Events

Book Launching Ceremony "Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia"

19 Dec 2010 - Kinokuniya, Aras 4, Suria KLCC

Majlis Pelancaran Buku “Makyung: Warisan Mistik Malaysia”

Tuan/Puan,

Kami dengan segala hormatnya menjemput Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Buku Makyung seperti maklumat berikut: 

Tarikh  19 Disember 2010 (Ahad)
Masa 3.00 petang
Lokasi Kinokuniya, Aras 4, Suria KLCC.

Buku Makyung terbitan ITNM yang dihasilkan dalam dua versi bahasa (Melayu serta Inggeris) ini adalah satu khazanah besar Negara, berikutan kandungannya yang mendokumentasikan hampir segala aspek penting berkaitan seni persembahan tradisional Makyung. Usaha ini penting, selain selari dengan anugerah UNESCO yang mengiktiraf Makyung sebagai Masterpiece of the Oral & Intangible Heritage of Humanity pada tahun 2005.

Selari dengan martabat Makyung sebagai seni persembahan tradisi yang kini berkongsi taraf pengiktirafan dunia, penerbitannya turut menarik perhatian banyak pihak, dan satu antaranya ialah Kinokuniya Book Stores (Malaysia) Sdn. Bhd yang bersetuju merangka kempen pemasaran khas bermula 13 Disember 2010 hingga 31 Januari 2011 yang menawarkan diskaun eksklusif 20% bagi pembelian buku tersebut di Kinokuniya KLCC sepanjang tempoh tersebut.

Lebih menguja, sepanjang tempoh itu juga, ITNM turut ditawarkan ruang untuk tujuan peragaan tetingkap (window display) bagi mempromosikan buku Makyung kepada khalayak umum. Selain buku tersebut, akan turut dipamerkan adalah koleksi busana serta beberapa peralatan muzik penting dalam persembahan Makyung.

Sehubungan itu, Dato’/Datin/Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel anuar@itnm.com.my, atau Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349, e-mel norzaiti@itnm.com.my.

Untuk mendapatkan buku ini, sila klik di Laman E-Beli Belah ITNM.