Galeri Foto

Lawatan Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan ke Wisma Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada 10 Jun 2010 (Khamis). Para pensyarah diberikan penerangan oleh Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron; Ketua Jabatan Terjemahan dan Penerbitan, Puan Siti Rafiah Sulaiman; dan Ketua Jabatan Komunikasi, Pemasaran dan Jualan, Puan Zinitulniza Abdul Kadir berkenaan bidang penterjemahan selain didedahkan dengan realiti tugasan bidang penterjemahan yang dilaksanakan oleh ITNM.