Galeri Foto

Pelancaran Buku “Nyawa Di Hujung Pedang” di Paju Bookcity, Korea

Industri perbukuan dan penterjemahan Malaysia maju setapak lagi dengan pelancaran novel bertajuk Nyawa di Hujung Pedang yang diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Korea.

Rakyat Korea Selatan kini berpeluang menghayati kesusasteraan Melayu melalui novel karya Ahmad Murad Nasaruddin itu yang dijual dengan harga 10,000 won (RM30) senaskhah.

Majlis pelancaran novel penerbitan terkini Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Paju Bookcity pada 27 Julai 2010.

Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Ramlan Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron; pengurusan Paju Book City serta beberapa wakil penerbit dan penulis Korea.