News

Dunia Buku: Sea of Rainbows

27 Aug 2010 - Berita Harian


Sea of Rainbows: An Anthology of Multi-Cultural Short Stories from Malaysia menghimpunkan 17 cerpen terjemahan karya pengarang muda yang dapat memberikan pengalaman budaya masyarakat majmuk di negara ini dengan latar akal budi Melayu dan cara hidup kaum Cina, India, Iban serta Bajau.

Buku setebal 260 halaman terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berharga RM30 senaskhah ini, masih mengekalkan warna budaya bangsa dalam kerangka kreativiti pengarang dalam menjawab persoalan yang mencabar tradisi lama dan sosiopolitik baru.

Dunia Buku: Sea of Rainbows