ITBM Logo

Berita

Bengkel penerbitan dana penulis

31 Jan 2012 - Berita Harian

 

Bengkel dan taklimat penerbitan karya anjuran Insititut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional  Malaysia(PENA) dan Penerbitan Nasional Berhad (PNB) akan berlangsung di Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa,Kuala Lumpur, pada 5 Febuari ini,jam 9.30 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Mohd Khair Ngadiron, berkata bengkel itu bertujuan mengumpulkan manuskrip asli dalam pelbagai genre untuk penerbitan 2012 dengan dana penerbitan karya asli penulis muda yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak, Disember lalu ketika meraikan ulang tahun ke-50 PENA.

‘’Penerbitan di bawah dana terbabit tidak terhad kepada genre kepadkreatif kerana ITBM dengan dua lagi rakan kongsi pintar dalam program ini turut bertanggungjawab melancarkan penerbitan karya asli bukan cekera, tetapi manuskrip dimestikan mengunakan bahasa Melayu’’, katanya.

Bengkel berkenaan dibuka kepada penulis semua peringkat umur dan mereka yang berminat boleh dating ke Rumah PENA dengan membawa manuskrip masing-masing, tetapi manuskrip berkenaan  tidak akan dipulangkan sekiranya ia tidak terpilih untu diterbitkan.

‘’Bengkel  ini akan dikendalikan beberapa perunding dan fasilitator bagi memudahkan proses taklimat selain menjawab pertanyaan berkaitan daripada peserta. Saya menasihatkan peserta bengkel agar menyimpan salinan manuskrip asal kerana ITBM tidak akan memulangkan manuskrip sekiranya ia tidak terpilih untuk diterbitkan,”katanya.

Mohd  Khair berkata,mereka yang belum memiliki manuskrip, tetapi ada cadangan projek  penulisan juga digalakkan hadir pada bengkel terbabit.

Bengkel penerbitan dana penulis