Majlis ini dirancang selepas pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memilih buku Menakhoda Zaman sebagai bahan bacaan rasmi bagi Kempen Membaca 2010.
Majlis ini akan diadakan pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, iaitu Ahad, 28 Mac 2010, jam 2.15 petang dan akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai menyokong usaha membudayakan amalan membaca, melalui gimik pelancaran majlis ini YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akan memulakan bacaan buku Menakhoda Zaman kepada orang ramai yang menghadiri majlis. Seterusnya bacaannya akan disambut oleh sekumpulan individu dan meneruskan pembacaan secara bersama dengan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak seterusnya akan menyampaikan buku Menakhoda Zaman kepada beberapa sekolah terpilih bagi meneruskan usaha menggalakkan pembacaan buku dalam kalangan rakyat.
Majlis ini diharap dapat menyebarkan maklumat melalui liputan media berhubung penglibatan ITNM dan PNM dalam kempen membaca melalui pemilihan buku terbitan ITNM sebagai bahan bacaan utama bagi kempen tersebut.