ITBM Logo

Galeri Foto

Sesi Bersama Penulis ITBM 04/05/13 di PBAKL 2013

Bersempena PBAKL 2013, ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah moderator Fathul Khair bersama dengan Penulis muda Nora Nabila, Hafiz Latif, Sayiddah Mu'izzah.

Wawancara Sofa Putih ITBM, 04/05/13 di PBAKL 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung bermula 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013, ITBM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih  ITBM dengan tetamu jemputan Wan Ahmad Hulaimi Wan Mohd Ali @ Awang Goneng (Penulis) dan Zaharah Othman (Penulis/wartawan) dijemput khusus dari London mengupas topik berkenaan Peranan Penulis Malaysia Untuk Bersaing dengan Penulis Antarabangsa?

Sesi Bersama Penulis ITBM 02/05/13 di PBAKL 2013

Bersempena PBAKL 2013, ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah Shamsuddin Othman dengan Judul buku Pengakuan Penyair.

Wawancara Sofa Putih ITBM, 02/05/13 di PBAKL 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung bermula 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013, ITBM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih  ITBM dengan tetamu jemputan Dr. Mawar Shafie (Pensyarah UKM/penulis), Dr. Kamariah Kamaruddin (Pensyarah UPM/penulis) dan Abu Hassan Murad (Penulis) membincangkan topik berkenaan Pelajar Sastera: Masa Depan yang Optimis atau Pesimis?

Wawancara Sofa Putih ITBM, 03/05/13 di PBAKL 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung bermula 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013, ITBM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih  ITBM dengan tetamu jemputan Sabree Yunus (Pengarah/pelakon filem) dan U-Wei Haji Shaari (Pengarah filem) membincangkan topik berkenaan Elemen Sastera dalam Industri Filem Masa Kini.

Sesi Bersama Penulis ITBM 01/05/13 di PBAKL 2013

Bersempena PBAKL 2013, ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah Rahimidin Zahari dengan buku berjudul Bayangan Beringin.

Sesi Bersama Penulis ITBM 01/05/13 di PBAKL 2013

Bersempena PBAKL 2013, ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah Nur Safura Abdullah (Soo Cham) dengan buku berjudul Air Mata Ibu.

Wawancara Sofa Putih ITBM, 01/05/13 di PBAKL 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung bermula 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013, ITBM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih  ITBM dengan tetamu jemputan Mohd Khair Ngadiron (Pengarah Urusan ITBM), Arief Hakim Sani Rahmat (Pengarah Urusan PTS Publications) dan Haji Che Mazlan Saad (PEngarah Urusan Al-Ameen Serve Holdings) membincangkan topik berkenaan Penerbit Buku Malaysia: Mengejar Keuntungan atau Memandaikan Bangsa?.

Sesi Bersama Penulis ITBM 30/04/13 di PBAKL 2013

Bersempena PBAKL 2013, ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah Dr. Rosnah Baharudin dengan Judul Buku Biografi A. Samad Said.

Wawancara Sofa Putih ITBM, 30/04/13 di PBAKL 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung bermula 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013, ITBM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih  ITBM dengan tetamu jemputan Abdul Ghafar Ibrahim (Penerima  Anugerah Penulis SEA 2005) dan Khalid Salleh (Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik ke-43 1998) mengupas topik  "Sastera dalam Pembinaan Masyarakat yang Dinamik.

Kunjungan Lawatan PUSPANITA dari KPM ke Gerai ITBM di PBAKL 2013

Kunjungan Lawatan ke Gerai ITBM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena PBAKL 2013 pada jam 10.00 pagi seramai 30 ahli PUSPANITA dari KPM.

Sesi Bersama Penulis ITBM 29/04/13 di PBAKL 2013

Bersempena PBAKL 2013, ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah Rozinah Abd. Azib dengan Judul Buku Inspirasi Cinta.

Wawancara Sofa Putih ITBM, 29/04/13 di PBAKL 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung bermula 26 April 2013 hingga 5 Mei 2013, ITBM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih  ITBM dengan tetamu jemputan Ridzuan Harun (penulis buku Puisi Si Darwis) dan Marsli N.O (penulis buku Gunting) mengupas topik Penulis Puisi: Syok Sendiri atau Interpretasi Diri?

Sesi Bersama Penulis ITBM 28/04/13 di PBAKL 2013

Bersempena PBAKL 2013, ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah Zainal Abas dengan Judul Buku Memoir Seorang Juruhebah.

Pelancaran Buku “Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih dari Malaysia dan Singapura.

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Nationa Arts Council Singapore (NAC) hari ini telah melancarkan buku :Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih Dari Malaysia & Singapura (Beyond the 2nd Link: Selected Short Fiction From Malaysia & Singapore). Majlis ini yab berlangsung di Gerai ITBM, Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini diadakan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 ynag berlangsung sejal 26 April hingga 5 Mei 2013. Buku tersebut disempurnakan pelancarannya oleh Pengarah Urusan ITBM, Encik Khair Ngadiron, bersama-sama Penolong Pengarah NAC Encik Yong Shu Chiang. Ia adalah buku antologi cerpen dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris) yang merupakan terbitan usaha sama kedua antara ITBM dengan NAC, selepas buku antologi puisi Dari Jendela Zaman Ini (From the Window of this Epoch) yang diterbitkan pada tahun 2010. Sejumlah 12 cerpen dimuatkan dalam buku ini, dan kesemua cerpen ini adalah hasil karya 12 pengarang generasi muda – enam penulis dari Malaysia dan enam penulis dari Singapura – dari pelbagai latar belakang akademik dan kerjaya; pensyarah, jurutera, guru, wartawan, penulis sepenuh masa, dan jururawat. Mereka merupakan penulis generasi baharu Malaysia dan Singapura yang telah membuktikan kehadiran mereka dalam jagat cerpen tanah air dengan memenangi pelbagai hadiah dan anugerah.

Sesi Bersama Penulis ITBM 28/04/13 di PBAKL 2013

Wawancara Sofa Putih ITBM merupakan sesi bersama individu tertentu yang membicarakan hal berkaitan industri penerbitan, isu bahasa, kesusasteraan dan perbukuan. Sesi yang diadakan sepanjang 10 hari PBAKL 2013 ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar (pengacara RTM). Panel jemputan bagi Wawancara Sofa Putih ITBM semasa PBAKL kali ini adalah Hairul Anuar Harun (penulis lirik Cindai) dan Siti Zaleha Hashim (penulis buku Pantun Gemerlap Permata Silam) mengupas topik Peranan Akhbar dalam Memenuhi Kehendak Penerbit, Penulis dan Pembaca Buku.

Sesi Bersama Penulis ITBM 27/04/13 di PBAKL 2013

Bersempena PBAKL 2013, ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah Hasanuddin Md Isa dengan Buku Berjudul Cebisan Mentera Terakhir.

Wawancara Sofa Putih ITBM, 27/04/13 di PBAKL 2013

Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 yang akan berlangsung bermula 26 April hingga 5 Mei 2013 ini, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) kembali dengan pelbagai aktiviti intelektual menarik dan pelbagai tawaran istimewa khusus untuk semua pencinta buku di seluruh negara. Salah satu acara penting yang sinonim dengan ITBM adalah sesi Wawancara Sofa Putih ITBM yang merupakan penganjuran kali keempat sepanjang PBAKL sejak tahun 2010. Wawancara Sofa Putih ITBM merupakan sesi bersama individu tertentu yang membicarakan hal berkaitan industri penerbitan, isu bahasa, kesusasteraan dan perbukuan. Sesi yang diadakan sepanjang 10 hari PBAKL 2013 ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar (pengacara RTM). Panel jemputan bagi Wawancara Sofa Putih ITBM semasa PBAKL kali ini adalah Ku Seman Ku Hussein (Utusan Malaysia) dan Salbiah Ani (Berita Harian) mengupas topik bertajuk: Siapa Bela Penulis: Persatuan Penulis dalam atau Persatuan Penerbit?

Sesi Bersama Penulis ITBM 26/04/13 di PBAKL 2013

ITBM turut menganjurkan Sesi Bersama Penulis. Menerusi acara tersebut, seorang penulis dijemput setiap hari untuk menjadi tetamu di sudut yang disediakan khusus bagi acara ini. ITBM menganjurkan acara ini sebagai platform memperkenalkan penulis, mempromosikan hasil penulisan mereka, berkongsi idea serta beramah mesra dengan kelompok peminat daripada golongan pencinta buku dan sastera Malaysia. Senarai tetamu bagi sesi ini adalah En. Zulkifli Khair dan Ida Idayu Muhamad dengan Buku berjudul "Kembara di Rumah Api".

Wawancara Sofa Putih ITBM, 26/04/13 di PBAKL 2013

Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 yang akan berlangsung bermula 26 April hingga 5 Mei 2013 ini, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) kembali dengan pelbagai aktiviti intelektual menarik dan pelbagai tawaran istimewa khusus untuk semua pencinta buku di seluruh negara. Salah satu acara penting yang sinonim dengan ITBM adalah sesi Wawancara Sofa Putih ITBM yang merupakan penganjuran kali keempat sepanjang PBAKL sejak tahun 2010. Wawancara Sofa Putih ITBM merupakan sesi bersama individu tertentu yang membicarakan hal berkaitan industri penerbitan, isu bahasa, kesusasteraan dan perbukuan. Sesi yang diadakan sepanjang 10 hari PBAKL 2013 ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar (pengacara RTM). Panel jemputan bagi Wawancara Sofa Putih ITBM semasa PBAKL kali ini adalah Dr. Mohamed Saleeh Rahamad         (Presiden PENA) dan Ishak Hamzah (Timbalan Presiden MABOPA).

Majlis Pelancaran Buku Dan Filem

Majlis Pelancaran Lima Naskhah dan Filem Pendek yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan, di Auditorium DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, pada 20 April 2013, jam 9 pagi. Majlis anjuran Legasi Oakheart (LO) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Produksi Bawah Tanah (PBT), serta turut membabitkan pembentangan kertas kerja oleh Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2011, SM Zakir, Encik Sakri Abdullah mewakili Pengarah Urusan ITBM, pengarang novel popular, Salina Ibrahim dan Sasterawan Negara (SN) Ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Sesi Perkongsian Ilmu Bersama YBhg Dato’ Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti

YBhg Dato' Dr. Muhammad Afifi adalah anak kelahiran Batu Gajah, Perak yang kini salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Majlis Ramah Mesra Penulis Bersama TPM

penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberikan apresiasi kepada penulis Malaysia selain membuka peluang kepada mereka bertemu dan mengeratkan hubungan dengan kepimpinan Kerajaan. Selain itu, dengan penganjuran majlis ini, golongan penulis pelbagai lapisan usia dari serata pelosok negara berpeluang bertemu dan berkongsi pandangan sesama mereka. Bersempena majlis ini juga, YAB Tan Sri dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dijangka akan mengumumkan insentif kerajaan bagi tujuan pembangunan penulis dan bidang penulisan negara.

Majlis Pelancaran Buku Tercipta dari Tanya

 

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) hari ini (13 April 2013) melancarkan buku kumpulan puisi Tercipta Dari Tanya, hasil karya Sasterawan Negara (SN) Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Majlis yang disempurnakan pelancarannya oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid ini diadakan di Gedung Buku Kinokuniya, Aras 4, Suria KLCC.Buku Tercipta Dari Tanya merupakan kumpulan puisi kedua Anwar Ridhwan, selepas buku kumpulan puisi pertamanya, Tercipta Dari Tanah yang diterbitkan kira-kira 28 tahun lalu (1984). Buku yang mengandungi 99 buah puisi ini dihasilkan daripada pertanyaan demi pertanyaan akan persoalan yang sentiasa membayangi kehidupan manusia. Persoalan yang ditimbulkan adalah perkara asas tentang pengertian mistik dalam kehidupan, sebab-musabab kejadian serta pengakhiran dan perjuangan hidup.Selain memperkenalkan buku Sasterawan Negara ke-10 ini, majlis ini juga bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang tidak pernah lelah memperjuangkan sastera dan persuratan Melayu. Apresiasi ini menunjukkan bahawa penulis buku tempatan yang konsisten dalam persuratan berbahasa Melayu mempunyai khalayak pembaca yang besar. Secara tidak langsung, penonjolan khusus kepada Sasterawan Negara ini membantu menyemarakkan lagi aktiviti penerbitan dan penghayatan sastera khususnya kepada generasi muda.

 

Majlis Pelancaran 10 Buku Penulis Wanita Terbitan ITBM - PENA - KB1M

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM),  hari ini (18 Mac 2013) melancarkan 10 buku penulis wanita terbitan terkini Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) yang diadakan bersempena lawatan kerja beliau ke Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pudu Sentral, Kuala Lumpur. 

Majlis yang diadakan pada hari ke-10 selepas sambutan Hari Wanita Sedunia dengan menonjolkan karya terkini 10 penulis wanita tempatan membuktikan bahawa kaum wanita di Malaysia turut berketerampilan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan serta ia mendapat perhatian khusus daripada pemimpin Negara. Majlis ini turut membuka peluang penulis wanita bertemu pemimpin negara sekali gus merapatkan dua kelompok penting yang hakikatnya sama-sama berperanan menyumbang kepada kemajuan negara.

Majlis Sesi Taklimat Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom Anjuran ITBM dan PENA.

Kembara Penulis Muda ke United Kingdom adalah program anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Program ini merupakan sebuah projek nasional yang bertujuan bagi “membuka horizon minda” penulis muda untuk melihat perkembangan dan situasi bidang penulisan serta kesusasteraan di dunia luar. Program ini merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk menajamkan bakat penulisan melalui rakaman dan catatan yang diperoleh hasil daripada pandangan tentang kaedah serta apresiasi masyarakat luar terhadap bidang kebudayaan dan kesusasteraan. Delegasi Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom ini akan berlepas ke United Kingdom pada petang 9 Mac 2013 (Sabtu) dan akan memulakan program kembara pada 10 hingga 19 Mac 2013 di sekitar kota London, United Kingdom. Delegasi ini akan menginap di Holiday Villa Hotel & Suites London, United Kingdom yang juga merupakan penginapan rasmi sepanjang 10 hari program ini. Majlis telah disempurnakan oleh En.Khair Ngadiron, Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Dr. Saleeh Rahamad,Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia(PENA) di Hotel Sama Sama,Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Majlis Pelancaran Buku Drama Klasik Faust


Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan melancarkan Faust, buku drama klasik Jerman terjemahan Latiff Mohidin, terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), pada 28 Februari 2013 di Cinnamon Coffee House, Hotel One World.

Buku ini merupakan sebuah karya fiksyen klasik Jerman karangan Johann Wolfgang von Goethe yang disampaikan dalam bentuk puisi drama panjang, dengan menampilkan aspek kesusasteraan dan falsafah yang tinggi nilainya.

Faust diangkat sebagai karya besar Goethe yang masih berpengaruh sehingga kini dan dikatakan mempunyai daya pesona yang besar dalam dunia sastera, teater dan kegiatan seni. Karya ini juga sudah banyak difilemkan dan diperbahaskan secara intelektual dalam dunia sastera.

Sesi Temu Duga Kembara Penulis Muda ke United Kingdom


Sesi temu duga ini telah dilangsungkan pada 23 Februari 2013 di Hotel Swiss Garden, KL.

Sesi ini telah diadili oleh panel seperti berikut:

  • Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM
  • Dr. Salleh Rahamad, Presiden PENA
  • Encik Mohd Khairulanuar Manshor, Ketua Jabatan Komunikasi, Pemasaran & Jualan ITBM
  • Encik Mohd Rozlan Mohamed Noor, Penyelaras Jabatan Buku Malaysia ITBM

Malam Gala Teater “Raja Lawak” dan Majlis Pelancaran Buku “Trilogi Raja Lawak”


Teater Raja Lawak adalah terbitan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Teater ini pernah dipentaskan buat pertama kalinya pada 1992 dan dipentaskan semula pada 16 sehingga 25 Januari 2013.

Sidang Media Teater Raja Lawak


Sidang Media ini telah diadakan pada 24 Disember 2012, di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Teater Raja Lawak adalah sebuah produksi terbitan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA), dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Diangkat daripada hasil penulisan drama Raja Lawak karya Zakaria Ariffin (penerima Anugerah Penulisan S.E.A. 2001), yang menceritakan kisah “manusia kecil” bergelar “ahli lawak”.

Sidang Media Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung dengan Keselamatan & Hak Asasi


Sidang Media Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung dengan Keselamatan & Hak Asasi - Hak dan Tanggungjawab: Antara Harapan dengan Cabaran

Sidang media ini telah dilangsungkan pada 13 Dismber 2012, di Hotel Royale Chulan yang di hadiri oleh ahli panel seperti berikut:

  • YBhg Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Malaysia
  • Professor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Razak School of Government
  • Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Majlis Pelancaran Buku “Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih dari Malaysia & Singapura


Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama National Arts Council Singapore (NAC) melancarkan terbitan usaha sama terkini berjudul Melangkaui Jambatan Kedua: Cerpen Terpilih dari Malaysia & Singapura (Beyond the 2nd Link: Selected Short Fiction From Malaysia & Singapore).

Majlis pelancaran buku yang berlangsung pada 4 November 2012, jam 4.30 petang bertempat di Festival Pavilion, Singapore Management University ini diadakan bersempena Festival Penulis Singapura ke-15 yang berlangsung selama 10 hari bermula 2 hingga 11 November 2012.

Forum Kepenyairan & Sesi Pertemuan Penyair


Forum Kepenyairan dan Sesi Pertemuan Penyair telah diadakan pada 22 Disember 2012, di Istana Budaya.

Ahli panelnya ialah Dr. Siti Zainon Ismail, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Khalid Salleh dan Moderatornya ialah Dr. Shamsudin Othman.

Malam Puisi Riong ITBM-BH-IB-PENA


Institut Terjemahan & Buku Malaysia-Berita Harian-Istana Budaya-Pesatuan Penulis Nasional Malaysia telah melangsungkan Malam Puisi Riong di Laman Beringin, Istana Budaya, pada 22 Disember 2012.

Selain itu, acara ini menggabungkan penyair mapan seperti Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA), penyair kontemporari, selebriti tempatan dan penggiat indie seperti berikut:

  • Dr. Siti Zainon Ismail
  • Sutung Umar RS
  • Abdul Ghafar Ibrahim (AGI)
  • Khalid Salleh
  • Pyanhabib
  • Tuah Sujana
  • Ridzuan Harun
  • Sabahuddin Senin
  • Aida Kamsuri
  • Aris Ariwatan
  • Ronnie (Hyper Act)
  • Asmidar
  • Kumpulan Safiyya
  • Kumpulan Kawan

 

Majlis Pelancaran Buku “Alien Menchari Chinta”


Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) melancarkan buku terbitan terkininya berjudul Alien Menchari Chinta, tulisan Ramzah Dambul, yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said Keruak, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, di Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), 5 Disember 2012.

Majlis Memperkenalkan Buku “Transformasi Politik”


YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan buku kelima berjudul Transformasi Politik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2012, pada 29 November 2012.

Buku Transformasi Politik terbitan terkini Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) adalah sebuah naskhah penting yang ditulis dengan objektif untuk memperjelas kepada rakyat Malaysia akan perlunya anjakan politik menerusi transformasi undang-undang dilaksanakan. Selain itu, buku ini juga menjawab hampir semua persoalan berkaitan dan lebih penting, buku ini turut menyediakan kewajaran bagi membolehkan rakyat memahami sebab kerajaan tidak boleh bertangguh dalam melaksanakannya.

Majlis Pelancaran Buku “The Precious Gift”


Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah melancarkan The Precious Gift, versi terjemahan bahasa Inggeris karya agung Melayu, Tuhfat al-Nafis tulisan Raja Ali Haji pada 1885 yang diterjemahkan ahli akademik Australia, Profesor Emeritus Dr. Virginia MathesonHooker, terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Majlis tersebut telah dilancarakan pada 2 Oktober 2012, di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Australia.

Majlis Penyampaian Anugerah Terjemahan Negara ITBM-PPM 2012


Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan Persatuan Penterjemah Malaysia telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Terjemahan Negara 2012 pada 3 Oktober 2012, di Hotel Marriott, Putrajaya.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

ITBM di Frankfurt Book Fair 2012 & London

ITBM telah menyertai Frankfurt Book Fair 2012 (10-14 Oktober) dengan menonjolkan terbitan terkini, "Wayang Kulit Shadow Play: The Folk Epic of the Malay Archipelago" hasil karya Rahimidin Zahari. Delegasi ITBM kemudiannya ke London untuk menemui tokoh ilmuwan bagi merancang projek pembangunan penterjemahan dan penerbitan buku di Malaysia.

Majlis Diskusi Buku Memoir Seorang Juruhebah Karya Zainal Abas Terbitan ITBM

Majlis Pelancaran 30 Judul Karya Asli Terbitan ITBM

Institut Terjemahan & Buku Malaysia telah melancarkan 30 judul buku karya asli terbitannya dalam Majlis Pelancaran 30 Judul Karya Asli Teritan ITBM yang diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putajaya pada 3 Julai 2012.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

 

Sesi Taklimat Penulis Buku Karya Asli ITBM

Institut Terjemahan & Buku Malaysia telah menganjurkan sebuah sesi taklimat untuk penulis buku karya asli ITBM yang diadakan pada 3 Julai 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya. 

Sesi ini diadakan bagi tawaran menerbitkan buku karya asli yang disediakan oleh ITBM untuk penulis tempatan. 

Sesi ini dihadiri oleh Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM dan Encik Mohd Khairulanuar Manshor, Ketua Jabatan Buku Malaysia serta lebih 50 orang penulis tempatan.

 

Seminar Penterjemahan : Penterjemahan Dalam Kesusasteraan Melayu

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) telah Seminar Penterjemahan buat kali kedua  pada 19 Jun 2012 bertempat di Dewan Utama ITBM. Seminar ini adalah susulan daripada seminar pertama yang dulunya dilangsungkan pada 16 Februari 2012. 

Seminar kali ini membawakan topik Penterjemahan dalam Kesusasteraan Melayu dan pengisiannya merungkai beberapa persoalan mengenai kesultanan, kesukaran dan kemelut penulis dalam menghasilkan sebuah terjemahan karya asli sastera Melayu.

Dua tetamu kehormat yang dijemput berkongsi pengalaman dalam seminar ini adalah Dr. Georges Voisset dan SM Profesor Muhammad Haji Salleh.

Majlis Pelancaran Buku Tuan Guru Haji Mohd Yassin

ITBM Menang Gerai Terbaik PBAKL (Kategori Besar)

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) telah dipilih memengi Gerai Terbaik (Kategori Besar) buat pertama kalinya pada Majlis Penutup PBAKL 2012 yang berlangsung pada 6 Mei 2012 dan telah disempurnakan oleh Encik Abd. Wahab Ibrahim, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Sebelum ini, ITBM telah tiga kali berturut-turut memenangi hadiah Gerai Terbaik (Kategori Agensi Kerajaan). 

Majlis Penyampaian Anugerah MAPIM 2011

Majlis Penyampaian Anugerah MAPIM 2011 telah diadakan pada 30 April 2012, jam 2.30 petang di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Anugerah MAPIM merupakan anugerah tahunan yang merangkumi empat kategori utama iaitu:

1. Kategori Anugerah Buku Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

2. Kategori Anugerah Makalah Jurnal Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

3. Kategori Anugerah Editor Nashah Terbaik

  • Kemanusiaan dan Sains Sosial
  • Sains, Teknologi dan Perubatan

4. Kategori Anugerah Buku Terbaik Terbitan Bukan Anggota MAPIM

 

 

 

Majlis Pelancaran Buku Balada Pyanhabib

Majlis Pelancaran Buku Balada Pyanhabib ini telah berlangsung pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012, 6 Mei 2012. Ia telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Lat. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan Anak Alam, penulis, penyair dan aktivis seni tanah air seperti Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Dr. Siti Zainon Ismail, Khalid Salleh serta selebriti terkenal Ramli Sarip.


Wawancara Sofa Putih Bersama Amir Muhammad, Raja Faisal dan Syaihan Syafiq

Wawancara Sofa Putih menampilkan Amir Muhammad, Raja Faisal dan Syaihan Syafiq membicarakan "Jalur Liberal Di Sebalik Amir Muhammad" pada 6 MEi 2012.

Wawancara Sofa Putih Bersama dr. Awang Sariyan dan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Wawancara Sofa Putih membincangkan "Bahasa dan Sastera Melayu ketinggalan. Apa Peranan Kita?" bersama dua tokoh terkemuka tanah air, Dr. Awang Sariyan dan  Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan pada 5 Mei 2012.

Wawancara Sofa Putih Bersama Dr. Faisal Tehrani

Wawancara Sofa Putih ITBM membicarakan "Perempuan Nan Bercinta - Dr. Faisal Tehrani Terus Kontroversi" bersama penulis buku berkenaan, Faisal Tehrani pada 4 Mei 2012.

Wawancara Sofa Putih Bersama Shaharom TM Sulaiman

Wawancara Sofa Putih menghuraikan topik "Pesona Pencinta Buku" bersama seorang pengulas buku tersohor, Shaharom TM Sulaiman pada3 Mei 2012.

Wawancara Sofa Putih Bersama Raja Ahmad Aminullah

Wawancara Sofa Putih membincangkan persoalan "Minda Siapa Yang Tertawan" bersama Raja Ahmad Aminullah pada 2 Mei 2012

Wawancara Sofa Putih Bersama Rebecca Ilham dan Saharil Hasrin Sanin

Wawancara Sofa Putih menampilkan Rebecca Ilham dan Saharil Hasrin Sanin memperkatakan topik "Sastera Daripada Sentuhan Sang Jurutera" pada 1 Mei 2012.

Wawancara Sofa Putih Bersama Siti Zaleha Hashim

Wawancara Sofa Putih membincangkan "Sastera Melayu dan Cabaran Masa Kini" bersama tetamu, Siti Zaleha Hashin pada 30 April 2012.

Wawancara Sofa Putih Bersama Rahimidin Zahari

Wawancara Sofa Putih Bersama Rahimidin Zahari membincangkan topik "Benarkah Penulis Muda Terpinggir?" pada 29 April 2012

Wawancara Sofa Putih Bersama Dr. Saleeh Rahamad, Mohd Khair Ngadiron dan Salbiah Ani

Wawancara Sofa Putih Bersama Dr. SIti Zainon Ismail dan Nisah Haron

Wawancara Sofa Putih Istimewa menampilkan Dr. SIti Zainon Ismail dan Nisah Haron pada 27 April 2012 membincangkan persoalan Mungkinkah Wanita Menjadi Sasterawan Negara?

SEMINAR PENTERJEMAHAN : Hak Penterjemah,Hak Cipta Dan Etika dalam Penterjemahan.

Majlis Seminar Penterjemahan ini telah diadakan pada 16 Februari 2012 di Wisma ITNM. Lebih dari 200 peserta yang hadir pada Seminar ini bagi membincangkan perkongsian pengalaman dan membentangkan Hak Penterjemah,Hak Cipta dan Etika dalam Penterjemahan. Majlis ini disempurnakan oleh Pengerusi ITBM, Dato Shaharuddin Md Salleh.

Memorandum Persefahaman Perlaksanaan Kerjasama ITBM - PENA -PNMB

Memorandum persefahaman antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi kerjasama perolehan manuskrip, percetakan dan penerbitan buku diadakan pada 16 Januari 2012 di Hotel InterCotinental, Kuala Lumpur. Dalam Majlis itu juga, Pengarah Urusan ITBM, Mohd.Khair.Ngadiron menyempurnakan pengumuman Sayembara Penulisan Novel,Cerpen dan Puisi.Hadiah yang menarik pada setiap ketegori dan jumlah keseluruhan hadiah adalah rm130,000.

Majlis Pertemuan ITNM dan Sasterawan

Majlis Pertemuan ITNM dan Sasterawan telah diadakan pada 16 Disember 2011 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur yang menghimpunkan beberapa Sasterawan Negara, penerima SEA Write Award dan penggiat sastera tempatan.

Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PENA

Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PENA & Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, pada 16 Disember 2011 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur.

Majlis Penyampaian Hadiah & Pelancaran Buku Hadiah Sako 3 Kumpulan Utusan-ITNM

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II pada 13 Disember 2011. Sasterawan Negara, Dato' Dr. Anwar Ridhwan telah memenangi tempat pertama melalui novel 'Penyeberang Sempadan' yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Mengadap Sembah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong

Menjunjung kasih DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung atas perkenan menerima kehadiran delegasi ITNM mempersembahkan karya agung Melayu, The Epic of Hang Tuah, pada 10 Disember 2011.

Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya-PENA 2011

Malam Puisi Riong anjuran bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Berita Harian (BH), Istana Budaya (IB) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah berlangsung pada 3 Disember 2011 bertempat di Laman Beringin, IB, jam 8.30 malam.

Antara yang memeriahkan program terbabit ialah:
-Dr. Zurinah Hassan (Pemenang Anugerah SEA Write 2004).
-Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) (Pemenang Anugerah SEA Write 2005)
-Rahman Shaari (Pemenang Anugerah SEA Write 2007).
-Zaen Kasturi (Pemenang Anugerah SEA Write 2010).
-SM Zakir (Pemenang Anugerah SEA Write 2011).
-Dr. Ramzah Dambul (Pakar geografi dari Universiti Malaysia Sabah).
-Rahimidin Zahari (wakil Istana Budaya).
-Yukari Noguchi (Pelajar Pengajian Melayu dari Jepun).
-Cho Min Sung (Pelajar Pengajian Melayu dari Korea).
-Nora (Artis).
-Black (Artis).
-Taheera Rosheena Mohamed (Artis).
-Dewangga Sakti (kumpulan kebudayaan).
-Pengacara: Ahmad Fedtri Yahya (TV3).

Tidak ketinggalan, Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron, sendiri beraksi di pentas puisi, di samping Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid serta Presiden PENA, Dr. Mohammad Saleeh Rahamad.

Majlis Memperkenalkan Buku “Menjuarai Transformasi”

Majlis Memperkenalkan Buku "Menjuarai Transformasi" telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada 1 Disember 2011, sebaik sahaja selesai Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Aras 4, PWTC.

Majlis Memperkenalkan Buku “Sudut Pandang Muhyiddin Yassin”

Majlis Memperkenalkan Buku "Sudut Pandang Muhyiddin Yassin" telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 21 November 2011 di Hotel Shangri-La Putrajaya. 

Buku ini kini boleh didapati di Kinokuniya, MPH Mid Valley, MPH Alamanda atau di atas talian di http://www.itnm.com.my/catalogue/buku/sudut_pandang_muhyiddin_yassin/

Lawatan Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Sebanyak 58 orang mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan ke Wisma ITNM pada 11 November 2011.

Lawatan IPG Tengku Ampuan Afzan

Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan telah mengadakan lawatan ke Wisma ITNM pada 9 November 2011.

Majlis Pelancaran Buku Sastera Terbitan ITNM dan Sambutan Salam Aidilfitri

Majlis Pelancaran Buku Sastera Terbitan Terkini ITNM dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan pada 22 September 2011 yang disempurnakan oleh YB Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Tiga judul buku terjemahan terbaru di bawah Projek Terjemahan Sastera Tempatan ke Bahasa Antarabangsa iaitu 1515 oleh Faisal Tehrani, The Big Businessman from Kuala Lumpur (Keris Mas),  Traces of a Journey (Rahman Shaari) dilancarkan di Ibu Pejabat ITNM. Dua buku di bawah program Projek Terjemahan Sastera Antarabangsa ke Bahasa Kebangsaan iaitu Amina (Mohammed Umar) dan Mawar Yang Hilang (Serdar Ozkan), turut dilancarkan.

Ziarah Sasterawan Negara Dato’ Shahnon Ahmad

ITNM diketuai Pengarah Urusan, Encik Mohd Khair Ngadiron, dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) diketuai Presiden, Encik Saleeh Rahamad, menziarahi Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad di Pulau Pinang pada 25 Ogos 2011 (Khamis). Alhamdulillah, beliau masih lagi sihat dan boleh bercerita tentang situasi sastera di Malaysia.

ITNM Ziarah Keluarga Allahyarham Azizi Abdullah

ITNM diketuai Pengarah Urusan, Encik Mohd Ngadiron dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) diketuai Presiden, Encik Saleeh Rahamad menziarahi keluarga Allahyarham Azizi Abdullah pada 25 Ogos 2011 di Kulim, Kedah.

Kad Raya ITNM

Kad raya ITNM 2011 berdasarkan kulit buku Mathnawi Jalaluddin Rumi yang akan diterbitkan pada Oktober 2011.

Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

Suasana semasa berlangsungnya Majlis Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 pada 16 Ogos 2011 (Selasa) di Hotel Shangri-La, Putrajaya yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Mathnawi Jalaluddin Rumi

Terdiri daripada enam jilid puisi, Mathnawi Jalaluddin Rumi diterbitkan dengan gaya didaktik dan sarat mesej hakikat yang tersirat dan tersurat. Seperti koleksi ajaran Sufi sebelumnya, Mathnawi Jalaluddin Rumi yang merupakan koleksi panjang anekdot dan penglipur lara dirujuk daripada pelbagai sumber seperti al-Quran, cerita rakyat, lelucon dan pengalaman estetik. Setiap pengisahan menggambarkan perkara penting, dan pengertian moralnya dibincangkan secara terperinci dengan penekanan khusus kepada pentafsiran kejiwaan atau kesufian. Mathnawi turut menggambarkan usaha bertaakul dan berperhitungan untuk menjelaskan pelbagai dimensi kehidupan dan amalan spiritual. Mathnawi Jalaluddin Rumi adalah sebuah karya besar Islam dan patut dimiliki oleh semua untuk dihayati makna kehidupan dan kewujudan yang terkandung di dalamnya.

Selain bahasa Melayu, Mathnawi Jalaluddin Rumi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia lain seperti bahasa Arab, Inggeris, Jerman, Perancis, Urdu, Rusia, dan Sepanyol.

Penyertaan ITNM dalam Tokyo International Book fair Ke-18, 2011

ITNM buat pertama kalinya menyertai Tokyo International Book fair Ke-18, yang berlangsung pada 5 - 8 Julai 2011. 

Lawatan SMK Sultan Alauddin, Melaka, ke Wisma ITNM

Lawatan SMK Sultan Alauddin, Melaka, ke Wisma ITNM pada 15 Jun 2011.

Bicara Sasterawan Negara Bersama A. Samad Said & Prof. Muhammad Haji Salleh

Bicara Sasterawan Negara menampilkan Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said & Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh pada 1 Mei 2011, Ahad
jam 3.00 petang di Bilik Johor-Kedah, PWTC untuk membicarakan topik "Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran".

Majlis Pelancaran Buku Tautan: Sajak Kontemporari Malaysia dan Jerman

Tarikh

:

30 April 2011 (Sabtu)

Masa

:

5.00 petang

Lokasi

:

Pentas Utama (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Disempurnakan oleh

:

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh

Tautan (Verknüpfungen) adalah sebuah antologi puisi yang diterbitkan dalam dwibahasa (Melayu dan Jerman), yang juga merupakan terbitan usaha sama keenam antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Kesemua puisi yang terkandung di dalam buku ini adalah hasil karya 35 penulis Malaysia dan 31 penulis Jerman yang dipilih oleh pembaca profesional dan peminat puisi daripada pelbagai terbitan buku dan majalah sepanjang 2009.

Penerbitan karya ini antara lain turut mengangkat tema kemanusiaan yang menyentuh falsafah hidup, pemikiran, prinsip, adat dan budaya kedua-dua bangsa, baik di Malaysia mahupun Jerman. Walaupun pengalaman sosial yang wujud antara masyarakat di Malaysia dan Jerman hampir sama, namun pengalaman peribadi dalam dialog dengan budaya yang lain belum mencukupi untuk mengeratkan hubungan dan jalinan sastera yang ada. Selain itu, penerbitan karya ini juga bakal mengeratkan lagi hubungan penggiat seni dan sasterawan kedua-dua negara melalui jalinan puisi terpilih yang diungkap di dalam buku ini.

MASKARA / Sindiket Sol-Jah @ Sofa Putih ITNM

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Amir Muhammad

Wawancara Sofa Putih ITNM menampilkan Amir Muhammad pada 29 April 2011 membincangkan isu pembacaan dan penerbitan di Malaysia.

Wawancara Sofa Putih Istimewa Bersama YB Datuk Saifuddin Abdullah dan A. Jalil Ali

Wawancara Sofa Putih Istimewa menampilkan YB Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Encik A. Jalil Ali (Ketua Pengarang Editorial Kumpulan Karangkraf) pada 28 April 2011 membincangkan isu "26,000 Judul Buku Setahun: Fungsi Kerajaan dan Peranan Industri".

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Ahmad Fedtri Yahya

Wawancara Sofa Putih ITNM menampilkan Ahmad Fedtri Yahya pada 28 April 2011 membincangkan penggunaan bahasa yang indah dalam bidang pengacaraan.

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Dr. Siti Zainon Ismail

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Dr. Siti Zainon Ismail dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 27 April 2011 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Rahimidin Zahari & Rosnan Abdul Rahman

Sofa Putih ITNM yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 26 April 2011 menampilkan Rahimidin Zahari & Rosnan Abdul Rahman di Gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Lawatan Tan Sri Muhyiddn Yassin ke Gerai ITNM

YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkesempatan mengunjungi Gerai ITNM pada 25 April 2011 selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama MonoLoque

Sofa Putih ITNM yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 25 April 2011 menampilkan MonoLoque di Gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Lawatan YB Dr. Mohd Puad Zarkashi ke Gerai ITNM

YB Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia melawat gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada 24 April 2011.

Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM

Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 24 April 2011 menampilkan Muhammad Lutfi Ishak dan Mohd Arif Atan di Gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Wawancara Sofa Putih Bersama Abdul Ghafar Ibrahim (AGI)

Wawancara Sofa Putih ITNM bersama A. Ghafar Ibrahim (AGI) yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 23 April 2011 di Gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.

Wawancara Sofa Putih Bersama Shamsudin Othman & Nasriah Abdul Salam

Shamsudin Othman dan Nasriah Abdul Salam (penulis puisi dalam Dari Jendela Zaman Ini) diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar di Sofa Putih ITNM pada 22 April 2011 berkaitan isu penghasilan karya bermutu dan berkualiti tinggi dalam kalangan penulis muda di Malaysia. Saban hari didapati penulis muda tidak lagi ghairah menerapkan unsur sastera yang tinggi dalam penulis, tetapi sebaliknya lebih menggemari isi kandungan karya yang popular.

Majlis Pelancaran Pertandingan Kreatif Sains & Matematik 2011

Majlis Memperkenalkan Buku “Perkhidmatan Awam”

Buku "Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan Melangkau Jangkaan" tulisan Najib Tun Razak telah diperkenalkan pada 22 Mac 2011.

Poster Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011

Poster LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal.

Sidang Media LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal

Karya kartun Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat di angkat ke pentas teater menerusi pementasan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal (LTBSM) pada 16 Mac hingga 3 April depan di Istana Budaya (IB).

Majlis sidang media diadakan di Bilik Sri Nilam, Istana Budaya pada 13 Januari 2010 yang turut dihadiri Datuk Lat, Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia, Encik Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Pengarah Tall Order Productions, Encik Hans Isaac.

Sidang itu mengumumkan pelakon pelbagai bangsa seperti Awie sebagai Lat, Atilia sebagai Faizah yang juga isteri Lat selain Douglas Lim (Frankie), Sandra Sodhi (Mrs Hiew), Jalil Hamid (bapa Lat) dan Datuk Rahim Razali (A. Samad Ismail).

Majlis Pelancaran Buku “Makyung: Warisan Mistik Malaysia”

Tarikh: 19 Disember 2010 (Ahad)
Masa: 3.00 petang
Lokasi: Kinokuniya, Suria KLCC 

Buku Makyung: Warisan Mistik Malaysia (versi bahasa Inggeris: Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia) adalah buku yang menghimpunkan segala elemen penting berkaitan tarian Makyung. Isi kandungan buku ini terbahagi kepada 10 bab yang menerangkan secara terperinci berkenaan Makyung – daripada sejarah dan latar belakangnya sehinggalah elemen artistik termasuk unsur teater, tarian, nyanyian, muzik, ritual dan ikon, termasuk sifat mistik yang merupakan elemen penting dalam seni persembahan tradisional ini.

Buku ini adalah satu khazanah besar Negara, kerana isi kandungannya yang mendokumentasikan segala aspek penting berkaitan seni persembahan Makyung. Usaha menerbitkan dan mengetengahkannya kepada masyarakat tempatan mahupun antarabangsa adalah sangat penting, bertepatan dengan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengangkat Makyung sebagai Masterpiece of the Oral & Intangible Heritage of Humanity pada 25 November 2005.

Buku ini ditulis oleh sekumpulan penulis yang mempunyai pengetahuan mendalam serta pengalaman luas mengenai Makyung, terdiri daripada Prof. Datuk Dr. Mohamed Ghouse Nasuruddin, Dr. A.S Hardy Shafii, Che Mat Jusoh dan Jumilah Md. Tahir. Hasil tulisan mereka kemudiannya dihimpun, diperkemas, dan disusun semula oleh Rahimidin Zahari serta Sutung Umar.

Buku ini diterbitkan dalam dua versi bahasa (Melayu serta Inggeris). Selain menyokong usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan program MBMMBI, penerbitan dalam dua bahasa ini juga bertujuan untuk membuka pasaran lebih luas terhadap buku ini, merangkumi jaringan tempatan mahupun antarabangsa.

Keputusan ITNM menerbitkan buku ini dibuat dengan pertimbangan bahawa Makyung adalah satu-satunya kesenian serta seni persembahan Malaysia yang mendapat pengiktirafan tinggi di peringkat antarabangsa. Hal ini adalah satu aspek penting, kerana dalam fenomena globalisasi dunia yang kini memperlihatkan kerakusan banyak negara untuk tampil mendakwa hak ke atas sesuatu yang asalnya dimiliki secara rumpun, Makyung akhirnya diangkat UNESCO sebagai satu produk yang mempunyai budaya paling hampir dengan tradisi asal masyarakat Malaysia. Justeru, usaha mendokumentasikan Makyung dilihat ITNM sebagai satu inisiatif patriotik, tambahan apabila tiada usaha dilakukan ke arah itu (oleh mana-mana pihak) selepas lebih lima tahun Makyung diberikan pengiktirafan global.

“Kami berharap semoga usaha ini dapat menjamin jangka hayat Makyung bagi tempoh lebih panjang, supaya generasi muda akan datang tidak kehilangan peluang untuk mengenali dan memahami tunjang serta warisan akar tradisi kita sejak zaman berzaman. Justeru itulah warisan ini perlu kita pelihara kerana ia adalah satu antara penyumbang kepada ketamadunan manusia yang telah kita capai dan kita nikmati hari ini. Usaha kami menerusi buku ini adalah demi menjamin kesinambungan yang berterusan, sekali gus memastikan ia tidak bertukar menjadi artifak sejarah sebelum tiba waktunya ia jadi begitu,” kata Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ketika majlis pelancaran buku Makyung di Kinokuniya, KLCC hari ini.

Buku Makyung ini juga pada 9 Oktober lalu, telah diperkenalkan ITNM kepada masyarakat antarabangsa apabila dibawa dan dilancarkan bagi tujuan pasaran hak cipta di Frankfurt Book Fair 2010. Selain buku tersebut, turut dibawa sama oleh ITNM ke Frankfurt bagi misi promosi buku ini adalah kumpulan persembahan Makyung daripada Istana Budaya, diketuai watak Pakyung yang dimainkan oleh Rosnan Abdul Rahman, anak Kedah yang kini antara pelapis utama kepada seni persembahan Makyung di negara ini.

Khusus bagi mempromosikan buku Makyung kepada khalayak Malaysia dan pelancong asing di negara ini, ITNM telah menjalin beberapa bentuk kerjasama dengan Kinokuniya Book Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. Ini antaranya termasuklah pelaksanaan promosi peragaan tetingkap (atau window display) di gedung buku tersebut bermula 13 Disember lalu, dan akan berterusan sehingga 31 Januari 2011. Selain buku Makyung ini, turut dipamerkan adalah koleksi busana serta peralatan muzik penting dalam persembahan Makyung.

Hasil kerjasama antara ITNM dan Kinokuniya, orang ramai turut berpeluang mendapatkan buku Makyung pada harga diskaun 20 peratus sepanjang tempoh promosi (13 Disember 2010 hingga 31 Januari 2011). Bagaimanapun, diskaun eksklusif ini hanya sah di Kinokuniya dan orang ramai perlu menyertakan penanda buku berkepil kupon diskaun yang boleh diperolehi daripada kaunter di Kinokuniya sepanjang tempoh promosi ini berlangsung.

Dijual pada harga RM159 senaskhah (atau RM164 untuk Sabah & Sarawak), buku Makyung ini boleh diperolehi di gedung buku Kinokuniya KLCC, serta semua cawangan MPH dan kedai buku utama di seluruh negara.

Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya

Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya berlangsung di Laman Beringin Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 12 November 2010, bermula jam 8.30 malam.

Sasterawan dan artis yang beraksi pada malam tersebut adalah Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Dr. Siti Zainon Ismail, Shamsudin Othman, Rahimidin Zahari, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali, Altimet, Tilu, Taheera Rosheena Mohamed, dan Ahmad Fedtri Yahya (TV3) sebagai pengacara majlis.

Majlis Pelancaran Buku “Sandokan: Lanun Malaysia”

Tarikh: 26 Oktober 2010
Masa: 6.00 Petang
Tempat: Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)

  • Bersempena penganjuran program The Week of the Italian Language in the World yang berlangsung dari 26 hingga 29 Oktober 2010, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Kedutaan Itali bekerjasama mengadakan Majlis Pelancaran Buku Sandokan.
  • Majlis pelancaran ini berlangsung pada 26 Oktober 2010, jam 6.00 petang, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. Ia adalah pembuka kepada siri acara yang dianjurkan sepanjang empat hari program tersebut berlangsung.
  • Buku Sandokan adalah antara novel terbaharu terbitan ITNM daripada koleksi terjemahan 100 Judul Karya Sastera Malaysia. Lebih menarik, ia adalah karya Itali kedua diterjemahkan ke bahasa Melayu, selepas buku The Adventures of Pinocchio yang sangat terkenal di seluruh dunia. Novel ini adalah hasil terjemahan daripada buku asal yang diterbitkan pada 1986 berjudul I pirati della Malesia, karya penulis terkenal Itali, Emilio Salgari.
  • Emilio Salgari (1862 – 1911) adalah penulis yang tersohor namanya di Eropah mulai hujung abad ke-19 sehingga kini. Beliau amat imaginatif dan prolifik serta terkenal dengan pelbagai novel genre pengembaraan di Itali. Selama lebih satu abad, hasil karyanya berterusan menjadi bacaan generasi muda yang meminati karya-karya berlatarbelakangkan pengembaraan eksotik. Menariknya, kebanyakan masyarakat Itali mula mengenali Malaysia untuk pertama kalinya melalui penghayatan karya dihasilkannya. Lebih unik lagi, dengan daya imaginasi dan kreativitinya yang luar biasa, tanpa pernah menjejakkan kaki ke Malaysia, beliau mampu menggarap dan membayangkan suasana negara ini dengan cukup indah serta teliti.
  • Buku Sandokan: Lanun Malaysia mengisahkan perjuangan Sandokan dan Yanez yang kembali untuk menuntut keadilan dan menentang musuh. Ia bermula dengan kisah malang Tremal Naik yang masih belum selesai. Pemburu handal ini dipenjara atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Dia telah diusir dari bumi India dan dipenjara seumur hidup di tanah jajahan yang terpencil. Kammamuri yang mengetahui tuannya tidak bersalah, merancang untuk menyelamatkan pemburu itu apabila ada peluang. Semasa Kammamuri yang setia itu ditawan oleh Harimau Momprachem, dia memohon pertolongan Harimau Momprachem untuk membebaskan tuannya. Untuk berbuat demikian, Sandokan dan Yanez perlu mengerahkan anak buah mereka untuk menentang pasukan James Brooke, Rajah Sarawak yang sangat digeruni.
  • Perjuangan Sandokan mencetuskan satu fenomena yang memberi kesan khususnya kepada khalayak Itali, dan masyarakat Eropah secara umumnya, terutama sekali di kalangan generasi muda di sana. Sandokan dianggap sebagai pemimpin karismatik perjuangan pembebasan Borneo. Sesudah dicipta sekian lama oleh Emilio Salgari, kisah Sandokan ini terus diminati sehingga kini. Malah, ia bukan sekadar fenomena dalam sastera dan budaya, sebarannya diperluaskan meliputi siri drama, filem, komik dan filem animasi, termasuk secara talian (online) serta DVD.
  • Buku ini dijual pada harga RM30 (RM35 bagi Sabah dan Sarawak) senaskhah. Ia boleh didapati di semua rangkaian kedai buku utama seluruh negara.

Majlis Memperkenalkan Buku “Jawapan Najib” oleh Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Razak

  • Buku Jawapan Najib adalah sebuah buku yang ditulis berdasarkan teks ucapan terpilih Y.A.B. Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sepanjang setahun beliau menerajui kepemimpinan Negara, bermula 3 April 2009.
  • Berbeza dengan Menakhoda Zaman yang ditulis sendiri oleh Y.A.B. Perdana Menteri tahun lalu, buku ini kali ini diolah dan disunting semula oleh sekumpulan editor berpengalaman yang diketuai Datuk Manja Ismail, (Pengarang Kumpulan NTV7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Media Prima) serta Profesor Datuk Khairul Annas Jusoh dan Encik Mazri Muhammad. Bagaimanapun, beliau memberi perhatian khusus kepada setiap proses penerbitan yang dipantaunya dari dekat, termasuklah kerja-kerja penyeliaan, pemilihan isu, kesesuaian teks serta ketepatan fakta yang diketengahkan.
  • Jawapan Najib secara dasarnya adalah kesinambungan kepada penerbitan buku ulung Y.A.B. Dato’ Sri Najib, iaitu Menakhoda Zaman yang diterbitkan pada tahun 2009, juga oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia dan MPH Group Publishing. Bezanya, buku Jawapan Najib ini diolah penyampaiannya dalam bentuk wawancara sebagai satu konsep baharu untuk menyampaikan maklumat yang diharap dapat menjelaskan lagi idea, gagasan serta wawasan kepimpinan Y.A.B. Perdana Menteri kepada khalayak Malaysia.
  • Buku ini mengandungi 11 isu seperti senarai berikut:
  1. Kerajaan berdaya maju;
  2. Malaysia ke arah status negara maju;
  3. Transformasi khidmat awam;
  4. Penjawat awam berintegriti;
  5. Memacu ekonomi mapan;
  6. Kreativiti dan inovasi dalam meningkatkan ekonomi negara;
  7. Kemerdekaan dan perpaduan nasional;
  8. Gagasan 1Malaysia;
  9. Malaysia dan Asean;
  10. Malaysia dan isu antarabangsa;
  11. Kesan teknologi Internet.
  • Buku Jawapan Najib ini dihasilkan sebagai maklum balas kepada keresahan beberapa pihak di kalangan khalayak Malaysia yang masih kabur dalam memahami idea, misi, gagasan serta wawasan Y.A.B. Perdana Menteri yang disampaikan menerusi siri ucapannya selama ini. Justeru, buku ini diharap dapat menjernihkan apa yang keruh, sekali gus dapat mengelakkan prasangka negatif yang selama ini diwujudkan pihak tertentu yang dengan sengaja memutarbelitkan fakta untuk memburukkan keadaan.
  • Selari Gagasan 1Malaysia, buku Jawapan Najib ini selain bahasa Melayu, turut dihasilkan dalam tiga bahasa lain, iaitu Mandarin, Tamil serta Inggeris.
  • Buku ini juga secara tidak langsung turut mencerminkan idea kreatif dan inovatif Y.A.B. Perdana Menteri, kerana sebagai buku kedua yang lahir daripada tulisan serta hasil ilhamnya, beliau menolak untuk menggunakan gaya penulisan sama seperti disampaikan menerusi buku Menakhoda Zaman tulisannya tahun lalu. Jika buku tersebut menggunakan medium penulisan rencana, Jawapan Najib ini sebaliknya disampaikan dalam bentuk wawancara - satu gaya baharu yang diharap akan memberi pengalaman baharu serta inspirasi inovatif kepada rakyat Malaysia.
  • Buku ini dijual pada harga RM27 senaskhah (atau RM29 bagi Sabah dan Sarawak), selain boleh dibeli dalam set lengkap empat bahasa yang dipek dalam sebuah kotak khas, berharga RM108 (atau RM116, Sabah dan Sarawak). Ia kini boleh didapati di semua cawangan MPH serta kedai buku utama seluruh Negara.
  • Bagaimanapun, istimewa sempena pelancaran jualannya ketika Persidangan Agung UMNO yang berlangsung sehingga 23 Oktober ini, orang ramai boleh mendapatkannya di gerai jualan ITNM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada harga promosi RM20 senaskhah atau RM80 bagi set lengkap empat bahasa.

Penyertaan ITNM di Frankfurt Book Fair 2010