ITBM Logo

Aktiviti

TEATER TOPENG-TOPENG KINI DIPENTASKAN DI PERAK

18 Nov 2014 -

Dengan sambutan menggalakkan yang diterima ketika dipentaskan di Wisma ITBM pada September lalu, TOPENG TOPENG sekali lagi dipentaskan, dan kali ini di Perak, dengan tujuan untuk memartabatkan seni dan industri kreatif negara yang turut memberi impak positif kepada masyarakat selain membina minda bangsa menerusi maksud di sebalik puisi yang menyentuh pelbagai perkara sesuai keadaan semasa dan disampaikan dalam bentuk teater sebenar yang amat dekat dengan penonton.

TOPENG TOPENG merupakan hasil karya Sasterawan Negara (SN) Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) yang diekspresikan sepenuhnya daripada bentuk puisi ke pementasan teater. Pementasan ini diadakan di Perak atas permintaan Kerajaan Negeri dan sebagai penghargaan kepada SN Dato' Baha Zain yang juga anak kelahiran negeri ini.TOPENG TOPENG secara keseluruhannya membuka imaginasi penonton terhadap persembahan ekspresif daripada bait-bait puisi yang diolah membentuk jalan cerita yang menarik, mengetengahkan sepenuhnya puisi yang diintepretasikan melalui ton suara, gerakan badan dan mimik muka.

Teater ini merupakan arahan bersama pengarah dan pelakon teater terkenal tanah air, Fauziah Nawi dan Iryanda Mulia yang turut mengolah naskhah asal puisi ini dalam bentuk teater. Pementasan ini dibintangi pemain teater tersohor, Fauziah Nawi dan Sabera Shaik, selain pemain teater yang aktif, antaranya Azman Hassan, Farah Ahmad, Chi Adzim, Yanee Ahmad Zulkifli, Raja Emy Shahril dan Irfan Poizi.

 

ILKAP NATIONAL LAW CONFERENCE 2014 -LAW & SOCIAL ORDER: CURRENT CHALLENGES IN MALAYSIA

-

ILKAP NATIONAL LAW CONFERENCE 2014 -LAW & SOCIAL ORDER: CURRENT CHALLENGES IN MALAYSIA

The ILKAP National Law Conference 2014 (ILKAP NLC 2014) is set to take a critical look from the legal perspective at the challenges faced by society through the emergence of issues brought about by the nation's progress and more generally from the effects of globalization. Thus the conference theme "LAW AND SOCIAL ORDER: CURRENT CHALLENGES IN MALAYSIA" is apt and timely, and will serve as a platform for intense and mature discourse. The ILKAP NLC 2014 will bring together a pool of distinguished speakers who are experts in their respective fields. Conference delegates can thus expect thought-provoking sessions and intellectual exchanges centered on the conference theme.

To obtain a registration form please click HERE

PROMOSI PAKEJ ISTIMEWA ITBM SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

-

PROMOSI PAKEJ ISTIMEWA ITBM SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Ketahui dan telusuri sejarah negara dengan mendapatkan buku "Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan 1957" dan "Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965" pada harga istimewa! Dapatkan dengan hanya RM150 (daripada harga asal RM310 - jimat RM160).

Dapatkan hari ini di ecommerce.itbm.com.my! Promosi sah sehingga 30 September ini. 

Masa terhad! Jangan lepaskan peluang anda!

Klik disini untuk pembelian. 

PEMENTASAN TEATER TOPENG-TOPENG PRODUKSI BERSAMA ITBM & STEFANI EVENTS

-

PEMENTASAN TEATER TOPENG-TOPENG PRODUKSI BERSAMA ITBM & STEFANI EVENTS

Saksikan pementasan Teater Topeng-Topeng produksi anjuran bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan Stefani Events (Sanggar Teater Fauziah Nawi) akan dipentaskan bermula 8 hingga 12 September 2014. Pementasan akan berlangsung pada jam 8.30 malam di Dewan Utama, Wisma ITBM.

Teater Topeng-Topeng merupakan dedikasi khas buat Sasterawan Negara Dato' Baha Zain, melalui himpunan puisi terpilih beliau. Teater ini dipentaskan seluruhnya hanya menggunakan bait-bait puisi SN Dato' Baha Zain, dan diterjemahkan melalui ton suara, ekspresi gerakan badan dan mimik muka.

Diolah oleh Iryanda Mulya Ramly serta dibintangi pelakon tersohor; Fauziah Nawi dan Sabera Shaik, bintang teater yang sedang meningkat naik; Azman Hassan, Farah Ahmad, Chi Adzim, Yanee Ahmad Zulkifli, Mohd Nor Hafiz, Raja Emy Shahril.

Kisah berangkat dari sebuah keterasingan yang melompat  dari realiti kehidupan ke ruang waktu, sang perenung  menerjah  pelbagai wajah. Ianya mewakili sifat-sifat yang berlegar di ruang fikiran kembara jiwa sang perenung tersebut. Kembara jiwa sang perenung adalah satu penerokaan dan telah menyibak topeng–topeng  yang melekat di balik tabir di mana kebenaran kemas tersembunyi, dan kini tidak lagi mampu berselindung. Di tugu waktu ketika bertemu dan menunggu, ternyata segalanya pasti akan berlalu ditinggalkan oleh masa yang tak akan pernah terhenti dan pasti tidak pernah menunggu. Topeng-topeng kan tersibak jua walau hati retak.

Tiket boleh di dapati dengan  harga RM15 (Dewasa) dan RM10 (Pelajar & Kanak-Kanak). Untuk pembelian tiket sila hubungi 03-4145 1800, Bahagian Komunikasi ITBM. 

Selamat Menonton!

 

 

 

SIDANG KEMUNCAK PENULIS MALAYSIA

-

SIDANG KEMUNCAK PENULIS MALAYSIA

SIDANG KEMUNCAK PENULIS MALAYSIA

TEMA
SASTERA TERAS PEMBANGUNAN NEGARA BANGSA

TARIKH
24 – 26 OKTOBER 2014 (JUMAAT – AHAD)

LOKASI
DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB, JITRA, KEDAH

PENGANJUR

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB)
INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA (ITBM) 
PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (PENA)

LATAR BELAKANG
Sidang Kemuncak Penulis Malaysia secara asasnya merupakan perhimpunan yang dirancang untuk bertindak sebagai perhimpunan penulis tanpa membezakan warna persatuan, dan perolehannya dalam bentuk gagasan akan diterjemahkan menjadi realiti. Perhimpunan bertaraf nasional ini akan menghimpunkan penulis, wakil penerbit, aktivis sastera, bahasa serta budaya, kumpulan media dan ahli akademik yang kesemuanya bertanggungjawab merangka gagasan besar intelektual bangsa. Menerusi perhimpunan ini, dialog yang menjana pemikiran merupakan sesi utama sebagai wahana perkongsian pandangan serta gagasan praktikal bagi kemajuan sastera, bahasa dan penerbitan di Malaysia.


OBJEKTIF
Mempertemukan penulis pelbagai latar belakang, usia, kecenderungan dan gender dalam satu persidangan;Membentangkan kertas kerja dan cadangan dalam usaha membangunkan persuratan dan penulis Malaysia;Membina rangkaian penulis dalam skala yang besar tanpa mengira persatuan;Membincangkan hala tuju pembinaan persuratan di Malaysia.

MATLAMAT
Program berskala besar dan bersifat terbuka ini disasarkan untuk menjadi medan pembangunan persuratan Malaysia, demi memacu pembangunan negara secara proaktif. Sidang kemuncak ini juga dilihat sebagai platform bagi mengumpulkan hasil tulisan, teks ucapan, pembentangan dan bahan dokumentasi yang boleh diterbitkan untuk rujukan pada masa akan datang. Program ini juga diharapkan dapat menjadi asas kepada penubuhan sebuah yayasan yang akan memantau serta menjaga kebajikan penulis tanah air.

PENGISIAN PROGRAM
Sidang Kemuncak Penulis Malaysia merupakan persidangan bagi sasterawan atau penulis berbincang berkenaan topik penting dalam pembangunan bidang sastera tanah air. Persidangan ini akan disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B. Dato' Seri Mukhriz bin Tun Mahathir. Lebih istimewa, peserta program akan dapat menyaksikan stu detik bersejarah apabila buku khusus berkenaan seni tradisi “Teater Mek Mulung” turut akan dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Mukhriz.

Turut menjadi pengisian bagi sidang kemuncak ini ialah ucaptama Profesor Ulung Tan Sri Dr. M. Kamal Hassan (mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Pengerusi Media Prima).

Sebuah forum istimewa membicarakan topik “Sastera dan Media: Peluang dan Cabaran” akan menampilkan Profesor Tan Sri Dr. Dzulkifli Abd Razak (mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia), Ku Seman Ku Hussain (Pengarang Mingguan Malaysia) dan Profesor Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar (Profesor Universiti Teknikal Melaka) sebagai ahli panel. Lapan (8) sesi selari akan diadakan sepanjang tiga (3) hari persidangan.

Antara tokoh sastera yang akan bersama-sama menjayakan sesi ini adalah Sasterawan Negara (SN) Dato’ Baharuddin Zainal, SN Dato’ Ahmad Kamal Abdullah, SN Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh dan SN Dr. Anwar Ridhwan.

Beberapa penulis dan penggiat sastera tanah air juga akan berkongsi pendapat dan pandangan mereka dalam usaha memperkukuhkan industri kesusasteraan tanah air menerusi sesi selari yang akan diadakan, antaranya Profesor Datuk Dr. Ibrahim Bajunid, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Yang Berhormat Datuk Haji Ariffin Arif, Dr. Siti Zainon Ismail dan Syed Mohd Zakir Syed Othman.Antara topik pembentangan yang akan diketengahkan ialah “Puisi Membentuk Pemikiran Masyarakat: Suatu Utopia?”, “Strategi dan Pendekatan Baharu dalam Pemerkasaan Sastera Malaysia”, “Pembinaan Mercu Tanda Bidang Penulisan Malaysia” dan “Kelangsungan Hayat Sastera di Malaysia”.

Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Penulis Malaysia akan disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, NGO Negeri Kedah, Yang Berhormat Aminuddin Omar. 

SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa ketetapan had umur.Peserta yang mendaftar hendaklah mempunyai karya yang pernah diterbitkan oleh mana-mana agensi penerbitan di dalam dan/atau luar negara. Jumlah peserta adalah terhad kepada 200 orang. Pemilihan peserta akan dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan.Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui www.skpm.net.

*Tarikh tutup pendaftaran adalah pada/sebelum 5 Oktober 2014. 

KUMPULAN PESERTA
Peserta terdiri daripada kumpulan sarjana serta ahli akademik, sasterawan, budayawan, profesional, kumpulan media, pegawai kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi, penulis dan karyawan, selain peminat sastera dan budaya.

MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI ITBM SEMPENA AIDILFITIRI 1435H

-

NOTIS PENUTUPAN OPERASI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Dimaklumkan bahawa Institut Terjemahan & Buku (ITBM) akan ditutup operasinya sempena Hari Raya Aidilfitri dari 28 Julai (Isnin) hingga 30 Julai 2014 (Rabu). Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada 31 Julai 2014 (Khamis).

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Terima kasih
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

 

PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA (ITBM) SEPANJANG RAMADHAN 2014 / 1435 H

-

 

PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA (ITBM) SEPANJANG RAMADHAN 2014 / 1435 HIJRAH

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera, 
Pelanggan ITBM yang dihormati, 

Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan bermula 28 Jun ini, ingin kami maklumkan bahawa waktu operasi pejabat kami akan dijalankan seperti berikut: 
 
Isnin - Khamis        : 8.00 pagi - 4.30 petang | Waktu Rehat 12.30 tengah hari - 1.00 petang
Jumaat                    : 8.00 pagi - 4.30 petang | Waktu Rehat 12.30 tengah hari - 2.15 petang

Kami di ITBM akan sentiasa membantu serta memberikan perkhidmatan (terjemahan, kejurubahasaan dan latihan) terbaik mengikut keperluan anda. Sokongan dan perhatian anda terhadap khidmat yang kami tawarkan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

 

Khalid Salleh meneruskan kembara Monolog Jual Ubat di Muar, Johor!

22 Jun 2014 - Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor

Khalid Salleh meneruskan kembara Monolog Jual Ubat di Muar, Johor!

Khalid Salleh meneruskan kembara Monolog Jual Ubat di Muar, Johor!

Kali ini, Pelakon Terbaik Asia Pasifik ini akan tampil sempena "Karnival KMJ 2014 & Hari Perbandaran Muar Ke-13"

Jangan lupa saksikan teater yang sebelum ini telah dipentaskan di Istana Budaya, Singapura, Indonesia dan banyak negeri pada 22 Jun 2014 (Ahad), jam 9.00 malam di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor.

SESI BERSAMA PENULIS SEMPENA PBAKL 2014

-

Gerai ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 akan dimeriahkan dengan 25 acara bersama penulis-penulis karya terbitan ITBM.

Bertempat di Lot no. 3186-3191, 3210-3215 dan 3234-3236, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC, berikut adalah jadual sesi bersama penulis sepanjang 11 hari berlangsungnya PBAKL 2014. 

 

24 April 2014 | Khamis

12.00 tengah hari   : Dr. Farid Shahran

4.00 petang       : Nazel Hashim

6.00 petang       : Nazri Hussien 

 

25 April 2014 | Jumaat

11.00 pagi : Ruzaini Yahya

6.00 petang : Abd. Razak Adam

 

26 April 2014 | Sabtu

5.00 petang : Dayangku Mastura & Hani Salwah

 

27 April 2014 | Ahad

11.00 pagi : Pyan Habib

2.00 petang : Dr. Siti Zainon Ismail & Siti Zaleha M. Hashim

4.00 petang : Zulkifli Khair

 

28 April 2014 | Isnin

1.00 petang : Ridzuan Harun

4.00 petang : Rosani Hiplee

6.00 petang : Nazrul Kama

 

29 April 2014 | Selasa

2.00 petang : Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI), Shahanz Akbar & Rosmiaty Shaari

6.00 petang : Amelia Hashim

 

30 April 2014 | Rabu

2.00 petang : Roslan Jomel

4.00 petang : Zainal Abas (Kasajiza A.S)

5.00 petang : Ladin Nuawi & Nur Mustika

6.00 petang : Hasanudin Md Isa

 

1 Mei 2014 | Khamis

5.00 petang : Wan Nor Azriq

 

2 Mei 2014 | Jumaat

11.00 pagi : Haniza Hamzah (Nilamsuri) & Rositah Ibrahim

4.00 petang : Anuar Othman & Jais Sahok

5.00 petang : Norhisham Mustafa & Alias Ismail

 

3 Mei 2014 | Sabtu

5.00 petang : Jeniri Amir & Mahaya Mohd Yassin

 

4 Mei 2014 | Ahad

2.00 petang : Dato' Dr. Zurinah Hassan & Raihani Mohd Said

4.00 petang : Salina Ibrahim

Inilah masanya untuk anda bersama-sama penulis kegemaran anda. Jumpa nanti di sana ya!

JADUAL WAWANCARA SOFA PUTIH ITBM, PBAKL 2014

-

Tidak lengkap rasanya jadual Institut Terjemahan & Buku Malaysia ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang bermula 24 April ini hingga 4 Mei, sekiranya sesi Wawancara Sofa Putih tidak diadakan.

Tahun ini, dijadualkan terdapat 11 sesi wawancara yang akan diadakan bertempat di Pentas Wawancara Sofa Putih ITBM, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, Putra World Trade Center (PWTC).

Jadual penuh adalah seperti berikut: 

Panelis            : Dr. Saleeh Rahamad, Rahimdin Zahari, Naning Pranoto, Dr. Free Hearty
Tarikh              : 24 April 2014 (Khamis)
Masa               : 1.00 petang
Topik               : Kaitan Sastera dengan Masyarakat: Bagaimana Menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Panelis            : Wan Nor Azriq, Ruhaini Matdarin, Ridzuan Harun
Tarikh              : 25 April 2014 (Jumaat)
Masa               : 4.30 petang
Topik               : Hadiah dan Anugerah: Sejauh Mana Ia Mampu Melahirkan Pelapis Penulis Mapan.

Panelis            : Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh & Dato’ Dr. Zurinah Hassan
Tarikh              : 26 April 2014 (Sabtu)
Masa               : 1.00 petang
Topik               : Cabaran Menyalurkan Peradaban Malaysia kepada Dunia Melalui Agenda Terjemahan.

Panelis             : Dr. Ramzah Dambul , Roslan Jomel
Tarikh              : 27 April 2014 (Ahad)
Masa               : 1.00 petang
Topik               : Citra Sastera Borneo: Perlukah Bereksperimen untuk Bersaing dalam Dunia Sastera Serantau?

Panelis             : Sasterawan Negara Dato' Baha Zain, Sutung Umar RS, 
Tarikh              : 28 April 2014 (Isnin)
Masa               : 2.00 petang
Topik               : Puisi Lama, Puisi Baharu: mencipta ‘Keanehan’ Tanpa Batasan

Panelis             : Sri Diah, Siti Jasmina Ibrahim
Tarikh              : 29 April 2014 (Selasa)
Masa               : 1.00 petang
Topik               : Benarkah Ekspresi Watak Wanita dalam Novel Lebih Menghampiri Realiti Apabila dihasilkan Penulis Wanita?

Panelis             : Dato’ Santokh Singh, Zinitulniza Abdul Kadir, Cikgu Ahmad Mahmud
Tarikh              : 30 April 2014 (Rabu)
Masa               : 1.00 petang
Topik               : Pengganti Mokhtar Dahari: Isu Misi dan Realiti.

Panelis            : Dato’ Ivan Hoe Wat Sing, Ishak Hamzah, Law King Hui
Tarikh              : 1 Mei 2014 (Khamis)
Masa               : 1.00 petang
Topik               : Benarkah Industri Buku Malaysia Sudah Tepu?

Panelis            : Ku Seman Ku Hussain, Nazmi Yaakub, Fadli Al-Akiti
Tarikh              : 2 Mei 2014 (Jumaat)
Masa               : 3.00 petang
Topik               : Sejauh Mana Pengaruh Wartawan Penting dalam Menyampaikan Sindiran Politik, Ekonomi dan Budaya dalam Sastera Nasional.

Panelis            : Ramlee Awang Mursyid, Fauziah Ashaari
Tarikh              : 3 Mei 2014 (Sabtu)
Masa               : 1.00 petang
Topik               : Wajarkah Novel Popular yang Laris di Pasaran Dilabel Tidak Mewakili Pemikiran Budaya Tinggi?

Panelis            : Datuk Johan Jaafar, Khalid Salleh
Tarikh              : 4 Mei 2014 (Ahad)
Masa               : 1.00 petang
Topik               : Bolehkah Peradaban dibina Menerusi Teater dan Mampukah Persaingan Budaya Popular ditangani?

 

Jangan ketinggalan untuk mendengar sendiri perkongsian ilmu ini, eksklusif hanya di Gerai ITBM! 

Malaysia Negara Tema Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT) 2014

-

Malaysia Negara Tema Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT) 2014

Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT) 2014 atau  21st Tokyo International Book Fair(TIBF 2014) yang akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 2 hingga 5 Julai 2014 bakal disertai delegasi Malaysia seramai 14 organisasi yang terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat penerbitan. Istimewanya, penyertaan Malaysia kali ini adalah sebagai Negara Tema, mewakili negara ASEAN pertama ditawarkan status tersebut sejak PBAT diwujudkan 20 tahun lalu. Misi dagangan selama empat (4) hari itu akan diketuai oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) selaku agensi peneraju, selain disokong Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi misi selari mempromosi negara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Mengambil kesempatan daripada status Negara Tema PBAT, Malaysia akan melaksanakan pelbagai misi dagang dan aktiviti pemasaran yang bertujuan mempromosi Malaysia dan hasil karya tempatan di peringkat antarabangsa. Berikut adalah senarai penuh delegasi Malaysia yang menyertai PBAT 2014 dan program/aktiviti yang bakal berlangsung di Pavilion Malaysia:

SENARAI DELEGASI

  • Institut Terjemahan & Buku Malaysia
  • Tourism Malaysia
  • Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia
  • Perbadanan Kota Buku
  • PTS Media Group Sdn. Bhd.
  • Buku Fixi
  • Odonata Publishing Sdn. Bhd.
  • University Book Store Malaysia Sdn Bhd.
  • Yusof Gajah Lingard Literary Agency
  • Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
  • Shakespot Sdn. Bhd.
  • Kualiti Books Sdn Bhd.
  • Ace Adventure Studio Sdn Bhd. 

PROGRAM / AKTIVITI

  • Pelancaran novel grafik The Kampung Boy karya Lat edisi bahasa Jepun, terbitan usaha sama ITBM dan Tokyo University of Foreign Studies (TUFS).
  • Pelancaran Kerjasama Malaysia-Jepun Mentransliterasi Majalah Kalam anjuran Perbadanan Kota Buku.
  • Pelancaran e-buku Siri Arnab dan Kura-kura Tulisan Jawi, Edisi Bahasa Jepun dan Melayu terbitan Perbadanan Kota Buku.
  • Pelancaran buku Sang Montel dan Ele-Doodle terbitan Yusof Gajah Lingard Literacy Agency.
  • Pelancaran koleksi e-buku terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
  • Seminar pelancongan mengenai Malaysia Global Education Hub-Cultural and Tourism Exchange oleh Malaysia Tourism Promotion Board. 
  • Persembahan gabungan Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Boneka Edo Ito Ayatsuri Ningyo.
  • Persembahan Makyung 
  • Deklamasi syair dan bacaan oleh Dato’ Dr. Zurinah Hassan dan Dr. Siti Zainon Ismail.
  • Menghias boneka katak dengan busana Melayu tradisional oleh Dr. Siti Zainon Ismail.
  • Melukis doodle dan ilustrasi oleh Yusof Gajah.
  • Mencanting batik oleh Puan Zakiah Mohd Isa.
  • Pameran busana Melayu tradisional, terdiri daripada Busana Pahlawan, Baju Kebaya Riau, Sarung Tenunan Kelantan, Selendang dan perhiasan tradisi yang disediakan oleh Dr. Siti Zainon Ismail.

Untuk maklumat dan perkembangan lanjut mengenai Malaysia sebagai Negara Tema Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2014, sila KLIK DI SINI

 

 

 

Promosi Buku ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

24 Apr 2014 - PBAKL, Dewan Tun Razak 3, Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Promosi Buku ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014, dengan hanya RM50, anda berpeluang untuk penuhi impian ke PARIS! Kunjungi gerai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di Dewan Tun Razak 3, Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari jam 10 pagi - 7 petang (Isnin - Jumaat) atau sehingga 9 malam (Sabtu, Ahad & cuti umum) bermula 24 April hingga 4 Mei 2014. Tidak cukup dengan peluang ke Paris, berikut adalah tawaran lain yang menarik dan semestinya tidak boleh dilepaskan:

 
1. Diskaun 40% untuk promosi 1 jam setiap hari dari 10.00 hingga 11.00 pagi.
2. Tawaran 1 buku Diskaun 20%, 8 buku RM50 – jimat RM70!
3. Tebus baucar RM10 untuk koleksi buku Pendidikan bagi guru dan bakal guru.
4. Tebus baucar RM10 untuk koleksi buku Sastera bagi penuntut Institusi Pengajian Tinggi.
5. Diskaun lebih 50% pembelian set buku pemenang Anugerah Penulisan ITBM-PENA-BH & Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
6. Eksklusif 30% untuk buku Mokhtar Dahari & kemeja-T no. 10 bagi pembelian buku Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia.
7. Hadiah gajet terkini untuk dimenangi dengan mengulas buku ITBM di Facebook/blog.
8. Perbincangan topik hebat dengan isu menarik pada setiap hari menerusi program Wawancara Sofa Putih ITBM.
9. Temui penulis-penulis ITBM setiap hari menerusi slot Sesi Bersama Penulis. 

Nota: Rujuk syarat dan terma bagi semua tawaran di gerai ITBM.

ITBM@PBAKL 2014: PERADUAN ULAS BUKU ITBM KEMBALI LAGI!

-

ITBM@PBAKL 2014: PERADUAN ULAS BUKU ITBM KEMBALI LAGI!

ULAS buku terbitan ITBM dan menangi GAJET TERKINI! 

Bagaimana? 

Langkah 1 Beli sebarang buku terbitan ITBM di gerai ITBM semasa PBAKL (bermula 24 April – 4 Mei 2014) atau secara dalam talian di laman e-Beli-belah ITBM (bermula 15 April – 4 Mei 2014).

Langkah 2  Tulis ulasan buku ITBM di blog atau nota Facebook peribadi anda. Lengkapkannya dengan maklumat buku yang diulas (judul buku, penulis, no. ISBN dan harga) serta nombor resit pembelian atau nombor rujukan tempahan (jika pembelian secara dalam talian).

Langkah 3 Salin (copy) alamat sumber URL blog atau nota Facebook yang menyiarkan ulasan buku tersebut. Layari http://www.facebook.com/rakanITBM, tulis judul ulasan dan tampal (paste) alamat URL ulasan anda di 'ruangan status' pada "Dinding" (Wall) laman Facebook ITBM.

Langkah 4 Klik "Kirim" (Post) dan penyertaan ulasan buku anda akan terpapar di laman Facebook ITBM.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, kecuali kakitangan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
  2. Peserta boleh mengirimkan seberapa banyak ulasan buku, tetapi setiap ulasan perlu asli, bersumberkan buku terbitan ITBM yang berlainan dan dibeli semasa berlangsungnya PBAKL 2014.
  3. Pihak penganjur berhak mencetak atau mempamerkan maklumat serta gambar penyertaan untuk sebarang tujuan pengiklanan dan promosi, atau mengumumkan nama pemenang dalam media cetak mahupun elektronik bagi tujuan berkaitan.
  4. Tarikh tutup penyertaan 31 Mei 2014. Penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat menyurat tidak akan dilayan. 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 MEI 2014! 

ITBM@PBAKL 2014: DISKAUN 40% UNTUK PEMBELIAN ‘ONLINE’!

-

ITBM@PBAKL 2014: DISKAUN 40% UNTUK PEMBELIAN ‘ONLINE’!

ISTIMEWA untuk pelanggan e-Beli-belah ITBM!

Tidak mahu bersesak-sesak?

Nikmati diskaun setinggi 40% untuk semua buku terbitan ITBM menerusi laman e-Beli-belah kami!

ecommerce.itbm.com.my

Pembelian hanya dengan klik! 

Tawaran istimewa sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 berlangsung! 

ITBM@PBAKL 2014: BELI BUKU ITBM DAN BERPELUANG KE PARIS!

-

ITBM@PBAKL 2014: BELI BUKU ITBM DAN BERPELUANG KE PARIS!

BELI buku terbitan dan berpeluang ke PARIS! 

Dengan hanya pembelian serendah RM50, anda berpeluang untuk mendapatkan percutian ke PARIS selama 4 hari 3 malam
Hanya dengan melengkapkan borang yang boleh di dapati di kaunter gerai ITBM bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 anda mampu untuk merasakan kehangatan kota cinta ini! 

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke gerai ITBM di PBAKL 2014 nanti!

ITBM@PBAKL 2014: NILAI UNTUK WANG ANDA!

-

ITBM@PBAKL 2014: NILAI UNTUK WANG ANDA!

NILAI untuk WANG ANDA!

Dapatkan lebih 150 judul buku kanak-kanak berharga RM8-RM15!

1 buku, diskaun 20% dan beli 8 buku dengan hanya RM50!

Tawaran sah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa 2014! 

 


ITBM@PBAKL 2014: TAWARAN TERHAD DISKAUN 40% SATU JAM SETIAP HARI!

-

ITBM@PBAKL 2014: TAWARAN TERHAD DISKAUN 40% SATU JAM SETIAP HARI!

Diskaun 40% Satu Jam Setiap Pagi

Datanglah beramai-ramai ke Gerai ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur 2014!

Dapatkan diskaun eksklusif 40% untuk semua buku di gerai ITBM, eksklusif dari jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi!. 

Tawaran dibuka sepanjang PBAKL 2014 berlangsung, jangan ketinggalan!. 

PEMAKLUMAN PENGUATKUASAAN HARGA BAHARU BAGI KHIDMAT TERJEMAHAN DAN KEJURUBAHASAAN ITBM

-

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA.

Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa, bermula 1 APRIL 2014, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan menguatkuasakan harga baharu bagi khidmat terjemahan dan kejurubahasaan. Penguatkuasaan harga baharu ini meliputi semua dokumen termasuk sijil umum serta keperluan khidmat jurubahasa bagi semua bahasa/jenis dan tempoh acara. 

Harga khidmat terjemahan adalah berdasarkan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang diperlukan bagi setiap dokumen, manakala khidmat kejurubahasaan berdasarkan keperluan bahasa dan jenis serta tempoh acara.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara di atas, anda boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan atau pegawai jualan kami seperti butiran di bawah: 

BAHAGIAN PEMASARAN & JUALAN (KHIDMAT)
NO TELEFON  : (603) 4145 1800
NO. FAKS.      : (603) 4143 2939 


SITI NURAZNIE IBRAHIM (SAMB. 1850)
E-MEL: aznie@itbm.com.my

NUR FARIZAN ABDUL MUBIN (SAMB. 1853)
E-MELfarizan@itbm.com.my

NOR SUHAILA HASHIM (SAMB. 1851)
E-MEL: nor.suhaila@itbm.com.my

ARIFF ABDULLAH SANY BIN MOHD SIDEK (SAMB. 1852)
E-MELsany@itbm.com.my

NORHIDAYAH BASRI (SAMB. 1855)
E-MEL
hidayah@itbm.com.my

ZULIKHRAM MOKHTAR (SAMB. 1857)
E-MEL: zulikhram@itbm.com.my

NOOR SYARMIZA SULAIMAN (SAMB. 1860)
E-MELsyarmiza@itbm.com.my


KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN

NO TELEFON : (603) 4145 1800

MASLIZA MIOR KAMARUDDIN (SAMB. 1854)
E-MELmasliza@itbm.com.my

NUR AISYAH ABD GHANI (SAMB. 1861)
E-MEL: aisyah@itbm.com.my

ATHIQA SHEZALI (SAMB. 1800)
E-MEL: athiqa@itbm.com.my


Sokongan dan perhatian anda terhadap khidmat yang kami tawarkan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Dan kami di ITBM akan sentiasa membantu serta memberikan yang terbaik dalam menyediakan khidmat terjemahan dan kejurubahasaan berkualiti mengikut keperluan anda.

 

SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH KEMBALI LAGI!

-

SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH KEMBALI LAGI!

Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH tahun lalu telah melakar sejarah penting dalam menyemarakkan bidang kesusasteraan negara. Kali ini, ia kembali lagi dengan membuka peluang lebih besar kepada penulis dari seluruh tanah air!

Tiga kategori dipertandingkan iaitu NOVEL, KUMPULAN CERPEN, DAN KUMPULAN PUISI masih dikekalkan dan hadiah bernilai lebih RM130,000 ditawarkan kepada pemenang!

Syarat-syarat Penyertaan: 

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.

  2. Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

  3. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk mana-mana kategori yang disertai. Bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap kategori. 

  4. Karya mestilah belum/tidak pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.

  5. Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dengan KLIK DI SINdan DI SINI (Versi Microsoft Words).

  6. Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman atau Arial bersaiz 12 poin dalam kertas bersaiz A4.

  7. Kepanjangan karya : 
    a. NOVEL
    : Minimum 200 halaman. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan sinopsis tidak lebih dua (2) halaman. 
    b. KUMPULAN CERPEN: minimum 12 buah cerpen.
    c. KUMPULAN PUISI: minimum 45 buah puisi 

  8. Manuskrip yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

  9. Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai mana-mana pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.

  10. Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit lain.

  11. Tarikh tutup penyertaan: 31 JANUARI 2015.

  12. Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.

  13. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. 

 

PENGHANTARAN: 

Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan boleh dikirimkan melalui e-mel kepada: sayembara2@itbm.com.my

ATAU

Dicetak dan dihantar melalui pos kepada:

URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II 
WISMA ITBM, NO. 2 JALAN 2/27E, SEKSYEN 10,
WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.
(U.P.: MOHD ROZLAN MOHAMED NOOR)

atau

URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II 
RUMAH PENA
961-7, JALAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
50460 KUALA LUMPUR.
(U.P.: AZALAN HUSSAIN)

‘MONOLOG JUAL UBAT’ DI PENTAS ISTANA BUDAYA!

-

‘MONOLOG JUAL UBAT’ DI PENTAS ISTANA BUDAYA!

"..sekejap lagi saya akan beritahu. Supaya tuan-tuan, anda semua membuka minda, membuka akal fikir. Setidak-tidaknya menjadi manusia yang menggunakan otak, menjadikan satu-satunya anugerah Tuhan yang tidak diberi kepada makhluk lain, iaitu hati budi dan akal fikir berguna dan dimanfaatkan..." - Penjual Ubat, Pandirnya Si Pandir

Istana Budaya (IB), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) mempersembahkan Monolog Jual Ubat di pentas Lambang Sari, Istana Budaya bermula 11 hingga 17 Mac 2014 ini. Pementasan ini bakal berlangsung pada setiap hari selama tujuh (7) hari dengan dua (2) persembahan matinee pada 15 dan 16 Mac 2014.

Monolog Jual Ubat menampilkan Khalid Salleh sebagai pemain watak dan pendukung kepada karya yang telah mula dipersembahkan kepada umum lebih dua dekad lalu dan kini pula tampil di pentas prestij Istana Budaya. Sedikit elemen mistik ditonjolkan dalam monolog ini memberikan impak misteri kepada karya yang menyentuh isu sosial dan jati diri bangsa. Karya ini bukan sahaja telah dipertontonkan di khalayak tempatan, malahan mendapat sambutan hebat daripada masyarakat di negara jiran iaitu, Singapura dan beberapa daerah di Indonesia seperti Jakarta, Batam, Surabaya, Medan dan Makassar.

Peminat seni teater pasti menantikan aksi dan permainan kata Khalid Salleh yang bakal menusuk pemikiran mereka yang mahu melihat sisi lain si penjual ubat. Ubat apa yang dijual Khalid Salleh ini? Nantikan dan jangan ketinggalan menyaksikan Monolog Jual Ubat oleh Khalid Salleh di Lambang Sari Mac ini!

 Tiket berharga RM35 sahaja dan boleh dibeli secara dalam talian (online) di www.ezitix.net, atau boleh juga didapati melalui wakil jualan di lokasi berikut: 

1. Wisma ITBM, Seksyen 10 Wangsa Maju
    03-4145 1800

 2. Kedai Buku 1Malaysia, UTC Pudu Sentral
     03-2026 2217

3. Kaunter Box Office, Istana Budaya
    03-4026 5558

 4. Rumah PENA (Persatuan Penulis Nasional)
     03-2142 5824 

**Juga boleh didapati di hadapan pintu masuk Lambang Sari, Istana Budaya sebelum pementasan bermula. 

 

 

“MONOLOG JUAL UBAT” DI PENTAS ISTANA BUDAYA!

-

“MONOLOG JUAL UBAT” DI PENTAS ISTANA BUDAYA!

"..sekejap lagi saya akan beritahu. Supaya tuan-tuan, anda semua membuka minda, membuka akal fikir. Setidak-tidaknya menjadi manusia yang menggunakan otak, menjadikan satu-satunya anugerah Tuhan yang tidak diberi kepada makhluk lain, iaitu hati budi dan akal fikir berguna dan dimanfaatkan..." - Penjual Ubat, Pandirnya Si Pandir

Istana Budaya (IB), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) mempersembahkan Monolog Jual Ubat di pentas Lambang Sari, Istana Budaya bermula 11 hingga 17 Mac 2014 ini. Pementasan ini bakal berlangsung pada setiap hari selama tujuh (7) hari dengan dua (2) persembahan matineepada 15 dan 16 Mac 2014.

Monolog Jual Ubat menampilkan Khalid Salleh sebagai pemain watak dan pendukung kepada karya yang telah mula dipersembahkan kepada umum lebih dua dekad lalu dan kini pula tampil di pentas prestij Istana Budaya. Sedikit elemen mistik ditonjolkan dalam monolog ini memberikan impak misteri kepada karya yang menyentuh isu sosial dan jati diri bangsa. Karya ini bukan sahaja telah dipertontonkan di khalayak tempatan, malahan mendapat sambutan hebat daripada masyarakat di negara jiran iaitu, Singapura dan beberapa daerah di Indonesia seperti Jakarta, Batam, Surabaya, Medan dan Makassar.

Peminat seni teater pasti menantikan aksi dan permainan kata Khalid Salleh yang bakal menusuk pemikiran mereka yang mahu melihat sisi lain si penjual ubat. Ubat apa yang dijual Khalid Salleh ini? Nantikan dan jangan ketinggalan menyaksikan Monolog Jual Ubat oleh Khalid Salleh di Lambang Sari Mac ini!

 Tiket berharga RM35 sahaja dan boleh dibeli secara dalam talian (online), atau boleh juga didapati melalui wakil jualan di lokasi berikut: 

1. Wisma ITBM, Seksyen 10 Wangsa Maju

    03-4145 1800

 2. Kedai Buku 1Malaysia, UTC Pudu Sentral

    03-2026 2217

3. Kaunter Box Office, Istana Budaya

    03-4026 5558

 4. Rumah PENA (Persatuan Penulis Nasional)

    03-2142 5824 

**Juga boleh didapati di hadapan pintu masuk Lambang Sari, Istana Budaya sebelum pementasan bermula. 

 


PENGUMUMAN KEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH - 7 JANUARI 2014

-

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH - 7 JANUARI 2014

KEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH


KATEGORI NOVEL:

Hadiah Pertama (RM15,000 + medal + sijil) 
Wan Nor Azriq Wan Mokhtar
D.U.B.L.I.N

Hadiah Kedua (RM12,000 + medal + sijil)
Sri Rahayu Mohd Yusop
Qalam Kalbu

Hadiah Ketiga (RM9,000 + medal + sijil) 
Zubaidah Ishak
Pertemuan Musim Semi

Hadiah Sagu hati (7 x RM3,000 + medal + sijil)
• Ruhaini Matdarin (Anatomi Rupert)
• Abd Razak Adam (Tujuh Keturunan)
• Ariff Mohamad (Semenanjung Menangis)
• Md Nizar Parman (Jajahan Bonda)
• Neor Muhammad Azri Neor Razak (Hari-hari Yuda)
• Sharazi Mohd Sheriff (S.P.Q.R)
• Mohd Fadzli Yusof (Nuansa Cita)

KATEGORI KUMPULAN CERPEN:

Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Ruhaini Matdarin
Melawan yang Mustahil

Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Moh Azam Rezali
Sayang Perahu, Mudik Hilir

Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil) 
Radzemah Bolhassan
Sagu, Ikan Salai

Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Mawar Shafie (Narasi Gua dan Raqim)
• Nazri Hussein (Konflik di Hati Enrique)
• Roslan Jomel (Serangga dalam Kepala)
• Mohammad @ Mohd Hafezin Khadiri (Kuda-kuda Lembah Patagonia)
• Dk Mastura Pg Ismail (Langit Runtuh)
• Sharifah Aisiah Syed Mahazar (Sekapur Sirih daripada Teja)
• Noridah Md Noor (Hanya Beberapa Minit)

KATEGORI KUMPULAN PUISI:

Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Mohd Ridzuan Harun
Negeri Kunang-kunang

Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Rahimidin Zahari
Laut Tujuh Gelombang Buih

Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil) 
Shamsudin Othman
Taman Maknawi

Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Siti Raihani Mohamad Saaid (Sidang Kultus)
• Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Kota Subuh)
• Ariff Mohamad (Titik Ke Titik, Hujan)
• Ramlah Abd Rasid (Perahu)
• Hani Salwah Yaakup (Tentang Pertanyaan)
• Zulfazlan Jumrah (Mandala Sukma)
• Sahrunizam Abdul Talib (Suara Bukit Kepada Langit)

 

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG! 

MALAYSIA SAH NEGARA TEMA TOKYO INTERNATIONAL BOOK FAIR (TIBF) 2014

-

MALAYSIA SAH NEGARA TEMA TOKYO INTERNATIONAL BOOK FAIR (TIBF) 2014

Malaysia sah menjadi Negara Tema di Tokyo International Book Fair (TIBF) 2014 yang bakal berlangsung pada 2 hingga 5 Julai tahun hadapan, sekali gus mencipta rekod sebagai negara Asean pertama ditawarkan status tersebut.

Menurut Pengarah Antarabangsa Reed Exhibitions Japan Ltd yang menguruskan TIBF, Kaoru Iwata, tawaran kepada Malaysia dibuat selepas menilai penyertaan cemerlang tiga tahun berturut-turut negara sejak 2011 di TIBF yang bereputasi sebagai pusat urus niaga buku terbesar Asia.

“Status Negara Tema tidak dianugerahkan setiap tahun, sebaliknya calon akan disenarai pendek berdasarkan kriteria tertentu sebelum pemilihan dan tawaran dibuat,” katanya.

Menurut Kaoru, Malaysia mula diberi perhatian selepas penyertaan keduanya di TIBF 2012 dilaporkan berjaya mengikat 15 perjanjian urus niaga dengan pelbagai pihak di Jepun bernilai lebih setengah juta ringgit. Ini menurutnya adalah pencapaian luar biasa dan hanya dapat dicapai menerusi usaha serius dan strategi rapi.

Untuk pemilihan Negara Tema TIBF 2014, Kaoru memaklumkan Malaysia dinilai bersama sebuah negara lain. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negara dimaksudkan.

Walaupun TIBF telah dianjurkan lebih 20 tahun, namun status Negara Tema hanya diwujudkan sejak 1998 dengan Perancis sebagai pendahulu, manakala Malaysia disenarai yang kesembilan dan dipilih daripada lebih 25 negara yang menyertai pesta buku tersebut. Selain Perancis dan Malaysia, tujuh negara lain ialah Belanda (2000); Itali (2001); Jerman (2005); Mesir (2009); Arab Saudi (2010); Sepanyol (2011); dan Korea (2013).

Mengulas perkara tersebut, Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron berkata, tawaran untuk Malaysia menjadi Negara Tema telah disampaikan pihak penganjur kepada ITBM pada Julai lalu, dan selepas dibincang secara asas dalam satu pertemuan dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini, Malaysia memutuskan untuk menerima.

“Menjadi Negara Tema di TIBF diharap dapat membuka laluan kepada Malaysia untuk memperkenalkan sastera tempatan dalam konteks lebih besar kepada industri buku antarabangsa, sekali gus pada masa sama meneroka jalan untuk mengetengahkan penulis ulung kita sebagai simbol intelektual masyarakat Malaysia. Selain itu, peluang ini juga akan kita gunakan sepenuhnya untuk mempromosi negara, selari 2014 sebagai Tahun Melawat Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia bakal menikmati banyak kelebihan, khususnya promosi dan publisiti yang penting dalam membantu jentera pemasaran, kerana telah menjadi tradisi di TIBF, Negara Tema akan diberi liputan meluas oleh media tempatan dan media antarabangsa yang berpusat di Tokyo.

“Lebih menguntungkan, usaha mempromosi Negara Tema tidak hanya terhad kepada masyarakat Jepun semata-mata, tetapi bermula Januari, Malaysia akan mula dipromosikan penganjur di pelbagai pesta buku antarabangsa seluruh dunia, sebagai pakej TIBF 2014,” katanya.

Tambah beliau, susulan pertemuan dengan Datuk Seri Mohamed Nazri, perbincangan kini di peringkat dua hala dengan Tourism Malaysia, berhubung bentuk kerjasama yang boleh dimeterai kedua-dua pihak, sebelum perincian mengenai perancangan Malaysia sebagai Negara Tema TIBF 2014 diumumkan menerusi satu sidang media khas sebelum Mac depan.

 ***

 

Malam Baca Puisi Pena: Kontal Kantil-Ismas Saring

-

Malam Baca Puisi Pena: Kontal Kantil-Ismas Saring

Rumah Pena membuka tirai 2014 dengan MALAM BACA PUISI PENA dan PELANCARAN BUKU ALA 'RUNCIT-RUNCIT' KONTAL KANTIL
Bertempat di Panggung Sutung Umar RS di Rumah Pena, acara anjuran bersama PENA dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia ini akan dipersembahkan pada 3 Januari 2014, 
jam 8.00 malam pada 3 Januari 2014. 
Karya-karya terpilih Ismas Saring ini akan dideklamasikan oleh ramai pencinta puisi dan sastera. 
Anda semua dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan majlis sekaligus merasai jiwa puisi Ismas Saring nanti. 

ITBM di 1MALAYSIA BOOK EXPO, PWTC.

10 Dec 2013 -

ITBM di 1MALAYSIA BOOK EXPO, PWTC.

Temui Skuad ITBM di 1Malaysia Book Expo yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Disember 2013 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC). Dapatkan buku-buku terkini ITBM di Lot 07-08 & 19-20 di Legar Putra bermula dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam. Jangan ketinggalan! 

 

 

 

Majlis Pelancaran Buku Sajak-Sajak 3 Seniman Kata dan Rupa

26 Nov 2013 -

Majlis Pelancaran Buku Sajak-Sajak 3 Seniman Kata dan Rupa

Bertempat di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, 26 November ini pada jam 4.00 petang akan diadakan Majlis Pelancaran Buku Sajak-Sajak 3 Seniman Kata dan Rupa karya Mustapa Hj. Ibrahim, Raja Ahmad Aminullah dan Zakaria Ali. Terbitan terbaharu ITBM ini bukan sahaja menampilkan puisi ini juga turut memuatkan puisi-puisi yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris dan juga koleksi foto dan lukisan karya tiga figura ini. Antara petikan di dalam buku ini ..

...Mata batin kita

Melihat di mana bersemayam kebenaran-kebenaran

Di lorong-lorong ilmu

Di buku-buku terbalut rapi

Di rak-rak perpustakaan

Atau hanya di medan-medan kuasa?

 

Eksklusif hanya di www.itbm.com.my.

“Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia” : Buku “Coffee Table” terbaharu terbitan ITBM

17 Oct 2013 -

“Mokhtar Dahari: Legenda Bola Sepak Malaysia” : Buku “Coffee Table” terbaharu terbitan ITBM

Buku yang bakal dilancarkan pada 25 Oktober 2013 ini merupakan naskhah yang patut dimiliki sekiranya anda mengenal semangat Mokhtar Dahari atau mendengar kisah-kisah beliau di media dan juga cerita-cerita daripada mereka yang seangkatan pada zamannya, dalam arena bola sepak tanah air. 

Buku ini amat berbeza kerana kupasan perjalanan hidup Mokhtar Dahari digarap dengan kemas dan terperinci serta menampilkan sisi lain Mokhtar Dahari sebagai ahli sukan yang jiwanya hanya memikirkan "menggalas maruah negara". 

Mokhtar Dahari tiada galang gantinya. 

Forum Sastera Malaysia: Peranan Sastera Melayu dalam Pengajian Asia Tenggara di Eropah

-

Forum Sastera Malaysia: Peranan Sastera Melayu dalam Pengajian Asia Tenggara di Eropah

ITBM sekali lagi menjadi salah sebuah penerbit mewakili Malaysia ke Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2013, Frankfurt Book Fair 2013. Berempena dengan pesta buku ini, ITBM mengambil inisiatif untuk mengadakan Forum Sastera Malaysia: Peranan Sastera Melayu dalam Pengajian Asia Tenggara di Eropah, Forum Fur Malaysische: Die Rolle Der Malaiischen Literatur In Der Sudostasienkunde In Europa. Forum selama satu jam ini akan berlangsung pada 10 Oktober 2013, jam 1.45 ptg, bertempat di Hall 5.1, Forum Dialog, Frankfur Bookfair 2013. 

Barisan panelis yang akan berkongsi ilmu mereka ialah, Sasterawan Negara (SN) Prof. Emeritus. Dr. Muhammad Haji Salleh, Prof. Dr. Arndt Graf dari Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Goethe-University Frankfurt dan moderatornya ialah Jun. Prof. Dr. sandra Khor Manickam juga dari Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Goethe-University Frankfurt. 

Sekiranya anda adalah antara pengunjung Frankfurt Book Fair 2013, jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri hasil perkongsian ilmu oleh para intelektual ini. Semoga kita mendapat manfaat bersama. 

 

 

Majlis Pelancaran Buku Terjemahan ‘La Poetique de la literature malaise | Puitika Sastera Melayu’

-

Majlis Pelancaran Buku Terjemahan ‘La Poetique de la literature malaise | Puitika Sastera Melayu’

Majlis Pelancaran buku terjemahan La Poetique de la literature malaise  (Puitika Sastera Melayu)
karya Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh akan diadakan pada 7 Oktober 2013, jam 3.00ptg bertempat di Institut national des langues et civilisations orientales, INALCO, Paris.

Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tan Sri Ismail Omar, Duta Besar Malaysia ke Perancis diiringi Pengarah Urusan ITBM, En. Mohd Khair Ngadiron.  

 

PENGUMUMAN | JEMPUTAN MENJADI PANEL PENILAI MANUSKRIP TERBITAN ITBM DAN PENA

23 Sep 2013 -

ITBM menjemput semua sarjana dengan kepakaran bidang masing-masing untuk memohon menjadi panel penilai manuskrip terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Bagi yang berminat, anda boleh menghantar pendaftaran sebelum pengesahan dibuat. Tarikh tutup pendaftaran pada atau sebelum 26 September 2013 (Khamis).

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Ainunl Muaiyanah Sulaiman 
No. Tel. : 019-311 8178 / 03-4145 1989
E-mel : ainunl@itbm.com.my

Zalila Isa
No. Tel. : 010-298 4734 / 03-4145 1995
E-mel : zalila@itbm.com.my

Sila KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang pendaftaran. Kirimkan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi melalui e-mel kepada ainunl@itbm.com.my / zalila@itbm.com.my atau fakskan ke nombor 03-4142 9219.

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan PBAKL 2013 Anjuran ITBM dan Sambutan Aidilfitri 1434H

01 Jan 1970 -

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan PBAKL 2013 Anjuran ITBM dan Sambutan Aidilfitri 1434H

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan PBAKL 2013 Anjuran ITBM dan Sambutan Aidilfitri 1434H seperti maklumat berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2013 (Selasa)
Masa : 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang
Lokasi : Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, Tuan/Puan dijemput dan dipersilakan hadir bagi bersama-sama mengeratkan silaturrahim dan memeriahkan lagi majlis.

 

Majlis Berbuka Puasa & Baca Puisi Ramadan PENA-ITBM

02 Aug 2013 - Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur

Majlis Berbuka Puasa & Baca Puisi Ramadan PENA-ITBM

  • Keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak memberi seribu rahmat kepada seluruh umatNya. Sempena Ramadhan ini, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan mengadakan Majlis Baca Puisi Ramadhan PENA-ITBM pada 2 Ogos 2013 (Jumaat) bersamaan 24 Ramadhan 1434H bertempat di Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur bermula jam 7.00 petang hingga 11.00 malam.
  • Majlis Baca Puisi Ramadhan PENA-ITBM ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara PENA dan ITBM dengan Sasterawan Negara, kelompok sasterawan dan penulis tempatan terutamanya penulis muda, serta para pemain industri penerbitan, penulisan dan kesusasteraan. Penganjuran majlis ini juga bakal meraikan “wajah baharu” Rumah PENA selepas proses pengubahsuaian yang pasti lebih selesa untuk dimanfaatkan oleh golongan penulis yang ingin mengadakan pertemuan atau sebarang aktiviti intelektual yang mampu menyatupadukan masyarakat selain membudayakan minat membaca melalui aktiviti penulisan.
  • Pengisian Majlis Baca Puisi Ramadhan PENA-ITBM ini dimulai dengan majlis berbuka puasa (iftar) solat berjemaah (maghrib, isyak dan tarawih), bacaan doa selamat dan tahlil serta acara berpuisi bertemakan Ramadhan Al-Mubarak.
  • Penganjuran majlis ini bukan sahaja membuka peluang kepada warga ITBM, PENA dan penulis tempatan merapatkan jalinan persahabatan dan mengeratkan kerjasama, bahkan juga dapat bersama-sama mewujudkan satu suasana muhibah dalam menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Menjadi harapan PENA dan ITBM agar perjuangan dalam memartabatkan bidang penulisan dan kesusasteraan negara dapat diteruskan dan dilaksanakan penuh komited agar karya serta khazanah kesusasteraan lebih dikenali selain mampu setaraf dengan karya lain di peringkat antarabangsa.

Ringkasan Harga Pentender Cadangan Pengubahsuaian dan Menaik Taraf di Tingkat 2 Wisma ITBM

16 Apr 2013 -

Sila klik di sini untuk Ringkasan Harga Pentender Cadangan Pengubahsuaian dan Menaik Taraf di Tingkat 2 Wisma ITBM.

Ringkasan Harga Petender Kerja Membangunkan Aplikasi Kewangan Berdasarkan SAGA

16 Apr 2013 -

Sila klik di sini untuk Ringkasan Harga  Petender Kerja Membangunkan Aplikasi Kewangan Berdasarkan Standard Accounting System Agencies (SAGA)

Ringkasan Harga Petender Perkhidmatan Pelenggaraan Perkakasan, Perisian dan Sistem Rangkaian ICT IT

16 Apr 2013 - Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Sila klik di sini untuk Ringkasan Harga Petender bagi Tender Perkhidmatan Pelenggaraan Perkakasan, Perisian dan Sistem Rangkaian ICT ITBM.

 

Ringkasan Harga Petender Menaik Taraf Infrastruktur ICT ITBM

16 Apr 2013 - Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Sila klik di sini untuk Ringkasan Harga Petender bagi Tender Infrastruktur ICT ITBM.

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-14 & FIT 7th Asian Translators’ Forum

01 Mar 2013 -

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-14 & FIT 7th Asian Translators’ Forum

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) yang merupakan persidangan dwitahunan ini, kali pertamanya diadakan pada 1984 dengan inisiatif Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas kesedaran terhadap peri pentingnya penterjemahan dalam usaha pemindahan ilmu pengetahuan. Penterjemahan merupakan wahana komunikasi ilmu yang utama bagi membina kemajuan negara, bangsa dan agama bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Justeru, tujuan mengadakan persidangan di peringkat antarabangsa ini adalah bagi memupuk pertukaran gagasan, ilmu, pengalaman, dan pada masa yang sama mempererat kerjasama dalam kalangan para ilmuan, ahli bahasa, penterjemah, penulis, penerbit, editor, pengajar dan pelajar di seluruh dunia bagi menerokai ilmu, teori, teknik yang terkini dalam bidang penterjemahan yang berkaitan demi meningkatkan kualiti terjemahan secara menyeluruh. Pada kali ke-14 ini, Persidangan Penterjemahan Antarabangsa akan diadakan di Pulau Pinang dari 27-29 Ogos 2013. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang telah diberikan penghormatan sekali lagi untuk menjadi penganjur dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi persidangan ini di ppa14atf.usm.my

Senarai 10 Peserta Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom

-

Senarai 10 Peserta Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom

TAHNIAH! Berikut adalah 10 peserta yang terpilih untuk menyertai "Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom" anjuran ITBM dan PENA:

1. Dayana Hj. Chacho
2. Elavarassan A/L M. Suppiah
3. Gina Yap Lai Yoong
4. Mohamad Khairulnizam Bakeri
5. Mohamad Shamsul Amin Md Yusof
6. Mohd. Hafizul Faiz Hashim
7. Muhammad Syukri Sapuan
8. Nik Azri Nik Mohamed Arriff
9. Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri
10. Wan Muhammad Hanif Wan Abd Hamid

Semua peserta ini akan berangkat ke London pada 9 Mac 2013 untuk mengikuti bengkel dan semua program yang dikendalikan oleh Awang Goneng di sana. Semoga 10 peserta ini akan merancakkan kemeriahan dunia sastera Malaysia pada masa akan datang.

Keputusan Projek Pengubahsuaian dan Menaik taraf Pejabat ITBM (Tingkat 1)

19 Dec 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Keputusan Projek Pengubahsuaian dan Menaik taraf Pejabat ITBM (Tingkat 1)

Keputusan tender/sebut harga Projek Pengubahsuaian dan Menaik taraf Pejabat ITBM (Tingkat 1) melibatkan 

i. Jabatan Buku Malaysia
ii. Bahagian Kewangan & Perolehan
iii. Bahagian Pengurusan & Sumber Manusia

Sila Klik di sini untuk ringkasan keputusan.

 

 

Jualan Akhir Tahun

02 Dec 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan Akhir Tahun

Dapatkan diskaun 30% untuk buku terbitan ITBM menerusi pembelian secara dalam talian  di ecommerce.itbm.com.my.untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-41451870.

Jualan The Best Malaysia Titles

02 Dec 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan The Best Malaysia Titles

Jualan eksklusif buku terbitan ITBM yang tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles' untuk International Rights 2012 di Fankfurt Book Fair 2012.

Hubungi 03-4145 1870 untuk maklumat lanjut.

 

Jualan Cuti Sekolah (10 - 30 November 2012)

10 Nov 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan Cuti Sekolah (10 - 30 November 2012)

Dapatkan buku kanak-kanak dan remaja terbitan ITBM di ecommerce.itbm.com.my dengan tawaran diskaun 30%. Istimewa 'Jualan Sempena Cuti Sekolah' bermula 10 - 30 November 2012.
Hubungi 03-4145 1871 untuk maklumat lanjut.

Jualan Istimewa Buku Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih Dari Malaysia & Singapura

03 Nov 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan Istimewa Buku Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih Dari Malaysia & Singapura

Istimewa untuk pelanggan E-Beli-belah ITBM.

Sila layari ecommerce.itbm.com.my untuk menikmati tawaran ini.

Tawaran ini sah untuk pembelian secara dalam talian menerusi ecommerce.itbm.com.my pada 3 - 9 November 2012.

 

Jualan Raikan Pelancaran Buku The Precious Gift

04 Oct 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan Raikan Pelancaran Buku The Precious Gift

Tawaran istimewa!

Dapatkan buku The Precious Gift hanya RM200.00!

Tawaran dibuka bermula 3 - 10 Oktober 2012 untuk pembelian secara dalam talian (online) menerusi ecommerce.itbm.com.my atau di Galeri ITBM, Wangsa Maju. 

Hubungi kami di talian 03-41451870 untuk maklumat lanjut.

Jualan Buku Pilihan Anugerah Terjemahan Negara 2012

04 Oct 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan Buku Pilihan Anugerah Terjemahan Negara 2012

Jualan buku pilihan Anugerah Terjemahan Negara 2012.
Dapatkan sekarang dengan potongan harga sebanyak 30% melalui pembelian secara dalam talian di ecommerce.itbm.com.my atau di Galeri Buku ITBM, Wangsa Maju.
Hubungi 03-41451870 untuk pertanyaan lanjut.
Tawaran sah sehingga 11 Oktober 2012.

Jualan Eksklusif Siri Sastera Klasik Sako - Raikan Ulang Tahun ITBM Ke-19

14 Sep 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan Eksklusif Siri Sastera Klasik Sako - Raikan Ulang Tahun ITBM Ke-19

Dapat buku Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Budak Beca karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) terbitan ITBM dengan harga RM46.00 berbanding harga asal RM65.00 sempena meraikan ulang tahun Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ke-19. Tawaran ini hanya sah bagi pembelian di Galeri Buku ITBM ataupun secara dalam talian (online) menerusi ecommerce.itbm.com.my pada 14 - 21 September 2012.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Jualan & Pemasaran Buku di talian 03-4145 1800.

 

Jualan Eksklusif Raikan Ulang Tahun Ke-19 ITBM

14 Sep 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan Eksklusif Raikan Ulang Tahun Ke-19 ITBM

Dapat terbitan ITBM dengan harga istimewa sempena meraikan ulang tahun Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ke-19 dengan berbelanja di Galeri Buku ITBM ataupun secara dalam talian (online) menerusi ecommerce.itbm.com.my pada 14 - 21 September 2012.

  • Diskaun 20% untuk setiap pembelian di Galeri Buku ITBM
  • Diskaun 30% untuk setiap pembelian di ecommerce.com.my

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Jualan & Pemasaran Buku di talian 03-4145 1800.

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ITBM 2012

04 Sep 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ITBM 2012

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 seperti maklumat berikut:

Tarikh : 4 September 2012 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi hingga 4.30 petang
Lokasi : Wisma 

ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Tuan/Puan dijemput dan dipersilakan hadir bagi bersama-sama mengeratkan silaturrahim dan memeriahkan lagi majlis.

Jualan Istimewa ITBM Sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri ITBM

04 Sep 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju

Jualan Istimewa ITBM Sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri ITBM

Hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ITBM 2012 dan dapatkan tawaran diskaun hebat untuk setiap pembelian buku terbitan kami pada 4 September 2012.

  • 30% diskaun untuk setiap pembelian di Galeri Buku ITBM 
  • 20% untuk pembelian secara dalam talian di ecommerce.itbm.com.my.

Panduan Mudah Membeli Belah di e-commerce.itbm.com.my

-

Panduan Mudah Membeli Belah di e-commerce.itbm.com.my

PELBAGAI PILIHAN BUKU MENARIK UNTUK ANDA

  • Klik beli sekarang/buy now pada  mana-mana buku pilihan anda daripada www.itbm.com.my
  • Secara automatik ia akan membawa anda ke laman http://ecommerce.itbm.com.my  
  • Buku pilihan anda akan ditambah masuk ke dalam troli belian/Shopping cart

TROLI BELIAN/SHOPPING CART

  • Klik teruskan membeli/buy more untuk memilih buku kedua dan seterusnya
  • Klik buang/clear dan kemas kini/update untuk menukar buku pilihan
  • Klik daftar keluar/check out selepas selesai memilih buku

DAFTAR MASUK/LOGIN

  • Pilih Daftar masuk/login untuk pengguna yang sudah mendaftar
  • Pilih daftar akaun baru/create new account untuk pengguna kali pertama
  • Isikan butiran peribadi yang diperlukan untuk maklumat akaun/account information
  • Pengguna akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi kata laluan
  • Masuk semula ke laman e-Beli-belah
  • klik pada log masuk/login untuk meneruskan proses pembayaran
  • Isikan butiran nama pengguna/username
  • Isikan kata laluan/password
  • Klik pada log masuk/login untuk teruskan

DAFTAR KELUAR/CHECK OUT

  • Klik sunting/edit jika mahu mengubah maklumat peribadi
  • Pilih semak pesanan/review order untuk ringkasan maklumat pembelian
  • Klik hantar pesanan/confirm order untuk proses pembayaran

BAYARAN & PENGHANTARAN/PAYMENT & DELIVERY

  • Klik kaedah pembayaran pilihan anda
  • Masukkan maklumat pembayaran 

Sukar Mendapatkan Buku ITBM?

-

Sukar Mendapatkan Buku ITBM?

Bagi memudahkan anda memberi maklum balas, sila klik pada pautan berikut:

1. E-mel ITBM

 

2. Emel kedai buku utama

Majlis Pelancaran 30 Judul Karya Asli ITBM

03 Jul 2012 -

Majlis Pelancaran 30 Judul Karya Asli ITBM

ITBM akan menganjurkan Majlis Pelancaran 30 Judul Karya Asli ITBM yang akan disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 3 Julai 2012.

 

PENCALONAN 50 BEST MALAYSIAN TITLES FOR INTERNATIONAL RIGHTS 2012

21 Jun 2012 -

PENCALONAN 50 BEST MALAYSIAN TITLES FOR INTERNATIONAL RIGHTS 2012

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENERBIT BUKU MALAYSIA...

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) sedang menyenarai calon dan memilih karya-karya terbaik Malaysia untuk dibawa ke luar negara melalui 50 Best Malaysian Titles for International Rights 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.50bestmalaysiantitles.org.my.

Tarikh tutup pencalonan : 30 Jun 2012

Seminar Penterjemahan : Penterjemahan Dalam Kesusasteraan Melayu

19 Jun 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Seminar Penterjemahan : Penterjemahan Dalam Kesusasteraan Melayu

Seminar Penterjemahan: Penterjemahan dalam Kesusasteraan Melayu
19 Jun 2012 - Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Institut Terjemahan & Buku Malaysia akan menganjurkan Seminar Penterjemahan : Penterjemahan dalam Kesusasteraan Melayu pada 19 Jun 2012 di Wisma ITBM, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ini merupakan penganjuran Seminar Penterjemahan yang kedua oleh ITBM pada tahun ini selepas menganjurkan Seminar Penterjemahan : Hak Penterjemah, Hak Cipta & Etika dalam Penterjemahan pada 16 Februari 2012 yang lalu.

Untuk penganjuran kali ini, ITBM membawakan Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh dan Dr. Georges Voisset untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan penterjemahan dalam kesusasteraan Melayu.

Antara objektif seminar adalah :-

  1. Memberikan pendedahan kepada peserta mengenai terjemahan teks sastera Melayu ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa asing selaras dengan misi ketiga ITBM: mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan dan penerbitan buku supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia.
  2. Menemukan individu yang terlibat secara langsung dalam bidang penterjemahan dan penulisan sastera Melayu dengan individu yang berminat dan mempunyai kepentingan dalam kerjaya sebagai penterjemah teks sastera Melayu untuk mengetahui dan mendalami teknik dan nuansa terjemahan teks sastera Melayu lama.
  3. Memartabatkan dan mengetengahkan teks sastera Melayu lama khususnya kepada generasi baharu selaras dengan dasar kerajaan iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Klik di sini untuk mendapatkan borang pendaftaran atau hubungi :-

  • Siti Rohaizah Hamzah - 03-4149 7210 (samb. 268) / 019-324 8413 / rohaizah@itbm.com.my
  • Mohd Khairil Izzi Mohd Talha - 03-4149 7210 (samb. 215) / 019-386 6349 / khairil.izzi@itbm.com.my

Yuran penyertaan minimum dikenakan kepada peserta seperti berikut:

  • RM30.00 - Orang awam
  • RM20.00 - Pelajar

ATUR CARA SEMINAR PENTERJEMAHAN : PENTERJEMAHAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU (19 JUN 2012)

Masa

Perkara

8:30 – 9:00 pagi

Ketibaan Peserta dan Pendaftaran

8:45 pagi

Ketibaan Tetamu Kehormat

9:00 – 9:05 pagi

Kata Alu-Aluan Pengacara Majlis

9:05 – 9:15 pagi

 

Ucapan Alu-Aluan

Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif ITBM

9:15 – 10:45 pagi

Sesi 1

The Lips of the World : French Comparative Literature and the Malay World

Pembentang : Dr. Georges Voisset

Moderator : Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh

10:45 – 10: 55 pagi

Sesi Soal Jawab

10:55 – 11:15 pagi

Rehat

11:15 pagi – 12:45 t/hari

 

Sesi 2

Sarjana Perancis dan Pantun Melayu

(French Scholars and The Malay Pantun)

Pembentang : Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh

Moderator : Encik Rahimidin Zahari

12:45 – 1:00 petang

Sesi Soal Jawab

1:00 – 2:30 petang

Makan Tengah Hari & Solat Zuhur

2:30 – 4:15 petang

 

Sesi 3

Penterjemahan Hikayat Hang Tuah : Hang Tuah Bercakap Oghang Putih (Hang Tuah Speaks The White Man’s Tongue)

Pembentang : Sasterawan Negara Profesor Muhammad Haji Salleh

Moderator : Encik Rahimidin Zahari

4:15 – 4:30 petang

Sesi Soal Jawab

4:30 petang

Kudapan Petang

Klik di sini untuk muat turun aturcara dalam format Word.

Untuk memuat naik poster seminar ini dalam format Jpeg, sila klik di sini.

 

PERADUAN BELI BUKU ITBM & MENANGI SEBUAH MPV

27 Apr 2012 -

PERADUAN BELI BUKU ITBM & MENANGI SEBUAH MPV

CARA MENYERTAI:

  1. Belanja minimum RM50 di gerai ITBM semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 27 April sehingga 6 Mei 2012.
  2. Lengkapkan borang penyertaan dengan menjawab soalan dan cipta slogan unik serta kreatif tidak melebihi 40 patah perkataan.
  3. Masukkan borang penyertaan yang telah lengkap diisi dalam kotak khas yang disediakan di Gerai ITBM semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 27 April sehingga 6 Mei 2012.

HADIAH

Hadiah utama: Perodua Alza dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah kedua : Motosikal Modenas MR1 dan baucar buku ITBM bernilai RM300
Hadiah ketiga : Basikal dan baucar buku ITBM bernilai RM300 
Hadiah Slogan Paling Popular : Samsung Galaxy Note
Hadiah keempat : Samsung Galaxy Tab 10.1” dan baucar buku bernilai RM200
Hadiah kelima dan enam : Kindle Touch 3G dan baucar buku ITBM bernilai RM200          
Hadiah ketujuh hingga sepuluh : Sony Portable PlayStation  (RM900) dan baucar buku ITBM bernilai RM200
Hadiah Sagu hati: 10 x Baucar buku ITBM bernilai RM100

 

Peraduan Hasilkan Novel Grafik

27 Apr 2012 -

Peraduan Hasilkan Novel Grafik

CARA MENYERTAI:

  1. Belanja minimum RM20 untuk *buku Siri Kreatif ITBM dan dapatkan **borang penyertaan.
  2. Sediakan novel grafik bertemakan “Kehidupan Seharian”.
  3. Hantarkan penyertaan kepada ITBM.

HADIAH
Hadiah pertama : RM3,000
Hadiah kedua : RM2,000
Hadiah ketiga : RM1,000
Hadiah sagu hati : RM500 ( tujuh pemenang)
*Nota: Hadiah disediakan bagi kategori sekolah rendah dan menengah

 SYARAT PENYERTAAN

  1. Pembelian (buku siri kreatif ITBM) dengan minimum RM20 untuk setiap penyertaan (satu penyertaan.
  2. Terbuka kepada pelajar mengikut kategori berikut:
    1. Pelajar sekolah rendah (7 – 12 tahun)
    1. Pelajar sekolah menengah (13 – 17 tahun)
  3. Karya yang dihasilkan adalah berkaitan dengan tema ‘kehidupan seharian’
  4. Setiap karya disertakan dengan dialog dalam bahasa Melayu dan mempunyai mesej yang jelas bahan ceritanya.
  5. Setiap karya yang dipertandingkan adalah karya asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan
  6. Saiz ukuran lukisan adalah A4 (21cm x 29.7cm). Bagi setiap penyertaan, novel grafik berkenaan harus disediakan dalam jumlah minimum lima (5) halaman
  7. Setiap karya bebas dipersembahkan dalam bentuk editorial cartoons, hitam putih ataupun berwarna.
  8. Novel grafik yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik penganjur
  9. Peserta perlu menghantarkan komik yang dihasilkan bersama borang penyertaan yang telah dilengkapkan dengan butiran peribadi dan resit pembelian.
  10. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2012. Hantarkan penyertaan kepada:

Sekretariat Peraduan Hasilkan Novel Grafik
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E,
Seksyen 10, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Nota:
*Buku Siri Kreatif ITBM boleh didapati di Kedai Buku ITBM yang terletak di Wisma ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju, di rangkaian kedai buku utama seluruh Malaysia atau melalui pembelian secara dalam talian di laman E-Beli-belah ITBM di http://ecommerce.itnm.com.my/.
** Sila klik di sini untuk borang penyertaan.

Dapatkan Sekarang! Eksklusif Set : SN A. Samad Said

-

Dapatkan Sekarang! Eksklusif Set : SN A. Samad Said

Dapatkan set buku SN A. Samad Said yang mengandungi buku :

  • Rindu Ibu : 101 Puisi Kanak-kanak Menjelang Remaja

  • Pak Samad : Di Kaca Mata Kami 

  • Biografi A. Samad Said : Memberi Hati Nurani dengan tawaran diskaun 20%.

Eksklusif dengan tanda tangan SN A. Samad Said! Terhad kepada 20 pembeli terawal.

Harga Asal RM70 dan kini hanya RM56

Beli sekarang layari : http://ecommerce.itnm.com.my/books/isbn/9789830680000

 

Keputusan Tender/Sebut Harga

04 Apr 2012 -

1) Keputusan tender/sebut harga pembelian desktop dan laptop ITBM. Sila klik di sini.

2) Keputusan tender/sebut harga pembelian kamera video ITBM. Sila klik di sini.

 

Anugerah Terjemahan Negara 2012 ITBM-PPM

13 Mar 2012 -

Anugerah Terjemahan Negara 2012 ITBM-PPM

LATAR BELAKANG
Anugerah Terjemahan Negara diadakan setiap tiga (3) tahun sekali bagi mengiktiraf peranan penterjemah sebagai menghargai usaha mereka yang menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa Melayu. Pengiktirafan ini secara tidak langsung akan menjadi galakan kepada usaha penterjemahan yang berkualiti dan dapat dihasilkan secara berterusan pada masa akan datang. Anugerah ini juga akan diangkat sebagai anugerah berprestij dan penting dalam industri penterjemahan Negara kerana ia satu-satunya anugerah yang diadakan untuk mengiktiraf hasil kerja penterjemah yang sememangnya komited bagi membuktikan kepelbagaian bahasa bukanlah penghalang untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dalam mencerdikkan akal budi anak bangsa.

HADIAH
Anugerah Tokoh Terjemahan
1 x RM10,000 berserta sijil
Anugerah Karya Terjemahan Terbaik (bagi setiap kategori)
7 x RM5,000 berserta sijil
Anugerah Penghargaan (bagi setiap kategori)
7 x RM2,000 berserta sijil

KATEGORI ANUGERAH
Anugerah ini terbahagi kepada tujuh (7) kategori bidang teks:
- Kreatif
- Umum (bahan bacaan motivasi, popular dan lain-lain)
- Sains, Teknikal & Matematik Perubatan
- Sains Sosial
- Agama
- Media & Rencana
- Bacaan Kanak-kanak (kreatif & umum)

KRITERIA PENILAIAN

Anugerah Tokoh Terjemahan
Anugerah Tokoh Terjemahan merupakan satu kategori khas untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan calon dalam bidang penterjemahan. Tokoh akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:
- Individu yang memberi sumbangan besar dalam bidang penterjemahan di Malaysia;
- Individu yang boleh dirujuk dalam bidang penterjemahan;
- Individu yang pernah menghasilkan karya terjemahan; dan
- Individu yang keterlibatannya memberi impak besar dalam bidang penterjemahan di Malaysia.

Anugerah Karya Terjemahan Terbaik / Anugerah Penghargaan
Anugerah ini diberikan berdasarkan mutu terjemahan yang tinggi dengan ciri-ciri berikut sebagai asas penilaian:
- Karya terjemahan yang dihasilkan dapat menyampaikan mesej asal dengan jitu, lancar dan berkesan;
- Karya terjemahan yang dihasilkan memberi kesan yang sama atau hampir sama dengan kesan teks sumber;
- Bahasa yang digunakan indah, bersahaja dengan pilihan perkataan atau istilah dan kolokasi yang sesuai; dan
- Karya terjemahan yang dihasilkan mempunyai mutu penerbitan yang cemerlang.

SYARAT PENYERTAAN
§ Terbuka kepada semua penterjemah warganegara Malaysia.
§ Penyertaan dibuka kepada penterjemah dan penerbit yang menterjemah dan menerbitkan buku ke dalam bahasa Melayu bagi tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2009 hingga 2011.
§ Penyertaan yang dihantar hendaklah karya yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu dan diterbitkan di Malaysia.
§ Penyertaan dihantar hendaklah karya yang diterbitkan buat kali pertama dari tahun 2009 hingga 2011.
§ Semua penyertaan / karya yang dihantar mestilah telah mendapat kelulusan hak cipta untuk penterjemahan dan penerbitan daripada penerbit asal (lesen yang sah perlu dikemukakan).
§ Setiap karya terjemahan yang dihantar mestilah dikemukakan bersama-sama dengan karya asal (dua salinan bagi setiap penyertaan).
§ Penterjemah dan penerbit boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan mestilah menggunakan borang yang berasingan.
§ Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
§ Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2012.
§ Penyertaan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

SEKRETARIAT PENGANJURAN
Anugerah Terjemahan Negara 2012 ITBM-PPM 
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITNM, No. 2 Jalan 2/27E,
Seksyen 10, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Untuk borang pencalonan / penyertaan, sila klik di sini.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Anugerah Terjemahan Negara 2012 ITBM-PPM, sila hubungi:
Nurul Ashikin Alias di talian 03-4149 7210 (samb. 270) atau e-mel: ashikin@itnm.com.my.
Shaharwati Saad di talian 03-4149 7210 (samb. 278) atau e-mel: shaharwati@itnm.com.my.

 

Panduan Penghantaran Manuskrip Karya Asli ITBM-PENA

10 Feb 2012 -

Panduan Penghantaran Manuskrip Karya Asli ITBM-PENA

  1. Dasar utama penerbitan karya asli ITBM-PENA ialah menerbitkan buku yang mengandungi unsur-unsur memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara demi mencerdikkan akal budi bangsa melalui pembacaan bahan berkualiti. Bidang penulisan tidak terbatas kepada kreatif (sastera) sahaja, ia terbuka kepada penulisan bidang lain seperti ilmiah, umum, sejarah, kanak-kanak, dan sebagainya.
  2. Manuskrip yang dihantar perlu ditaip kemas, langkau 1.5 baris dengan menggunakan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4. ITBM dan PENA berhak menolak penghantaran manuskrip yang tidak mengikut panduan yang ditetapkan.
  3. Manuskrip perlu asli, ditulis dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam sebarang penerbitan bercetak. Penulis adalah bertanggungjawab untuk mengesahkan perkara ini.
  4. Penulis perlu melengkapkan borang penyerahan manuskrip berserta dengan soft copy dan hard copy (jika ada) manuskrip yang berkenaan. Manuskrip yang diterima tidak akan dipulangkan kepada penulis.
  5. ITBM dan PENA berhak menerbitkan dan menterjemahkan karya penulis berdasarkan penilaian yang dilakukan. Jika penulis tidak dihubungi dalam tempoh masa tiga (3) bulan, penulis dibenarkan untuk menerbitkan manuskrip terbabit dengan mana-mana penerbit.
  6. Sila e-melkan manuskrip dan borang penyerahan manuskrip yang lengkap ke buku@itbm.com.my atau buku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:

Jabatan Buku Malaysia
Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E,
Seksyen 10,Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

atau 

Persatuan Penulis Nasional Malaysia
Rumah PENA, 961-7,
Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)

Kami Berada di Karnival Pendidikan Melaka 2012

20 Feb 2012 -

Kami Berada di Karnival Pendidikan Melaka 2012

NANTIKAN KAMI DI KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2012!

Tarikh : 5 - 8 April 2012
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Melaka International Trade Centre (MITC)
Ayer Keroh, Melaka
 

  • DAPATKAN BUKU-BUKU TERKINI TERBITAN ITBM

  • POTONGAN HARGA 

  • TEBUS 'BAUCAR BUKU 1MALAYSIA' - 1 JANUARI - 31 APRIL 2012

  • PENGHANTARAN PERCUMA

  • PROMOSI TERKINI YANG DISEDIAKAN

Nota : Tertakluk kepada terma & syarat.



TEMUI 'SKUAD ITBM' DI PESTA-PESTA BUKU BERHAMPIRAN ANDA 

 

KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2012
5 - 8 April 2012
MITC, Melaka

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012
27 Apr - 6 Mei 2012 
Pusat Danganan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur

Seminar Penterjemahan : Hak Penterjemah, Hak Cipta dan Etika Dalam Penterjemahan

16 Feb 2012 - Dewan Wisma ITNM

Seminar Penterjemahan : Hak Penterjemah, Hak Cipta dan Etika Dalam Penterjemahan

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan mengadakan “Seminar Penterjemahan : Hak Penterjemah, Hak Cipta & Etika dalam Penterjemahan”. Seminar yang julung kali dianjurkan oleh ITBM ini adalah ilham daripada Profesor Madya Dr. Hasuria Che Omar, Felo Bersekutu ITNM.

Penganjuran seminar ini antara lain bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat dan kepentingan untuk mengetahui hal-hal yang berkaitan tentang hak penterjemah, hak cipta dan etika dalam penterjemahan. Selain itu, seminar ini akan turut menghimpunkan dan menemukan individu yang terlibat secara langsung dalam bidang penterjemahan khususnya yang melibatkan badan-badan, syarikat dan sumber rujukan yang mempunyai kepentingan tersendiri dalam kerjaya seseorang penterjemah.

Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai atau menamakan beberapa kakitangan daripada agensi masing-masing untuk turut serta dalam seminar ini. Berikut adalah butirannya:

Tarikh : 16 Februari 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Dewan Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Tentatif Program
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta
8.25 pagi : Ketibaan tetamu kehormat
8.30 pagi : Kata alu-aluan pengacara majlis
8.35 pagi : Bacaan doa
8.40 pagi : Ucapan pembukaan oleh Pengarah Urusan ITBM, Encik Mohd Khair Ngadiron
8.45 pagi : Sidang 1
Berkarya dan Menterjemah : Satu Perkongsian Pengalaman oleh Sasterawan Negara Profesor  Muhammad Haji Salleh
9.30 pagi : Minum pagi
9.45 pagi : Sidang 2
Memahami Hak Penterjemah, Hak Cipta dan Etika dalam Penterjemahan oleh Profesor Madya  Dr. Hasuria Che Omar
Prinsip dan Pendirian Pemberi Tugas/Penerbit Tentang Hak Cipta dan Etika dalam Penerbitan Karya Terjemahan oleh Encik Sakri Abdullah
11.00 pagi : Sidang 3
Penterjemah Sebagai Pembuat Keputusan oleh Siti Hajar Baharuddin & Shakirah Mohd. Zain
Keseimbangan Hak antara Penulis, Penterjemah dan Penyunting oleh Dr. Dahlina Daut Mohmud
12.45 t/hari : Makan tengah hari
2.30 petang : Sidang 4
Harta Intelek, Akta Hak Cipta dan Keperluan Pengawasannya oleh Mohamed Fairuz Mohd Pilus
3.30 petang : Sesi Dialog : Prospek Penerbitan Buku Terjemahan di Malaysia
                             Pembicara : 1) Puan Ainon Mohd (Pengerusi Kumpulan PTS)
                                                2) Encik Amir Muhammad (Penulis Prolifik/Penerbit Fixi)
                             Moderator : Tuan Syed Nurulakla Syed Abdullah
4.30 petang : Penutup dan minum petang
5.00 petang : Majlis bersurai 

Yuran Penyertaan
RM30.00 (orang awam)
RM20.00 (pelajar)
*Termasuk makan dan bahan seminar

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Norhasydah Ayub, 03-4149 7210 samb. 263 / 019-274 3836, atau e-mel : shida@itnm.com.my
Nurul Ashikin Alias, 03-4149 7210 samb. 270 / 019-384 2099, atau e-mel : ashikin@itnm.com.my

Sila klik di sini untuk mengisi borang penyertaan.

Nota: Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kos mahupun kemudahan perjalanan dan penginapan untuk peserta.

Peluang Mendapatkan Autograf Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin

16 Nov 2011 - http://ecommerce.itnm.com.my/books/isbn/9789830687698

Peluang Mendapatkan Autograf Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin

Bagi setiap pembelian buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin hasil karya YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, 20 pembeli terawal berpeluang bertemu dan mendapatkan autograf buku tersebut secara langsung daripada beliau.

Peluang ini terbuka kepada umum sehingga 20 November 2011 (Ahad).

Cara-caranya:

  1. Beli buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin secara talian di http://ecommerce.itnm.com.my/books/isbn/9789830687698.
  2. Cetak dan simpan transaksi pembelian.
  3. Bawa salinan bukti pembelian di Majlis Memperkenalkan Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin pada 21 November 2011 (Isnin) jam 12 tengah hari di Hotel Shangri-La, Putrajaya.
  4. Serahkan bukti pembelian kepada kaunter pendaftaran.

Sinopsis buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin boleh dibaca di sini.

Bengkel Penterjemahan Bahasa Cina - Melayu

03 Dec 2011 - Wisma ITNM

Bengkel Penterjemahan Bahasa Cina - Melayu

Tarikh: 3 Disember 2011 - 7 Januari 2012 (30 jam kredit / 6 minggu - setiap Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Wisma ITNM
Bayaran: RM 850.00 (Pendaftaran Awal) / RM 999.00

Ringkasan

a) Melatih tenaga penterjemah bahasa Cina - Melayu
b) Memupuk persefahaman antarbudaya melalui terjemahan
c) Menggalakkan aktiviti menterjemah bahasa Cina - Melayu

Modul Kursus

Peserta akan didedahkan dengan teori dan pendekatan penterjemahan Barat dan Cina, tatabahasa bahasa Cina- bahasa Melayu, kesalahan tatabahasa dalam terjemahan bahasa Cina-bahasa Melayu, terjemahan teks undang-undang dan terjemahan teks sastera kreatif.

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang bengkel ini.

Jemputan ke Majlis Salam Aidilfitri ITNM

22 Sep 2011 - Wisma ITNM, No.2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Jemputan ke Majlis Salam Aidilfitri ITNM

Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tan Sri / Puan Sri / Datu / Dato' / Datin / Tuan / Puan ke Majlis Salam Aidilfitri pada hari Khamis, 22 September 2011 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.30 petang bertempat di Wisma ITNM, No.2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
- 019 263 7988 Cik Shaharwati / e-mel: shaharwati@itnm.com.my
- 017 366 1757 Cik Nadiah / e-mel: nadia@itnm.com.my

Penutupan Wisma ITNM Sempena Hari Raya Aidilfitri

-

Penutupan Wisma ITNM Sempena Hari Raya Aidilfitri

NOTIS MAKLUMAN
ITNM akan ditutup untuk sebarang urusan bermula hari Isnin, 29 Ogos hingga hari Jumaat, 2 September. 

Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan, Wisma ITNM akan ditutup untuk sebarang urusan bermula hari Isnin, 29 Ogos hingga hari Jumaat, 2 September bersesuaian dengan cuti umum pada 30 Ogos 2011 hingga 1 September 2011. Sebarang urusan berkaitan ITNM akan bermula seperti biasa pada hari Isnin, 5 September. 

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya” kepada semua umat Islam dan kepada semua rakyat Malaysia, “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan”.

Cadangan Pengubahsuaian dan Menaik Taraf Jabatan Terjemahan di Tingkat 3

-

TAJUK: CADANGAN PENGUBAHSUAIAN DAN MENAIK TARAF JABATAN TERJEMAHAN DI TINGKAT 3
NO. TENDER: ITNM/JKP/2011 (03)
TARIKH TUTUP: 3 OGOS 2011

RINGKASAN – BUKA PANGGILAN TENDER

Bil.

Nombor
Rujukan

Syarikat

Harga
(RM)

Jangkamasa
Siap Kerja

1

13/40

 

600,326.00

10

2

26/40

 

627,265.00

8

3

8/40

 

658,045.00

8

4

1/40

 

660,575.00

12

5

21/40

 

666,789.00

10

6

18/40

 

667,722.50

10

7

35/40

 

670,184.00

8

8

36/40

 

683,780.00

8

9

6/40

 

690,645.00

12

10

34/40

 

695,000.00

8

11

5/40

 

699,066.00

10

12

28/40

 

700,000.00

12

13

11/40

 

707,105.10

12

14

39/40

 

730,000.00

8

15

24/40

 

735,000.00

8

16

9/40

 

735,088.20

8

17

23/40

 

740,602.00

10

18

31/40

 

744,881.00

8

19

38/40

 

750,393.80

10

20

15/40

 

751,493.00

12

21

14/40

 

752,000.00

4

22

30/40

 

757,644.20

12

23

12/40

 

762,778.80

14

24

4/40

 

769,357.00

12

25

25/40

 

775,327.20

15

26

22/40

 

775,384.00

11

27

17/40

 

779,198.18

11

28

3/40

 

782,496.00

10

29

37/40

 

783,321.37

12

30

40/40

 

793,400.70

10

31

7/40

 

798,000.00

8

32

19/40

 

799,027.00

9

33

20/40

 

804,604.00

8

34

29/40

 

824,962.00

14

35

16/40

 

844,298.00

16

36

10/40

 

868,116.75

-

37

27/40

 

890,222.00

10

38

33/40

 

892,374.00

12

39

2/40

 

  907,243.00

20

40

32/40

 

1,045,964.00

24

Untuk muat turun, sila klik di sini.

Ringkasan - Buka Panggilan Sebut Harga

-

TAJUK: CADANGANKERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN DAN MENAIK TARAF BILIK PEJABAT UNIT PENERBITAN DI TINGKAT 2
TARIKH TUTUP: 29 JUN 2011 

RINGKASAN – BUKA PANGGILAN SEBUT HARGA 

Bil.

Nombor

Rujukan

Syarikat

Harga

(RM)

Jangkamasa

Siap Kerja

1

3/11

 

90,814.00

4 Minggu

2

6/11

 

95,795.00

4 Minggu

3

1/11

 

97,386.00

4 Minggu

4

8/11

 

107,307.50

6 Minggu

5

5/11

 

111,616.00

6 – 8 Minggu

6

11/11

 

120,000.00

4 Minggu

7

9/11

 

120,800.00

4 Minggu

8

10/11

 

129,014.50

6 Minggu

9

7/11

 

143,188.00

4 Minggu

10

4/11

 

147,853.80

4 Minggu

11

2/11

 

149,316.00

45 Hari

Keputusan 10 Video Terbaik Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

-

Keputusan 10 Video Terbaik Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

Senarai 10 video terbaik Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 adalah seperti berikut: 

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

  • SJK (Cina) Chung Hua, Negeri Sembilan (Silap Mata Sains)
  • SJK (Cina) Chung Hua, Sarawak (Pertarungan Hebat Ahli Silap Mata)
  • SK Bengkongan, Sabah (Apa Yang Kecil dan Apa Yang Besar)
  • SK Bengkongan, Sabah (Sains Kreatif, Tenaga Elektrik)
  • SK Gunung Bongsu, Kedah (Kembara Sains SK Gunung Bongsu di Kolam)
  • SK Muhibbah, Sabah (Sistem Suria)
  • SK Nong Chik, Johor (Kesan Rumah Hijau : Punca dan Bagaimana Mengatasinya)
  • SK Panchor, Negeri Sembilan (Bumi Kita Sakit)
  • SK Sena, Perlis (Dari Tanah ke Hospital)
  • SK Sena, Perlis (Tuhan… Di Mana Cahaya dan Warna)

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

  • SBP Integrasi Rawang, Selangor (Al-Quran Ensiklopedia Sains Sepanjang Zaman)
  • SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, Kelantan (Bumi Kita Tanggungjawab Kita)
  • SMK Indera Shahbandar, Pahang (Bes dan Logam Alkali Bumi)
  • SMK King George V, Negeri Sembilan (Terokai Tenaga Suria)
  • SMK Lembah Bidong, Terengganu (Klon)
  • SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya (Dokumentari Asas Kimia)
  • SMK Sultan Abu Bakar, Pahang (Bahan Bakar Masa Hadapan: Tenaga Suria)
  • SMK Sultan Abu Bakar, Pahang (Bumiku, Rumahku)
  • SMK Taman Selesa Jaya 2, Johor (Pewaris Master Chi Pu)
  • SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Negeri Sembilan (Pengembaraan Sistem Solar

* Susunan senarai di atas adalah mengikut turutan abjad, bukan mengikut perolehan markah. 

JOM "LIKE" / "SUKA" VIDEO PALING POPULAR!

Semua 10 video terbaik akan dimuat naik di laman Facebook ITNM untuk anda "Like" / "Suka". Video yang menerima jumlah "Like" / "Suka" terbanyak akan dipilih sebagai "Video Paling Popular" yang layak menerima hadiah istimewa daripada ITNM.

SIAPAKAH YANG AKAN MEMENANGI HADIAH KESELURUHAN BERNILAI RM130,000???

Pihak ITNM akan menghubungi pihak sekolah yang tersenarai dalam 10 Video Terbaik untuk menghadiri Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 yang akan diadakan kelak.

NOTA: Jumlah "Like" / "Suka" tidak akan mempengaruhi keputusan juri untuk memilih tiga (3) pemenang hadiah utama untuk memenangi wang tunai keseluruhan bernilai RM130,000.

Kursus Bahasa Melayu (Penulisan) - Jun 2011

-

Kursus Bahasa Melayu (Penulisan) - Jun 2011

Kursus Bahasa Melayu (Penulisan) - Jun 2011

Tarikh : 29 - 30 Jun 2011 (12 jam)
Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM 270.00

Modul Kursus

  • Laras, wacana, retorik dan kesantunan bahasa
  • Morfologi dan sintaksis
  • Analisis kesalahan bahasa
  • Surat rasmi, memo dan notis
  • Kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat

Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:
a) Borang Pendaftaran Segera 
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964

Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut.

Tel: 03-4149 7210 (Samb. 263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my

 

Kursus Asas Kejurubahasaan - Interpretasi Berturutan

-

Kursus Asas Kejurubahasaan - Interpretasi Berturutan

Kursus Jurubahasa (P1/Interpretasi Berturutan) 

 

Tarikh : 
a) Intensif: 27 Jun - 2 Julai 2011 (30 jam)
b) Sambilan: 8, 9, 15, 16, 22 & 23 Julai 2011

Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM2,000.00


Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:

a) Borang Pendaftaran Segera 
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi emel: kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964

 

Daftar segera, tempat adalah terhad!

Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut

Tel: 03-4149 7210 (263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my 

 

Bengkel Teknikal Sains dan Teknologi - Julai 2011

-

Bengkel Teknikal Sains dan Teknologi - Julai 2011

Bengkel Teknikal Sains dan Teknologi - Julai 2011

Tarikh : 1, 2, 8 & 9 Julai 2011 (4 hari)
Masa : 9.00 AM - 5.00 PM
Tempat : Wisma ITNM
Bayaran : RM450.00

Pendaftaran kini dibuka. Sila klik pada pilihan dibawah untuk mendaftar:

a) Borang Pendaftaran Segera 
b) Borang Pendaftaran (Pink) - Kirimkan borang ini menerusi emel: kursus@itnm.com.my atau faks ke talian 03-4143 2964

Hubungi ITNM untuk maklumat lanjut.

Tel: 03-4149 7210 (Samb. 263/246)
E-mel: kursus@itnm.com.my

Ringkasan Harga Tender - Cadangan Pengubahsuaian dan Menaik Taraf Tandas di Tingkat 1, 2, 3 dan 4

-

Sila klik di sini.

Ringkasan Harga Tender - Cadangan Pengubahsuaian dan Menaik Taraf Bilik Kursus di Tingkat 4

-

Sila klik di sini.

Majlis Pelancaran Buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman

30 Apr 2011 - Pentas Utama, PWTC

Majlis Pelancaran Buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman

Tarikh

:

30 April 2011 (Sabtu)

Masa

:

5.00 petang

Lokasi

:

Pentas Utama (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Disempurnakan oleh

:

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh

Tautan (Verknüpfungen) adalah sebuah antologi puisi yang diterbitkan dalam dwibahasa (Melayu dan Jerman), yang juga merupakan terbitan usaha sama keenam antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Kesemua puisi yang terkandung di dalam buku ini adalah hasil karya 35 penulis Malaysia dan 31 penulis Jerman yang dipilih oleh pembaca profesional dan peminat puisi daripada pelbagai terbitan buku dan majalah sepanjang 2009.

Penerbitan karya ini antara lain turut mengangkat tema kemanusiaan yang menyentuh falsafah hidup, pemikiran, prinsip, adat dan budaya kedua-dua bangsa, baik di Malaysia mahupun Jerman. Walaupun pengalaman sosial yang wujud antara masyarakat di Malaysia dan Jerman hampir sama, namun pengalaman peribadi dalam dialog dengan budaya yang lain belum mencukupi untuk mengeratkan hubungan dan jalinan sastera yang ada. Selain itu, penerbitan karya ini juga bakal mengeratkan lagi hubungan penggiat seni dan sasterawan kedua-dua negara melalui jalinan puisi terpilih yang diungkap di dalam buku ini.

Wawancara Sofa Putih Istimewa Bersama YB. Datuk Saifuddin Abdullah & Dato’ Hussamuddin Yaacub

28 Apr 2011 - Gerai ITNM (Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51), Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih Istimewa Bersama YB. Datuk Saifuddin Abdullah & Dato’ Hussamuddin Yaacub

Wawancara Sofa Putih ITNM Istimewa ini diadakan dengan mengundang YB. Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) & Dato' Hussamuddin Yaacub (Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia [MABOPA]) bagi membincangkan situasi penerbitan buku di Malaysia yang masih lagi belum mencapai kadar penerbitan buku yang disarankan oleh UNESCO, iaitu 0.1 peratus daripada jumlah populasi penduduk. 

Justeru, sesi Wawancara Sofa Putih ITNM Istimewa ini mengundang dua individu yang akan berdiskusi dan mencari idea bagi merealisasikan serta memastikan sasaran 26,000 judul buku tercapai dalam masa terdekat ini.

Aktiviti ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

22 Apr 2011 - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, PWTC

Aktiviti ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011, ITNM akan menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai menarik penyertaan dan kunjungan orang ramai ke gerai jualan ITNM. Berikut adalah perincian bagi aktiviti yang akan dianjurkan ITNM pada PBAKL 2011: 

AKTIVITI BERBENTUK PERADUAN

1) PERADUAN MENULIS ULASAN BUKU ITNM DI BLOG/FACEBOOK

Peraduan ini telah dianjurkan pada tahun 2010 dan ia dianggap sebagai aktiviti berbentuk intelektual yang berjaya menghargai pembaca tegar bagi buku terbitan ITNM. Kali ini ia dinamakan ‘Peraduan Ulas Buku ITNM di Blog/Facebook.

Justeru, pada tahun ini peraduan ini dicadangkan perlaksanaannya semula atas tujuan yang sama. Ia akan bermula pada 22 April 2011 dan berakhir pada 15 Mei 2011, dua (2) minggu selepas PBAKL berakhir.

Syarat penyertaan bagi peraduan ini adalah seperti berikut:

a) Pembelian minimum RM25 untuk setiap penyertaan (satu ulasan).
b) Peserta perlu menyiarkan ulasan buku ITNM yang ingin dipertandingkan di blog atau di akaun Facebook peribadinya dan dipautkan ke Facebook ITNM.
c) Peserta perlu memaklumkan butiran nama dan no. resit pembelian untuk setiap ulasan yang dikemukakan. Contoh adalah seperti berikut:

Tajuk ulasan buku___________________
Ulasan buku_________________________
Nama: John Yunus
No. Resit : 7878 6767 1221


Hadiah

  1. Tempat pertama Lumix GF2 (RM2,800)
  2. Tempat kedua   Samsung Galaxy Tab (RM2,700)
  3. Tempat ketiga 64gB iPad2 (RM2,600)
  4. Tempat keempat Koleksi buku ITNM bernilai RM500
  5. Tempat kelima Koleksi buku ITNM bernilai RM300
  6. Hadiah Saguhati Kupon pembelian buku ITNM bernilai RM100 – untuk lima (5) pemenang.

Pemenang akan diumumkan dalam tempoh sebulan selepas acara selesai dipertandingkan. Ia akan diumumkan dalam sebuah majlis ringkas ITNM.

Pemenang akan dipilih melalui pemilihan peringkat dalaman oleh pengurusan ITNM berpandukan markah setiap ulasan yang diberi oleh juri profesional yang dilantik ITNM.

 2) PERADUAN MENULIS KOMEN TENTANG BUKU ITNM DI FACEBOOK

Peraduan ini diadakan untuk menghargai pembaca buku terbitan ITNM khususnya bagi yang memberikan komen yang bernas dan membina secara kreatif berkaitan buku yang dihasilkan ITNM. Komen berkenaan perlu dibuat di laman Facebook ITNM. Peraduan ‘Buku ITNM: Apa Komen Anda?’ ini akan bermula pada 22 April 2011 dan berakhir pada 15 Mei 2011, dua (2) minggu selepas PBAKL berakhir.

Pelanggan ITNM boleh terus menyertai peraduan ini selepas membeli buku dengan mengemukakan komen berkenaan di Facebook ITNM menggunakan kemudahan Internet yang disediakan di gerai jualan ITNM.

Syarat penyertaan bagi peraduan ini adalah seperti berikut:

a) Pembelian minimum RM15 untuk setiap penyertaan (satu komen).
b) Peserta perlu menulis komennya mengenai buku ITNM di akaun Facebook.
c) Komen tidak melebihi 25 patah perkataan.
d) Peserta perlu memaklumkan butiran nama dan no. resit pembelian untuk setiap ulasan yang dikemukakan. Contoh adalah seperti berikut:

Nama peserta@komen ITNM/7878 6767 1221__________________________________
komen________________________________

Hadiah

  1. Tempat pertama IPhone (RM1,800)
  2. Tempat kedua Nokia C7 (RM1,300)
  3. Tempat ketiga Sony Ericson Xperia X10 (RM1,100)
  4. Tempat keempat Koleksi buku ITNM bernilai RM500
  5. Tempat kelima Koleksi buku ITNM bernilai RM300
  6. Hadiah Sagu hati Kupon pembelian buku ITNM bernilai RM100 – untuk lima (5) pemenang.

PROGRAM BENTUK PERTANDINGAN

1) PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011

Pada tahun ini, ITNM tidak menganjurkan sebarang pertandingan yang berkaitan dengan PBAKL. Bagaimanapun, ITNM akan mengambil peluang untuk mempromosikan pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan yang dilancarkan pada 4 April 2011.

Pertandingan ini akan dipromosikan dengan mempamerkan poster peraduan di sudut buku Sains dan Matematik. Malah buku Sains dan Matematik akan disusun mengikut kategori peringkat Menengah dan Rendah bagi memudahkan pelanggan memilih bahan untuk menyertai pertandingan ini.

PROGRAM BENTUK AKTIVITI

1) AKTIVITI ‘CEPAT DAN TEPAT!’

Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan buku Sains dan Matematik terbitan ITNM. Pengacara akan mengulas atau menyampaikan maklumat berhubung buku ITNM dan memberikan soalan umum berhubung topik dalam buku berkenaan kepada pengunjung. Pengunjung dengan jawapan tepat akan menerima cenderamata ITNM (10 pemenang setiap sesi) berserta baucar diskaun untuk buku ITNM 30%.

2) KENALI SAINS BERSAMA PUSAT SAINS NEGARA

Aktiviti ini sebagai usaha mempromosikan buku Sains terbitan ITNM. Untuk itu, ITNM menjemput Pusat Sains Negara mengendalikan aktiviti dan kuiz/permainan mudah berkaitan Sains untuk pengunjung ITNM.

Pengunjung yang menyertai dan memenangi kuiz/permainan tersebut akan menerima cenderamata ITNM. Sebanyak 10 pemenang akan diberi hadiah dalam setiap sesi dan diberi baucar diskaun 30% untuk buku ITNM. Sebagai menghargai kerjasama pihak Pusat Sains Negara, ITNM akan menyediakan token bernilai RM250 setiap hari untuk petugas Pusat Sains Negara yang terlibat.

3) SAYA ANGKASAWAN HEBAT!

Permainan mudah ini disediakan bagi menarik minat pengunjung ke gerai ITNM untuk menyertai dan mencubanya sendiri. Ia berbentuk seperti permainan ‘dam ular’.

Permainan ini ditambah dengan penggunaan set soalan mengenai Sains bagi menentukan pemenang. Peserta yang menamatkan permainan paling awal akan dikira pemenang.

Syarat penyertaan bagi permainan ini ialah dengan menunjukkan resit pembelian minima RM10. Hanya empat peserta dipilih untuk bermain dalam setiap sesi permainan.

Hadiah berupa T-shirt dan baucar diskaun 30% untuk buku ITNM disediakan untuk pemenang pertama. Selainnya peserta akan menerima koleksi miniatur (6 unit) dan baucar diskaun 30% untuk buku ITNM.

4) WAWANCARA SOFA PUTIH

Idea asal program ini diperoleh dengan mengguna pakai aktiviti “The Blue Sofa” di Frankfurt International Book Fair. Menerusi program ini, ITNM akan mengundang tetamu khas untuk duduk di set pentas bersofa khas di gerai ITNM bagi membincangkan beberapa isu berkaitan industri buku tempatan mahupun antarabangsa. Program ini telah terbukti dapat memberi satu impak intelektual bagi aktiviti di gerai jualan ITNM pada tahun 2010.

Program ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar selaku moderator. Buat julung kalinya, pada penganjuran tahun ini ITNM akan menyuntik unsur komersil dalam penganjuran Wawancara Sofa Putih dengan menjemput selebriti selaku tetamu. Berikut adalah senarai nama tetamu yang akan diundang dalam program ini:

6.4.1     Nasriah Abdul Salim dan Shamsudin Othman (22/4/2011 – Jumaat - 3.00 petang)
6.4.2     Abdul Ghafar Ibrahim (23/4/2011 – Sabtu - 12.00 tengah hari)
6.4.3     Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM (24/4/2011 – Ahad - 12.00 tengah hari)
6.4.4     Monoloque (25/4/2011 – Isnin - 1.00 petang)
6.4.5     Rahimidin Zahari dan Rosnan Rahman (26/4/2011 – Selasa - 12.00 tengah hari)
6.4.6     Dr. Siti Zainon Ismail (27/4/2011 – Rabu - 12.00 tengah hari)
6.4.7     Ahmad Fedtri Yahya (28/4/2011 – Khamis - 12.00 tengah hari)
6.4.8     Amir Muhammad (29/4/2011 – Jumaat - 3.00 petang)
6.4.9     MASKARA/Sindiket Sol-Jah @ Sofa Putih ITNM (30/4/2011 – Sabtu - 12.00 tengah hari)

5) MAJLIS PELANCARAN BUKU TAUTAN (ITNM & GOETHE-INSTITUT Malaysia)

Selain aktiviti yang dijalankan di gerai jualan, ITNM juga turut menganjurkan acara rasmi di Pentas Utama PBAKL sepertimana tahun sebelumnya. Pada kali ini ITNM akan melancarkan buku Tautan yang diterbitkan hasil kerjasama ITNM bersama Goethe-Institut Malaysia.

Ia akan berlangsung pada Sabtu, 30 April 2011, 5.00 – 7.00 petang. Majlis ini akan disempurnakan oleh Sasterawan Negara (SN) Prof. Muhammad Hj Salleh. Berikut adalah butiran atur cara bagi majlis tersebut:

5.00 petang  Persembahan orkestra
5.10 petang  Kata alu-aluan pengacara
5.15 petang  Ucapan Pengarah Urusan ITNM
5.25 petang  Ucapan Dr. Holger Warnk
5.35 petang  Ucapan pelancaran oleh SN Prof. Muhammad Haji Salleh
5.45 petang  Gimik pelancaran
5.50 petang  Bacaan puisi daripada buku Tautan
6.30 petang  Jamuan dan sidang media

6) PROGRAM PROFESIONAL KOTA BUKU KUALA LUMPUR ANJURAN ITNM

Majlis ini merupakan antara usaha ITNM menyokong penubuhan ‘Kota Buku Kuala Lumpur’. Justeru ITNM mengambil langkah menganjurkan sesi acara khusus bagi menjemput Sasterawan Negara untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia. Sasterawan yang akan diundang dalam sesi ini ialah SN A. Samad Said dan SN Prof. Muhammad Hj. Salleh. Majlis ini akan berlangsung pada Ahad, 30 April 2011 di Bilik Kedah Johor.

Program Profesional Kota Buku Kuala Lumpur

01 May 2011 - Bilik Johor Kedah, PWTC

Tarikh: 1 Mei 2011, Ahad
Masa: 3.00 petang
Lokasi: Bilik Johor Kedah, PWTC
Panel: Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said & Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
Topik: Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran

Forum sastera ini diadakan untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia.

Program Profesional Kota Buku Kuala Lumpur

-

PROGRAM PROFESIONAL KOTA BUKU KUALA LUMPURTarikh : 1 Mei 2011, AhadMasa : 3.00 petangLokasi : Bilik Johor Kedah, PWTCPanel : Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said  Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji SallehTopik : Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan CabaranForum sastera ini diadakan untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dua Sasterawan Negara dalam bidang penulisan dan penterjemahan karya sastera yang akan membawa kepada pengantarabangsaan karya tempatan. Acara ini juga diharap dapat merangsang wacana intelektual dan profesional dalam kalangan industri perbukuan di Malaysia.

Pelancaran Buku “Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman”

30 Apr 2011 - Pentas Utama, PWTC

Tarikh: 30 April 2011, Sabtu
Masa: 5.00 petang
Lokasi: Pentas Utama, PWTC
Tetamu kehormat: YBhg. Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memaklum, memperkenal dan melancarkan kepada umum penerbitan buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman yang diterbitkan bersama oleh ITNM dan Goethe-Institut Malaysia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, khususnya negara-negara Eropah. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan orkestra dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang mengadun muzik adaptasi daripada karya buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman.

MASKARA / Sindiket Sol-Jah @ Sofa Putih ITNM

30 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

MASKARA / Sindiket Sol-Jah @ Sofa Putih ITNM

Tarikh: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari

MASKARA merupakan aktiviti persembahan seni dalam bentuk deklamasi sajak dan puisi, teater mini, monolog, baca petikan naskhah dari novel, cerpen atau blog, persembahan nyanyian atau apa saja jenis persembahan seni yang diadakan secara berkala oleh blogger yang menggelar diri mereka sebagai Sindiket Sol-jah. Di Sofa Putih ITNM, MASKARA akan menampilkan Pyan Habib, Taheera Rosheena Mohamed, Firdaus Abdillah (Pipiyapong), Nazri M. Annuar (Vovin), dan Nik Javid untuk mempersembahkan aktiviti seni.

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Amir Muhammad

29 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Amir Muhammad

Tarikh: 29 April 2011 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang

Penulis prolifik dan kontroversi ini akan diajukan soalan tentang fenomena semasa yang menyaksikan bahan bacaan yang mengkritik kerajaan atau mainstream didapati lebih mendapat tempat dalam kalangan pembaca tempatan dan antarabangsa. Beliau juga akan bercerita tentang buku terkini yang diterbitkan sendiri oleh syarikatnya, Fixi.

 

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Ahmad Fedtri Yahya

28 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Ahmad Fedtri Yahya

Tarikh: 28 April 2011 (Khamis)
Masa: 12.00 tengah hari

Pengacara TV3 ini yang selalu menggunakan perkataan atau ungkapan unik semasa mengacarakan program televisyen ini akan disoal oleh Sayed Munawar tentang penggunaan bahasa rojak oleh selebriti hiburan sama ada di televisyen mahupun radio. Beliau juga akan ditanya sama ada perlunya ada garis panduan penggunaan bahasa dalam kalangan mereka yang terlibat dalam media elektronik. 

 

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Dr. Siti Zainon Ismail

27 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Dr. Siti Zainon Ismail

Tarikh: 27 April 2011 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari

Penulis wanita yang aktif menulis dan melakar lukisan ini akan diwawancara berhubung isu sejauh mana penganugerahan Sasterawan Negara, anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada penggiat sastera Negara ini berpotensi juga diberikan kepada penulis wanita. 

 

 

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Rahimidin Zahari & Rosnan Abdul Rahman

25 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Rahimidin Zahari & Rosnan Abdul Rahman

Tarikh: 26 April 2011 (Selasa)
Masa: 12.00 tengah hari

Rahimidin akan ditanya lebih lanjut tentang proses penghasilan dan pengumpulan maklumat tentang seni warisan Makyung sehingga diterbitkan dalam dua bahasa; Melayu dan Inggeris oleh ITNM. Manakala Rosnan akan berkongsi bersama khalayak tentang pengalaman beliau bergiat aktif dalam Makyung dan penerimaan masyarakat terhadap seni yang mendapat pengiktirafan UNESCO itu.

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama MonoLoque

25 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama MonoLoque

Tarikh: 25 April 2011 (Isnin)
Masa: 1.00 petang

Artis yang terkenal dengan lagu Kanda Dinda ini biasanya terlibat dalam penghasilan lirik dan lagu. Namun realitinya beliau merupakan seorang artis yang memperjuangkan bahasa Melayu dengan sebaiknya. Wawancara ini akan membicarakan peranan beliau sebagai selebriti dalam mempromosikan budaya keilmuan dan pembacaan melalui industri hiburan.

 

Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM

24 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM

Tarikh: 24 April 2011 (Ahad)
Masa: 12.00 tengah hari

Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM diadakan istimewa sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dianjurkan bersama Persatuan Penulis Nasional (PENA) akan mengetengahkan dua generasi muda, Muhammad Lutfi Ishak dan Aris Atan yang akan membicarakan tentang dunia pembacaan dan perbukuan dari perspektif orang muda. Dialog ini juga akan membicarakan situasi atau masalah yang menyebabkan kebanyakan generasi muda kini kurang membaca bahan bacaan yang ilmiah.

 

Wawancara Sofa Putih ITNM A. Ghafar Ibrahim (AGI)

23 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM A. Ghafar Ibrahim (AGI)

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari

Wawancara ini akan menyentuh isu kaedah menarik minat generasi muda kepada aktiviti berpuisi dan bersastera. Selain itu, AGI juga akan ditanya akan keunikan kaedah pembacaan puisi yang dilakukannya dan sejauh mana ia mampu menarik minat masyarakat terhadap penghasilan dan pendeklamasian puisi.

 

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Shamsudin Othman & Nasriah Abdul Salam

22 Apr 2011 - Gerai ITNM, Lot C01-C03, C25-C30, C49-C51, Aras 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Shamsudin Othman & Nasriah Abdul Salam

Tarikh : 22 April 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang

Shamsudin Othman dan Nasriah Abdul Salam (penulis puisi dalam Dari Jendela Zaman Ini) akan diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar berkaitan isu penghasilan karya bermutu dan berkualiti tinggi dalam kalangan penulis muda di Malaysia. Saban hari didapati penulis muda tidak lagi ghairah menerapkan unsur sastera yang tinggi dalam penulis, tetapi sebaliknya lebih menggemari isi kandungan karya yang popular.

Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

04 Apr 2011 -

Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

LATAR BELAKANG PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011 

Pada tahun 2009, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menjalankan sebuah projek khusus, iaitu "Projek Menterjemah dan Menerbitkan 130 Judul Buku Sains & Matematik" untuk diedarkan ke seluruh sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai bahan bacaan tambahan, susulan daripada pengumuman kerajaan untuk memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Projek ini juga merupakan salah satu usaha ITNM menyokong dasar Kerajaan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

ITNM telah memulakan gerak kerja menterjemahkan dan menerbitkan buku bertemakan Sains dan Matematik sebaik sahaja memperoleh kelulusan KPM. Setakat ini, ITNM telah menerbitkan sebanyak 100 judul, dan bakinya akan disiapkan pada tahun 2011.

Bagi menarik minat para pelajar untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik, ITNM mencadangkan supaya mata pelajaran tersebut diadaptasi dalam bentuk lakonan mengikut skrip yang didasarkan daripada buku Sains dan Matematik terbitan ITNM.


KONSEP PERTANDINGAN KREATIF SAINS DAN MATEMATIK KEBANGSAAN 2011

  • Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
    • Kategori sekolah rendah; dan
    • Kategori sekolah menengah.
  • Peserta (solo atau berkumpulan) perlu menghasilkan skrip serta sebuah lakonan pendek (minimum lima [5] minit dan maksimum tujuh [7] minit).
  • Setiap skrip yang dihasilkan perlu berdasarkan isi kandungan daripada 100 judul buku Sains Matematik yang diterjemahkan oleh ITNM. Setiap skrip perlu membabitkan minimum tiga buku (buku Sains atau buku Matematik) atau maksimum lima buku Sains atau Matematik.
  • Bahasa yang digunakan untuk skrip dan lakonan adalah dalam bahasa Melayu.
  • Lakonan perlu dirakamkan dengan menggunakan sebarang peralatan rakaman (kamera video, kamera digital (mod video), telefon, komputer, dan sebagainya).
  • Skrip perlu dihantar ke ITNM melalui e-mel (dengan menyatakan senarai judul buku yang dipilih sebagai rujukan skrip), manakala rakaman lakonan perlu dimuat naik ke laman YouTube dan dibuat pautan ke laman Facebook rasmi ITNM, www.facebook.com/klikITNM.
  • Penyertaan boleh terdiri daripada minimum seorang atau secara berkumpulan yang terdiri daripada maksimum 4 orang.
  • Setiap sekolah dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki. Setiap penyertaan mesti disahkan oleh pihak sekolah. Bagaimanapun, setiap penyertaan bagi setiap sekolah perlu membabitkan penggunaan buku yang berbeza.


CABAR KREATIVITI DAN REBUT PELUANG MENANGI WANG TUNAI RM130,000!

Kategori Sekolah Rendah
Hadiah Pertama RM15,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM12,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.

Kategori Sekolah Menengah
Hadiah Pertama RM20,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah.
Hadiah Kedua RM15,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah.
Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah.
Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik.


SYARAT DAN PERATURAN 
PERTANDINGAN KREATIF SAINS & MATEMATIK KEBANGSAAN 2011 
(Boleh muat turun syarat dan peraturan penyertaan di sini)

  • Penyertaan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia. 
  • Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada seorang atau sekumpulan dengan maksimum empat orang. 
  • Penyertaan hendaklah dalam bahasa Melayu sepenuhnya. 
  • Setiap penyertaan hendaklah dalam durasi minimum lima (5) minit dan maksimum tujuh (7) minit. 
  • Rakaman boleh dibuat dalam apa juga medium yang sesuai dan jelas untuk proses pengadilan. Contoh: Rakaman menggunakan kamera video, kamera digital (mod video), telefon bimbit atau komputer.  
  • Setiap rakaman hendaklah dimuat naik ke laman www.youtube.com dan dipautkan ke laman Facebook ITNM di www.facebook.com/klikITNM.
  • Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan salinan skrip, lengkap dengan senarai buku yang digunakan sebagai rujukan dalam menghasilkan rakaman.  
  • Setiap skrip perlu menggunakan minimum tiga buku daripada mana-mana koleksi 100 judul buku Sains dan Matematik terjemahan ITNM (sila klik di di sini untuk merujuk katalog khas). 
  • Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan kandungan sains dan matematik (berkaitan dengan buku), penyampaian yang kreatif dan konsep yang sesuai. 
  • Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan yang dimuat turun dari laman web ITNM (sila klik di sini) dan mengisi surat aku janji dengan memuat turun di sini
  • Borang penyertaan dan setiap rakaman hendaklah disahkan oleh pengetua/guru besar sekolah lengkap dengan cap rasmi. 
  • Borang yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak memenuhi syarat dan peraturan akan terbatal secara automatik. 
  • Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, setiap penyertaan mestilah menggunakan buku yang berbeza. 
  • Setiap peserta tertakluk kepada syarat dan peraturan serta keputusan pihak penganjur. 
  • Pihak penganjur berhak menggunakan gambar, nama, alamat, rakaman, dokumen, temu bual dan sebarang bentuk maklumat tentang peserta dan pemenang untuk tujuan pengiklanan, promosi dan terbitan dari semasa ke semasa. 
  • Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan. 
  • Hadiah yang ditetapkan tidak boleh ditukar ganti dan segala urusan berkaitan selepas penerimaan hadiah adalah tertakluk kepada pemenang. 
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2011.

Dokumen yang perlu dimuat turun:

  1. Borang penyertaan pertandingan. Sila klik di sini.
  2. Surat aku janji. Sila klik di sini.
  3. Syarat dan peraturan pertandingan. Sila klik di sini.
  4. Katalog Buku Sains dan Matematik Terjemahan ITNM 2011. Sila klik di sini.
  5. Senarai semak pertandingan. Sila klik di sini.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Mohd Khairulanuar Manshor: 03-4149 7210 (samb. 206) / 019-217 7204 / anuar@itnm.com.my
  • Norzaiti Abdul Talib: 03-4149 7210 (samb. 305) / 019-390 6349 / norzaiti@itnm.com.my

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-13 2011

19 Jul 2011 - Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-13 2011

PERSIDANGAN  PENTERJEMAHAN  ANTARABANGSA (PPA)  KE-13

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) ke-13 akan diadakan pada 19-21 Julai 2010 di Shah Alam, Selangor. Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menjadi tuan rumah PPA ke-13, dengan anjuran bersama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tema persidangan ialah Globalisasi melalui Terjemahan: Pemangkin Pengetahuan dan Kecemerlangan Teknologi (Globalization Through Translation: A Catalyst for Knowledge and Technology Excellence).

Matlamat:

  • Menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman dalam bidang terjemahan yang akan menjana kecemerlangan akademik dan kerjasama di peringkat antarabangsa;
  • Merangsang wacana/perbincangan intelektual dan profesional dengan harapan untuk menemui yang terkini dari segi teori, teknik, isu, perspektrif, amalan, penyelidikan dan pengiktirafan dalam bidang terjemahan;
  • Menawarkan/membuka peluang bagi penemuan dan pendekatan baru dalam bidang terjemahan;
  • Memantap dan memperkukuh kerjasama antara penterjemah dalam domain akademik dan profesional; dan
  • Mempromosikan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia yang terlibat dalam kerja-kerja penterjemahan dan kursus pengajaran terjemahan.

Skop topik:

  • Teknologi Terjemahan
  • Terjemahan dan Media
  • Kejurubahasaan dan Pengantarabangsaan
  • Terjemahan dan Lokalisasi
  • Sosiolinguistik dan Terjemahan
  • Terjemahan Berbantukan Mesin
  • Kolaborasi dan Akreditasi
  • Terjemahan untuk Kumpulan Khas dengan Keperluan Khusus
  • Terjemahan Teks Khusus dan Dokumen Rasmi
  • Terjemahan dan Pelancongan/Kulinari/Hospitaliti
  • Terjemahan dalam Pendidikan
  • Latihan  dan Kerjaya dalam Terjemahan
  • Pentafsiran dan Penilaian Terjemahan
  • Masa Depan dan KemampananTerjemahan
  • Translator’s Voice
  • Bidang Baru: Inter dan Intra dalam Terjemahan antara bidang dan skop bagi bahasa yang sama; (antara dialek atau bahasa bagi famili yang sama)
  • Terjemahan bagi Teks Agama

Pelawaan membentang kertas kerja:
Abstrak kertas kerja yang mengandungi 400 patah perkataan hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur  sebelum 31 Januari 2011. Sila nyatakan tajuk kertas dan sertakan profil bersama-sama dengan nombor telefon dan alamat e-mel. Abstrak, kertas kerja dan sebarang pertanyaan, sila hantar kepada norizah@salam.uitm.edu.my

Tarikh tutup penyerahan abstrak dan kertas kerja yang lengkap:
Tarikh tutup penyerahan abstrak dan kertas kerja yang lengkap:

  • Abstrak pada 31 Disember 2010.
  • Kertas kerja yang lengkap pada 30 April 2011.

Hubungi:

  • Dr. Noor Ida Ramli: 603-5544 2408 / 6013-2852671 / noor032@salam.uitm.edu.my
  • Puan Saodah Abdullah: 603-21424381 / 602-21442506 / terjemah1@gmail.com / a.saodah@gmail.com
  • Puan Siti Rafiah Sulaiman: 603-41497210 samb. 205 / 6019-2376533 / s.rafiah@itnm.com.my

Sebarang maklumat, sila layari http://ppa.uitm.edu.my

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

- Panggung Sari Istana Budaya

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

SIARAN MEDIA

  • LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal adalah sebuah produksi terbitan bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Tall Order Production (TOP), dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). 
  • Teater ini diangkat daripada novel grafik Kampung Boy tulisan Datuk Mohd Nor Khalid (Lat), yang dikembangkan penceritaannya berdasarkan suka duka kehidupan beliau sejak kanak-kanak bermula tahun 1958 hinggalah kepada 1988 – era kemuncak pencapaian kerjayanya sebagai kartunis (rujuk Sinopsis). 
  • Pementasan teater ini dinaungi Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang melihat novel grafik The Kampung Boy karya Datuk Lat sebagai hasil kreatif yang sangat ideal dalam menggarap aspirasi “Gagasan 1Malaysia” dalam penceritaan serta persembahan wataknya, tanpa mengira beza bahasa, bangsa dan agama. 
  • Berikut adalah kronologi peristiwa yang membawa kepada penerbitan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal: 

Ogos 2009
Idea asal menerbitkan teater ini tercetus daripada pihak pengurusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sekitar Disember 2008. Hal ini adalah berdasarkan kepada pertimbangan yang mengambil kira kejayaan novel grafik The Kampung Boy hasil tulisan Datuk Lat yang telah diterjemahkan kepada 13 bahasa utama dunia (antaranya Jepun, Korea, Itali, Sepanyol, Jerman dan Arab), selain dipasarkan di lebih 10 negara, sekali gus meletakkan beliau sebagai ikon terjemahan negara. 

November 2009
Wakil pengurusan ITNM mengunjungi Datuk Lat di Ipoh bagi menyampaikan hasrat tersebut, dan sekali gus juga mendapatkan pandangan beliau mengenainya. Bersikap terbuka, tetapi berhati-hati, Datuk Lat bagaimanapun mengenakan syarat bahawa pementasan itu nanti perlu membawa konsep 1Malaysia yang bersifat muhibbah, sama seperti cara beliau mencorakkan gabungan karakter pelbagai bangsa pada setiap hasil karyanya. Dan syarat itu juga katanya, tidak terhad kepada hanya pelakon di pentas, tetapi termasuk juga keseluruhan tenaga kerja produksi. 

Januari 2010
Istana Budaya mengumumkan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal sebagai satu antara pementasan yang akan mengisi kalendar Istana Budaya bagi 2010, dan mencadangkan kepada ITNM untuk bekerjasama dengan Tall Order Production (TOP), susulan reputasi cemerlang syarikat tersebut mementaskan Cuci The Musical selama dua musim berturut-turut. 

Julai 2010
Kata sepakat untuk bertindak sebagai penerbit bersama LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal dicapai antara ITNM serta TOP, sebelum persefahaman seterusnya dicapai untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) – menerusi Istana Budaya. Sejak itu, bermulalah pelbagai kerja asas serta kajian awal, termasuklah beberapa siri pertemuan dengan Datuk Lat bagi tujuan penyelidikan bahan untuk penyediaan skrip. 

Disember 2010
Teater ini mulanya dijadualkan pementasannya pada pertengahan Disember 2010, tetapi kemudiannya ditunda kepada Mac 2011. Selain mencari peluang untuk membuat persiapan lebih rapi, penundaan ini juga membawa hikmah istimewa apabila tarikh itu selari dengan ulang tahun ke-60 kelahiran Datuk Lat.

  • Selain menjadi ikon terjemahan negara, rasional menerbitkan teater ini juga adalah sebagai satu usaha untuk memberi nilai tambah kepada hayat buku. Adaptasi dan transformasi novel grafik The Kampung Boy kepada medium teater adalah kaedah yang dapat menghidupkan jualan buku ini secara berterusan kepada masyarakat pembaca Malaysia. Konsep ini adalah satu kebiasaan di Barat, dan sangat membantu sesebuah karya untuk kekal lama di pasaran. Karya Shakespeare contohnya, diadaptasi ke pelbagai medium berbeza – komik, drama, teater dan filem. Begitu juga Harry Porter yang sangat berjaya di seluruh dunia, baik dalam bentuk buku, mahupun filem. Hasil kaedah ini, penceritaan mampu terus hidup, sekali gus membantu pasaran bagi semua medium adaptasi. 
  • Selain itu, memindahkan visual tampak daripada buku tersebut kepada realiti lakonan hidup di pentas juga secara tidak langsung dapat menghidupkan semula pelbagai elemen yang hampir pupus kesan evolusi moden kehidupan hari ini. Permainan kampung seperti menarik upih pinang contohnya pasti tidak akan dikenali generasi akan datang jika tiada usaha dibuat untuk sekurang-kurangnya memperkenalkan ia kepada mereka menerusi medium lain, dan teater adalah satu antara kaedah terbaik melakukannya. Teater tidak sekadar menghibur, tetapi tanpa sedar, ia juga hakikatnya mendidik penonton. 
  • Teater ini akan dipentaskan di Istana Budaya, bermula 16 Mac hingga 5 April 2011
  • Skrip LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal dihasilkan oleh Harith Iskander yang akan juga bertindak sebagai Pengarah Bersama dengan Hans Isaac. Berikut adalah senarai tenaga utama produksi:
    • Penerbit Eksekutif : Mohd Khair Ngadiron & Hans Isaac
    • Penerbit : Hans Isaac
    • Pengarah : Hans Isaac & Harith Iskander
    • Penulis Skrip : Harith Iskander & Kuah Jenhan (Penulis Bersama)
    • Penasihat Pementasan : Mamat Khalid
    • Pengarah Muzik : Michael Veerapen
    • Koreografer : Taufik Ibrahim (Pat)
    • Pereka Kostum : Devorsine Dominique
  • Teater ini akan dilakonkan oleh Sandra Sodhy sebagai Mrs. Hew, Omar Abdullah (Pak Samad), Jalil Hamid (ayah Lat), Atilia (isteri Lat, Faezah), Douglas Lim (kawan Lat, Frankie) dan Pushpa Narayan (Ms. Thambi).
  • Tiket untuk pementasan ini berharga dari RM40 hingga RM300. Untuk pertanyaan serta tempahan, orang ramai diminta menghubungi Ticket2u.biz di talian 03-4147 8600.

Majlis Pelancaran Buku “Makyung: Warisan Mistik Malaysia”

19 Dec 2010 - Kinokuniya, Aras 4, Suria KLCC

Majlis Pelancaran Buku “Makyung: Warisan Mistik Malaysia”

Tuan/Puan,

Kami dengan segala hormatnya menjemput Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke Majlis Pelancaran Buku Makyung seperti maklumat berikut: 

Tarikh  19 Disember 2010 (Ahad)
Masa 3.00 petang
Lokasi Kinokuniya, Aras 4, Suria KLCC.

Buku Makyung terbitan ITNM yang dihasilkan dalam dua versi bahasa (Melayu serta Inggeris) ini adalah satu khazanah besar Negara, berikutan kandungannya yang mendokumentasikan hampir segala aspek penting berkaitan seni persembahan tradisional Makyung. Usaha ini penting, selain selari dengan anugerah UNESCO yang mengiktiraf Makyung sebagai Masterpiece of the Oral & Intangible Heritage of Humanity pada tahun 2005.

Selari dengan martabat Makyung sebagai seni persembahan tradisi yang kini berkongsi taraf pengiktirafan dunia, penerbitannya turut menarik perhatian banyak pihak, dan satu antaranya ialah Kinokuniya Book Stores (Malaysia) Sdn. Bhd yang bersetuju merangka kempen pemasaran khas bermula 13 Disember 2010 hingga 31 Januari 2011 yang menawarkan diskaun eksklusif 20% bagi pembelian buku tersebut di Kinokuniya KLCC sepanjang tempoh tersebut.

Lebih menguja, sepanjang tempoh itu juga, ITNM turut ditawarkan ruang untuk tujuan peragaan tetingkap (window display) bagi mempromosikan buku Makyung kepada khalayak umum. Selain buku tersebut, akan turut dipamerkan adalah koleksi busana serta beberapa peralatan muzik penting dalam persembahan Makyung.

Sehubungan itu, Dato’/Datin/Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel anuar@itnm.com.my, atau Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349, e-mel norzaiti@itnm.com.my.

Untuk mendapatkan buku ini, sila klik di Laman E-Beli Belah ITNM.

Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya

12 Nov 2010 - Laman Beringin Istana Budaya

Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya

Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya akan membawa peminat puisi untuk menelusuri ilmu dan menyemarak kreativiti secara puitis apabila ia diadakan di Laman Beringin Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 12 November ini, jam 8.00 malam.

Sasterawan dan artis yang akan beraksi pada malam tersebut: 
- Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
- Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin
- Abdul Ghafar Ibrahim (AGI)
- Dr. Siti Zainon Ismail
- Shamsudin Othman
- Rahimidin Zahari
- Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
- Sohaimi Meor Hassan
- Ana Raffali
- Altimet
- Tilu
- Taheera Rosheena Mohamed
- Ahmad Fedtri Yahya (TV3) - pengacara majlis

Tema "Menelusuri Ilmu, Menyemarakkan Kreativiti" dipilih kerana bertepatan dengan visi ITNM yang meletakkan gandingan ilmu dan kreativiti dalam misi mereka untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan karya kreatif melalui penterjemahan, sekali gus meningkat dan memperluaskan horizon minda bangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Khairulanuar Manshor (019-2177204 - anuar@itnm.com.my) atau Norzaiti Abdul Talib (019-3906349 - norzaiti@itnm.com.my).

Semua dijemput hadir!

Makluman Cuti Raya

-

Salam Ramadan Al-Mubarak & Selamat Hari Raya Aidilfitri

-

Salam Ramadan Al-Mubarak & Selamat Hari Raya Aidilfitri

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

21 Sep 2010 - Dewan Wisma ITNM

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Buku Online akan mengadakan “Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010” yang bertemakan "Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan". Untuk makluman serta latar belakang yang merujuk kepada perkara di atas, ini adalah tahun ketiga penganjurannya bermula tahun 2006, dan diteruskan sebagai medan ilmu untuk kalangan pencinta buku berdiskusi mengenai isu-isu berkaitan dunia terjemahan, perbukuan, penerbitan, dan pembacaan.

Rasional bagi ITNM untuk bertindak sebagai penganjur bagi pelaksanaan tahun 2010 ini adalah sebagai sokongan terhadap usaha mengembangkan peradaban ilmu – yang antaranya boleh dicapai menerusi transformasi besar-besaran dalam aktiviti terjemahan dan pemantapan budaya membaca dalam sesebuah masyarakat. Hakikatnya, pemantapan budaya membaca akan memperkukuhkan kelangsungan tradisi proses pemindahan ilmu, sekali gus juga memperkayakan peradaban bangsa.

Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai atau menamakan beberapa kakitangan daripada agensi masing-masing untuk turut serta dalam seminar ini.

Tarikh: 21 September 2010 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Dewan Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Pelancaran: Disempurnakan oleh Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat), penulis buku "
Kampung Boy" (tentatif)

Tentatif Program
8.00 pagi: Pendaftaran peserta
8.25 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
8.30 pagi: Kata alu-aluan pengacara majlis
8.35 pagi: Bacaan doa
8.40 pagi: Ucapan alu-aluan oleh YB. Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh (Pengerusi Lembaga Pengarah ITNM)
8.45 pagi: Kertas Dasar oleh YBhg. Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat) “Penghayatan Karya Terjemahan Melalui Watak Komik
9.30 pagi: Minum pagi
9.45 pagi: Sidang 2: 
- “Peranan ITNM dalam Memperkasakan Karya-karya Terjemahan” oleh Encik Mohd. Khair Ngadiron
- “Komuniti Buku Saluran Memperkasa Karya Terjemahan” oleh Encik Shaharom TM Sulaiman
 - Moderator: Encik A 'Azmi bin Shahri
11.00 pagi: Sidang 3:
- “Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan: Perspektif Penterjemah” oleh Syed Nurul Akla Syed Abdullah
- “Daya Tarik dan Daya Tolak Membaca Karya Terjemahan” oleh Encik Rahimi Saad
- “Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan: Perspektif Penulis” oleh Dr. Faisal Tehrani
 - Moderator: Puan Siti Rafiah Sulaiman
12.45 tengah hari: Makan tengah hari
2.00 petang: Sidang 4:
- "Karya-karya Terjemahan yang Mempengaruhi Peradaban Manusia” oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan 
- “Gerakan Terjemahan Sebagai Gerakan Intelektual: Perspektif Sejarah Tradisi Intelektual Parsi” oleh Encik Ahmad Kamil Zuhairi
- “Pendidikan Akal Bangsa Melalui Penterjemahan Komik” oleh Puan Zinitulniza Abdul Kadir
 - Moderator: Encik Khairusy Syakirin Has-Yun
4.00 petang: Sesi Khas Bicara Tokoh
 - “Potret Pencinta Buku, Penulis, Penterjemah dan Penerbit” oleh Ustaz Abdullah Al-Qari Hj. Salleh
 - Moderator: Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar
4.45 petang: Minum petang
5.00 petang: Bersurai

Yuran Penyertaan
Institusi: RM50
Individu: RM30
Pelajar: RM10
*Termasuk makan, bahan seminar dan buku terbitan ITNM.

Sila klik di sini untuk mengisi borang penyertaan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
- Mohd Khairulanuar Manshor, 019-217 7204 atau e-mel: anuar@itnm.com.my
- Norzaiti Abdul Talib, 019-390 6349 atau e-mel: norzaiti@itnm.com.my

Borang pendaftaran yang telah diisi lengkap perlu dikembalikan selewat-lewatnya pada Rabu, 15 September 2010.

Nota: Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kos mahupun kemudahan perjalanan dan penginapan untuk peserta.

- Sila klik di sini untuk mendapat tentatif program.
- Sila klik di sini untuk mendapat poster seminar.

Majlis Pelancaran Buku “Nyawa di Hujung Pedang”

27 Jul 2010 - Paju Book City, Korea Selatan

Majlis Pelancaran Buku “Nyawa di Hujung Pedang”

Sempena kunjungan Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran ke Republik Korea pada 26 hingga 29 Julai 2010 ini, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengambil kesempatan untuk melancarkan satu antara penerbitan terkininya, iaitu novel Nyawa di Hujung Pedang, karya Ahmad Murad Nasaruddin yang diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Korea.

Majlis pelancaran ini berlangsung pada 27 Julai 2010, di Paju Book City, Korea Selatan, dan disempurnakan sebaik selesai sesi lawatan TPM serta delegasi Malaysia yang dibawa pihak pengurusan Paju Book City meninjau persekitaran kawasan tersebut untuk melihat kemudahan serta latar operasinya. Fungsi lawatan ini juga antara lainnya bertujuan untuk membolehkan delegasi Malaysia mempelajari serta mencontohi konsep pelaksanaan operasinya, agar dapat dipraktikkan dalam sasaran skala faedah serupa apabila Kota Buku Kuala Lumpur yang kini sedang dalam rangka akhir kewujudannya mula beroperasi kelak.

Majlis Menandatangani MOU antara ITNM dan IAB serta Pelancaran Buku Siri Pendidikan

20 Jul 2010 - Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands

Majlis Menandatangani MOU antara ITNM dan IAB serta Pelancaran Buku Siri Pendidikan

Kami dengan segala hormatnya menjemput Tuan/Puan atau wakil menghadiri majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) sekali gus Pelancaran Buku Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah serta Siri Pembangunan Profesion Perguruan sempena Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17. Berikut adalah butiran berkenaan majlis tersebut: 

Tarikh: 20 Julai 2010 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
Tetamu kehormat: Y.A.B Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Buat pertama kalinya, ITNM akan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan IAB sebagai inisiatif awal untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dalam memartabatkan bidang pendidikan. Hasil pemeteraian perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti berkaitan pengurusan dan kepimpinan terutamanya dalam bidang pendidikan. Usaha ini selari dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti bagi melahirkan anak bangsa yang berilmu dan unggul dalam mengharungi cabaran semasa dunia.

Sebagai usaha ITNM bagi memantapkan kerjasama dengan IAB, pelancaran buku Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah serta Siri Pembangunan Profesion Perguruan ini adalah langkah permulaan kepada kerjasama ke arah memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia. Siri buku terbitan ITNM yang tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dan sofistikated ini telah diulang cetak sebanyak enam kali sejak tahun pertama terbitannya. Ini berdasarkan permintaan tinggi daripada institusi pendidikan mahupun individu yang terlibat dalam bidang pendidikan, yang menjadikan buku ini sebagai rujukan dan panduan mereka dalam membangunkan sekolah selain meningkatkan profesionalisme warga pendidiknya.

Sumbangan siri buku ini dalam bidang pendidikan amat besar kerana mempunyai input berkualiti untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolah, selain membangunkan kecemerlangan para pendidik dan bakal guru yang berhasrat menceburi bidang pendidikan. Ia merupakan rujukan lengkap dalam mengatur strategi pengurusan kualiti, meningkatkan kaedah pengajaran serta meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya sebagai pendidik anak bangsa.

Sehubungan itu, Tuan/Puan atau wakil dengan segala hormatnya dijemput untuk hadir ke majlis ini. Untuk pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohd Khairulanuar Manshor di talian 019-217 7204, e-mel anuar@itnm.com.my atau Cik Norzaiti Abdul Talib di talian 019-390 6349, e-mel norzaiti@itnm.com.my.

 

National ICT Month 2010 (NIM2010)

13 Jul 2010 -

National ICT Month 2010 (NIM2010)

The National ICT Month 2010 (NIM2010) was launched on April 12th 2010 by the Minister of Science, Technology & Innovation (MOSTI) YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili at Palace of The Golden Horses.

As the industry association, PIKOM works to strengthen the value of our membership with us by focussing on bringing new business opportunities to you. The National ICT Month (NIM) is organised with this objective in mind.

Last year, NIM2009 co-organised by MOSTI & PIKOM was a resounding success.

PIKOM is supporting efforts not only to increase growth of domestic ICT products and services, but also to promote businesses, both SMEs and large corporations, to better reach out to customers, domestically as well as globally. The push for E-Commerce will be an integral part of NIM2010.

The theme of NIM2010 is "E-Commerce for Global Reach". Events during NIM2010 include:

  1. PIKOM Leadership Summit - July 13th, targeted at CXOs of ICT companies, to share global ICT trends, and how they impact the ICT industry landscape.
  2. Business Success Forum - August 5th & 6th, targeted at all industry captains, to share what e-Commerce represents to industry and why every company should e-enable their business models for global reach. Day 2 of this Forum will be for technology leadership of user companies to learn how to support e-Commerce strategies.
  3. Business Success with ICT (BSI) Series, targeted at SMEs nationwide, to increase awareness of ICT and e-Commerce. This is PIKOM's major drive for SMEs to adopt both ICT and e-Commerce, and comprise 15 regional seminars with many speaker and solution showcase opportunities. BSI Series starts before the NIM month of July/August and stretch till year end to enable potential sponsors the reach into SMEs. Proposed partners are SME Corp, MDeC and several SME-related associations.
  4. PC Fair in 20 locations nationwide over an extended period of 2nd July to 8th August.
  5. PIKOM ICT Strategic Review 2010 - a comprehensive research report covering the state of e-Commerce in Malaysia.
  6. E-Commerce Media Supplement - an extensive supplement in local dailies to create awareness of e-Commerce.
  7. Related events by several MOSTI agencies to extend participation to the Public Sector.
  8. Extensive Advertisement and Promotion visibility to support NIM and create awareness in the month leading to and during NIM itself.

There are sponsorship opportunities with the accompanying benefits in terms of speaker slots and exhibition opportunities.

Please look through the various packages, or we can design one that suits your needs better.

http://www.pikom.org.my/cms/NIM2010/index.html