Berita

Into The Light

19 Feb 2010 - Berita Harian (Sastera) - Dunia Buku


INTO The Light karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain adalah terjemahan Masuk ke Dalam Cahaya yang mengangkat kisah pengembaraan Zaman, berasal daripada golongan atasan dan hartawan, tetapi akhirnya mencari makna hidup sebenar.

Novel setebal 299 halaman terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) berharga RM25 ini, membawa pembaca menyelongkar kembara mistik Zaman yang ‘terperangkap’ dalam dunia halus dan menemukan watak seperti Munir, Haji Mukhlis, Pak Imam, Pak Bilal serta Ketua Kampung. 

Bintang: 5 bintang