Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITBM) telah dipilih memengi Gerai Terbaik (Kategori Besar) buat pertama kalinya pada Majlis Penutup PBAKL 2012 yang berlangsung pada 6 Mei 2012 dan telah disempurnakan oleh Encik Abd. Wahab Ibrahim, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Sebelum ini, ITBM telah tiga kali berturut-turut memenangi hadiah Gerai Terbaik (Kategori Agensi Kerajaan).
Majlis Penyampaian Anugerah MAPIM 2011 telah diadakan pada 30 April 2012, jam 2.30 petang di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Anugerah MAPIM merupakan anugerah tahunan yang merangkumi empat kategori utama iaitu:
1. Kategori Anugerah Buku Terbaik
2. Kategori Anugerah Makalah Jurnal Terbaik
3. Kategori Anugerah Editor Nashah Terbaik
4. Kategori Anugerah Buku Terbaik Terbitan Bukan Anggota MAPIM
Majlis Pelancaran Buku Balada Pyanhabib ini telah berlangsung pada hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2012, 6 Mei 2012. Ia telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali dengan gelaran Datuk Lat. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan Anak Alam, penulis, penyair dan aktivis seni tanah air seperti Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Dr. Siti Zainon Ismail, Khalid Salleh serta selebriti terkenal Ramli Sarip.
Wawancara Sofa Putih menampilkan Amir Muhammad, Raja Faisal dan Syaihan Syafiq membicarakan "Jalur Liberal Di Sebalik Amir Muhammad" pada 6 MEi 2012.
Wawancara Sofa Putih membincangkan "Bahasa dan Sastera Melayu ketinggalan. Apa Peranan Kita?" bersama dua tokoh terkemuka tanah air, Dr. Awang Sariyan dan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan pada 5 Mei 2012.
Wawancara Sofa Putih ITBM membicarakan "Perempuan Nan Bercinta - Dr. Faisal Tehrani Terus Kontroversi" bersama penulis buku berkenaan, Faisal Tehrani pada 4 Mei 2012.
Wawancara Sofa Putih menghuraikan topik "Pesona Pencinta Buku" bersama seorang pengulas buku tersohor, Shaharom TM Sulaiman pada3 Mei 2012.
Wawancara Sofa Putih membincangkan persoalan "Minda Siapa Yang Tertawan" bersama Raja Ahmad Aminullah pada 2 Mei 2012
Wawancara Sofa Putih menampilkan Rebecca Ilham dan Saharil Hasrin Sanin memperkatakan topik "Sastera Daripada Sentuhan Sang Jurutera" pada 1 Mei 2012.
Wawancara Sofa Putih membincangkan "Sastera Melayu dan Cabaran Masa Kini" bersama tetamu, Siti Zaleha Hashin pada 30 April 2012.
Wawancara Sofa Putih Bersama Rahimidin Zahari membincangkan topik "Benarkah Penulis Muda Terpinggir?" pada 29 April 2012
Wawancara Sofa Putih Istimewa menampilkan Dr. SIti Zainon Ismail dan Nisah Haron pada 27 April 2012 membincangkan persoalan Mungkinkah Wanita Menjadi Sasterawan Negara?
Majlis Seminar Penterjemahan ini telah diadakan pada 16 Februari 2012 di Wisma ITNM. Lebih dari 200 peserta yang hadir pada Seminar ini bagi membincangkan perkongsian pengalaman dan membentangkan Hak Penterjemah,Hak Cipta dan Etika dalam Penterjemahan. Majlis ini disempurnakan oleh Pengerusi ITBM, Dato Shaharuddin Md Salleh.
Memorandum persefahaman antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi kerjasama perolehan manuskrip, percetakan dan penerbitan buku diadakan pada 16 Januari 2012 di Hotel InterCotinental, Kuala Lumpur. Dalam Majlis itu juga, Pengarah Urusan ITBM, Mohd.Khair.Ngadiron menyempurnakan pengumuman Sayembara Penulisan Novel,Cerpen dan Puisi.Hadiah yang menarik pada setiap ketegori dan jumlah keseluruhan hadiah adalah rm130,000.
Majlis Pertemuan ITNM dan Sasterawan telah diadakan pada 16 Disember 2011 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur yang menghimpunkan beberapa Sasterawan Negara, penerima SEA Write Award dan penggiat sastera tempatan.
Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PENA & Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, pada 16 Disember 2011 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II pada 13 Disember 2011. Sasterawan Negara, Dato' Dr. Anwar Ridhwan telah memenangi tempat pertama melalui novel 'Penyeberang Sempadan' yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.
Menjunjung kasih DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung atas perkenan menerima kehadiran delegasi ITNM mempersembahkan karya agung Melayu, The Epic of Hang Tuah, pada 10 Disember 2011.
Malam Puisi Riong anjuran bersama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Berita Harian (BH), Istana Budaya (IB) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah berlangsung pada 3 Disember 2011 bertempat di Laman Beringin, IB, jam 8.30 malam.
Antara yang memeriahkan program terbabit ialah:
-Dr. Zurinah Hassan (Pemenang Anugerah SEA Write 2004).
-Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) (Pemenang Anugerah SEA Write 2005)
-Rahman Shaari (Pemenang Anugerah SEA Write 2007).
-Zaen Kasturi (Pemenang Anugerah SEA Write 2010).
-SM Zakir (Pemenang Anugerah SEA Write 2011).
-Dr. Ramzah Dambul (Pakar geografi dari Universiti Malaysia Sabah).
-Rahimidin Zahari (wakil Istana Budaya).
-Yukari Noguchi (Pelajar Pengajian Melayu dari Jepun).
-Cho Min Sung (Pelajar Pengajian Melayu dari Korea).
-Nora (Artis).
-Black (Artis).
-Taheera Rosheena Mohamed (Artis).
-Dewangga Sakti (kumpulan kebudayaan).
-Pengacara: Ahmad Fedtri Yahya (TV3).
Tidak ketinggalan, Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron, sendiri beraksi di pentas puisi, di samping Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid serta Presiden PENA, Dr. Mohammad Saleeh Rahamad.
Majlis Memperkenalkan Buku "Menjuarai Transformasi" telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada 1 Disember 2011, sebaik sahaja selesai Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Aras 4, PWTC.
Majlis Memperkenalkan Buku "Sudut Pandang Muhyiddin Yassin" telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 21 November 2011 di Hotel Shangri-La Putrajaya.
Buku ini kini boleh didapati di Kinokuniya, MPH Mid Valley, MPH Alamanda atau di atas talian di http://www.itnm.com.my/catalogue/buku/sudut_pandang_muhyiddin_yassin/
Sebanyak 58 orang mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan ke Wisma ITNM pada 11 November 2011.
Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan telah mengadakan lawatan ke Wisma ITNM pada 9 November 2011.
Majlis Pelancaran Buku Sastera Terbitan Terkini ITNM dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan pada 22 September 2011 yang disempurnakan oleh YB Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Tiga judul buku terjemahan terbaru di bawah Projek Terjemahan Sastera Tempatan ke Bahasa Antarabangsa iaitu 1515 oleh Faisal Tehrani, The Big Businessman from Kuala Lumpur (Keris Mas), Traces of a Journey (Rahman Shaari) dilancarkan di Ibu Pejabat ITNM. Dua buku di bawah program Projek Terjemahan Sastera Antarabangsa ke Bahasa Kebangsaan iaitu Amina (Mohammed Umar) dan Mawar Yang Hilang (Serdar Ozkan), turut dilancarkan.
ITNM diketuai Pengarah Urusan, Encik Mohd Khair Ngadiron, dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) diketuai Presiden, Encik Saleeh Rahamad, menziarahi Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad di Pulau Pinang pada 25 Ogos 2011 (Khamis). Alhamdulillah, beliau masih lagi sihat dan boleh bercerita tentang situasi sastera di Malaysia.
ITNM diketuai Pengarah Urusan, Encik Mohd Ngadiron dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) diketuai Presiden, Encik Saleeh Rahamad menziarahi keluarga Allahyarham Azizi Abdullah pada 25 Ogos 2011 di Kulim, Kedah.
Kad raya ITNM 2011 berdasarkan kulit buku Mathnawi Jalaluddin Rumi yang akan diterbitkan pada Oktober 2011.
Suasana semasa berlangsungnya Majlis Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 pada 16 Ogos 2011 (Selasa) di Hotel Shangri-La, Putrajaya yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Terdiri daripada enam jilid puisi, Mathnawi Jalaluddin Rumi diterbitkan dengan gaya didaktik dan sarat mesej hakikat yang tersirat dan tersurat. Seperti koleksi ajaran Sufi sebelumnya, Mathnawi Jalaluddin Rumi yang merupakan koleksi panjang anekdot dan penglipur lara dirujuk daripada pelbagai sumber seperti al-Quran, cerita rakyat, lelucon dan pengalaman estetik. Setiap pengisahan menggambarkan perkara penting, dan pengertian moralnya dibincangkan secara terperinci dengan penekanan khusus kepada pentafsiran kejiwaan atau kesufian. Mathnawi turut menggambarkan usaha bertaakul dan berperhitungan untuk menjelaskan pelbagai dimensi kehidupan dan amalan spiritual. Mathnawi Jalaluddin Rumi adalah sebuah karya besar Islam dan patut dimiliki oleh semua untuk dihayati makna kehidupan dan kewujudan yang terkandung di dalamnya.
Selain bahasa Melayu, Mathnawi Jalaluddin Rumi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia lain seperti bahasa Arab, Inggeris, Jerman, Perancis, Urdu, Rusia, dan Sepanyol.
ITNM buat pertama kalinya menyertai Tokyo International Book fair Ke-18, yang berlangsung pada 5 - 8 Julai 2011.
Lawatan SMK Sultan Alauddin, Melaka, ke Wisma ITNM pada 15 Jun 2011.
Bicara Sasterawan Negara menampilkan Sasterawan Negara Dato’ (Dr.) A. Samad Said & Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh pada 1 Mei 2011, Ahad
jam 3.00 petang di Bilik Johor-Kedah, PWTC untuk membicarakan topik "Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran".
|
Tarikh |
: |
30 April 2011 (Sabtu) |
|
Masa |
: |
5.00 petang |
|
Lokasi |
: |
Pentas Utama (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) |
|
Disempurnakan oleh |
: |
Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh |
Tautan (Verknüpfungen) adalah sebuah antologi puisi yang diterbitkan dalam dwibahasa (Melayu dan Jerman), yang juga merupakan terbitan usaha sama keenam antara ITNM dan Goethe-Institut Malaysia. Kesemua puisi yang terkandung di dalam buku ini adalah hasil karya 35 penulis Malaysia dan 31 penulis Jerman yang dipilih oleh pembaca profesional dan peminat puisi daripada pelbagai terbitan buku dan majalah sepanjang 2009.
Penerbitan karya ini antara lain turut mengangkat tema kemanusiaan yang menyentuh falsafah hidup, pemikiran, prinsip, adat dan budaya kedua-dua bangsa, baik di Malaysia mahupun Jerman. Walaupun pengalaman sosial yang wujud antara masyarakat di Malaysia dan Jerman hampir sama, namun pengalaman peribadi dalam dialog dengan budaya yang lain belum mencukupi untuk mengeratkan hubungan dan jalinan sastera yang ada. Selain itu, penerbitan karya ini juga bakal mengeratkan lagi hubungan penggiat seni dan sasterawan kedua-dua negara melalui jalinan puisi terpilih yang diungkap di dalam buku ini.
Wawancara Sofa Putih ITNM menampilkan Amir Muhammad pada 29 April 2011 membincangkan isu pembacaan dan penerbitan di Malaysia.
Wawancara Sofa Putih Istimewa menampilkan YB Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Encik A. Jalil Ali (Ketua Pengarang Editorial Kumpulan Karangkraf) pada 28 April 2011 membincangkan isu "26,000 Judul Buku Setahun: Fungsi Kerajaan dan Peranan Industri".
Wawancara Sofa Putih ITNM menampilkan Ahmad Fedtri Yahya pada 28 April 2011 membincangkan penggunaan bahasa yang indah dalam bidang pengacaraan.
Wawancara Sofa Putih ITNM Bersama Dr. Siti Zainon Ismail dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 27 April 2011 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.
Sofa Putih ITNM yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 26 April 2011 menampilkan Rahimidin Zahari & Rosnan Abdul Rahman di Gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.
YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkesempatan mengunjungi Gerai ITNM pada 25 April 2011 selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.
Sofa Putih ITNM yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 25 April 2011 menampilkan MonoLoque di Gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.
YB Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia melawat gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada 24 April 2011.
Dialog Orang Muda @ Sofa Putih ITNM yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 24 April 2011 menampilkan Muhammad Lutfi Ishak dan Mohd Arif Atan di Gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.
Wawancara Sofa Putih ITNM bersama A. Ghafar Ibrahim (AGI) yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada 23 April 2011 di Gerai ITNM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.
Shamsudin Othman dan Nasriah Abdul Salam (penulis puisi dalam Dari Jendela Zaman Ini) diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar di Sofa Putih ITNM pada 22 April 2011 berkaitan isu penghasilan karya bermutu dan berkualiti tinggi dalam kalangan penulis muda di Malaysia. Saban hari didapati penulis muda tidak lagi ghairah menerapkan unsur sastera yang tinggi dalam penulis, tetapi sebaliknya lebih menggemari isi kandungan karya yang popular.
Buku "Perkhidmatan Awam: Meneraju Perubahan Melangkau Jangkaan" tulisan Najib Tun Razak telah diperkenalkan pada 22 Mac 2011.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut tentang LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal.
Karya kartun Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat di angkat ke pentas teater menerusi pementasan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal (LTBSM) pada 16 Mac hingga 3 April depan di Istana Budaya (IB).
Majlis sidang media diadakan di Bilik Sri Nilam, Istana Budaya pada 13 Januari 2010 yang turut dihadiri Datuk Lat, Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia, Encik Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani dan Pengarah Tall Order Productions, Encik Hans Isaac.
Sidang itu mengumumkan pelakon pelbagai bangsa seperti Awie sebagai Lat, Atilia sebagai Faizah yang juga isteri Lat selain Douglas Lim (Frankie), Sandra Sodhi (Mrs Hiew), Jalil Hamid (bapa Lat) dan Datuk Rahim Razali (A. Samad Ismail).
Tarikh: 19 Disember 2010 (Ahad)
Masa: 3.00 petang
Lokasi: Kinokuniya, Suria KLCC
Buku Makyung: Warisan Mistik Malaysia (versi bahasa Inggeris: Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia) adalah buku yang menghimpunkan segala elemen penting berkaitan tarian Makyung. Isi kandungan buku ini terbahagi kepada 10 bab yang menerangkan secara terperinci berkenaan Makyung – daripada sejarah dan latar belakangnya sehinggalah elemen artistik termasuk unsur teater, tarian, nyanyian, muzik, ritual dan ikon, termasuk sifat mistik yang merupakan elemen penting dalam seni persembahan tradisional ini.
Buku ini adalah satu khazanah besar Negara, kerana isi kandungannya yang mendokumentasikan segala aspek penting berkaitan seni persembahan Makyung. Usaha menerbitkan dan mengetengahkannya kepada masyarakat tempatan mahupun antarabangsa adalah sangat penting, bertepatan dengan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengangkat Makyung sebagai Masterpiece of the Oral & Intangible Heritage of Humanity pada 25 November 2005.
Buku ini ditulis oleh sekumpulan penulis yang mempunyai pengetahuan mendalam serta pengalaman luas mengenai Makyung, terdiri daripada Prof. Datuk Dr. Mohamed Ghouse Nasuruddin, Dr. A.S Hardy Shafii, Che Mat Jusoh dan Jumilah Md. Tahir. Hasil tulisan mereka kemudiannya dihimpun, diperkemas, dan disusun semula oleh Rahimidin Zahari serta Sutung Umar.
Buku ini diterbitkan dalam dua versi bahasa (Melayu serta Inggeris). Selain menyokong usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan program MBMMBI, penerbitan dalam dua bahasa ini juga bertujuan untuk membuka pasaran lebih luas terhadap buku ini, merangkumi jaringan tempatan mahupun antarabangsa.
Keputusan ITNM menerbitkan buku ini dibuat dengan pertimbangan bahawa Makyung adalah satu-satunya kesenian serta seni persembahan Malaysia yang mendapat pengiktirafan tinggi di peringkat antarabangsa. Hal ini adalah satu aspek penting, kerana dalam fenomena globalisasi dunia yang kini memperlihatkan kerakusan banyak negara untuk tampil mendakwa hak ke atas sesuatu yang asalnya dimiliki secara rumpun, Makyung akhirnya diangkat UNESCO sebagai satu produk yang mempunyai budaya paling hampir dengan tradisi asal masyarakat Malaysia. Justeru, usaha mendokumentasikan Makyung dilihat ITNM sebagai satu inisiatif patriotik, tambahan apabila tiada usaha dilakukan ke arah itu (oleh mana-mana pihak) selepas lebih lima tahun Makyung diberikan pengiktirafan global.
“Kami berharap semoga usaha ini dapat menjamin jangka hayat Makyung bagi tempoh lebih panjang, supaya generasi muda akan datang tidak kehilangan peluang untuk mengenali dan memahami tunjang serta warisan akar tradisi kita sejak zaman berzaman. Justeru itulah warisan ini perlu kita pelihara kerana ia adalah satu antara penyumbang kepada ketamadunan manusia yang telah kita capai dan kita nikmati hari ini. Usaha kami menerusi buku ini adalah demi menjamin kesinambungan yang berterusan, sekali gus memastikan ia tidak bertukar menjadi artifak sejarah sebelum tiba waktunya ia jadi begitu,” kata Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ketika majlis pelancaran buku Makyung di Kinokuniya, KLCC hari ini.
Buku Makyung ini juga pada 9 Oktober lalu, telah diperkenalkan ITNM kepada masyarakat antarabangsa apabila dibawa dan dilancarkan bagi tujuan pasaran hak cipta di Frankfurt Book Fair 2010. Selain buku tersebut, turut dibawa sama oleh ITNM ke Frankfurt bagi misi promosi buku ini adalah kumpulan persembahan Makyung daripada Istana Budaya, diketuai watak Pakyung yang dimainkan oleh Rosnan Abdul Rahman, anak Kedah yang kini antara pelapis utama kepada seni persembahan Makyung di negara ini.
Khusus bagi mempromosikan buku Makyung kepada khalayak Malaysia dan pelancong asing di negara ini, ITNM telah menjalin beberapa bentuk kerjasama dengan Kinokuniya Book Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. Ini antaranya termasuklah pelaksanaan promosi peragaan tetingkap (atau window display) di gedung buku tersebut bermula 13 Disember lalu, dan akan berterusan sehingga 31 Januari 2011. Selain buku Makyung ini, turut dipamerkan adalah koleksi busana serta peralatan muzik penting dalam persembahan Makyung.
Hasil kerjasama antara ITNM dan Kinokuniya, orang ramai turut berpeluang mendapatkan buku Makyung pada harga diskaun 20 peratus sepanjang tempoh promosi (13 Disember 2010 hingga 31 Januari 2011). Bagaimanapun, diskaun eksklusif ini hanya sah di Kinokuniya dan orang ramai perlu menyertakan penanda buku berkepil kupon diskaun yang boleh diperolehi daripada kaunter di Kinokuniya sepanjang tempoh promosi ini berlangsung.
Dijual pada harga RM159 senaskhah (atau RM164 untuk Sabah & Sarawak), buku Makyung ini boleh diperolehi di gedung buku Kinokuniya KLCC, serta semua cawangan MPH dan kedai buku utama di seluruh negara.
Malam Puisi Riong ITNM-Berita Harian-Istana Budaya berlangsung di Laman Beringin Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 12 November 2010, bermula jam 8.30 malam.
Sasterawan dan artis yang beraksi pada malam tersebut adalah Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI), Dr. Siti Zainon Ismail, Shamsudin Othman, Rahimidin Zahari, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali, Altimet, Tilu, Taheera Rosheena Mohamed, dan Ahmad Fedtri Yahya (TV3) sebagai pengacara majlis.
Tarikh: 26 Oktober 2010
Masa: 6.00 Petang
Tempat: Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Seramai 20 mahasiswa UIAM dari Quranic Language Division, Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) seramai telah mengadakan ke Wisma ITNM pada 8 Oktober 2010, jam 9.00 pagi.
Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH), Universiti Kebangsaaan Malaysia seramai 80 orang telah mengadakan "Lawatan Kembara Ilmiah" ke Wisma ITNM pada 4 Oktober 2010, jam 10.00 pagi.
Matlamat utama penganjuran mereka adalah untuk didedahkan tentang proses penterjemahan yang dilakukan oleh ITNM terutamanya teks-teks berbahasa Arab. Mereka turut diterangkan secara ringkas kaedah menterjemah teks bahasa Arab ke bahasa Melayu dan sebagainya.
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 diadakan pada 21 September 2010 di Dewan Utama, Wisma ITNM di Wangsa Maju.
Kertas-kertas kerja yang dibentangkan sepanjang seminar berkenaan ialah “Peranan ITNM dalam Memperkasakan Karya Terjemahan” oleh Mohd Khair Ngadiron, “Peranan Komuniti Buku dalam Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan” oleh Shaharom TM Sulaiman, “Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Penterjemah” oleh Syed Nurul Akla Syed Abdullah, “Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Pencinta Buku” oleh Rahimi Saad dan “Shariati, Rumi & Saya: Pengalaman Estetika Membaca Karya-karya Terjemahan: Perspektif Penulis” oleh Dr. Faisal Tehrani.
Kertas-kertas kerja lain yang turut dibentangkan ialah “Karya Terjemahan yang Mempengaruhi Peradaban Manusia” oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, “Gerakan Terjemahan Sebagai Gerakan Intelektual: Perspektif Sejarah Tradisi Intelektual Parsi” oleh Ahmad Kamil Zuhairi dan “Komik/Novel Grafik: Memupuk Budaya Membaca dan Menjana Minda Kreatif” oleh Zinitulniza Abdul Kadir. Sesi khas bicara bersama tokoh turut diadakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Potret Pencinta Buku, Penulis, Penterjemah dan Penerbit” oleh Abdullah Al-Qari Haji Salleh.
TERIMA KASIH
Selama 17 tahun menerajui bidang penterjemahan di Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berbesar hati dengan sokongan anda yang turut bersama-sama mendukung aspirasi kami untuk menjadi badan penterjemahan terunggul di Malaysia, sekali gus memperkukuhkan kelangsungan tradisi proses pemindahan ilmu untuk mencerdikkan akal budi bangsa.
ULANG TAHUN ITNM KE-17
(ITNM ditubuhkan pada 14 September 1993)
Iklan ini disiarkan di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Kosmo pada 14 September 2010.
ITNM telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Palace of the Golden Horses pada 2 September 2010 dengan dihadiri lebih 400 tetamu yang terdiri daripada Ahli Lembaga ITNM, Pengurusan ITNM, Warga kerja ITNM, Sasterawan Negara, pemenang Anugerah SEA Write Award, penggiat sastera, penulis, penterjemah, pencetak, kontraktor buku, pengedar buku, pekedai buku, penerbit kerajaan, penerbit swasta, media, dan pelanggan ITNM.
Industri perbukuan dan penterjemahan Malaysia maju setapak lagi dengan pelancaran novel bertajuk Nyawa di Hujung Pedang yang diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Korea.
Rakyat Korea Selatan kini berpeluang menghayati kesusasteraan Melayu melalui novel karya Ahmad Murad Nasaruddin itu yang dijual dengan harga 10,000 won (RM30) senaskhah.
Majlis pelancaran novel penerbitan terkini Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Paju Bookcity pada 27 Julai 2010.
Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron; pengurusan Paju Book City serta beberapa wakil penerbit dan penulis Korea.
Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Institut Aminuddin Baki menandatangani Memorandum Persefahaman, sekali gus melancarkan buku "Siri Kepemimpinan & Pengurusan Sekolah" serta "Siri Pembangunan Profesion Perguruan".
Ia diadakan bersempena Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan IAB.
ITNM menyertai Karnival Sukan 4 Penjuru R10, 2010 yang mempertandingkan acara bola sepak, futsal, badminton, ping pong, dart, dan karom.
4 Penjuru melibatkan ITNM, FELCRA, SAPURA dan Kelab Sukan Darul Huda.
Anda mungkin penyambung kepada 1,000 nyawa.
Jadilah insan prihatin dan sertai Kempen Derma Darah di ITNM pada Isnin, 5 Julai 2010 di Wisma ITNM.
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan ke Wisma Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada 10 Jun 2010 (Khamis). Para pensyarah diberikan penerangan oleh Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron; Ketua Jabatan Terjemahan dan Penerbitan, Puan Siti Rafiah Sulaiman; dan Ketua Jabatan Komunikasi, Pemasaran dan Jualan, Puan Zinitulniza Abdul Kadir berkenaan bidang penterjemahan selain didedahkan dengan realiti tugasan bidang penterjemahan yang dilaksanakan oleh ITNM.
ITNM menyumbangkan sejumlah buku terbitan ITNM kepada Rumah Amal Ummul Qura pada 3 Jun 2010. Rumah amal ini adalah pusat kebajikan yang menaungi lebih 40 orang terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin, warga emas, dan layak menerima zakat.
Pihak ITNM mengalu-alukan sebarang sumbangan kepada rumah amal yang terletak di No. 48, Jalan Anggerik 2D, Prima Beruntung, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor (asrama putera) dan asrama puteri di No. 1, Jalan Anggerik 2E/2.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Ustaz Sazaly: 013-239 4579
Ustaz Mazlan: 012-667 0308
Ustaz Azhir: 013-205 9528
Ustazah Hasnita: 013-636 2308
Ustazah Sumaiyah: 013-280 7125
Mahasiswa Kolej SEGI seramai 80 orang termasuk empat pensyarah telah mengadakan lawatan ilmiah ke Wisma Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada 1 Jun 2010 (Selasa). Mahasiswa daripada pelbagai bidang pengajian diberikan penerangan berkenaan bidang penterjemahan selain didedahkan dengan realiti tugasan bidang penterjemahan yang dilaksanakan olehITNM.
Setelah ITNM bekerjasama dengan Google melalui Google Books, ternyata Google bersedia untuk mengadakan lebih banyak kerjasama erat dalam pelbagai hal. Sesi penerangan tentang program Google telah disampaikan oleh Cik Lu Li, Strategic Partner Manager, Google Books, pada 27 Mei 2010 di Wisma ITNM.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) yang berlangsung pada 27 April 2010 di Hotel JW Marriot, Putrajaya.
Siaran akhbar Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) di sini.
Senarai Pemenang Peraduan Ulasan Buku ITNM di Facebook/Blog:
Pemenang Hadiah Pertama (RM5,000)
Mohd. Khuzairi Ismail@Mat Jusoh
Wartawan Utusan Malaysia
Pemenang Hadiah Kedua (RM3,000)
Muhammad Fadhli Al-Akiti
Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka
Pemenang Hadiah Ketiga (RM1,500)
Faizal Riduan
Penulis Kanan Milenia Muslim
Pemenang Paparan Buku Paling Kreatif (RM500)
Mohd Radzee Mohd Baki (http://clickplazza.com/)
Jurulatih sukan ekstrem
Institut Terjemahan Negara Malaysia menerima kehadiran mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seramai 80 orang termasuk dua pensyarah pada 13 April 2010 (Selasa). Mahasiswa daripada Fakulti Bahasa Arab Komunikasi tersebut diberikan penerangan berkenaan bidang penterjemahan selain didedahkan dengan realiti tugasan bidang penterjemahan yang dilaksanakan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Majlis Penghargaan Profesor Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh diadakan pada 5 April 2010 bagi menghargai jasa beliau yang telah mencurahkan bakti selama empat tahun sebagai Pengerusi ITNM. Majlis turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah dan semua kakitangan ITNM.
Lawatan pertama YB Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh selaku Pengerusi ITNM ke Wisma ITNM pada 9 Mac 2010.
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mula menyertai pesta buku terbesar di dunia, iaitu Pesta Buku Frankfurt secara serius pada tahun 2008.