
|
Tarikh |
: |
30 April 2011 (Sabtu) |
|
Masa |
: |
5.00 petang |
|
Lokasi |
: |
Pentas Utama (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) |
|
Disempurnakan oleh |
: |
Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh |
Tautan (Verknüpfungen) adalah sebuah antologi puisi yang diterbitkan dalam dwibahasa (Melayu dan Jerman), yang juga merupakan terbitan usaha sama keenam antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Kesemua puisi yang terkandung di dalam buku ini adalah hasil karya 35 penulis Malaysia dan 31 penulis Jerman yang dipilih oleh pembaca profesional dan peminat puisi daripada pelbagai terbitan buku dan majalah sepanjang 2009.
Penerbitan karya ini antara lain turut mengangkat tema kemanusiaan yang menyentuh falsafah hidup, pemikiran, prinsip, adat dan budaya kedua-dua bangsa, baik di Malaysia mahupun Jerman. Walaupun pengalaman sosial yang wujud antara masyarakat di Malaysia dan Jerman hampir sama, namun pengalaman peribadi dalam dialog dengan budaya yang lain belum mencukupi untuk mengeratkan hubungan dan jalinan sastera yang ada. Selain itu, penerbitan karya ini juga bakal mengeratkan lagi hubungan penggiat seni dan sasterawan kedua-dua negara melalui jalinan puisi terpilih yang diungkap di dalam buku ini.