Events

04 Apr 2011 -

Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011 

Pada tahun 2009, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menjalankan sebuah projek khusus, iaitu "Projek Menterjemah dan Menerbitkan 130 Judul Buku Sains & Matematik" untuk diedarkan ke seluruh sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai bahan bacaan tambahan, susulan daripada pengumuman kerajaan untuk memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Projek ini juga merupakan salah satu usaha ITNM menyokong dasar Kerajaan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

ITNM telah memulakan gerak kerja menterjemahkan dan menerbitkan buku bertemakan Sains dan Matematik sebaik sahaja memperoleh kelulusan KPM. Setakat ini, ITNM telah menerbitkan sebanyak 100 judul, dan bakinya akan disiapkan pada tahun 2011.

Bagi menarik minat para pelajar untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik, ITNM mencadangkan supaya mata pelajaran tersebut diadaptasi dalam bentuk lakonan mengikut skrip yang didasarkan daripada buku Sains dan Matematik terbitan ITNM.


KONSEP PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011

  • Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
    • Kategori sekolah rendah; dan
    • Kategori sekolah menengah.
  • Peserta (solo atau berkumpulan) perlu menghasilkan skrip serta sebuah lakonan pendek (minimum lima [5] minit dan maksimum tujuh [7] minit).
  • Setiap skrip yang dihasilkan perlu berdasarkan isi kandungan daripada 100 judul buku Sains Matematik yang diterjemahkan oleh ITNM. Setiap skrip perlu membabitkan minimum tiga buku (buku Sains atau buku Matematik) atau maksimum lima buku Sains atau Matematik.
  • Bahasa yang digunakan untuk skrip dan lakonan adalah dalam bahasa Melayu.
  • Lakonan perlu dirakamkan dengan menggunakan sebarang peralatan rakaman (kamera video, kamera digital (mod video), telefon, komputer, dan sebagainya).
  • Skrip perlu dihantar ke ITNM melalui e-mel (dengan menyatakan senarai judul buku yang dipilih sebagai rujukan skrip), manakala rakaman lakonan perlu dimuat naik ke laman YouTube dan dibuat pautan ke laman Facebook rasmi ITNM, www.facebook.com/klikITNM.
  • Penyertaan boleh terdiri daripada minimum seorang atau secara berkumpulan yang terdiri daripada maksimum 4 orang.
  • Setiap sekolah dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki. Setiap penyertaan mesti disahkan oleh pihak sekolah. Bagaimanapun, setiap penyertaan bagi setiap sekolah perlu membabitkan penggunaan buku yang berbeza.


CABAR KREATIVITI DAN REBUT PELUANG MENANGI WANG TUNAI RM130,000!

Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Pertama RM15,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM12,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.

Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Pertama RM20,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM15,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.


SYARAT DAN PERATURAN 
PERTANDINGAN KREATIF SAINS & MATEMATIK KEBANGSAAN 2011 
(Boleh muat turun syarat dan peraturan penyertaan di sini)

  • Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia. 
  • Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada seorang atau sekumpulan dengan maksimum empat orang. 
  • Penyertaan hendaklah dalam bahasa Melayu sepenuhnya. 
  • Setiap penyertaan hendaklah dalam durasi minimum lima (5) minit dan maksimum tujuh (7) minit. 
  • Rakaman boleh dibuat dalam apa juga medium yang sesuai dan jelas untuk proses pengadilan. Contoh: Rakaman menggunakan kamera video, kamera digital (mod video), telefon bimbit atau komputer.  
  • Setiap rakaman hendaklah dimuat naik ke laman www.youtube.com dan dipautkan ke laman Facebook ITNM di www.facebook.com/klikITNM.
  • Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan salinan skrip, lengkap dengan senarai buku yang digunakan sebagai rujukan dalam menghasilkan rakaman.  
  • Setiap skrip perlu menggunakan minimum tiga buku daripada mana-mana koleksi 100 judul buku Sains dan Matematik terjemahan ITNM (sila klik di di sini untuk merujuk katalog khas). 
  • Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kandungan sains dan matematik (berkaitan dengan buku), penyampaian yang kreatif dan konsep yang sesuai. 
  • Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang dimuat turun dari laman web ITNM (sila klik di sini) dan mengisi surat aku janji dengan memuat turun di sini
  • Borang penyertaan dan setiap rakaman hendaklah disahkan oleh pengetua/guru besar sekolah lengkap dengan cap rasmi. 
  • Borang yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak memenuhi syarat dan peraturan akan terbatal secara automatik. 
  • Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan mestilah menggunakan buku yang berbeza. 
  • Setiap peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan serta keputusan pihak penganjur. 
  • Pihak penganjur berhak menggunakan gambar, nama, alamat, rakaman, dokumen, temu bual dan sebarang bentuk maklumat tentang peserta dan pemenang untuk tujuan pengiklanan, promosi dan terbitan dari semasa ke semasa. 
  • Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan. 
  • Hadiah yang ditetapkan tidak boleh ditukar ganti dan segala urusan berkaitan selepas penerimaan hadiah adalah tertakluk kepada pemenang. 
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2011.

Dokumen yang perlu dimuat turun:

  1. Borang penyertaan pertandingan. Sila klik di sini.
  2. Surat aku janji. Sila klik di sini.
  3. Syarat dan peraturan pertandingan. Sila klik di sini.
  4. Katalog Buku Sains dan Matematik Terjemahan ITNM 2011. Sila klik di sini.
  5. Senarai semak pertandingan. Sila klik di sini.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Mohd Khairulanuar Manshor: 03-4149 7210 (samb. 206) / 019-217 7204 / anuar@itnm.com.my
  • Norzaiti Abdul Talib: 03-4149 7210 (samb. 305) / 019-390 6349 / norzaiti@itnm.com.my