Events

27 Jul 2010 - Paju Book City, Korea Selatan

Majlis Pelancaran Buku “Nyawa di Hujung Pedang”

Sempena kunjungan Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran ke Republik Korea pada 26 hingga 29 Julai 2010 ini, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengambil kesempatan untuk melancarkan satu antara penerbitan terkininya, iaitu novel Nyawa di Hujung Pedang, karya Ahmad Murad Nasaruddin yang diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Korea.

Majlis pelancaran ini berlangsung pada 27 Julai 2010, di Paju Book City, Korea Selatan, dan disempurnakan sebaik selesai sesi lawatan TPM serta delegasi Malaysia yang dibawa pihak pengurusan Paju Book City meninjau persekitaran kawasan tersebut untuk melihat kemudahan serta latar operasinya. Fungsi lawatan ini juga antara lainnya bertujuan untuk membolehkan delegasi Malaysia mempelajari serta mencontohi konsep pelaksanaan operasinya, agar dapat dipraktikkan dalam sasaran skala faedah serupa apabila Kota Buku Kuala Lumpur yang kini sedang dalam rangka akhir kewujudannya mula beroperasi kelak.