Berita

Bidang Penterjemahan Perlu Sokongan Pelbagai Pihak

26 Aug 2010 - Berita Harian


“Di Malaysia, bidang penerbitan khususnya buku tidak diterima secara serius, berapa sangat peruntukan yang diberikan kerajaan kepada kita kalau nak dibandingkan dengan bidang lain.”
Mohd Khair Ngadiron
Pengarah Urusan ITNM

Walaupun yakin dengan keupayaan bidang penerbitan negara untuk terus berkembang sebagai satu industri, Mohd Khair tetap mengharapkan sokongan kukuh daripada pihak kerajaan bagi mencapai matlamat itu.

Katanya, kekangan dihadapi hari ini adalah peruntukan yang masih belum mencukupi bagi membantu mengembangkan potensi bidang terbabit.

“Di Malaysia, bidang penerbitan khususnya buku tidak diterima secara serius, berapa sangat peruntukan yang diberikan kerajaan kepada kita kalau nak dibandingkan dengan bidang lain.”

“Belum ada dana khas disediakan untuk penerbitan buku dan saya harap kekangan ini dikaji dan ditangani secara serius pihak berkaitan bagi memastikan perkembangan berterusan bidang penerbitan buku pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti dan gerakan penterjemahan juga perlu diperhebatkan dengan penyaluran peruntukan yang lebih banyak bagi tujuan itu.

Berbanding penerbitan buku, katanya, kos penterjemahan bukannya sedikit kerana ia membabitkan kos membayar hak cipta, royalti dan upah penterjemah.

“Namun ia dianggap sebagai pelaburan budaya yang sangat besar makna kepada tamadun bangsa apatah lagi jika ia membabitkan karya sastera yang tinggi nilainya.”

Selain itu, keperluan penterjemah yang lebih ramai juga dituntut bagi memikul tanggungjawab meletakkan diri sebagai pengantara bahasa dan budaya berbeza,” katanya.

Bidang Penterjemahan Perlu Sokongan Pelbagai Pihak