ITBM Logo

Aktiviti

PERADUAN ULAS BUKU ITBM DI BLOG/FACEBOOK

27 Apr 2012 -

PERADUAN ULAS BUKU ITBM DI BLOG/FACEBOOK

CARA MENYERTAI:

  1. Beli sebarang buku ITBM berharga minimum RM25. Baca dan sediakan ulasan kandungannya di blog atau nota Facebook peribadi anda, dilengkapi judul, nama penulis, penerbit (ITBM) dan harga. Selain itu, paparkan visualnya dalam cara paling kreatif.
  2. Layari www.facebook.com/klikITNM, tulis judul buku ITBM yang diulas berserta nama penuh dan alamat e-mel anda di “DINDING” (WALL) laman Facebook ITBM.
  3. “SALIN” (COPY) alamat sumber URL blog atau nota Facebook anda. Kemudian, klik “PAUTAN” di bawah DINDING Facebook ITBM dan “TAMPAL” (PASTE) alamat sumber anda itu pada PAUTAN tersebut. Klik “KONGSI” (SHARE) dan pastikan ulasan anda terpapar di Facebook ITBM!

HADIAH

Hadiah pertama : IPhone 4S dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah kedua : Samsung Galaxy Tab 7.7” dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah ketiga : BlackBerry Bold 9790 dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah keempat & lima : Baucar buku ITBM bernilai RM200
Hadiah sagu hati : 5 x Baucar buku ITBM bernilai RM100

SYARAT PENYERTAAN

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan ITBM.
  2. Peserta boleh mengirimkan seberapa banyak ulasan buku, tetapi setiap ulasan perlu asli dan bersumberkan buku terbitan ITBM yang berlainan.
  3. Pihak penganjur berhak mencetak atau mempamerkan maklumat serta gambar penyertaan untuk sebarang tujuan pengiklanan dan promosi, atau mengumumkan nama pemenang dalam media cetak mahupun elektronik bagi tujuan yang berkaitan.
  4. Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang pertanyaan atau rayuan bagi membatalkan keputusan tidak akan dilayan.
  5. Tarikh tutup penyertaan 31 Mei 2012.