
Tarikh: 5 Julai 2010 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Wisma ITNM
Program ini dapat memberi peluang kepada staf dan orang ramai untuk memberi bantuan kepada insan yang memerlukan serta menyumbangkan sesuatu yang bernilai kepada masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-4149 7210 (sambungan 258)

Sebagai agensi yang bertanggungjawab menyokong pendidikan negara, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) turut meraikan sambutan Hari Guru dengan mengambil bahagian dalam program Festival Hari Guru 2010.
Lanjutan daripada penyertaan dalam program tersebut, ITNM dengan sukacitanya menganjurkan ‘Jualan Istimewa untuk Sekolah' khusus untuk institusi pendidikan di seluruh negara.
ITNM menawarkan potongan harga sebanyak 40 peratus menerusi jualan istimewa ini.
Antara lain, buku-buku yang ditawarkan termasuklah buku pendidikan, bacaan umum, buku untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Jualan ini terpakai untuk pembelian melalui local order (LO), wang pos dan cek.
Tawaran ini bersifat eksklusif dan hanya dibuka kepada institusi pendidikan sahaja. Selain itu, tawaran harga istimewa ini juga hanya sah untuk pembelian bermula 16 Mei sehingga 16 Jun 2010.
Bagi yang berminat, sila dapatkan borang dan katalog untuk membuat pesanan. Untuk pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi pegawai seperti maklumat berikut:
Pesanan lengkap boleh dihantar e-mel info@itnm.com.my, menerusi faks di talian 03-41496281 atau kiriman pos.
Jangan ketinggalan merebut peluang ini.

Dalam kehidupan yang semakin pantas, padat ini, manusia semakin sibuk dengan kehidupan bergaya serba canggih dan bebas. Tanpa alur fikiran dan akal budi, hidup di kota batu ini semakin kacau bilau. Di manakah ruang senggang untuk bibir berbicara, bermata fikir dengan keluarga, ibu, ayah, suami, isteri, anak cucu.
Ini makin dapat dirasakan, makin longgarnya hubungan kasih sayang yang dijarakkan oleh kurangnya bertegur sapa. Di sini Siti Zainon tergugah hingga kembali menyusun alur fikir Melayu.
Dengan cara ini mungkin dapat kembali menyedarkan ingatan kita, betapa kaya fikiran nenek moyang. Alam memberi panduan hidup. Kenapa kita tidak terus menjadikannya sebagai panduan untuk meniti hari-hari sebagai tamadun bangsa?
Inilah suara silam khazanah bangsa, Siti Zainon mengembalikan kesedaran kita kepada mutiara peradaban bangsa. Insya-Allah.
Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

Dalam buku Dunia Sama Rata ini, Thomas Friedman menjelaskan tentang dunia baru kepada pembaca, membolehkan mereka memahami peristiwa global yang membingungkan, yang mereka saksikan dengan mata sendiri. Berbekalkan keupayaan beliau yang tersendiri dalam menterjemahkan polisi luar negeri dan isu ekonomi yang kompleks, Friedman menjelaskan bagaimana perataan dunia berlaku pada awal abad ke-21 dan ini bermakna, negara, syarikat, komuniti dan individu dan bagaimana kerajaan dan masyarakat boleh dan mesti menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
Buku Dunia Sama Rata ini merupakan satu karya yang tepat pada masanya yang memberitahu kita tentang keperluan, kejayaan dan ketidakpuasan tentang globalisasi yang digarap serta digambarkan dengan berkesan oleh seorang wartawan yang dihormati.
Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

Dari Jendela Zaman Ini merupakan sebuah antologi puisi dwibahasa yang menghimpunkan 100 buah puisi daripada 73 penyair Malaysia dan Singapura. Antologi ini bertemakan "perhubungan dan kemanusiaan" dan memperlihatkan suara penyair dalam mengungkapkan rasa resah gelisah, suara amaran dan protes terhadap kemelut kehidupan masyarakat yang diasak arus gelombang kemodenan global. Antologi ini turut mengungkapkan fikiran dan pandangan para penyair kedua-dua negara terhadap peristiwa yang sedang berlaku dalam tanggapan peribadi yang puitis.
Antologi puisi ini diharap akan dapat lebih mengakrabkan ukhuwah dan perhubungan antara seniman Malaysia-Singapura.
Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

Versi bahasa Arab ini adalah koleksi terjemahan terkini karya asal Kampung Boy yang mengisahkan kehidupan Mat, seorang kanak-kanak Melayu di sebuah perkampungan luar bandar sekitar tahun 1950-an.
Anda perlukan bacaan tambahan untuk menguasai bahasa Arab? Tifl Al-Qaryah pasti membantu - selain amat menghiburkan!
Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

Written between 1641 and 1739, this epic reflects the aspirations, ability, attitudes, culture and manner of the Malay people who were respected and acknowledge by foreigners long before the Portuguese invasion of Malacca. It was Hang Tuah who said, "The Malays will never vanish from this world."
To get this book, please click here.

ITNM menawarkan potongan harga istimewa sebanyak 30 peratus untuk setiap pembelian menerusi laman E-Beli Belah bermula 13 hingga 16 Mei 2010. Antara buku menarik yang perlu anda miliki adalah Epic of Hang Tuah, Dunia Sama Rata, 100 Malay Proverbs, Tifl Al-Qaryah dan Menakhoda Zaman. Selain tawaran harga istimewa, ITNM juga menawarkan jaminan kos penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian secara atas talian (on-line).
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) akan turut serta menjayakan Festival Hari Guru 2010 yang akan diadakan di East Coast Mall, Kuantan, Pahang. Festival ini akan diadakan pada 13 hingga 16 Mei 2010.
Dalam festival ini, ITNM menawarkan buku-buku terkini dengan potongan harga istimewa kepada pengunjung yang berbelanja di Gerai ITNM.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh diajukan menerusi e-mel info@itnm.com.my.
Tarikh : 4 Mei 2010 - 6 Mei 2010 (3 hari)
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Hotel City Villa, Kuala Lumpur
Bayaran : RM500.00
Bengkel ini memberi pengetahuan daripada peringkat asas mengenal aspek bahasa, prinsip pembacaan pruf, gaya penerbitan dan pengenalan simbol.
Selain itu penekanan diberi bagi memahirkan peserta dengan penggunaan simbol buang melalui latihan pengukuhan.
Peserta juga didedahkan dengan teknik mengukur ketebalan fon, garis, sudut illustrasi, jarak dan penggunaan ‘en’ dan ‘em’.
Untuk mendaftar sebagai peserta, sila klik di sini.
Written between 1641 and 1739, this epic reflects the aspirations, ability, attitudes, culture and manner of the Malay people who were respected and acknowledge by foreigners long before the Portuguese invasion of Malacca. It was Hang Tuah who said, "The Malays will never vanish from this world."
Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.
Dalam buku Dunia Sama Rata ini, Thomas Friedman menjelaskan tentang dunia baru kepada pembaca, membolehkan mereka memahami peristiwa global yang membingungkan, yang mereka saksikan dengan mata sendiri. Berbekalkan keupayaan beliau yang tersendiri dalam menterjemahkan polisi luar negeri dan isu ekonomi yang kompleks, Friedman menjelaskan bagaimana perataan dunia berlaku pada awal abad ke-21 dan ini bermakna, negara, syarikat, komuniti dan individu dan bagaimana kerajaan dan masyarakat boleh dan mesti menyesuaikan diri dengan keadaan ini.
Buku Dunia Sama Rata ini merupakan satu karya yang tepat pada masanya yang memberitahu kita tentang keperluan, kejayaan dan ketidakpuasan tentang globalisasi yang digarap serta digambarkan dengan berkesan oleh seorang wartawan yang dihormati.
Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.
Versi bahasa Arab ini adalah koleksi terjemahan terkini karya asal Kampung Boy yang mengisahkan kehidupan Mat, seorang kanak-kanak Melayu di sebuah perkampungan luar bandar sekitar tahun 1950-an.
Anda perlukan bacaan tambahan untuk menguasai bahasa Arab? Tifl Al-Qaryah pasti membantu - selain amat menghiburkan!
Untuk membeli buku ini, sili klik di sini.
Dari Jendela Zaman Ini merupakan sebuah antologi puisi dwibahasa yang menghimpunkan 100 buah puisi daripada 73 penyair Malaysia dan Singapura. Antologi ini bertemakan "perhubungan dan kemanusiaan" dan memperlihatkan suara penyair dalam mengungkapkan rasa resah gelisah, suara amaran dan protes terhadap kemelut kehidupan masyarakat yang diasak arus gelombang kemodenan global. Antologi ini turut mengungkapkan fikiran dan pandangan para penyair kedua-dua negara terhadap peristiwa yang sedang berlaku dalam tanggapan peribadi yang puitis.
Antologi puisi ini diharap akan dapat lebih mengakrabkan ukhuwah dan perhubungan antara seniman Malaysia-Singapura.
Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.
This book is divided into three sections - "Ricefield Egret" (contains six stories), "Yuyutsu's Musing" (seven stories) and "Ringgg...!" (nine stories). The first section presents stories with rural backgrounds - villages and remote inland areas. All the stories here are in the realistic tradition. The second section offers stories - sometimes closer to sketches - which revolve in the minds of the characters and can be classified as mindscape stories. The third sections contains stories with urban backgrounds, particularly metropolitan cities abroad like Bangkok, Hong Kong and New York.
"Anwar has a clean and quite style of writing, especially in his novel, a great improvement from the usually wooly and impulsive style of his contemporaries. Although thematically traditional, stylistically he has achieved a certain maturity that is seen in his patience and care in description and dialogue," said Prof. Muhammad Haji Salleh.
Untuk membeli buku ini, sila klik di sini
Jet pejuang, pesawat pengebom, helikopter dan jet lompat adalah antara pesawat tentera yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan tentera sejak beberapa dekad yang lalu. Dalam Pesawat Tentera, anda berpeluang mempelajari tentang perkembangan pesawat tentera dan melihat sendiri bagaimana rupanya kenderaan hebat ini.
Di dalam buku ini, anda akan temui:

Majlis ini diadakan bersempena kerjasama ITNM dan National Art Council (NAC) Singapura menerbitkan buku Dari Jendela Zaman Ini.
Terdahulu, buku himpunan 50 puisi Malaysia dan Singapura ini telah dilancarkan di Singapore Art Festival pada Jun 2009.
Kesinambungan daripada itu, ITNM menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Dari Jendela Zaman Ini di PBAKL 2010 untuk memperkenalkan buku ini kepada umum di Malaysia.
Majlis ini akan berlangsung pada Sabtu, 27 Mac 2010, jam 1.00 tengah hari dengan mengundang wakil NAC, Singapura menghadirinya.
Menambahkan kemeriahan majlis ini, ITNM akan turut mengadakan sesi bacaan puisi dengan menjemput pemuisi daripada Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan NAC bagi mendeklamasi puisi daripada buku tersebut.
Majlis ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara ITNM, PENA dan NAC.
Pada majlis ini, buku Dari Jendela Zaman Ini akan ditawarkan dengan diskaun sebanyak 30 peratus kepada pengunjung gerai. Manakala miniatur buku ini dijual dengan harga RM5.00 seunit.
Majlis ini dirancang selepas pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memilih buku Menakhoda Zaman sebagai bahan bacaan rasmi bagi Kempen Membaca 2010.
Majlis ini akan diadakan pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, iaitu Ahad, 28 Mac 2010, jam 2.15 petang dan akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai menyokong usaha membudayakan amalan membaca, melalui gimik pelancaran majlis ini YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akan memulakan bacaan buku Menakhoda Zaman kepada orang ramai yang menghadiri majlis. Seterusnya bacaannya akan disambut oleh sekumpulan individu dan meneruskan pembacaan secara bersama dengan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak seterusnya akan menyampaikan buku Menakhoda Zaman kepada beberapa sekolah terpilih bagi meneruskan usaha menggalakkan pembacaan buku dalam kalangan rakyat.
Majlis ini diharap dapat menyebarkan maklumat melalui liputan media berhubung penglibatan ITNM dan PNM dalam kempen membaca melalui pemilihan buku terbitan ITNM sebagai bahan bacaan utama bagi kempen tersebut.
Langkah 1: Tulis ulasan sebarang buku ITNM di blog atau nota Facebook peribadi anda, lengkap dengan judul, nama penulis, nama penerbit (ITNM), harga, dan paparkan visual buku dalam bentuk paling kreatif.
Langkah 2: Layari www.facebook.com/klikITNM, tulis judul buku ITNM yang diulas berserta nama penuh dan alamat e-mel anda di “Dinding” (Wall) laman Facebook ITNM.
Langkah 3: Klik “Pautan” (Link) di bawah “Dinding”, salin (copy) alamat sumber URL blog atau nota Facebook yang mengandungi ulasan buku ITNM, kemudian tampal (paste) sumber URL itu di “Pautan” tersebut. Sila klik “Kongsi” (Share) dan ulasan buku anda akan terpapar di Facebook ITNM.
Hadiah Pertama: RM5,000
Hadiah Kedua: RM3,000
Hadiah Ketiga: RM1,500
Paparan Buku Paling Kreatif: RM500
Sila klik di sini bagi mendapatkan panduan lengkap untuk menyertai peraduan ini.


Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) tetap utuh berpegang kepada misinya untuk menjadi badan penterjemah terunggul di Malaysia. Malah ITNM sentiasa berusaha supaya menjadi pusat rujukan penterjemahan di rantau ini sehingga ke peringkat antarabangsa.
Bagi memastikan misi itu direalisasikan, ITNM sentiasa beringat kepada visi untuk menghapuskan halangan bahasa demi untuk merangsang pemindahan ilmu. ITNM percaya dengan gabungan misi dan visi ini, masyarakat yang progresif, dinamik dan berbudaya dapat diwujudkan melalui terjemahan.
Atas dasar itu, ITNM senantiasa membuka pintu dan jendela kepada sebarang pihak untuk bekerjasama merancakkan aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bahasa. Agensi yang paling aktif menjalankan usaha sama adalah Goethe-Institut Malaysia, institusi Jerman yang bertanggungjawab mempromosikan bahasa, sastera, dan budaya Jerman. Bagi tujuan itu, Pengarah Goethe-Institut Malaysia, Dr. Volker Wolf adalah individu yang menggerakkan aktiviti penterjemahan beberapa karya berbahasa Jerman ke bahasa Melayu.
Dalam wawancara khas di Wisma ITNM pada 4 Mac 2009, Dr. Volker Wolf dan Holger Warnk, Pensyarah J.W. Goethe-University Southeast Asian Studies, menyatakan tahun ini adalah tahun ketiga kerjasama antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Dalam tempoh itu, banyak karya berjaya diterjemahkan sama ada karya Malaysia ke dalam bahasa Jerman dan sebaliknya serta buku dwibahasa, bahasa Melayu dan bahasa Jerman. Terbaharu, Wolf dan Warnk bekerjasama dengan 20 individu menterjemah tujuh kisah rakyat Malaysia dan lima kisah dongeng Jerman.
Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman (Zweisprachige Anthologie Malaysischer und Deutscher Marchen) akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Semua kisah yang dihimpunkan sebenarnya belum begitu terkenal di Malaysia dan Jerman, tetapi penyusun buku ini tetap berusaha mendokumentasikan semua kisah dongeng ini dengan matlamat supaya ia dapat terus dihayati generasi akan datang.
Menurut Warnk, “Dengan buku ini, kami berharap dapat memberikan kesedaran tentang keupayaan sastera dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua buah negara. Buku ini juga adalah sumbangan kami kepada masyarakat kini yang semakin global dan bersilang budaya.”
Mereka juga berharap Malaysia dapat menjadi hos semasa Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt di Jerman pada masa akan datang. “Bagi tujuan itu, kami memerlukan berdozen-dozen terjemahan bahasa Melayu-bahasa Jerman,” ujar mereka.

Belum pun reda kesedihan negara dengan pemergian Sasterawan Negara S. Othman Kelantan pada 31 Julai 2008, seorang lagi menjejaki Keris Mas, Usman Awang, dan Abdullah Hussein, iaitu Arena Wati yang menghembuskan nafas terakhir pada 25 Januari 2009.
Pemergian Arena Wati yang merupakan nama pena bagi Muhammad Dahlan bin Abdul Biang begitu dirasai semua pihak termasuklah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang bertanggungjawab menterjemah beberapa karya beliau. Hubungan ITNM dengan Allahyarham mula terjalin semasa Majlis Pertemuan ITNM dengan Sasterawan Negara dan Pemenang S.E.A. Write Awards pada 18 Mac 2008. Walaupun Allahyarham begitu uzur pada waktu itu, beliau tetap gagahkan diri menghadirinya atas dasar sokongan terhadap usaha untuk melihat karya sastera negara diangkat ke peringkat antarabangsa.
Sebagai menghargai jasa dan bakti beliau kepada negara, ITNM dengan kerjasama Persatuan Penulis Nasional (PENA) mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil untuk Allahyarham dengan doa semoga rohnya dirahmati Allah S.W.T. Majlis yang diadakan pada 11 Mac 2009 di Wisma ITNM turut dihadiri Pengerusi ITNM, Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Termuzi Abdul Aziz, beberapa waris Allahyarham, serta rakan-rakan penggerak sastera Malaysia antaranya Dato’ Baha Zain, S.M. Zakir, dan Dr. Ibrahim Ghaffar. Majlis yang dikendalikan oleh Dr. Uthman El-Muhammady turut diserikan dengan kehadiran sekumpulan anak yatim dari Pondok Penyayang Raudah, Gombak.
Seusai bacaan yasin dan tahlil, Encik Mohamad Salleh Rahmad dari PENA berucap dengan berharap supaya aktiviti penulisan beliau terus disambung oleh balunya yang juga seorang sasterawan, tetapi tidak aktif lantaran banyak menguruskan kehidupan keluarga dan keperluan Allahyarham. Seterusnya adalah ucapan daripada Dato’ Dr. Wan Hashim sebagai mewakili ITNM yang banyak mengimbau saat-saat bersama Allahyarham khususnya semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis diteruskan dengan ucapan waris Allahyarham, Encik Hasanudin Muhammad Dahlan yang menyampaikan rasa penghargaannya seisi keluarga kepada ITNM dan PENA kerana mengenang Allahyarham serta jasa peninggalannya. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan puisi oleh Dr. Ahmad Razali dan Dr. Ibrahim Ghaffar.
Pendek kata, biarpun Allahyarham kini sudah tiada, namun ITNM tetap berazam memastikan beliau terus hidup menerusi karyanya. Akan datang, Panrita, Lingkaran dan Sukma Angin diterbitkan dalam pelbagai bahasa.

Peraduan dan kuiz sudah kerap dianjurkan oleh pelbagai syarikat yang bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Namun jarang atau tidak pernah peraduan mahupun kuiz dianjurkan oleh syarikat penerbitan buku. Hal ini berlaku kerana kebanyakan penerbit buku kurang yakin dengan penganjuran peraduan yang dijangka kurang menerima sambutan.
Walaupun industri penerbitan di Malaysia dianggap sebagai Industri Kecil Sederhana (IKS), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berhasrat mengubah semua paradigma ini dengan menganjurkan Peraduan “Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000”. Peraduan ini dianjurkan sempena penyertaan ITNM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009 yang akan berlangsung pada 17 sehingga 26 April 2009.
Majlis pelancaran peraduan ini telah berlangsung di Pulitzer Corner, MPH cawangan Mid Valley Megamall pada 22 Mac 2009. Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah sudi melancarkan peraduan yang menawarkan kereta Perodua MyVi sebagai hadiah utama.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon keberkatan dalam penganjuran peraduan ini. Kemudian Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron berucap mengalu-alukan kesudian Dato’ Saifuddin melancarkan peraduan “Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000”. Dalam ucapannya juga, Encik Mohd Khair memberikan penerangan rasional penganjuran peraduan yang mendapat tajaan Perodua Sdn. Bhd. dan AmBank Group. Beliau menganggap peraduan ini sebagai penghargaan dan insentif kepada pembaca yang berusaha membudayakan intelektual dengan membaca semua buku terbitan ITNM.
Dalam ucapan pelancaran pula, Dato’ Saifuddin memuji usaha ITNM menganjurkan peraduan ini yang dianggap sebagai langkah bagi memugar kembali industri penerbitan ke tahap yang sewajarnya. Beliau turut menyarankan supaya semua penerbit buku mencari idea untuk memasarkan produk itu dengan sebaiknya. Salah satu langkah yang dicadangkan oleh beliau adalah menggabungkan buku dengan filem, animasi, komik, permainan video, selain dijenamakan dalam bentuk produk permainan.
Sebelum majlis bersurai, semua pengedar dan kedai buku mengadakan sesi ramah mesra bersama Dato’ Saifuddin yang merupakan seorang daripada tonggak dalam pembangunan industri buku. Peraduan ini mendapat kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Majlis Industri Buku Malaysia. Ia turut dijayakan oleh lebih 30 kedai buku di seluruh Malaysia yang memainkan peranan untuk mengedarkan borang peraduan.

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL), pelbagai aktiviti dijalankan oleh semua penerbit buku bagi membantu meningkatkan jualan buku dalam masa 10 hari bermula 17 sehingga 26 April 2009. Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) juga tidak ketinggalan menganjurkan program promosi buku selain bertujuan untuk menghebahkan kepada umum tentang kewujudan buku terbaharu terbitan ITNM.
Pada 20 April 2009 (Isnin), ITNM melancarkan buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman di Pentas Utama Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) yang disempurnakan oleh Tokoh Sejarah Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim. Beliau dengan berbesar hati melancarkan buku yang disusun bersama oleh Pensyarah Universiti Frankfurt, Holger Warnk dan Pengarah Goethe-Institut Malaysia, Dr. Volker Wolf di hadapan ratusan pengunjung PBAKL.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron bagi merakamkan setinggi penghargaan kepada Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang sudi meluangkan masa melancarkan buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman. Semasa berucap melancarkan buku tersebut, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim memuji usaha penterjemahan yang dilaksanakan oleh ITNM dengan objektif untuk memandaikan bangsa. Dalam masa yang sama, beliau menyatakan buku yang diterbitkan ini merupakan satu simbolik persahabatan antara Malaysia dan Jerman. Beliau sangat menggalakkan pembacaan buku ini bagi mendidik minda anak-anak mengetahui landskap kehidupan masyarakat melalui kisah dongeng dan cerita rakyat.
Selepas berlangsung pelancaran buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman, majlis diserikan dengan persembahan “Crocodile Story” yang didendangkan khas oleh Encounter High Winds Ensemble, Malaysian Philharmonic Orchestra. “Crocodile Story” adalah salah satu cerita yang terkandung di dalam buku yang dijual dengan harga RM30.00

Hanya selepas tiga tahun Barack Hussein Obama dilantik menjadi Senat, beliau telah memadamkan hasrat dan impian semua ahli politik Demokrat dan Republikan yang lebih senior daripadanya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS). Rakyat Amerika Syarikat (AS) boleh terpikat dengannya kerana Senator Illinois ini mempunyai retorik berucap yang sangat diyakini lengkap dengan frasa kata yang asli di samping mempunyai intonasi suara yang padu. Beliau semakin menarik di mata rakyat AS kerana kisah kehidupannya di dalam buku Dreams From My Father yang penuh dengan warna-warni.
Obama dilahirkan dalam keluarga yang pelbagai bangsa, hidup membesar di pelbagai benua, menjadi penyelaras masyarakat di Chicago, dan merupakan orang kulit hitam pertama menjawat jawatan editor Harvard Law Review yang jelas memaparkan semangat berjiwa besar yang ada di dalam dirinya. Namun yang paling menarik berkenaan Obama adalah kepintaran akal seperti yang dicatatkan di dalam buku terjemahan terbaharu terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), iaitu Keberanian Menggapai Harapan. Buku yang diterjemahkan daripada buku The Audacity of Hope jelas menunjukkan kebijaksanaan Obama membicarakan berkenaan liberalisme dengan penuh pragmatik dan moral.
Empat bab awal menjadi teras buku ini. Manakala lima bab seterusnya disampaikan dalam perspektif yang berbeza. Dalam semua empat bab awal ini, Obama melontarkan wawasannya dan cara beliau berhadapan dengan cabaran sehingga berjaya dalam kempen Senat AS dan memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS. Jelas buku ini dan Dreams From My Father menjadi bukti bahawa AS belum lagi ketandusan pemimpin ulung dan berilmu untuk menduduki Pejabat Oval selepas John F. Kennedy, Franklin D. Roosevelt, dan Abraham Lincoln.
Judul buku ini dipetik berdasarkan khutbah paderi di gereja yang selalu dihadiri Obama di Chicago yang menjelaskan berkenaan teori atau gagasan idea bagi merealisasikan impian rakyat AS supaya menjadi kenyataan. Semuanya dijelaskan dalam bab Nilai, Peluang, dan Kepercayaan Agama. Namun dengan gaya yang sederhana, Obama menyampaikan perspektif yang lebih praktikal berkenaan “kaedah mengubah landskap politik dan kehidupan sivik rakyat AS” yang berbeza dengan pendapat teman-temannya di Capitol Hill.
Obama meluahkan pendapat peribadinya berkenaan hala tuju politik AS yang perlu berubah daripada amalan klise di dalam buku ini. “Change: We Can Believe In” adalah slogan pilihan raya Obama yang merupakan usahanya untuk mewujudkan politik baru di AS. Walaupun beliau lebih cenderung kepada liberal, Obama menyatakan politik di AS tidak seharusnya menjadi liberal ataupun konservatif yang menjadi faktor utama perpecahan politik di AS.
Ideanya berkenaan hal ini didedahkan dengan terperinci di dalam bukunya yang mempunyai sembilan bab. Dalam bab pertama, iaitu Republikan dan Demokrat, Obama mengisahkan semula sejarah politik yang beliau rasakan banyak meruntuhkan sistem politik masa kini. Beliau tertarik dengan sikap ahli dan penyokong parti politik masa lampau yang sungguhpun tidak bersetuju dengan pihak lain, tetapi tetap mengambil sikap saling menghormati pandangan parti sebaliknya.
Memang ada kebaikannya sistem yang dianjurkan oleh Obama itu. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di AS, tetapi turut berlaku di semua negara yang mengamalkan sistem dua parti politik seperti Malaysia. Dalam situasi di AS, keadaan ini berlaku disebabkan tempoh kempen pilihan raya yang panjang sehingga membolehkan parti politik mengambil peluang “menyerang” lawan di seluruh sudut.
Buku ini memberikan impak lebih besar berbanding dengan audio yang mengandungi ucapan dan suara Presiden AS ke-44 itu. Banyak rakyat Amerika yang berniat mahu mengundi Hillary Clinton tetapi berubah kepada Obama selepas membaca buku ini. Yang faktanya, buku ini lebih menggetarkan jiwa daripada mendengar ucapan Obama. Ia kini berada di pasaran dan dijual pada harga RM45 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM50 di Sabah dan Sarawak.