Events

27 Mar 2010 - Gerai ITNM, Lot C01-03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC)

Majlis Pelancaran Buku Dari Jendela Zaman Ini

Majlis ini diadakan bersempena kerjasama ITNM dan National Art Council (NAC) Singapura menerbitkan buku Dari Jendela Zaman Ini.

Terdahulu, buku himpunan 50 puisi Malaysia dan Singapura ini telah dilancarkan di Singapore Art Festival pada Jun 2009.

Kesinambungan daripada itu, ITNM menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Dari Jendela Zaman Ini di PBAKL 2010 untuk memperkenalkan buku ini kepada umum di Malaysia.

Majlis ini akan berlangsung pada Sabtu, 27 Mac 2010, jam 1.00 tengah hari dengan mengundang wakil NAC, Singapura menghadirinya.

Menambahkan kemeriahan majlis ini, ITNM akan turut mengadakan sesi bacaan puisi dengan menjemput pemuisi daripada Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan NAC bagi mendeklamasi puisi daripada buku tersebut.

Majlis ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara ITNM, PENA dan NAC.

Pada majlis ini, buku Dari Jendela Zaman Ini akan ditawarkan dengan diskaun sebanyak 30 peratus kepada pengunjung gerai. Manakala miniatur  buku ini dijual dengan harga RM5.00 seunit.