Berita

Dunia Buku: The Headhunter

20 Aug 2010 - Berita Harian


The Headhunter
terjemahan Mohd Fauzi Abdullah daripada novel asal Ngayau karya Amil Jaya mengangkat pertentangan antara kaum Kayan dengan Melanau melalui watak utama Lasa Kulan dan Boyong berlatarkan amalan ngayau, iaitu memburu kepala manusia sebagai tanda kepahlawanan untuk upacara korban tiang rumah panjang.

Novel setebal 154 halaman terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berharga RM25 senaskhah ini, memberi makna kemanusiaan dan persahabatan di sebalik peperangan antara rumah panjang dan suku kaum di Sarawak sekitar 1800-an dengan warna budaya tempatan dan amalan tradisional yang tidak lagi diamalkan kini.

Dunia Buku: The Headhunter