Berita

Kampung Boy ke Pentas Teater

22 Sep 2010 - Berita Harian


KUALA LUMPUR : Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan usaha sama Tall Order Theatre Production merancang untuk mementaskan teater muzikal, Kampung Boy karya kartunis Lat atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Nor Khalid di Istana Budaya, Disember ini.

Pengurus Jabatan Komunikasi, Pemasaran dan Jualan ITNM, Zinitulniza Abdul Kadir, berkata pementasan teater berkenaan akan disampaikan menggunakan bahasa kebangsaan dengan mengetengahkan elemen pembaharuan di pentas.

“Teater ini turut membabitkan pelakon dan krew pelbagai bangsa berikutan permintaan Datuk Lat sendiri.

“Kita memilih karya ini kerana gaya penceritaannya lebih berlatarbelakangkan kepelbagaian kaun dan budaya majmuk masyarakat Negara ini,” katanya selepas Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010, semalam.

Zinitulniza berkata, bertepatan konsep 1Malaysia itu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju menjadi penaung pementasan teater ini.

Buku kartun Kampung Boy berjaya diterjemahkan ke dalam 15 bahasa termasuklah versi Arab dilancarkan baru-baru ini.

Kampung Boy ke Pentas Teater