Industri perbukuan dan penterjemahan Malaysia maju setapak lagi dengan pelancaran novel bertajuk Nyawa di Hujung Pedang yang diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Korea.
Rakyat Korea Selatan kini berpeluang menghayati kesusasteraan Melayu melalui novel karya Ahmad Murad Nasaruddin itu yang dijual dengan harga 10,000 won (RM30) senaskhah.
Majlis pelancaran novel penerbitan terkini Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Paju Bookcity pada 27 Julai 2010.
Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron; pengurusan Paju Book City serta beberapa wakil penerbit dan penulis Korea.
Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Institut Aminuddin Baki menandatangani Memorandum Persefahaman, sekali gus melancarkan buku "Siri Kepemimpinan & Pengurusan Sekolah" serta "Siri Pembangunan Profesion Perguruan".
Ia diadakan bersempena Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan IAB.
ITNM menyertai Karnival Sukan 4 Penjuru R10, 2010 yang mempertandingkan acara bola sepak, futsal, badminton, ping pong, dart, dan karom.
4 Penjuru melibatkan ITNM, FELCRA, SAPURA dan Kelab Sukan Darul Huda.
Anda mungkin penyambung kepada 1,000 nyawa.
Jadilah insan prihatin dan sertai Kempen Derma Darah di ITNM pada Isnin, 5 Julai 2010 di Wisma ITNM.
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan ke Wisma Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada 10 Jun 2010 (Khamis). Para pensyarah diberikan penerangan oleh Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron; Ketua Jabatan Terjemahan dan Penerbitan, Puan Siti Rafiah Sulaiman; dan Ketua Jabatan Komunikasi, Pemasaran dan Jualan, Puan Zinitulniza Abdul Kadir berkenaan bidang penterjemahan selain didedahkan dengan realiti tugasan bidang penterjemahan yang dilaksanakan oleh ITNM.
ITNM menyumbangkan sejumlah buku terbitan ITNM kepada Rumah Amal Ummul Qura pada 3 Jun 2010. Rumah amal ini adalah pusat kebajikan yang menaungi lebih 40 orang terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin, warga emas, dan layak menerima zakat.
Pihak ITNM mengalu-alukan sebarang sumbangan kepada rumah amal yang terletak di No. 48, Jalan Anggerik 2D, Prima Beruntung, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor (asrama putera) dan asrama puteri di No. 1, Jalan Anggerik 2E/2.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Ustaz Sazaly: 013-239 4579
Ustaz Mazlan: 012-667 0308
Ustaz Azhir: 013-205 9528
Ustazah Hasnita: 013-636 2308
Ustazah Sumaiyah: 013-280 7125
Mahasiswa Kolej SEGI seramai 80 orang termasuk empat pensyarah telah mengadakan lawatan ilmiah ke Wisma Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada 1 Jun 2010 (Selasa). Mahasiswa daripada pelbagai bidang pengajian diberikan penerangan berkenaan bidang penterjemahan selain didedahkan dengan realiti tugasan bidang penterjemahan yang dilaksanakan olehITNM.
Setelah ITNM bekerjasama dengan Google melalui Google Books, ternyata Google bersedia untuk mengadakan lebih banyak kerjasama erat dalam pelbagai hal. Sesi penerangan tentang program Google telah disampaikan oleh Cik Lu Li, Strategic Partner Manager, Google Books, pada 27 Mei 2010 di Wisma ITNM.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) yang berlangsung pada 27 April 2010 di Hotel JW Marriot, Putrajaya.
Siaran akhbar Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) di sini.
Senarai Pemenang Peraduan Ulasan Buku ITNM di Facebook/Blog:
Pemenang Hadiah Pertama (RM5,000)
Mohd. Khuzairi Ismail@Mat Jusoh
Wartawan Utusan Malaysia
Pemenang Hadiah Kedua (RM3,000)
Muhammad Fadhli Al-Akiti
Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka
Pemenang Hadiah Ketiga (RM1,500)
Faizal Riduan
Penulis Kanan Milenia Muslim
Pemenang Paparan Buku Paling Kreatif (RM500)
Mohd Radzee Mohd Baki (http://clickplazza.com/)
Jurulatih sukan ekstrem
Institut Terjemahan Negara Malaysia menerima kehadiran mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seramai 80 orang termasuk dua pensyarah pada 13 April 2010 (Selasa). Mahasiswa daripada Fakulti Bahasa Arab Komunikasi tersebut diberikan penerangan berkenaan bidang penterjemahan selain didedahkan dengan realiti tugasan bidang penterjemahan yang dilaksanakan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Majlis Penghargaan Profesor Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh diadakan pada 5 April 2010 bagi menghargai jasa beliau yang telah mencurahkan bakti selama empat tahun sebagai Pengerusi ITNM. Majlis turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah dan semua kakitangan ITNM.
ITNM memenangi gerai terbaik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 bagi kategori agensi kerajaan.
Tarikh: 28 Mac 2010, Ahad
Masa: 2.15 Petang
Tetamu kehormat: YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia)
Untuk julung kalinya, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis bacaan buku tulisan beliau sendiri iaitu Menakhoda Zaman, terbitan ITNM - yang simboliknya bertujuan untuk memberi perlambangan kepada konsep mengamanahkan budaya membaca kepada rakyat.
Pada majlis ini juga diadakan penyerahan buku tersebut daripada ITNM kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), sambil disaksikan YAB Perdana Menteri, selari dengan pemilihan buku tersebut sebagai bahan utama pengisian Kempen Membaca 2010 anjuran PNM.
Tarikh: 27 Mac 2010, Sabtu
Masa: 1.00 Petang
Tetamu Kehormat: Dato' (Dr.) Baharuddin Zainal (Persatuan Penulis Nasional [PENA]) dan Michele Thompson (National Arts Council Singapore)
Buku Dari Jendela Zaman Ini adalah sebuah buku yang menghimpunkan antologi puisi dwibahasa yang diterbitkan secara bersama oleh ITNM dan National Arts Council (NAC), Singapura. Ia menghimpunkan 100 puisi daripada 73 penyair Malaysia dan Singapura bertemakan “perhubungan dan kemanusiaan” – simbolik kepada usaha penyatuan semangat persahabatan antara dua negara.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, ITNM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih di Gerai ITNM di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pada 26 Mac 2010 (Jumaat), sesi yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar menemuramah Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan (penulis buku The Last Day of an Artist dan After The War and Other Stories) yang kian cenderung berpartisipasi dengan isu masyarakat, khususnya isu politik - sehingga sesetengah pihak menganggap beliau cenderung kepada semangat pembangkang.
Wawancara ini menebak pandangan serta isi hati beliau, selain mengupas isu perjuangan untuk memperkasakan bahasa, sastera dan misi meningkatkan pembangunan penerbitan yang kini dilihat ramai orang sebagai kian lesu.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, ITNM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih di Gerai ITNM di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pada 25 Mac 2010 (Khamis), sesi yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar menemuramah Malim Ghozali PK (penulis buku The Profound Truth: Understanding Perfection) tentang fenomena seorang penulis menghasilkan karya kritis untuk menjadi hebat, dan pandangan beliau terhadap andaian yang mengatakan bahawa penulis muda kita kini ketandusan semangat patriotisme.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, ITNM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih di Gerai ITNM di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pada 24 Mac 2010 (Rabu), sesi yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar menemuramah Faisal Tehrani (penulis The Prau With The Silent Soul), penulis prolifik yang semakin banyak meraih pelbagai anugerah membabitkan karya penulisannya ini berhubung isu sejauh mana penganugerahan SEA Write Award, anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan kepada penulis Asia Tenggara ini wajar diberikan kepada penulis muda.
Turut dibincangkan adalah isu beliau dianggap sebagai syiah dan sejauh mana perlunya penulis berasosiasi dengan persatuan penulis.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, ITNM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih di Gerai ITNM di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pada 23 Mac 2010 (Selasa), sesi yang dikendalikan oleh Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd. Khair Ngadiron menemuramah Dato' (Dr.) Baharuddin Zainal (Baha Zain [penulis buku Posponiendo La Verdad Y Otros Poemas]) antaranya menjawab pertanyaan mengenai kepentingan teknologi maklumat kepada sastera dengan menyatakan ia adalah kemenangan luar biasa kepada penulis, pengarang, seniman dan sasterawan apabila mendapat kebebasan di hujung jari sehingga ciptaan sampai kepada orang lain dalam hitungan saat.
Sesi itu turut dihadiri penterjemah buku beliau, iaitu Patricia Vazquez Marin.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, ITNM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih di Gerai ITNM di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pada 23 Mac 2010 (Selasa), sesi yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar menemuramah YB. Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (penulis buku Politik Baru) berhubung isu yang menyentuh mengenai bakat kepimpinan, pengucapan awam dan kemahiran penulisan – jika semua kriteria ini diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin hebat. Begitu juga pandangan jika seorang pemimpin menulis sendiri teks ucapannya!
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, ITNM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih di Gerai ITNM di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pada 22 Mac 2010 (Isnin), sesi yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar menemuramah Datin Fatini Yaacob (penulis buku Natrah) berkaitan isu yang menyentuh sejauh mana beliau melihat terjemahan karya ini akan dapat mengangkat semangat nasionalisme perjuangan sejarah silam untuk difahami masyarakat antarabangsa.
Tarikh: 21 Mac 2010, Ahad
Masa: 1.00 Petang
Tetamu kehormat: YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd. Dom (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
Turut dihadiri: Mr. Eric Hartman (Head of Print Partnership, Asia Pacific, Google)
Majlis ini adalah simbolik mengumumkan kerjasama yang telah dijalin antara ITNM dengan Google Books yang antara lainnya, dilaksanakan dengan misi untuk membantu usaha ITNM memasar dan mengantarabangsakan buku-buku penerbitan ITNM khususnya karya sastera Malaysia.
Semasa sesi Wawancara Sofa Putih, Eric Hartman diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar berhubung pandangan skeptikal masyarakat terhadap perkhidmatan Google Books yang dilaksanakan secara percuma menerusi kerjasama dengan penerbit buku seluruh dunia - tanpa dikenakan sebarang caj. Eric turut ditanya jika ini adalah strategi Google untuk mengumpul semua manuskrip antarabangsa bagi sebarang tujuan lain dalam tempoh jangka panjang.
Tarikh: 20 Mac 2010, Sabtu
Masa: 1.00 Petang
Tetamu kehormat: YBhg Tan Sri Dr. Zulkurnain Haji Awang (Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia)
Turut dihadiri: Dato’ Mohammad Nor Khalid (Dato’ Lat) - (Penulis/kartunis buku Tifl Al-Qaryah)
Majlis ini diadakan bertujuan untuk memaklum, memperkenal dan melancarkan kepada umum penerbitan buku Tifl Al-Qaryah, Kampung Boy versi bahasa Arab yang diterbitkan oleh ITNM untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, khususnya negara-negara Timur Tengah.
Selain itu, Wawancara Sofa Putih yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar bersama Dato' Lat menyentuh isu perihal keberanian Dato’ Lat mengilustrasi wajah pemimpin politik Malaysia, tetapi ia tidak menjadi “isu panas” sebagaimana nasib kartunis lain, antaranya Zunar. Selain itu, beliau juga ditanya akan sejauh manakah karya ilustrasi Malaysia setanding dengan manga Jepun atau komik Barat.
Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, ITNM mengadakan sesi Wawancara Sofa Putih di Gerai ITNM di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pada 19 Mac 2010 (Jumaat), sesi yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar menemuramah Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said berkaitan isu royalti para sasterawan yang didakwa tidak sehebat penulis baharu di Malaysia.
Bual bicara ini turut mengupas isu bahasa Melayu pasca pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Lawatan pertama YB Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh selaku Pengerusi ITNM ke Wisma ITNM pada 9 Mac 2010.
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mula menyertai pesta buku terbesar di dunia, iaitu Pesta Buku Frankfurt secara serius pada tahun 2008.