KUALA LUMPUR: Dalam usaha Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mempertingkatkan mutu penterjemahan bahasa Melayu dengan pelbagai cara, kini mereka mengatur langkah dengan menggunakan komik sebagai bahan utama dalam terjemahan terkini bahasa berkenaan.
Ketua Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron berkata, idea ini timbul selepas melihat kejayaan yang dilakukan di beberapa negara seperti Jepun dan Korea.
“Sebagai contoh, komik Doraemon menjadi rujukan di Jepun dan Korea dalam medium pelajaran Sains dan Matematik yang mampu menarik minat kanak-kanak disebabkan karakter Doraemon itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 di sini, semalam.