The Morning Post karya asal Hujan Pagi oleh Sasterwan Negara (SN), A Samad Said yang diterjemahkan oleh Hawa Abdullah boleh dianggap novel penting yang merakam komplikasi idealisme kewartawanan tanah air dengan arus persuratkhabaran yang baru melalui teknik realisme magis.
Novel setebal 555 halaman terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berharga RM40 senaskhah ini, menjalinkan unsur legenda dan sejarah, disiplin arkeologi serta astronomi pada latar politik yang wajar dijadikan rujukan sosial pada dunia kewartawanan kini.