Berita

ITNM Taja 5,000 Utusan Malaysia di Pesta Buku Anatarabangsa Kuala Lumpur 2010

18 Mar 2010 - Utusan Malaysia

INSTITUT Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menerima tajaan 5,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dijadualkan bermula Jumaat ini.

Turut hadir Pengurus Jabatan Komunikasi, Pemasaran dan Jualan ITNM, Zinitulniza Abdul Kadir dan Eksekutif Jualan Zon Tengah 2, Utusan Melayu (M) Berhad, Nik Khairul Anwar Muhammad Iskandar.

Menurut Mohd. Khair, ITNM akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang pesta buku tersebut seperti jualan buku, pertandingan untuk kanak-kanak dan wawancara sofa putih ITNM yang membariskan tokoh industri penulisan negara. '''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka meluangkan masa untuk membaca buku tulisannya yang bertajuk 'Menakhoda Zaman' di gerai ITNM pada hari terakhir pesta,'' katanya.

ITNM Taja 5,000 Utusan Malaysia di Pesta Buku Anatarabangsa Kuala Lumpur 2010