Events

-

NANTIKAN KAMI DI LOKASI ANDA

  • DAPATKAN BUKU-BUKU TERKINI TERBITAN ITBM
  • POTONGAN HARGA SEHINGGA 30%
  • TEBUS 'BAUCAR BUKU 1MALAYSIA' - 1 JANUARI - 31 MAC 2012
  • PENGHANTARAN PERCUMA
  • PROMOSI TERKINI YANG DISEDIAKAN

Nota : Tertakluk kepada terma & syarat.



TEMUI 'SKUAD BERGERAK ITBM' DI PESTA-PESTA BUKU BERHAMPIRAN ANDA :

  • PWTC 1Malaysia Book Expo

Tarikh : 1 - 6 Februari 2012
Lokasi : Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

  • Pesta Buku Utara 

Tarikh : 19 - 23 Februari 2012
Lokasi : Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

  • Pesta Buku USM

Tarikh : 20 - 23 Februari 2012
Lokasi : Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

  • Pesta Buku UMS

Tarikh : 20 - 23 Februari 2012
Lokasi : Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu Sabah 

  • Expo Buku Islam II

Tarikh : 24 Februari - 4 Mac 2012
Lokasi : Putrajaya

  • Pesta Buku UTM 

Tarikh : 27 Februari - 1 Mac 2012
Lokasi : Universiti Teknologi Malaysia, Johor 

  • Pesta Buku USIM

Tarikh : 5 - 8 Mac 2012
Lokasi : Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan 

  • Pesta Buku UPSI 

Tarikh : 12 - 15 Mac 2012
Lokasi : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak

  • Pesta Buku UKM

Tarikh : 26 - 29 Mac 2012
Lokasi : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

  • Pesta Buku UPM

Tarikh : 26 - 29 Mac 2012
Lokasi : Universiti
Putra Malaysia, Serdang, Selangor

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi Skuad Bergerak ITBM di talian 03-4149 7210 dengan sambungan berikut :

  • Shuaimi (324)
  • Shida (263)
  • Hairul (306)
  • Khaidir (209)

16 Feb 2012 - Dewan Wisma ITNM

Seminar Penterjemahan : Hak Penterjemah, Hak Cipta dan Etika Dalam Penterjemahan

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan mengadakan “Seminar Penterjemahan : Hak Penterjemah, Hak Cipta & Etika dalam Penterjemahan”. Seminar yang julung kali dianjurkan oleh ITBM ini adalah ilham daripada Profesor Madya Dr. Hasuria Che Omar, Felo Bersekutu ITNM.

Penganjuran seminar ini antara lain bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat dan kepentingan untuk mengetahui hal-hal yang berkaitan tentang hak penterjemah, hak cipta dan etika dalam penterjemahan. Selain itu, seminar ini akan turut menghimpunkan dan menemukan individu yang terlibat secara langsung dalam bidang penterjemahan khususnya yang melibatkan badan-badan, syarikat dan sumber rujukan yang mempunyai kepentingan tersendiri dalam kerjaya seseorang penterjemah.

Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai atau menamakan beberapa kakitangan daripada agensi masing-masing untuk turut serta dalam seminar ini. Berikut adalah butirannya:

Tarikh : 16 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Dewan Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Tentatif Program
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta
8.25 pagi : Ketibaan tetamu kehormat
8.30 pagi : Kata alu-aluan pengacara majlis
8.35 pagi : Bacaan doa
8.40 pagi : Ucapan pembukaan oleh Pengarah Urusan ITBM, Encik Mohd Khair Ngadiron
8.45 pagi : Sidang 1
Berkarya dan Menterjemah : Satu Perkongsian Pengalaman oleh Sasterawan Negara Profesor  Muhammad Haji Salleh
9.30 pagi : Minum pagi
9.45 pagi : Sidang 2
Memahami Hak Penterjemah, Hak Cipta dan Etika dalam Penterjemahan oleh Profesor Madya  Dr. Hasuria Che Omar
Prinsip dan Pendirian Pemberi Tugas/Penerbit Tentang Hak Cipta dan Etika dalam Penerbitan Karya Terjemahan oleh Encik Sakri Abdullah
11.00 pagi : Sidang 3
Penterjemah Sebagai Pembuat Keputusan oleh Siti Hajar Baharuddin & Shakirah Mohd. Zain
Keseimbangan Hak antara Penulis, Penterjemah dan Penyunting oleh Dr. Dahlina Daut Mohmud
12.45 t/hari : Makan tengah hari
2.30 petang : Sidang 4
Harta Intelek, Akta Hak Cipta dan Keperluan Pengawasannya oleh Mohamed Fairuz Mohd Pilus
3.30 petang : Sesi Dialog : Prospek Penerbitan Buku Terjemahan di Malaysia
                             Pembicara : 1) Puan Ainon Mohd (Pengerusi Kumpulan PTS)
                                                2) Encik Amir Muhammad (Penulis Prolifik/Penerbit Fixi)
                             Moderator : Tuan Syed Nurulakla Syed Abdullah
4.30 petang : Penutup dan minum petang
5.00 petang : Majlis bersurai 

Yuran Penyertaan
RM30.00 (orang awam)
RM20.00 (pelajar)
*Termasuk makan dan bahan seminar

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Norhasydah Ayub, 03-4149 7210 samb. 263 / 019-274 3836, atau e-mel : shida@itnm.com.my
Nurul Ashikin Alias, 03-4149 7210 samb. 270 / 019-384 2099, atau e-mel : ashikin@itnm.com.my

Sila klik di sini untuk mengisi borang penyertaan.

Nota: Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kos mahupun kemudahan perjalanan dan penginapan untuk peserta.

16 Jan 2012 -

Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

SAYEMBARA PENULISAN NOVEL, CERPEN DAN PUISI ITBM-PENA-BERITA HARIAN

HADIAH KESELURUHAN RM130,000!

KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua  : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga  : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000

KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua  : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga  : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).
  • Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.
  • Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  • Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.
  • Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.
  • Kepanjangan karya sayembara:
  • Novel: tiada had halaman.
  • Cerpen: sekurang-kurangnya 10 karya.
  • Puisi: sekurang-kurangnya 30 karya.
  • Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
  • Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.        
  • Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.
  • Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel pada 31 Januari 2013. Manakala tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi pada 31 Julai 2012. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.
  • Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  • Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke buku@itbm.com.my atau buku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:

URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor) 
atau
URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Rumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)

 

 

16 Nov 2011 - http://ecommerce.itnm.com.my/books/isbn/9789830687698

Peluang Mendapatkan Autograf Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin

Bagi setiap pembelian buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin hasil karya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, 20 pembeli terawal berpeluang bertemu dan mendapatkan autograf buku tersebut secara langsung daripada beliau.

Peluang ini terbuka kepada umum sehingga 20 November 2011 (Ahad).

Cara-caranya:

  1. Beli buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin secara talian di http://ecommerce.itnm.com.my/books/isbn/9789830687698.
  2. Cetak dan simpan transaksi pembelian.
  3. Bawa salinan bukti pembelian di Majlis Memperkenalkan Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin pada 21 November 2011 (Isnin) jam 12 tengah hari di Hotel Shangri-La, Putrajaya.
  4. Serahkan bukti pembelian kepada kaunter pendaftaran.

Sinopsis buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin boleh dibaca di sini.

03 Dec 2011 - Wisma ITNM

Bengkel Penterjemahan Bahasa Cina - Melayu

Tarikh: 3 Disember 2011 - 7 Januari 2012 (30 jam kredit / 6 minggu - setiap Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Wisma ITNM
Bayaran: RM 850.00 (Pendaftaran Awal) / RM 999.00

Ringkasan

a) Melatih tenaga penterjemah bahasa Cina - Melayu
b) Memupuk persefahaman antarbudaya melalui terjemahan
c) Menggalakkan aktiviti menterjemah bahasa Cina - Melayu

Modul Kursus

Peserta akan didedahkan dengan teori dan pendekatan penterjemahan Barat dan Cina, tatabahasa bahasa Cina- bahasa Melayu, kesalahan tatabahasa dalam terjemahan bahasa Cina-bahasa Melayu, terjemahan teks undang-undang dan terjemahan teks sastera kreatif.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang bengkel ini.

22 Sep 2011 - Wisma ITNM, No.2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Jemputan ke Majlis Salam Aidilfitri ITNM

Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tan Sri / Puan Sri / Datu / Dato' / Datin / Tuan / Puan ke Majlis Salam Aidilfitri pada hari Khamis, 22 September 2011 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.30 petang bertempat di Wisma ITNM, No.2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
- 019 263 7988 Cik Shaharwati / e-mel: shaharwati@itnm.com.my
- 017 366 1757 Cik Nadiah / e-mel: nadia@itnm.com.my

-

Penutupan Wisma ITNM Sempena Hari Raya Aidilfitri

IMPORTANCE NOTICE
ITNM will close for business Monday 29th August to Friday 2nd September.

To celebrate the Hari Raya Aidilfitri and Independence Day, our office will be closed for business from Monday 29th August to Friday 2nd September to coincide with national public holiday on 30/08/2011 to 01/09/2011. We will open for business as usual on Monday 5th September.

We take this opportunity to wish all our Muslim friends, “Selamat Hari Raya” and to all Malaysians, “Happy Independence Day”.

-

TAJUK: CADANGAN PENGUBAHSUAIAN DAN MENAIK TARAF JABATAN TERJEMAHAN DI TINGKAT 3
NO. TENDER: ITNM/JKP/2011 (03)
TARIKH TUTUP: 3 OGOS 2011

RINGKASAN – BUKA PANGGILAN TENDER

Bil.

Nombor
Rujukan

Syarikat

Harga
(RM)

Jangkamasa
Siap Kerja

1

13/40

 

600,326.00

10

2

26/40

 

627,265.00

8

3

8/40

 

658,045.00

8

4

1/40

 

660,575.00

12

5

21/40

 

666,789.00

10

6

18/40

 

667,722.50

10

7

35/40

 

670,184.00

8

8

36/40

 

683,780.00

8

9

6/40

 

690,645.00

12

10

34/40

 

695,000.00

8

11

5/40

 

699,066.00

10

12

28/40

 

700,000.00

12

13

11/40

 

707,105.10

12

14

39/40

 

730,000.00

8

15

24/40

 

735,000.00

8

16

9/40

 

735,088.20

8

17

23/40

 

740,602.00

10

18

31/40

 

744,881.00

8

19

38/40

 

750,393.80

10

20

15/40

 

751,493.00

12

21

14/40

 

752,000.00

4

22

30/40

 

757,644.20

12

23

12/40

 

762,778.80

14

24

4/40

 

769,357.00

12

25

25/40

 

775,327.20

15

26

22/40

 

775,384.00

11

27

17/40

 

779,198.18

11

28

3/40

 

782,496.00

10

29

37/40

 

783,321.37

12

30

40/40

 

793,400.70

10

31

7/40

 

798,000.00

8

32

19/40

 

799,027.00

9

33

20/40

 

804,604.00

8

34

29/40

 

824,962.00

14

35

16/40

 

844,298.00

16

36

10/40

 

868,116.75

-

37

27/40

 

890,222.00

10

38

33/40

 

892,374.00

12

39

2/40

 

  907,243.00

20

40

32/40

 

1,045,964.00

24

Untuk muat turun, sila klik di sini.

-

TAJUK: CADANGANKERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN DAN MENAIK TARAF BILIK PEJABAT UNIT PENERBITAN DI TINGKAT 2
TARIKH TUTUP: 29 JUN 2011 

RINGKASAN – BUKA PANGGILAN SEBUT HARGA 

Bil.

Nombor

Rujukan

Syarikat

Harga

(RM)

Jangkamasa

Siap Kerja

1

3/11

 

90,814.00

4 Minggu

2

6/11

 

95,795.00

4 Minggu

3

1/11

 

97,386.00

4 Minggu

4

8/11

 

107,307.50

6 Minggu

5

5/11

 

111,616.00

6 – 8 Minggu

6

11/11

 

120,000.00

4 Minggu

7

9/11

 

120,800.00

4 Minggu

8

10/11

 

129,014.50

6 Minggu

9

7/11

 

143,188.00

4 Minggu

10

4/11

 

147,853.80

4 Minggu

11

2/11

 

149,316.00

45 Hari

-

Keputusan 10 Video Terbaik Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

Senarai 10 video terbaik Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 adalah seperti berikut: 

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

  • SJK (Cina) Chung Hua, Negeri Sembilan (Silap Mata Sains)
  • SJK (Cina) Chung Hua, Sarawak (Pertarungan Hebat Ahli Silap Mata)
  • SK Bengkongan, Sabah (Apa Yang Kecil dan Apa Yang Besar)
  • SK Bengkongan, Sabah (Sains Kreatif, Tenaga Elektrik)
  • SK Gunung Bongsu, Kedah (Kembara Sains SK Gunung Bongsu di Kolam)
  • SK Muhibbah, Sabah (Sistem Suria)
  • SK Nong Chik, Johor (Kesan Rumah Hijau : Punca dan Bagaimana Mengatasinya)
  • SK Panchor, Negeri Sembilan (Bumi Kita Sakit)
  • SK Sena, Perlis (Dari Tanah ke Hospital)
  • SK Sena, Perlis (Tuhan… Di Mana Cahaya dan Warna)

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

  • SBP Integrasi Rawang, Selangor (Al-Quran Ensiklopedia Sains Sepanjang Zaman)
  • SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, Kelantan (Bumi Kita Tanggungjawab Kita)
  • SMK Indera Shahbandar, Pahang (Bes dan Logam Alkali Bumi)
  • SMK King George V, Negeri Sembilan (Terokai Tenaga Suria)
  • SMK Lembah Bidong, Terengganu (Klon)
  • SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya (Dokumentari Asas Kimia)
  • SMK Sultan Abu Bakar, Pahang (Bahan Bakar Masa Hadapan: Tenaga Suria)
  • SMK Sultan Abu Bakar, Pahang (Bumiku, Rumahku)
  • SMK Taman Selesa Jaya 2, Johor (Pewaris Master Chi Pu)
  • SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Negeri Sembilan (Pengembaraan Sistem Solar

* Susunan senarai di atas adalah mengikut turutan abjad, bukan mengikut perolehan markah. 

JOM "LIKE" / "SUKA" VIDEO PALING POPULAR!

Semua 10 video terbaik akan dimuat naik di laman Facebook ITNM untuk anda "Like" / "Suka". Video yang menerima jumlah "Like" / "Suka" terbanyak akan dipilih sebagai "Video Paling Popular" yang layak menerima hadiah istimewa daripada ITNM.

SIAPAKAH YANG AKAN MEMENANGI HADIAH KESELURUHAN BERNILAI RM130,000???

Pihak ITNM akan menghubungi pihak sekolah yang tersenarai dalam 10 Video Terbaik untuk menghadiri Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 yang akan diadakan kelak.

NOTA: Jumlah "Like" / "Suka" tidak akan mempengaruhi keputusan juri untuk memilih tiga (3) pemenang hadiah utama untuk memenangi wang tunai keseluruhan bernilai RM130,000.

-

Kursus Bahasa Melayu (Penulisan) - Jun 2011

Kursus Bahasa Melayu (Penulisan) - Jun 2011

Tarikh : 29 - 30 Jun 2011 (12 jam)
Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM 270.00

Modul Kursus

  • Laras, wacana, retorik dan kesantunan bahasa
  • Morfologi dan sintaksis
  • Analisis kesalahan bahasa
  • Surat rasmi, memo dan notis
  • Kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat

Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:
a) Borang Pendaftaran Segera 
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964

Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut.

Tel: 03-4149 7210 (Samb. 263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my

 

-

Kursus Asas Kejurubahasaan - Interpretasi Berturutan

Kursus Jurubahasa (P1/Interpretasi Berturutan) 

 

Tarikh : 
a) Intensif: 27 Jun - 2 Julai 2011 (30 jam)
b) Sambilan: 8, 9, 15, 16, 22 & 23 Julai 2011

Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM2,000.00


Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:

a) Borang Pendaftaran Segera 
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi emel: kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964

 

Daftar segera, tempat adalah terhad!

Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut

Tel: 03-4149 7210 (263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my 

 

-

Bengkel Teknikal Sains dan Teknologi - Julai 2011

Bengkel Teknikal Sains dan Teknologi - Julai 2011

Tarikh : 1, 2, 8 & 9 Julai 2011 (4 hari)
Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM450.00

Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:

a) Borang Pendaftaran Segera 
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi emel: kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964

Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut.

Tel: 03-4149 7210 (Samb. 263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my

-

Sila klik di sini.

-

Sila klik di sini.

30 Apr 2011 - Pentas Utama, PWTC

Majlis Pelancaran Buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman

Tarikh

:

30 April 2011 (Sabtu)

Masa

:

5.00 petang

Lokasi

:

Pentas Utama (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Disempurnakan oleh

:

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh

Tautan (Verknüpfungen) adalah sebuah antologi puisi yang diterbitkan dalam dwibahasa (Melayu dan Jerman), yang juga merupakan terbitan usaha sama keenam antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Kesemua puisi yang terkandung di dalam buku ini adalah hasil karya 35 penulis Malaysia dan 31 penulis Jerman yang dipilih oleh pembaca profesional dan peminat puisi daripada pelbagai terbitan buku dan majalah sepanjang 2009.

Penerbitan karya ini antara lain turut mengangkat tema kemanusiaan yang menyentuh falsafah hidup, pemikiran, prinsip, adat dan budaya kedua-dua bangsa, baik di Malaysia mahupun Jerman. Walaupun pengalaman sosial yang wujud antara masyarakat di Malaysia dan Jerman hampir sama, namun pengalaman peribadi dalam dialog dengan budaya yang lain belum mencukupi untuk mengeratkan hubungan dan jalinan sastera yang ada. Selain itu, penerbitan karya ini juga bakal mengeratkan lagi hubungan penggiat seni dan sasterawan kedua-dua negara melalui jalinan puisi terpilih yang diungkap di dalam buku ini.

28 Apr 2011 - Gerai ITNM (Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51), Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih Istimewa Bersama YB. Datuk Saifuddin Abdullah & Dato’ Hussamuddin Yaacub

Wawancara Sofa Putih ITNM Istimewa ini diadakan dengan mengundang YB. Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) & Dato' Hussamuddin Yaacub (Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia [MABOPA]) bagi membincangkan situasi penerbitan buku di Malaysia yang masih lagi belum mencapai kadar penerbitan buku yang disarankan oleh UNESCO, iaitu 0.1 peratus daripada jumlah populasi penduduk. 

Justeru, sesi Wawancara Sofa Putih ITNM Istimewa ini mengundang dua individu yang akan berdiskusi dan mencari idea bagi merealisasikan serta memastikan sasaran 26,000 judul buku tercapai dalam masa terdekat ini.

22 Apr 2011 - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, PWTC

Aktiviti ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011, ITNM akan menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai menarik penyertaan dan kunjungan orang ramai ke gerai jualan ITNM. Berikut adalah perincian bagi aktiviti yang akan dianjurkan ITNM pada PBAKL 2011: 

AKTIVITI BERBENTUK PERADUAN

1) PERADUAN MENULIS ULASAN BUKU ITNM DI BLOG/FACEBOOK

Peraduan ini telah dianjurkan pada tahun 2010 dan ia dianggap sebagai aktiviti berbentuk intelektual yang berjaya menghargai pembaca tegar bagi buku terbitan ITNM. Kali ini ia dinamakan ‘Peraduan Ulas Buku ITNM di Blog/Facebook.

Justeru, pada tahun ini peraduan ini dicadangkan perlaksanaannya semula atas tujuan yang sama. Ia akan bermula pada 22 April 2011 dan berakhir pada 15 Mei 2011, dua (2) minggu selepas PBAKL berakhir.

Syarat penyertaan bagi peraduan ini adalah seperti berikut:

a) Pembelian minimum RM25 untuk setiap penyertaan (satu ulasan).
b) Peserta perlu menyiarkan ulasan buku ITNM yang ingin dipertandingkan di blog atau di akaun Facebook peribadinya dan dipautkan ke Facebook ITNM.
c) Peserta perlu memaklumkan butiran nama dan no. resit pembelian untuk setiap ulasan yang dikemukakan. Contoh adalah seperti berikut:

Tajuk ulasan buku___________________
Ulasan buku_________________________
Nama: John Yunus
No. Resit : 7878 6767 1221


Hadiah

  1. Tempat pertama Lumix GF2 (RM2,800)
  2. Tempat kedua   Samsung Galaxy Tab (RM2,700)
  3. Tempat ketiga 64gB iPad2 (RM2,600)
  4. Tempat keempat Koleksi buku ITNM bernilai RM500
  5. Tempat kelima Koleksi buku ITNM bernilai RM300
  6. Hadiah Saguhati Kupon pembelian buku ITNM bernilai RM100 – untuk lima (5) pemenang.

Pemenang akan diumumkan dalam tempoh sebulan selepas acara selesai dipertandingkan. Ia akan diumumkan dalam sebuah majlis ringkas ITNM.

Pemenang akan dipilih melalui pemilihan peringkat dalaman oleh pengurusan ITNM berpandukan markah setiap ulasan yang diberi oleh juri profesional yang dilantik ITNM.

 2) PERADUAN MENULIS KOMEN TENTANG BUKU ITNM DI FACEBOOK

Peraduan ini diadakan untuk menghargai pembaca buku terbitan ITNM khususnya bagi yang memberikan komen yang bernas dan membina secara kreatif berkaitan buku yang dihasilkan ITNM. Komen berkenaan perlu dibuat di laman Facebook ITNM. Peraduan ‘Buku ITNM: Apa Komen Anda?’ ini akan bermula pada 22 April 2011 dan berakhir pada 15 Mei 2011, dua (2) minggu selepas PBAKL berakhir.

Pelanggan ITNM boleh terus menyertai peraduan ini selepas membeli buku dengan mengemukakan komen berkenaan di Facebook ITNM menggunakan kemudahan Internet yang disediakan di gerai jualan ITNM.

Syarat penyertaan bagi peraduan ini adalah seperti berikut:

a) Pembelian minimum RM15 untuk setiap penyertaan (satu komen).
b) Peserta perlu menulis komennya mengenai buku ITNM di akaun Facebook.
c) Komen tidak melebihi 25 patah perkataan.
d) Peserta perlu memaklumkan butiran nama dan no. resit pembelian untuk setiap ulasan yang dikemukakan. Contoh adalah seperti berikut:

Nama peserta@komen ITNM/7878 6767 1221__________________________________
komen________________________________

Hadiah

  1. Tempat pertama IPhone (RM1,800)
  2. Tempat kedua Nokia C7 (RM1,300)
  3. Tempat ketiga Sony Ericson Xperia X10 (RM1,100)
  4. Tempat keempat Koleksi buku ITNM bernilai RM500
  5. Tempat kelima Koleksi buku ITNM bernilai RM300
  6. Hadiah Sagu hati Kupon pembelian buku ITNM bernilai RM100 – untuk lima (5) pemenang.

PROGRAM BENTUK PERTANDINGAN

1) PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011

Pada tahun ini, ITNM tidak menganjurkan sebarang pertandingan yang berkaitan dengan PBAKL. Bagaimanapun, ITNM akan mengambil peluang untuk mempromosikan pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan yang dilancarkan pada 4 April 2011.

Pertandingan ini akan dipromosikan dengan mempamerkan poster peraduan di sudut buku Sains dan Matematik. Malah buku Sains dan Matematik akan disusun mengikut kategori peringkat Menengah dan Rendah bagi memudahkan pelanggan memilih bahan untuk menyertai pertandingan ini.

PROGRAM BENTUK AKTIVITI

1) AKTIVITI ‘CEPAT DAN TEPAT!’

Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan buku Sains dan Matematik terbitan ITNM. Pengacara akan mengulas atau menyampaikan maklumat berhubung buku ITNM dan memberikan soalan umum berhubung topik dalam buku berkenaan kepada pengunjung. Pengunjung dengan jawapan tepat akan menerima cenderamata ITNM (10 pemenang setiap sesi) berserta baucar diskaun untuk buku ITNM 30%.

2) KENALI SAINS BERSAMA PUSAT SAINS NEGARA

Aktiviti ini sebagai usaha mempromosikan buku Sains terbitan ITNM. Untuk itu, ITNM menjemput Pusat Sains Negara mengendalikan aktiviti dan kuiz/permainan mudah berkaitan Sains untuk pengunjung ITNM.

Pengunjung yang menyertai dan memenangi kuiz/permainan tersebut akan menerima cenderamata ITNM. Sebanyak 10 pemenang akan diberi hadiah dalam setiap sesi dan diberi baucar diskaun 30% untuk buku ITNM. Sebagai menghargai kerjasama pihak Pusat Sains Negara, ITNM akan menyediakan token bernilai RM250 setiap hari untuk petugas Pusat Sains Negara yang terlibat.

3) SAYA ANGKASAWAN HEBAT!

Permainan mudah ini disediakan bagi menarik minat pengunjung ke gerai ITNM untuk menyertai dan mencubanya sendiri. Ia berbentuk seperti permainan ‘dam ular’.

Permainan ini ditambah dengan penggunaan set soalan mengenai Sains bagi menentukan pemenang. Peserta yang menamatkan permainan paling awal akan dikira pemenang.

Syarat penyertaan bagi permainan ini ialah dengan menunjukkan resit pembelian minima RM10. Hanya empat peserta dipilih untuk bermain dalam setiap sesi permainan.

Hadiah berupa T-shirt dan baucar diskaun 30% untuk buku ITNM disediakan untuk pemenang pertama. Selainnya peserta akan menerima koleksi miniatur (6 unit) dan baucar diskaun 30% untuk buku ITNM.

4) WAWANCARA SOFA PUTIH

Idea asal program ini diperoleh dengan mengguna pakai aktiviti “The Blue Sofa” di Frankfurt International Book Fair. Menerusi program ini, ITNM akan mengundang tetamu khas untuk duduk di set pentas bersofa khas di gerai ITNM bagi membincangkan beberapa isu berkaitan industri buku tempatan mahupun antarabangsa. Program ini telah terbukti dapat memberi satu impak intelektual bagi aktiviti di gerai jualan ITNM pada tahun 2010.

Program ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar selaku moderator. Buat julung kalinya, pada penganjuran tahun ini ITNM akan menyuntik unsur komersil dalam penganjuran Wawancara Sofa Putih dengan menjemput selebriti selaku tetamu. Berikut adalah senarai nama tetamu yang akan diundang dalam program ini:

6.4.1     Nasriah Abdul Salim dan Shamsudin Othman (22/4/2011 – Jumaat - 3.00 petang)
6.4.2     Abdul Ghafar Ibrahim (23/4/2011 – Sabtu - 12.00 tengah hari)
6.4.3     Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM (24/4/2011 – Ahad - 12.00 tengah hari)
6.4.4     Monoloque (25/4/2011 – Isnin - 1.00 petang)
6.4.5     Rahimidin Zahari dan Rosnan Rahman (26/4/2011 – Selasa - 12.00 tengah hari)
6.4.6     Dr. Siti Zainon Ismail (27/4/2011 – Rabu - 12.00 tengah hari)
6.4.7     Ahmad Fedtri Yahya (28/4/2011 – Khamis - 12.00 tengah hari)
6.4.8     Amir Muhammad (29/4/2011 – Jumaat - 3.00 petang)
6.4.9     MASKARA/Sindiket Sol-Jah @ Sofa Putih ITNM (30/4/2011 – Sabtu - 12.00 tengah hari)

5) MAJLIS PELANCARAN BUKU TAUTAN (ITNM & GOETHE-INSTITUT Malaysia)

Selain aktiviti yang dijalankan di gerai jualan, ITNM juga turut menganjurkan acara rasmi di Pentas Utama PBAKL sepertimana tahun sebelumnya. Pada kali ini ITNM akan melancarkan buku Tautan yang diterbitkan hasil kerjasama ITNM bersama Goethe-Institut Malaysia.

Ia akan berlangsung pada Sabtu, 30 April 2011, 5.00 – 7.00 petang. Majlis ini akan disempurnakan oleh Sasterawan Negara (SN) Prof. Muhammad Hj Salleh. Berikut adalah butiran atur cara bagi majlis tersebut:

5.00 petang  Persembahan orkestra
5.10 petang  Kata alu-aluan pengacara
5.15 petang  Ucapan Pengarah Urusan ITNM
5.25 petang  Ucapan Dr. Holger Warnk
5.35 petang  Ucapan pelancaran oleh SN Prof. Muhammad Haji Salleh
5.45 petang  Gimik pelancaran
5.50 petang  Bacaan puisi daripada buku Tautan
6.30 petang  Jamuan dan sidang media

6) PROGRAM PROFESIONAL KOTA BUKU KUALA LUMPUR ANJURAN ITNM

Majlis ini merupakan antara usaha ITNM menyokong penubuhan ‘Kota Buku Kuala Lumpur’. Justeru ITNM mengambil langkah menganjurkan sesi acara khusus bagi menjemput Sasterawan Negara untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia. Sasterawan yang akan diundang dalam sesi ini ialah SN A. Samad Said dan SN Prof. Muhammad Hj. Salleh. Majlis ini akan berlangsung pada Ahad, 30 April 2011 di Bilik Kedah Johor.

01 May 2011 - Bilik Johor Kedah, PWTC

Tarikh: 1 Mei 2011, Ahad
Masa: 3.00 petang
Lokasi: Bilik Johor Kedah, PWTC
Panel: Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said & Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
Topik: Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran

Forum sastera ini diadakan untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia.

-

PROGRAM PROFESIONAL KOTA BUKU KUALA LUMPURTarikh : 1 Mei 2011, AhadMasa : 3.00 petangLokasi : Bilik Johor Kedah, PWTCPanel : Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said  Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji SallehTopik : Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan CabaranForum sastera ini diadakan untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia.

30 Apr 2011 - Pentas Utama, PWTC

Tarikh: 30 April 2011, Sabtu
Masa: 5.00 petang
Lokasi: Pentas Utama, PWTC
Tetamu kehormat: YBhg. Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memaklum, memperkenal dan melancarkan kepada umum penerbitan buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman yang diterbitkan bersama oleh ITNM dan Goethe-Institut Malaysia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, khususnya negara-negara Eropah. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan orkestra dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang mengadun muzik adaptasi daripada karya buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman.

30 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

MASKARA / Sindiket Sol-Jah @ Sofa Putih ITNM

Tarikh: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari

MASKARA merupakan aktiviti persembahan seni dalam bentuk deklamasi sajak dan puisi, teater mini, monolog, baca petikan naskhah dari novel, cerpen atau blog, persembahan nyanyian atau apa saja jenis persembahan seni yang diadakan secara berkala oleh blogger yang menggelar diri mereka sebagai Sindiket Sol-jah. Di Sofa Putih ITNM, MASKARA akan menampilkan Pyan Habib, Taheera Rosheena Mohamed, Firdaus Abdillah (Pipiyapong), Nazri M. Annuar (Vovin), dan Nik Javid untuk mempersembahkan aktiviti seni.

29 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Amir Muhammad

Tarikh: 29 April 2011 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang

Penulis prolifik dan kontroversi ini akan diajukan soalan tentang fenomena semasa yang menyaksikan bahan bacaan yang mengkritik kerajaan atau mainstream didapati lebih mendapat tempat dalam kalangan pembaca tempatan dan antarabangsa. Beliau juga akan bercerita tentang buku terkini yang diterbitkan sendiri oleh syarikatnya, Fixi.

 

28 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Ahmad Fedtri Yahya

Tarikh: 28 April 2011 (Khamis)
Masa: 12.00 tengah hari

Pengacara TV3 ini yang selalu menggunakan perkataan atau ungkapan unik semasa mengacarakan program televisyen ini akan disoal oleh Sayed Munawar tentang penggunaan bahasa rojak oleh selebriti hiburan sama ada di televisyen mahupun radio. Beliau juga akan ditanya sama ada perlunya ada garis panduan penggunaan bahasa dalam kalangan mereka yang terlibat dalam media elektronik. 

 

27 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Dr. Siti Zainon Ismail

Tarikh: 27 April 2011 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari

Penulis wanita yang aktif menulis dan melakar lukisan ini akan diwawancara berhubung isu sejauh mana penganugerahan Sasterawan Negara, anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada penggiat sastera Negara ini berpotensi juga diberikan kepada penulis wanita. 

 

 

25 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Rahimidin Zahari & Rosnan Abdul Rahman

Tarikh: 26 April 2011 (Selasa)
Masa: 12.00 tengah hari

Rahimidin akan ditanya lebih lanjut tentang proses penghasilan dan pengumpulan maklumat tentang seni warisan Makyung sehingga diterbitkan dalam dua bahasa; Melayu dan Inggeris oleh ITNM. Manakala Rosnan akan berkongsi bersama khalayak tentang pengalaman beliau bergiat aktif dalam Makyung dan penerimaan masyarakat terhadap seni yang mendapat pengiktirafan UNESCO itu.

25 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama MonoLoque

Tarikh: 25 April 2011 (Isnin)
Masa: 1.00 petang

Artis yang terkenal dengan lagu Kanda Dinda ini biasanya terlibat dalam penghasilan lirik dan lagu. Namun realitinya beliau merupakan seorang artis yang memperjuangkan bahasa Melayu dengan sebaiknya. Wawancara ini akan membicarakan peranan beliau sebagai selebriti dalam mempromosikan budaya keilmuan dan pembacaan melalui industri hiburan.

 

24 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM

Tarikh: 24 April 2011 (Ahad)
Masa: 12.00 tengah hari

Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM diadakan istimewa sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dianjurkan bersama Persatuan Penulis Nasional (PENA) akan mengetengahkan dua generasi muda, Muhammad Lutfi Ishak dan Aris Atan yang akan membicarakan tentang dunia pembacaan dan perbukuan dari perspektif orang muda. Dialog ini juga akan membicarakan situasi atau masalah yang menyebabkan kebanyakan generasi muda kini kurang membaca bahan bacaan yang ilmiah.

 

23 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM A. Ghafar Ibrahim (AGI)

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari

Wawancara ini akan menyentuh isu kaedah menarik minat generasi muda kepada aktiviti berpuisi dan bersastera. Selain itu, AGI juga akan ditanya akan keunikan kaedah pembacaan puisi yang dilakukannya dan sejauh mana ia mampu menarik minat masyarakat terhadap penghasilan dan pendeklamasian puisi.

 

22 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Shamsudin Othman & Nasriah Abdul Salam

Tarikh : 22 April 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang

Shamsudin Othman dan Nasriah Abdul Salam (penulis puisi dalam Dari Jendela Zaman Ini) akan diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar berkaitan isu penghasilan karya bermutu dan berkualiti tinggi dalam kalangan penulis muda di Malaysia. Saban hari didapati penulis muda tidak lagi ghairah menerapkan unsur sastera yang tinggi dalam penulis, tetapi sebaliknya lebih menggemari isi kandungan karya yang popular.

04 Apr 2011 -

Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011 

Pada tahun 2009, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menjalankan sebuah projek khusus, iaitu "Projek Menterjemah dan Menerbitkan 130 Judul Buku Sains & Matematik" untuk diedarkan ke seluruh sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai bahan bacaan tambahan, susulan daripada pengumuman kerajaan untuk memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Projek ini juga merupakan salah satu usaha ITNM menyokong dasar Kerajaan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

ITNM telah memulakan gerak kerja menterjemahkan dan menerbitkan buku bertemakan Sains dan Matematik sebaik sahaja memperoleh kelulusan KPM. Setakat ini, ITNM telah menerbitkan sebanyak 100 judul, dan bakinya akan disiapkan pada tahun 2011.

Bagi menarik minat para pelajar untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik, ITNM mencadangkan supaya mata pelajaran tersebut diadaptasi dalam bentuk lakonan mengikut skrip yang didasarkan daripada buku Sains dan Matematik terbitan ITNM.


KONSEP PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011

  • Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
    • Kategori sekolah rendah; dan
    • Kategori sekolah menengah.
  • Peserta (solo atau berkumpulan) perlu menghasilkan skrip serta sebuah lakonan pendek (minimum lima [5] minit dan maksimum tujuh [7] minit).
  • Setiap skrip yang dihasilkan perlu berdasarkan isi kandungan daripada 100 judul buku Sains Matematik yang diterjemahkan oleh ITNM. Setiap skrip perlu membabitkan minimum tiga buku (buku Sains atau buku Matematik) atau maksimum lima buku Sains atau Matematik.
  • Bahasa yang digunakan untuk skrip dan lakonan adalah dalam bahasa Melayu.
  • Lakonan perlu dirakamkan dengan menggunakan sebarang peralatan rakaman (kamera video, kamera digital (mod video), telefon, komputer, dan sebagainya).
  • Skrip perlu dihantar ke ITNM melalui e-mel (dengan menyatakan senarai judul buku yang dipilih sebagai rujukan skrip), manakala rakaman lakonan perlu dimuat naik ke laman YouTube dan dibuat pautan ke laman Facebook rasmi ITNM, www.facebook.com/klikITNM.
  • Penyertaan boleh terdiri daripada minimum seorang atau secara berkumpulan yang terdiri daripada maksimum 4 orang.
  • Setiap sekolah dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki. Setiap penyertaan mesti disahkan oleh pihak sekolah. Bagaimanapun, setiap penyertaan bagi setiap sekolah perlu membabitkan penggunaan buku yang berbeza.


CABAR KREATIVITI DAN REBUT PELUANG MENANGI WANG TUNAI RM130,000!

Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Pertama RM15,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM12,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.

Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Pertama RM20,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM15,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.


SYARAT DAN PERATURAN 
PERTANDINGAN KREATIF SAINS & MATEMATIK KEBANGSAAN 2011 
(Boleh muat turun syarat dan peraturan penyertaan di sini)

  • Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia. 
  • Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada seorang atau sekumpulan dengan maksimum empat orang. 
  • Penyertaan hendaklah dalam bahasa Melayu sepenuhnya. 
  • Setiap penyertaan hendaklah dalam durasi minimum lima (5) minit dan maksimum tujuh (7) minit. 
  • Rakaman boleh dibuat dalam apa juga medium yang sesuai dan jelas untuk proses pengadilan. Contoh: Rakaman menggunakan kamera video, kamera digital (mod video), telefon bimbit atau komputer.  
  • Setiap rakaman hendaklah dimuat naik ke laman www.youtube.com dan dipautkan ke laman Facebook ITNM di www.facebook.com/klikITNM.
  • Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan salinan skrip, lengkap dengan senarai buku yang digunakan sebagai rujukan dalam menghasilkan rakaman.  
  • Setiap skrip perlu menggunakan minimum tiga buku daripada mana-mana koleksi 100 judul buku Sains dan Matematik terjemahan ITNM (sila klik di di sini untuk merujuk katalog khas). 
  • Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kandungan sains dan matematik (berkaitan dengan buku), penyampaian yang kreatif dan konsep yang sesuai. 
  • Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang dimuat turun dari laman web ITNM (sila klik di sini) dan mengisi surat aku janji dengan memuat turun di sini
  • Borang penyertaan dan setiap rakaman hendaklah disahkan oleh pengetua/guru besar sekolah lengkap dengan cap rasmi. 
  • Borang yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak memenuhi syarat dan peraturan akan terbatal secara automatik. 
  • Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan mestilah menggunakan buku yang berbeza. 
  • Setiap peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan serta keputusan pihak penganjur. 
  • Pihak penganjur berhak menggunakan gambar, nama, alamat, rakaman, dokumen, temu bual dan sebarang bentuk maklumat tentang peserta dan pemenang untuk tujuan pengiklanan, promosi dan terbitan dari semasa ke semasa. 
  • Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan. 
  • Hadiah yang ditetapkan tidak boleh ditukar ganti dan segala urusan berkaitan selepas penerimaan hadiah adalah tertakluk kepada pemenang. 
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2011.

Dokumen yang perlu dimuat turun:

  1. Borang penyertaan pertandingan. Sila klik di sini.
  2. Surat aku janji. Sila klik di sini.
  3. Syarat dan peraturan pertandingan. Sila klik di sini.
  4. Katalog Buku Sains dan Matematik Terjemahan ITNM 2011. Sila klik di sini.
  5. Senarai semak pertandingan. Sila klik di sini.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Mohd Khairulanuar Manshor: 03-4149 7210 (samb. 206) / 019-217 7204 / anuar@itnm.com.my
  • Norzaiti Abdul Talib: 03-4149 7210 (samb. 305) / 019-390 6349 / norzaiti@itnm.com.my

13th International Conference on Translation 2011

19 Jul 2011 - Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-13 2011

13th INTERNATIONAL CONFERENCE ON TRANSLATION 2011

This 13th International Conference on Translation will be held in Shah Alam, Malaysia from 19-21 July 2011. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia has been chosen to be the host. The co-organisers are the Malaysian Translators Association, the Malaysian National Institute of Translation and Dewan Bahasa dan Pustaka, under the patronage of the Ministry of Higher Education and the Ministry of Education. 

The theme of this conference is Globalization Through Translation: A Catalyst for Knowlegde and Technology Excellence. Translation is a process, product and the skills which act as a catalyst for knowledge and technology enhancement to meet the challenges and requirements of globalization. It is hoped that the conference will be the meeting points of the  translators, practitioners, experts of other fields, the players in the industries and those who are involved in the field of translation and technology from all over the world.

Objectives:

  • Encourage the exchange of ideas and experiences in the field of translation that will generate academic excellence and cooperation at the international level;
  • Stimulate intellectual and professional discourse with the hope to discover the latest theories, techniques, issues, perspectives, practices, researches and recognitions in the field of translation;
  • Offer opportunities for new findings and approaches in the field of translation;bolster and strengthen cooperation among translators in the  academic and professional domain; and
  • Promote UiTM as an institution of higher learning in Malaysia which is involved in translation works and the teaching of translation courses.

Areas of Topics:

  • Translation Technology 
  • Translation and Media
  • Interpretation and Internationalization
  • Translation and Localization
  • Sociolinguistics and Translation
  • Machine Aided Translation
  • Collaboration and Accreditation
  • Translation for Group with Special Needs
  • Translations of Specific Texts and Official Documents
  • Translation of Literary Texts
  • Translation and Tourism / Culinary / Hospitality
  • Translation in Education
  • Training & Careers in Translation
  • Translation Assessment and Evaluation
  • The future and Sustainability of  Translation
  • Translators’ Voice
  • New areas: -Inter and Intra translation between the areas and fields of the same language; (between dialects or languages of the same family)
  • Translation of Religious Texts

Invitation for Paper Presenters:
The Organizing Committee would like to invite those who are interested in presenting their papers  at this conference.  An abstract of 400 words must be submitted before January 31, 2011. Please state clearly the title of your paper and attach your personal profile together with your contact  number and e-mail address. Please submit the abstracts, papers and any inquiries to norizah@salam.uitm.edu.my

Abstract & Full Paper Submission:

  • Please be informed that the date for submission of abstract is on 31st January 2011. 
  • The date for the submission of full papers is on 30th April 2011.

Contact Us:

  • Dr. Noor Ida Ramli: 603-5544 2408 / 6013-2852671 / noor032@salam.uitm.edu.my
  • Puan Saodah Abdullah: 603-21424381 / 602-21442506 / terjemah1@gmail.com a.saodah@gmail.com
  • Puan Siti Rafiah Sulaiman: 603-41497210 samb. 205 / 6019-2376533 / s.rafiah@itnm.com.my

For further informations, please click http://ppa.uitm.edu.my

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

- Panggung Sari Istana Budaya

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

PRESS RELEASE

  • LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal is a production by the Malaysian National Institute of Translation (ITNM) and Tall Order Production (TOP), in collaboration with the Ministry of Information, Communication and Culture (KPKK).
  • This production is based on the Kampung Boy graphic novel by Datuk Mohd Nor Khalid (Lat) and narrates tales from his life, beginning in his childhood, from 1958 to 1988 – the peak of his career as a cartoonist (please refer to Synopsis).
  • The patron of this theatrical production is the Prime Minister of Malaysia, Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Razak who views Datuk Lat’s Kampung Boy graphic novel as an ideal creative endeavor that truly grasps the aspirations of the “1Malaysia Concept” through its storytelling and characters, irrespective of language, nationality and religion.
  • The following is the chronology of events that culminated in the production of LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal:

August 2009
The original idea for the production is put forward by the Malaysian National Institute of Translation’s (ITNM) management in December 2008. The idea came about after taking into consideration the success of Datuk Lat’s Kampung Boy graphic novel, which has been translated into 13 major languages (including Arabic, German, Japanese, Korean and Spanish) and sold in more than 10 countries, thereby confirming its status as a pacemaker for national translation.

November 2009
Representatives from ITNM’s management meet with Datuk Lat in Ipoh to convey their intention and gauge his opinion on the proposal. Datuk Lat is open to the idea, yet cautious, and also sets the condition that the production would have to include the 1Malaysia concept of goodwill in the same way that he congregates characters of various races in his stories. This condition would not only be restricted to the actors, but should also include the entire production crew.

January 2010
Istana Budaya announces Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal as one of the events in its calendar for 2011 and proposes to ITNM to work together with Tall Order Production (TOP) following its dazzling reputation after having staged Cuci The Musical for two consecutive seasons.

July 2010
ITNM and TOP set up an agreement to act as co-producers for Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal before striking an additional agreement with the Ministry of Information, Communication and Culture (KPKK) through Istana Budaya. Following this, the foundational work and preliminary research begins including several meetings with Datuk Lat to research material for the script.

December 2010
The production is initially scheduled to begin its run in mid-December 2010, but this is later postponed to March 2011. Aside from providing additional time for more detailed preparations, this change also adds special meaning to the show as its production run will coincide with Datuk Lat’s 60th birthday.

  • Besides the book’s status as a national translation pacemaker, the production is also an effort to give greater appreciation of the life of the book. The adaptation and transformation of The Kampung Boy from graphic novel to theatre is one way of ensuring continuous book sales among Malaysian readers. It is a common concept in the West and has helped particular works to survive longer in the market. For example, the works of Shakespeare have been adapted to many different mediums – comics, drama, theatre and film. Similarly, Harry Potter has enjoyed tremendous global success in both the literary and film medium. Through this manner, storytelling lives on and helps the market through all mediums of adaptation.
  • Additionally, the transfer of visuals from the book to the live-action reality of the stage indirectly revives many elements that have almost disappeared due to the evolution of modern life. Traditional village games such as menarik upih pinang will certainly be unknown to future generations if no attempts are made to introduce such pastimes to them through other mediums, and theatre is one of the ideal ways of achieving this goal. Theatre does not only entertain but also subconsciously educates the audience.
  • The production will be staged at Istana Budaya from 16th March to 5th April 2011.
  • The script for LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal was written by Harith Iskander, who also serves as Co-Director along with Hans Isaac. The following is a list of the main production crew:
    • Executive Producers : Mohd Khair Ngadiron & Hans Isaac
    • Producer : Hans Isaac
    • Directors : Hans Isaac & Harith Iskander
    • Scriptwriter : Harith Iskander & Kuah Jenhan (Co-Writer)
    • Stage Consultant : Mamat Khalid
    • Music Director : Michael Veerapen
    • Choreographer : Taufik Ibrahim (Pat)
    • Costume Designer : Devorsine Dominique
  • The musical, will star Awie as Lat, Sandra Sodhy as Mrs Hew, Omar Abdullah as Pak Samad, Jalil Hamid as Lat’s father, Atilia as Lat’s wife, Faezah, Douglas Lim as Lat’s friend, Frankie, and Pushpa Narayan as Ms. Thambi.
  • Tickets for the production are priced from RM40 to RM300. For all enquiries and reservations, please contact Ticket2u.biz at 03-4147 8600.

Book Launching Ceremony "Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia"

19 Dec 2010 - Kinokuniya, Aras 4, Suria KLCC

Majlis Pelancaran Buku “Makyung: Warisan Mistik Malaysia”

Tuan/Puan,

Kami dengan segala hormatnya menjemput Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Buku Makyung seperti maklumat berikut: 

Tarikh  19 Disember 2010 (Ahad)
Masa 3.00 petang
Lokasi Kinokuniya, Aras 4, Suria KLCC.

Buku Makyung terbitan ITNM yang dihasilkan dalam dua versi bahasa (Melayu serta Inggeris) ini adalah satu khazanah besar Negara, berikutan kandungannya yang mendokumentasikan hampir segala aspek penting berkaitan seni persembahan tradisional Makyung. Usaha ini penting, selain selari dengan anugerah UNESCO yang mengiktiraf Makyung sebagai Masterpiece of the Oral & Intangible Heritage of Humanity pada tahun 2005.

Selari dengan martabat Makyung sebagai seni persembahan tradisi yang kini berkongsi taraf pengiktirafan dunia, penerbitannya turut menarik perhatian banyak pihak, dan satu antaranya ialah Kinokuniya Book Stores (Malaysia) Sdn. Bhd yang bersetuju merangka kempen pemasaran khas bermula 13 Disember 2010 hingga 31 Januari 2011 yang menawarkan diskaun eksklusif 20% bagi pembelian buku tersebut di Kinokuniya KLCC sepanjang tempoh tersebut.

Lebih menguja, sepanjang tempoh itu juga, ITNM turut ditawarkan ruang untuk tujuan peragaan tetingkap (window display) bagi mempromosikan buku Makyung kepada khalayak umum. Selain buku tersebut, akan turut dipamerkan adalah koleksi busana serta beberapa peralatan muzik penting dalam persembahan Makyung.

Sehubungan itu, Dato’/Datin/Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel anuar@itnm.com.my, atau Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349, e-mel norzaiti@itnm.com.my.

Untuk mendapatkan buku ini, sila klik di Laman E-Beli Belah ITNM.

12 Nov 2010 - Laman Beringin Istana Budaya

Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya

Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya akan membawa peminat puisi untuk menelusuri ilmu dan menyemarak kreativiti secara puitis apabila ia diadakan di Laman Beringin Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 12 November ini, jam 8.00 malam.

Sasterawan dan artis yang akan beraksi pada malam tersebut: 
- Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
- Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin
- Abdul Ghafar Ibrahim (AGI)
- Dr. Siti Zainon Ismail
- Shamsudin Othman
- Rahimidin Zahari
- Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
- Sohaimi Meor Hassan
- Ana Raffali
- Altimet
- Tilu
- Taheera Rosheena Mohamed
- Ahmad Fedtri Yahya (TV3) - pengacara majlis

Tema "Menelusuri Ilmu, Menyemarakkan Kreativiti" dipilih kerana bertepatan dengan visi ITNM yang meletakkan gandingan ilmu dan kreativiti dalam misi mereka untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan karya kreatif melalui penterjemahan, sekali gus meningkat dan memperluaskan horizon minda bangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Khairulanuar Manshor (019-2177204 - anuar@itnm.com.my) atau Norzaiti Abdul Talib (019-3906349 - norzaiti@itnm.com.my).

Semua dijemput hadir!

-

-

Salam Ramadan Al-Mubarak & Selamat Hari Raya Aidilfitri

21 Sep 2010 - Dewan Wisma ITNM

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Buku Online akan mengadakan “Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010” yang bertemakan "Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan". Untuk makluman serta latar belakang yang merujuk kepada perkara di atas, ini adalah tahun ketiga penganjurannya bermula tahun 2006, dan diteruskan sebagai medan ilmu untuk kalangan pencinta buku berdiskusi mengenai isu-isu berkaitan dunia terjemahan, perbukuan, penerbitan, dan pembacaan.

Rasional bagi ITNM untuk bertindak sebagai penganjur bagi pelaksanaan tahun 2010 ini adalah sebagai sokongan terhadap usaha mengembangkan peradaban ilmu – yang antaranya boleh dicapai menerusi transformasi besar-besaran dalam aktiviti terjemahan dan pemantapan budaya membaca dalam sesebuah masyarakat. Hakikatnya, pemantapan budaya membaca akan memperkukuhkan kelangsungan tradisi proses pemindahan ilmu, sekali gus juga memperkayakan peradaban bangsa.

Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai atau menamakan beberapa kakitangan daripada agensi masing-masing untuk turut serta dalam seminar ini.

Tarikh: 21 September 2010 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Dewan Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Pelancaran: Disempurnakan oleh Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat), penulis buku "
Kampung Boy" (tentatif)

Tentatif Program
8.00 pagi: Pendaftaran peserta
8.25 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
8.30 pagi: Kata alu-aluan pengacara majlis
8.35 pagi: Bacaan doa
8.40 pagi: Ucapan alu-aluan oleh YB. Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh (Pengerusi Lembaga Pengarah ITNM)
8.45 pagi: Kertas Dasar oleh YBhg. Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat) “Penghayatan Karya Terjemahan Melalui Watak Komik
9.30 pagi: Minum pagi
9.45 pagi: Sidang 2: 
- “Peranan ITNM dalam Memperkasakan Karya-karya Terjemahan” oleh Encik Mohd. Khair Ngadiron
- “Komuniti Buku Saluran Memperkasa Karya Terjemahan” oleh Encik Shaharom TM Sulaiman
 - Moderator: Encik A 'Azmi bin Shahri
11.00 pagi: Sidang 3:
- “Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan: Perspektif Penterjemah” oleh Syed Nurul Akla Syed Abdullah
- “Daya Tarik dan Daya Tolak Membaca Karya Terjemahan” oleh Encik Rahimi Saad
- “Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan: Perspektif Penulis” oleh Dr. Faisal Tehrani
 - Moderator: Puan Siti Rafiah Sulaiman
12.45 tengah hari: Makan tengah hari
2.00 petang: Sidang 4:
- "Karya-karya Terjemahan yang Mempengaruhi Peradaban Manusia” oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan 
- “Gerakan Terjemahan Sebagai Gerakan Intelektual: Perspektif Sejarah Tradisi Intelektual Parsi” oleh Encik Ahmad Kamil Zuhairi
- “Pendidikan Akal Bangsa Melalui Penterjemahan Komik” oleh Puan Zinitulniza Abdul Kadir
 - Moderator: Encik Khairusy Syakirin Has-Yun
4.00 petang: Sesi Khas Bicara Tokoh
 - “Potret Pencinta Buku, Penulis, Penterjemah dan Penerbit” oleh Ustaz Abdullah Al-Qari Hj. Salleh
 - Moderator: Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar
4.45 petang: Minum petang
5.00 petang: Bersurai

Yuran Penyertaan
Institusi: RM50
Individu: RM30
Pelajar: RM10
*Termasuk makan, bahan seminar dan buku terbitan ITNM.

Sila klik di sini untuk mengisi borang penyertaan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
- Mohd Khairulanuar Manshor, 019-217 7204 atau e-mel: anuar@itnm.com.my
- Norzaiti Abdul Talib, 019-390 6349 atau e-mel: norzaiti@itnm.com.my

Borang pendaftaran yang telah diisi lengkap perlu dikembalikan selewat-lewatnya pada Rabu, 15 September 2010.

Nota: Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kos mahupun kemudahan perjalanan dan penginapan untuk peserta.

- Sila klik di sini untuk mendapat tentatif program.
- Sila klik di sini untuk mendapat poster seminar.

27 Jul 2010 - Paju Book City, Korea Selatan

Majlis Pelancaran Buku “Nyawa di Hujung Pedang”

Sempena kunjungan Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran ke Republik Korea pada 26 hingga 29 Julai 2010 ini, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengambil kesempatan untuk melancarkan satu antara penerbitan terkininya, iaitu novel Nyawa di Hujung Pedang, karya Ahmad Murad Nasaruddin yang diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Korea.

Majlis pelancaran ini berlangsung pada 27 Julai 2010, di Paju Book City, Korea Selatan, dan disempurnakan sebaik selesai sesi lawatan TPM serta delegasi Malaysia yang dibawa pihak pengurusan Paju Book City meninjau persekitaran kawasan tersebut untuk melihat kemudahan serta latar operasinya. Fungsi lawatan ini juga antara lainnya bertujuan untuk membolehkan delegasi Malaysia mempelajari serta mencontohi konsep pelaksanaan operasinya, agar dapat dipraktikkan dalam sasaran skala faedah serupa apabila Kota Buku Kuala Lumpur yang kini sedang dalam rangka akhir kewujudannya mula beroperasi kelak.

20 Jul 2010 - Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands

Majlis Menandatangani MOU antara ITNM dan IAB serta Pelancaran Buku Siri Pendidikan

Kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan atau wakil menghadiri majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) sekali gus Pelancaran Buku Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah serta Siri Pembangunan Profesion Perguruan sempena Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17. Berikut adalah butiran berkenaan majlis tersebut: 

Tarikh: 20 Julai 2010 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
Tetamu kehormat: Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Buat pertama kalinya, ITNM akan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan IAB sebagai inisiatif awal untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dalam memartabatkan bidang pendidikan. Hasil pemeteraian perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti berkaitan pengurusan dan kepimpinan terutamanya dalam bidang pendidikan. Usaha ini selari dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti bagi melahirkan anak bangsa yang berilmu dan unggul dalam mengharungi cabaran semasa dunia.

Sebagai usaha ITNM bagi memantapkan kerjasama dengan IAB, pelancaran buku Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah serta Siri Pembangunan Profesion Perguruan ini adalah langkah permulaan kepada kerjasama ke arah memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia. Siri buku terbitan ITNM yang tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dan sofistikated ini telah diulang cetak sebanyak enam kali sejak tahun pertama terbitannya. Ini berdasarkan permintaan tinggi daripada institusi pendidikan mahupun individu yang terlibat dalam bidang pendidikan, yang menjadikan buku ini sebagai rujukan dan panduan mereka dalam membangunkan sekolah selain meningkatkan profesionalisme warga pendidiknya.

Sumbangan siri buku ini dalam bidang pendidikan amat besar kerana mempunyai input berkualiti untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolah, selain membangunkan kecemerlangan para pendidik dan bakal guru yang berhasrat menceburi bidang pendidikan. Ia merupakan rujukan lengkap dalam mengatur strategi pengurusan kualiti, meningkatkan kaedah pengajaran serta meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya sebagai pendidik anak bangsa.

Sehubungan itu, Tuan/Puan atau wakil dengan segala hormatnya dijemput untuk hadir ke majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel anuar@itnm.com.my atau Cik Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349, e-mel norzaiti@itnm.com.my.

 

13 Jul 2010 -

National ICT Month 2010 (NIM2010)

The National ICT Month 2010 (NIM2010) was launched on April 12th 2010 by the Minister of Science, Technology & Innovation (MOSTI) YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili at Palace of The Golden Horses.

As the industry association, PIKOM works to strengthen the value of our membership with us by focussing on bringing new business opportunities to you. The National ICT Month (NIM) is organised with this objective in mind.

Last year, NIM2009 co-organised by MOSTI & PIKOM was a resounding success.

PIKOM is supporting efforts not only to increase growth of domestic ICT products and services, but also to promote businesses, both SMEs and large corporations, to better reach out to customers, domestically as well as globally. The push for E-Commerce will be an integral part of NIM2010.

The theme of NIM2010 is "E-Commerce for Global Reach". Events during NIM2010 include:

  1. PIKOM Leadership Summit - July 13th, targeted at CXOs of ICT companies, to share global ICT trends, and how they impact the ICT industry landscape.
  2. Business Success Forum - August 5th & 6th, targeted at all industry captains, to share what e-Commerce represents to industry and why every company should e-enable their business models for global reach. Day 2 of this Forum will be for technology leadership of user companies to learn how to support e-Commerce strategies.
  3. Business Success with ICT (BSI) Series, targeted at SMEs nationwide, to increase awareness of ICT and e-Commerce. This is PIKOM's major drive for SMEs to adopt both ICT and e-Commerce, and comprise 15 regional seminars with many speaker and solution showcase opportunities. BSI Series starts before the NIM month of July/August and stretch till year end to enable potential sponsors the reach into SMEs. Proposed partners are SME Corp, MDeC and several SME-related associations.
  4. PC Fair in 20 locations nationwide over an extended period of 2nd July to 8th August.
  5. PIKOM ICT Strategic Review 2010 - a comprehensive research report covering the state of e-Commerce in Malaysia.
  6. E-Commerce Media Supplement - an extensive supplement in local dailies to create awareness of e-Commerce.
  7. Related events by several MOSTI agencies to extend participation to the Public Sector.
  8. Extensive Advertisement and Promotion visibility to support NIM and create awareness in the month leading to and during NIM itself.

There are sponsorship opportunities with the accompanying benefits in terms of speaker slots and exhibition opportunities.

Please look through the various packages, or we can design one that suits your needs better.

http://www.pikom.org.my/cms/NIM2010/index.html

 

05 Jul 2010 - Wisma ITNM

Kempen Derma Darah di ITNM

Anda mungkin penyambung kepada 1,000 nyawa...

Jadilah insan prihatin dan sertai Kempen Derma Darah di ITNM.

Tarikh: 5 Julai 2010 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Wisma ITNM

Program ini dapat memberi peluang kepada staf dan orang ramai untuk memberi bantuan kepada insan yang memerlukan serta menyumbangkan sesuatu yang bernilai kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-4149 7210 (sambungan 258)

-

Jualan Istimewa untuk Sekolah (16 Mei - 16 Jun 2010)

Sebagai agensi yang bertanggungjawab menyokong pendidikan negara, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) turut meraikan sambutan Hari Guru dengan mengambil bahagian dalam program Festival Hari Guru 2010.

Lanjutan daripada penyertaan dalam program tersebut, ITNM dengan sukacitanya menganjurkan ‘Jualan Istimewa untuk Sekolah' khusus untuk institusi pendidikan di seluruh negara.

ITNM menawarkan potongan harga sebanyak 40 peratus menerusi jualan istimewa ini.

Antara lain, buku-buku yang ditawarkan termasuklah buku pendidikan, bacaan umum, buku untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Jualan ini terpakai untuk pembelian melalui local order (LO), wang pos dan cek.         

Tawaran ini bersifat eksklusif dan hanya dibuka kepada institusi pendidikan sahaja. Selain itu, tawaran harga istimewa ini juga hanya sah untuk pembelian bermula 16 Mei sehingga 16 Jun 2010. 

Bagi yang berminat, sila dapatkan borang dan katalog untuk membuat pesanan. Untuk pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi pegawai seperti maklumat berikut:

Pesanan lengkap boleh dihantar e-mel info@itnm.com.my, menerusi faks di talian 03-41496281 atau kiriman pos.

Jangan ketinggalan merebut peluang ini.

 

 

-

100 Malay Proverbs

Dalam kehidupan yang semakin pantas, padat ini, manusia semakin sibuk dengan kehidupan bergaya serba canggih dan bebas. Tanpa alur fikiran dan akal budi, hidup di kota batu ini semakin kacau bilau. Di manakah ruang senggang untuk bibir berbicara, bermata fikir dengan keluarga, ibu, ayah, suami, isteri, anak cucu. 

Ini makin dapat dirasakan, makin longgarnya hubungan kasih sayang yang dijarakkan oleh kurangnya bertegur sapa. Di sini Siti Zainon tergugah hingga kembali menyusun alur fikir Melayu.

Dengan cara ini mungkin dapat kembali menyedarkan ingatan kita, betapa kaya fikiran nenek moyang. Alam memberi panduan hidup. Kenapa kita tidak terus menjadikannya sebagai panduan untuk meniti hari-hari sebagai tamadun bangsa? 

Inilah suara silam khazanah bangsa, Siti Zainon mengembalikan kesedaran kita kepada mutiara peradaban bangsa. Insya-Allah.

Untuk membeli buku ini, sila klik di sini

 

-

Dunia Sama Rata

Dalam buku Dunia Sama Rata ini, Thomas Friedman menjelaskan tentang dunia baru kepada pembaca, membolehkan mereka memahami peristiwa global yang membingungkan, yang mereka saksikan dengan mata sendiri. Berbekalkan keupayaan beliau yang tersendiri dalam menterjemahkan polisi luar negeri dan isu ekonomi yang kompleks, Friedman menjelaskan bagaimana perataan dunia berlaku pada awal abad ke-21 dan ini bermakna, negara, syarikat, komuniti dan individu dan bagaimana kerajaan dan masyarakat boleh dan mesti menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Buku Dunia Sama Rata ini merupakan satu karya yang tepat pada masanya yang memberitahu kita tentang keperluan, kejayaan dan ketidakpuasan tentang globalisasi yang digarap serta digambarkan dengan berkesan oleh seorang wartawan yang dihormati.

Untuk membeli buku ini, sila klik di sini

 

-

Dari Jendela Zaman Ini

Dari Jendela Zaman Ini merupakan sebuah antologi puisi dwibahasa yang menghimpunkan 100 buah puisi daripada 73 penyair Malaysia dan Singapura. Antologi ini bertemakan "perhubungan dan kemanusiaan" dan memperlihatkan suara penyair dalam mengungkapkan rasa resah gelisah, suara amaran dan protes terhadap kemelut kehidupan masyarakat yang diasak arus gelombang kemodenan global. Antologi ini turut mengungkapkan fikiran dan pandangan para penyair kedua-dua negara terhadap peristiwa yang sedang berlaku dalam tanggapan peribadi yang puitis.

Antologi puisi ini diharap akan dapat lebih mengakrabkan ukhuwah dan perhubungan antara seniman Malaysia-Singapura.

Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

 

-

Tifl Al-Qaryah

Versi bahasa Arab ini adalah koleksi terjemahan terkini karya asal Kampung Boy  yang mengisahkan kehidupan Mat, seorang kanak-kanak Melayu di sebuah perkampungan luar bandar sekitar tahun 1950-an.

Anda perlukan bacaan tambahan untuk menguasai bahasa Arab? Tifl Al-Qaryah pasti membantu - selain amat menghiburkan!

Untuk membeli buku ini, sila klik di sini

 

-

The Epic of Hang Tuah

Written between 1641 and 1739, this epic reflects the aspirations, ability, attitudes, culture and manner of the Malay people who were respected and acknowledge by foreigners long before the Portuguese invasion of Malacca. It was Hang Tuah who said, "The Malays will never vanish from this world."

To get this book, please click here

 

 

Teachers Day Special

-

Jualan Sempena Hari Guru 2010

ITNM menawarkan potongan harga istimewa sebanyak 30 peratus untuk setiap pembelian menerusi laman E-Beli Belah bermula 13 hingga 16 Mei 2010. Antara buku menarik yang perlu anda miliki adalah Epic of Hang Tuah, Dunia Sama Rata, 100 Malay Proverbs, Tifl Al-Qaryah dan Menakhoda Zaman. Selain tawaran harga istimewa, ITNM juga menawarkan jaminan kos penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian secara atas talian (on-line).

 

-

Festival Hari Guru 2010 (Kuantan, Pahang)

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) akan turut serta menjayakan Festival Hari Guru 2010 yang akan diadakan di East Coast Mall, Kuantan, Pahang.

Festival ini akan diadakan pada 13 hingga 16 Mei 2010.

Dalam festival ini, ITNM menawarkan buku-buku terkini dengan potongan harga istimewa kepada pengunjung yang berbelanja di Gerai ITNM. 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh diajukan menerusi e-mel info@itnm.com.my.

-

Bengkel Penerbitan (Pembacaan Pruf)

Tarikh : 4 Mei 2010 - 6 Mei 2010 (3 hari)
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Hotel City Villa, Kuala Lumpur
Bayaran : RM500.00

Bengkel ini memberi pengetahuan daripada peringkat asas mengenal aspek bahasa, prinsip pembacaan pruf, gaya penerbitan dan pengenalan simbol.

Selain itu penekanan diberi bagi memahirkan peserta dengan penggunaan simbol buang melalui latihan pengukuhan.

Peserta juga didedahkan dengan teknik mengukur ketebalan fon, garis, sudut illustrasi, jarak dan penggunaan ‘en’ dan ‘em’.

Untuk mendaftar sebagai peserta, sila klik di sini.

 

 

-

Epic of Hang Tuah

Written between 1641 and 1739, this epic reflects the aspirations, ability, attitudes, culture and manner of the Malay people who were respected and acknowledge by foreigners long before the Portuguese invasion of Malacca. It was Hang Tuah who said, "The Malays will never vanish from this world."

Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

-

Dunia Sama Rata

Dalam buku Dunia Sama Rata ini, Thomas Friedman menjelaskan tentang dunia baru kepada pembaca, membolehkan mereka memahami peristiwa global yang membingungkan, yang mereka saksikan dengan mata sendiri. Berbekalkan keupayaan beliau yang tersendiri dalam menterjemahkan polisi luar negeri dan isu ekonomi yang kompleks, Friedman menjelaskan bagaimana perataan dunia berlaku pada awal abad ke-21 dan ini bermakna, negara, syarikat, komuniti dan individu dan bagaimana kerajaan dan masyarakat boleh dan mesti menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Buku Dunia Sama Rata ini merupakan satu karya yang tepat pada masanya yang memberitahu kita tentang keperluan, kejayaan dan ketidakpuasan tentang globalisasi yang digarap serta digambarkan dengan berkesan oleh seorang wartawan yang dihormati.

Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

 

-

Tifl Al-Qaryah

Versi bahasa Arab ini adalah koleksi terjemahan terkini karya asal Kampung Boy  yang mengisahkan kehidupan Mat, seorang kanak-kanak Melayu di sebuah perkampungan luar bandar sekitar tahun 1950-an.

Anda perlukan bacaan tambahan untuk menguasai bahasa Arab? Tifl Al-Qaryah pasti membantu - selain amat menghiburkan!

Untuk membeli buku ini, sili klik di sini.

 

-

Dari Jendela Zaman Ini

 

Dari Jendela Zaman Ini merupakan sebuah antologi puisi dwibahasa yang menghimpunkan 100 buah puisi daripada 73 penyair Malaysia dan Singapura. Antologi ini bertemakan "perhubungan dan kemanusiaan" dan memperlihatkan suara penyair dalam mengungkapkan rasa resah gelisah, suara amaran dan protes terhadap kemelut kehidupan masyarakat yang diasak arus gelombang kemodenan global. Antologi ini turut mengungkapkan fikiran dan pandangan para penyair kedua-dua negara terhadap peristiwa yang sedang berlaku dalam tanggapan peribadi yang puitis.

Antologi puisi ini diharap akan dapat lebih mengakrabkan ukhuwah dan perhubungan antara seniman Malaysia-Singapura.

Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

 

-

After the War and Other Stories

This book is divided into three sections - "Ricefield Egret" (contains six stories), "Yuyutsu's Musing" (seven stories) and "Ringgg...!" (nine stories). The first section presents stories with rural backgrounds - villages and remote inland areas. All the stories here are in the realistic tradition. The second section offers stories - sometimes closer to sketches - which revolve in the minds of the characters and can be classified as mindscape stories. The third sections contains stories with urban backgrounds, particularly metropolitan cities abroad like Bangkok, Hong Kong and New York.

"Anwar has a clean and quite style of writing, especially in his novel, a great improvement from the usually wooly and impulsive style of his contemporaries. Although thematically traditional, stylistically he has achieved a certain maturity that is seen in his patience and care in description and dialogue," said Prof. Muhammad Haji Salleh.

Untuk membeli buku ini, sila klik di sini

 

-

Pesawat Tentera

Jet pejuang, pesawat pengebom, helikopter dan jet lompat adalah antara pesawat tentera yang memainkan peranan penting dalam perkhidmatan tentera sejak beberapa dekad yang lalu. Dalam Pesawat Tentera, anda berpeluang mempelajari tentang perkembangan pesawat tentera dan melihat sendiri bagaimana rupanya kenderaan hebat ini.

Di dalam buku ini, anda akan temui:

  • Gambar, fakta dan ilustrasi menarik.
  • Maklumat ringkas dan padat.

    Untuk membeli buku ini, sila klik di sini.

 

27 Mar 2010 - Gerai ITNM, Lot C01-03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC)

Majlis Pelancaran Buku Dari Jendela Zaman Ini

Majlis ini diadakan bersempena kerjasama ITNM dan National Art Council (NAC) Singapura menerbitkan buku Dari Jendela Zaman Ini.

Terdahulu, buku himpunan 50 puisi Malaysia dan Singapura ini telah dilancarkan di Singapore Art Festival pada Jun 2009.

Kesinambungan daripada itu, ITNM menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Dari Jendela Zaman Ini di PBAKL 2010 untuk memperkenalkan buku ini kepada umum di Malaysia.

Majlis ini akan berlangsung pada Sabtu, 27 Mac 2010, jam 1.00 tengah hari dengan mengundang wakil NAC, Singapura menghadirinya.

Menambahkan kemeriahan majlis ini, ITNM akan turut mengadakan sesi bacaan puisi dengan menjemput pemuisi daripada Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan NAC bagi mendeklamasi puisi daripada buku tersebut.

Majlis ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara ITNM, PENA dan NAC.

Pada majlis ini, buku Dari Jendela Zaman Ini akan ditawarkan dengan diskaun sebanyak 30 peratus kepada pengunjung gerai. Manakala miniatur  buku ini dijual dengan harga RM5.00 seunit.

-

Pelancaran Tifl Al Qaryah (Kampung Boy versi Bahasa Arab)

28 Mar 2010 - Gerai ITNM, Lot C01-03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC)

Bacaan Buku Menakhoda Zaman oleh YAB Perdana Menteri

 

Majlis ini dirancang selepas pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memilih buku Menakhoda Zaman sebagai bahan bacaan rasmi bagi Kempen Membaca 2010.

Majlis ini akan diadakan pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, iaitu Ahad, 28 Mac 2010, jam 2.15 petang dan akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai menyokong usaha membudayakan amalan membaca, melalui gimik pelancaran majlis ini YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akan memulakan bacaan buku Menakhoda Zaman kepada orang ramai yang menghadiri majlis. Seterusnya bacaannya akan disambut oleh sekumpulan individu dan meneruskan pembacaan secara bersama dengan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak seterusnya akan menyampaikan buku Menakhoda Zaman kepada beberapa sekolah terpilih bagi meneruskan usaha menggalakkan pembacaan buku dalam kalangan rakyat.

Majlis ini diharap dapat menyebarkan maklumat melalui liputan media berhubung penglibatan ITNM dan PNM dalam kempen membaca melalui pemilihan buku terbitan ITNM sebagai bahan bacaan utama bagi kempen tersebut.

 

-

Majlis Rasmi ITNM sempena PBAKL

-

Teka Angka, Buka Peti & Menang Hadiah Hebat!

-

Beli, Baca, Cerita & Menang!

21 Feb 2010 -

Peraduan Ulasan Buku ITNM di Blog/Facebook

CARA PENYERTAAN

Langkah 1: Tulis ulasan sebarang buku ITNM di blog atau nota Facebook peribadi anda, lengkap dengan judul, nama penulis, nama penerbit (ITNM), harga, dan paparkan visual buku dalam bentuk paling kreatif.

Langkah 2: Layari www.facebook.com/klikITNM, tulis judul buku ITNM yang diulas berserta nama penuh dan alamat e-mel anda di “Dinding” (Wall) laman Facebook ITNM.

Langkah 3: Klik “Pautan” (Link) di bawah “Dinding”, salin (copy) alamat sumber URL blog atau nota Facebook yang mengandungi ulasan buku ITNM, kemudian tampal (paste) sumber URL itu di “Pautan” tersebut. Sila klik “Kongsi” (Share) dan ulasan buku anda akan terpapar di Facebook ITNM.

HADIAH

Hadiah Pertama: RM5,000
Hadiah Kedua: RM3,000
Hadiah Ketiga: RM1,500
Paparan Buku Paling Kreatif: RM500

TERMA DAN SYARAT

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat ITNM.
  2. Peraduan ini berlangsung mulai 21 Februari sehingga 13 Mac 2010.
  3. Peserta boleh mengirimkan seberapa banyak ulasan buku ITNM, tetapi setiap ulasan perlu asli dan bersumberkan buku terbitan ITNM yang berlainan.
  4. Sepuluh ulasan terbaik akan dipilih berdasarkan kualiti ulasan, paparan visual buku ITNM paling kreatif, dan jumlah komen diterima.
  5. Pemenang akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan diundi pengunjung gerai ITNM di PBAKL 2010 (70%).
  6. Pihak penganjur berhak untuk mencetak atau mempamerkan maklumat serta gambar penyertaan untuk sebarang tujuan pengiklanan dan promosi, atau mengumumkan nama pemenang dalam media cetak mahupun elektronik untuk tujuan yang berkaitan.
  7. Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang penyertaan atau rayuan bagi membatalkan keputusan tidak akan dilayan.

Sila klik di sini bagi mendapatkan panduan lengkap untuk menyertai peraduan ini.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
  • Encik Mohd Khairulanuar Manshor: 03-4149 7210 (sambungan 206) atau e-mel anuar@itnm.com.my.
  • Cik Norhasydah Ayub: 03-4149 7210 (sambungan 263) atau e-mel shida@itnm.com.my.

DPM Launches New Politics

20 Jan 2009 -

DPM Launches New Politics

On 20 January 2009 (Tuesday), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) launched yet another of its books, New Politics: Towards a Mature Malaysian Democracy, at the Putrajaya Shangri-La. The Deputy Prime Minister, Dato’ Seri Najib Tun Razak, graciously launched the book written by Dato’ Saifuddin Abdullah, the Deputy Minister of Entrepreneur and Cooperative Development, before 450 guests, among whom were a former Chief Justice, Tun Abdul Hamid Mohamad, several deputy ministers, members of Parliament as well as local political practitioners and analysts.
 
The occasion commenced with the reading of du’a, followed by a speech by the Managing Director of ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron, to welcome the Deputy Prime Minister. He was honoured that the Deputy Prime Minister consented to launch ITNM’s latest publication. Dato’ Seri Najib, in his speech, declared his high regard for Dato’ Saifuddin’s perseverance in writing and producing a scholarly work in spite of the pressures of his responsibilities and the great demands on his time. Dato’ Seri Najib expressed his hope that there would be more such books by Malaysian politicians. He also urged ITNM to remain committed to publishing intellectual reading materials for the benefit of Malaysians.
 
On the day of its launch, New Politics, which was offered at a special discount of 20 per cent, was a sell-out with the guests. In addition to the discounted price of RM24, Dato’ Saifuddin was a factor contributing to the great demand for the book as guests gathered around him with their copies for his autograph.
 
This book is available in two languages (the English version is titled New Politics) and is priced at RM30 at the MPH in Mid Valley and Alamanda as well as selected bookshops nationwide.

04 Mar 2009 -

Wawancara Khas Dr. Volker Wolf dan Holger Warnk

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) tetap utuh berpegang kepada misinya untuk menjadi badan penterjemah terunggul di Malaysia. Malah ITNM sentiasa berusaha supaya menjadi pusat rujukan penterjemahan di rantau ini sehingga ke peringkat antarabangsa.

Bagi memastikan misi itu direalisasikan, ITNM sentiasa beringat kepada visi untuk menghapuskan halangan bahasa demi untuk merangsang pemindahan ilmu. ITNM percaya dengan gabungan misi dan visi ini, masyarakat yang progresif, dinamik dan berbudaya dapat diwujudkan melalui terjemahan.

Atas dasar itu, ITNM senantiasa membuka pintu dan jendela kepada sebarang pihak untuk bekerjasama merancakkan aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bahasa. Agensi yang paling aktif menjalankan usaha sama adalah Goethe-Institut Malaysia, institusi Jerman yang bertanggungjawab mempromosikan bahasa, sastera, dan budaya Jerman. Bagi tujuan itu, Pengarah Goethe-Institut Malaysia, Dr. Volker Wolf adalah individu yang menggerakkan aktiviti penterjemahan beberapa karya berbahasa Jerman ke bahasa Melayu.

Dalam wawancara khas di Wisma ITNM pada 4 Mac 2009, Dr. Volker Wolf dan Holger Warnk, Pensyarah J.W. Goethe-University Southeast Asian Studies, menyatakan tahun ini adalah tahun ketiga kerjasama antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Dalam tempoh itu, banyak karya berjaya diterjemahkan sama ada karya Malaysia ke dalam bahasa Jerman dan sebaliknya serta buku dwibahasa, bahasa Melayu dan bahasa Jerman. Terbaharu, Wolf dan Warnk bekerjasama dengan 20 individu menterjemah tujuh kisah rakyat Malaysia dan lima kisah dongeng Jerman.

Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman (Zweisprachige Anthologie Malaysischer und Deutscher Marchen) akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Semua kisah yang dihimpunkan sebenarnya belum begitu terkenal di Malaysia dan Jerman, tetapi penyusun buku ini tetap berusaha mendokumentasikan semua kisah dongeng ini dengan matlamat supaya ia dapat terus dihayati generasi akan datang.

Menurut Warnk, “Dengan buku ini, kami berharap dapat memberikan kesedaran tentang keupayaan sastera dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua buah negara. Buku ini juga adalah sumbangan kami kepada masyarakat kini yang semakin global dan bersilang budaya.”

Mereka juga berharap Malaysia dapat menjadi hos semasa Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt di Jerman pada masa akan datang. “Bagi tujuan itu, kami memerlukan berdozen-dozen terjemahan bahasa Melayu-bahasa Jerman,” ujar mereka.

11 Mar 2009 -

Laporan Majlis Tahlil Allahyarham Sasterawan Negara Arena Wati

Belum pun reda kesedihan negara dengan pemergian Sasterawan Negara S. Othman Kelantan pada 31 Julai 2008, seorang lagi menjejaki Keris Mas, Usman Awang, dan Abdullah Hussein, iaitu Arena Wati yang menghembuskan nafas terakhir pada 25 Januari 2009.

Pemergian Arena Wati yang merupakan nama pena bagi Muhammad Dahlan bin Abdul Biang begitu dirasai semua pihak termasuklah Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang bertanggungjawab menterjemah beberapa karya beliau. Hubungan ITNM dengan Allahyarham mula terjalin semasa Majlis Pertemuan ITNM dengan Sasterawan Negara dan Pemenang S.E.A. Write Awards pada 18 Mac 2008. Walaupun Allahyarham begitu uzur pada waktu itu, beliau tetap gagahkan diri menghadirinya atas dasar sokongan terhadap usaha untuk melihat karya sastera negara diangkat ke peringkat antarabangsa.

Sebagai menghargai jasa dan bakti beliau kepada negara, ITNM dengan kerjasama Persatuan Penulis Nasional (PENA) mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil untuk Allahyarham dengan doa semoga rohnya dirahmati Allah S.W.T. Majlis yang diadakan pada 11 Mac 2009 di Wisma ITNM turut dihadiri Pengerusi ITNM, Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Termuzi Abdul Aziz, beberapa waris Allahyarham, serta rakan-rakan penggerak sastera Malaysia antaranya Dato’ Baha Zain, S.M. Zakir, dan Dr. Ibrahim Ghaffar. Majlis yang dikendalikan oleh Dr. Uthman El-Muhammady turut diserikan dengan kehadiran sekumpulan anak yatim dari Pondok Penyayang Raudah, Gombak.

Seusai bacaan yasin dan tahlil, Encik Mohamad Salleh Rahmad dari PENA berucap dengan berharap supaya aktiviti penulisan beliau terus disambung oleh balunya yang juga seorang sasterawan, tetapi tidak aktif lantaran banyak menguruskan kehidupan keluarga dan keperluan Allahyarham. Seterusnya adalah ucapan daripada Dato’ Dr. Wan Hashim sebagai mewakili ITNM yang banyak mengimbau saat-saat bersama Allahyarham khususnya semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis diteruskan dengan ucapan waris Allahyarham, Encik Hasanudin Muhammad Dahlan yang menyampaikan rasa penghargaannya seisi keluarga kepada ITNM dan PENA kerana mengenang Allahyarham serta jasa peninggalannya. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan puisi oleh Dr. Ahmad Razali dan Dr. Ibrahim Ghaffar.

Pendek kata, biarpun Allahyarham kini sudah tiada, namun ITNM tetap berazam memastikan beliau terus hidup menerusi karyanya. Akan datang, Panrita, Lingkaran dan Sukma Angin diterbitkan dalam pelbagai bahasa.

22 Mar 2009 -

Majlis Pelancaran “Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000

Peraduan dan kuiz sudah kerap dianjurkan oleh pelbagai syarikat yang bertujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Namun jarang atau tidak pernah peraduan mahupun kuiz dianjurkan oleh syarikat penerbitan buku. Hal ini berlaku kerana kebanyakan penerbit buku kurang yakin dengan penganjuran peraduan yang dijangka kurang menerima sambutan.

Walaupun industri penerbitan di Malaysia dianggap sebagai Industri Kecil Sederhana (IKS), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berhasrat mengubah semua paradigma ini dengan menganjurkan Peraduan “Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000”. Peraduan ini dianjurkan sempena penyertaan ITNM dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009 yang akan berlangsung pada 17 sehingga 26 April 2009.

Majlis pelancaran peraduan ini telah berlangsung di Pulitzer Corner, MPH cawangan Mid Valley Megamall pada 22 Mac 2009. Y.B. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah sudi melancarkan peraduan yang menawarkan kereta Perodua MyVi sebagai hadiah utama.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon keberkatan dalam penganjuran peraduan ini. Kemudian Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron berucap mengalu-alukan kesudian Dato’ Saifuddin melancarkan peraduan “Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000”. Dalam ucapannya juga, Encik Mohd Khair memberikan penerangan rasional penganjuran peraduan yang mendapat tajaan Perodua Sdn. Bhd. dan AmBank Group. Beliau menganggap peraduan ini sebagai penghargaan dan insentif kepada pembaca yang berusaha membudayakan intelektual dengan membaca semua buku terbitan ITNM.

Dalam ucapan pelancaran pula, Dato’ Saifuddin memuji usaha ITNM menganjurkan peraduan ini yang dianggap sebagai langkah bagi memugar kembali industri penerbitan ke tahap yang sewajarnya. Beliau turut menyarankan supaya semua penerbit buku mencari idea untuk memasarkan produk itu dengan sebaiknya. Salah satu langkah yang dicadangkan oleh beliau adalah menggabungkan buku dengan filem, animasi, komik, permainan video, selain dijenamakan dalam bentuk produk permainan.

Sebelum majlis bersurai, semua pengedar dan kedai buku mengadakan sesi ramah mesra bersama Dato’ Saifuddin yang merupakan seorang daripada tonggak dalam pembangunan industri buku. Peraduan ini mendapat kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Majlis Industri Buku Malaysia. Ia turut dijayakan oleh lebih 30 kedai buku di seluruh Malaysia yang memainkan peranan untuk mengedarkan borang peraduan.

20 Apr 2009 -

Majlis Pelancaran Buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL), pelbagai aktiviti dijalankan oleh semua penerbit buku bagi membantu meningkatkan jualan buku dalam masa 10 hari bermula 17 sehingga 26 April 2009. Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) juga tidak ketinggalan menganjurkan program promosi buku selain bertujuan untuk menghebahkan kepada umum tentang kewujudan buku terbaharu terbitan ITNM.

Pada 20 April 2009 (Isnin), ITNM melancarkan buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman di Pentas Utama Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) yang disempurnakan oleh Tokoh Sejarah Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim. Beliau dengan berbesar hati melancarkan buku yang disusun bersama oleh Pensyarah Universiti Frankfurt, Holger Warnk dan Pengarah Goethe-Institut Malaysia, Dr. Volker Wolf di hadapan ratusan pengunjung PBAKL.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron bagi merakamkan setinggi penghargaan kepada Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang sudi meluangkan masa melancarkan buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman. Semasa berucap melancarkan buku tersebut, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim memuji usaha penterjemahan yang dilaksanakan oleh ITNM dengan objektif untuk memandaikan bangsa. Dalam masa yang sama, beliau menyatakan buku yang diterbitkan ini merupakan satu simbolik persahabatan antara Malaysia dan Jerman. Beliau sangat menggalakkan pembacaan buku ini bagi mendidik minda anak-anak mengetahui landskap kehidupan masyarakat melalui kisah dongeng dan cerita rakyat.

Selepas berlangsung pelancaran buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman, majlis diserikan dengan persembahan “Crocodile Story” yang didendangkan khas oleh Encounter High Winds Ensemble, Malaysian Philharmonic Orchestra. “Crocodile Story” adalah salah satu cerita yang terkandung di dalam buku yang dijual dengan harga RM30.00

 

21 Apr 2009 -

Majlis Pelancaran Buku Barrack Obama “Keberanian Menggapai Harapan”

Hanya selepas tiga tahun Barack Hussein Obama dilantik menjadi Senat, beliau telah memadamkan hasrat dan impian semua ahli politik Demokrat dan Republikan yang lebih senior daripadanya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS). Rakyat Amerika Syarikat (AS) boleh terpikat dengannya kerana Senator Illinois ini mempunyai retorik berucap yang sangat diyakini lengkap dengan frasa kata yang asli di samping mempunyai intonasi suara yang padu. Beliau semakin menarik di mata rakyat AS kerana kisah kehidupannya di dalam buku Dreams From My Father yang penuh dengan warna-warni.

Obama dilahirkan dalam keluarga yang pelbagai bangsa, hidup membesar di pelbagai benua, menjadi penyelaras masyarakat di Chicago, dan merupakan orang kulit hitam pertama menjawat jawatan editor Harvard Law Review yang jelas memaparkan semangat berjiwa besar yang ada di dalam dirinya. Namun yang paling menarik berkenaan Obama adalah kepintaran akal seperti yang dicatatkan di dalam buku terjemahan terbaharu terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), iaitu Keberanian Menggapai Harapan. Buku yang diterjemahkan daripada buku The Audacity of Hope jelas menunjukkan kebijaksanaan Obama membicarakan berkenaan liberalisme dengan penuh pragmatik dan moral.

Empat bab awal menjadi teras buku ini. Manakala lima bab seterusnya disampaikan dalam perspektif yang berbeza. Dalam semua empat bab awal ini, Obama melontarkan wawasannya dan cara beliau berhadapan dengan cabaran sehingga berjaya dalam kempen Senat AS dan memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS. Jelas buku ini dan Dreams From My Father menjadi bukti bahawa AS belum lagi ketandusan pemimpin ulung dan berilmu untuk menduduki Pejabat Oval selepas John F. Kennedy, Franklin D. Roosevelt, dan Abraham Lincoln.

Judul buku ini dipetik berdasarkan khutbah paderi di gereja yang selalu dihadiri Obama di Chicago yang menjelaskan berkenaan teori atau gagasan idea bagi merealisasikan impian rakyat AS supaya menjadi kenyataan. Semuanya dijelaskan dalam bab Nilai, Peluang, dan Kepercayaan Agama. Namun dengan gaya yang sederhana, Obama menyampaikan perspektif yang lebih praktikal berkenaan “kaedah mengubah landskap politik dan kehidupan sivik rakyat AS” yang berbeza dengan pendapat teman-temannya di Capitol Hill.

Obama meluahkan pendapat peribadinya berkenaan hala tuju politik AS yang perlu berubah daripada amalan klise di dalam buku ini. “Change: We Can Believe In” adalah slogan pilihan raya Obama yang merupakan usahanya untuk mewujudkan politik baru di AS. Walaupun beliau lebih cenderung kepada liberal, Obama menyatakan politik di AS tidak seharusnya menjadi liberal ataupun konservatif yang menjadi faktor utama perpecahan politik di AS.

Ideanya berkenaan hal ini didedahkan dengan terperinci di dalam bukunya yang mempunyai sembilan bab. Dalam bab pertama, iaitu Republikan dan Demokrat, Obama mengisahkan semula sejarah politik yang beliau rasakan banyak meruntuhkan sistem politik masa kini. Beliau tertarik dengan sikap ahli dan penyokong parti politik masa lampau yang sungguhpun tidak bersetuju dengan pihak lain, tetapi tetap mengambil sikap saling menghormati pandangan parti sebaliknya.

Memang ada kebaikannya sistem yang dianjurkan oleh Obama itu. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di AS, tetapi turut berlaku di semua negara yang mengamalkan sistem dua parti politik seperti Malaysia. Dalam situasi di AS, keadaan ini berlaku disebabkan tempoh kempen pilihan raya yang panjang sehingga membolehkan parti politik mengambil peluang “menyerang” lawan di seluruh sudut.

Buku ini memberikan impak lebih besar berbanding dengan audio yang mengandungi ucapan dan suara Presiden AS ke-44 itu. Banyak rakyat Amerika yang berniat mahu mengundi Hillary Clinton tetapi berubah kepada Obama selepas membaca buku ini. Yang faktanya, buku ini lebih menggetarkan jiwa daripada mendengar ucapan Obama. Ia kini berada di pasaran dan dijual pada harga RM45 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM50 di Sabah dan Sarawak.

08 Aug 2009 -

Majlis Penghargaan “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said”

Majlis Penghargaan “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said” dianjurkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis ini dianjurkan bagi mengenang dan menghargai karya serta sumbangan Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said membangunkan bidang sastera kebangsaan, selain bertujuan meraikan menjelangnya 75 tahun usia beliau pada 9 April 2010.

Majlis penghargaan ini diadakan dalam dua acara, iaitu “Bengkel Penghayatan Karya A. Samad Said” pada 8 Ogos 2009 bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, sebelum kemuncak acara “Menjelang 75 Tahun A. Samad Said” bermula jam 8.00 malam sekali gus melancarkan buku Fansuri’s Love dan Ballad of the Lost Map (terjemahan Cinta Fansuri dan Balada Hilang Peta) terbitan terkini ITNM.

“Bengkel Penghayatan Karya A. Samad Said” akan disertai oleh mahasiswa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dan Kolej KDU. Setiap peserta dibahagikan kepada tiga bengkel yang dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman, iaitu terdiri daripada Nam Ron (bengkel seni teater), Sharifah Maswari Syed Bakar & Drew Harris (bengkel seni tampak), dan Taja Meet Uncle Hussain (bengkel seni muzik).

Bengkel ini merupakan usaha untuk merangsang minda generasi muda selain memberikan lebih pendedahan untuk mengadaptasikan beberapa karya Sasterawan Negara keempat (1986) ini. Cara ini juga berfungsi sebagai simbolik ekspresi generasi muda menghargai nilai hasil karya Dato’ (Dr.) A. Samad Said. Hasil bengkel ini akan dapat dipersembahkan di kemuncak acara “Menjelang 75 Tahun Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said” bermula jam 8.00 malam di Auditorium DBP.

Majlis ini menjadi lebih bermakna kerana buku Fansuri’s Love dan Ballad of the Lost Map (terjemahan Cinta Fansuri dan Balada Hilang Peta) turut dilancarkan. Acara pelancaran buku terjemahan terkini terbitan ITNM hasil karya Dato’ (Dr.) A. Samad Said ini akan disempurnakan bersama oleh Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd. Khair Ngadiron dan Ketua Pengarah DBP, Dato’ Termuzi Abdul Aziz di hadapan beberapa Sasterawan Negara, Pemenang Anugerah S.E.A. Write, dan penggiat sastera tanah air.

Selain persembahan hasil daripada “Bengkel Penghayatan Karya A. Samad Said”, pelbagai persembahan puisi turut diadakan. Beberapa penggiat sastera tampil mendeklamasikan dan menyanyikan lagu puisi, antaranya Profesor Rahman Shaari, Nisah Haron, Dr. Chew Fong Pang, SM Zakir, Raja Rajeswari Seetha Raman, Dr. Victor Pogadev, Malim Ghozali PK, Taheera Rosheena Mohamed, Saifullizan Yahaya, Seri Amalina Mohd Khair, dan Dato’ (Dr.) A. Samad Said sendiri.