Stumps karya Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang diterjemahkan Adibah Amin daripada karya asal, Tunggul-tunggul Gerigis mengangkat antara karya terbaik Sasterawan Negara ini ketika beliau masih prolifik.
Pembaca yang suka kisah berlatarkan pedalaman dan berakarkan budaya bangsa Melayu yang penuh dengan sopan santun dan hidup saling membantu pasti rindukan novel setebal 318 halaman terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berharga RM30 senaskhah ini.