TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 TAWARAN ISTIMEWA ITBM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014 ITBM Logo

Berita

Kembara Buku 1Malaysia Tingkat Kesedaran Kepentingan Amalan Membaca

27 Sep 2010 - Sinar Harian


PUTRAJAYA - Menyemarakkan lagi semangat mem­baca dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai pentingnya amalan membaca buku antara objektif utama penganjuran Konvoi Jejak Buku 1Malaysia.

Selain itu, penganjur­an konvoi berkereta dari Putrajaya ke Pagoh Muar, juga dimeriahkan dengan pengumpulan maklumat dan pencarian ilmu sepanjang destinasi perjalanan yang disertai kira-kira 15 kenderaan.

Pengarah Program, Syikh Sazli Sabri, 35 berkata, matlamat utama penganjuran konvoi untuk menyemarakkan semangat membaca dan kesedaran tentang ke­pentingan amalan membaca dalam kalangan ma­syarakat setempat

“Program yang disertai kira-kira 15 buah kereta akan bergerak dari Putra­jaya hingga ke Pagoh Muar secara berkumpulan dan akan berhenti ke beberapa destinasi.

“Kita juga menganjurkan pertandingan mencari dan mengumpul maklumat yang mungkin sebelum ini tidak diketahui umum terdapat sekitar lokasi program,” katanya yang ditemui pada majlis pelepasan Konvoi Jejak Buku 1Malaysia di Kementerian Pelajaran, di sini, semalam.

Program anjuran Majlis Kebangsaan Buku Malaysia dengan kerjasama penuh Institut Terjemahan Negara Malaysia dan SASBADI Sdn Bhd.

Program berkenaan juga turut menawarkan wang tunai keseluruhan bernilai kira-kira RM6,000 kepada peserta yang berjaya menjawab soalan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan penganjur.

Di MUAR, Kembara Buku 1Malaysia Parlimen Pagoh selama tiga hari bermula pada 24 September lalu di Kompleks Sukan Pagoh di sini berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Seramai 96 guru dan 241 pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah dari seluruh Par­limen Pagoh telah mengikuti program tersebut

Sepanjang program ber­kenaan, kesemua peserta mengikuti kesemua aktiviti yang disediakan iaitu literasi Maklumat, Gerak Gempur Rakan Membaca, Info Hunt, Melawat Pusat Komuniti Jorak dan Pelancaran Sumbangan Buku 1Malaysia di Sekolah Menengah Ke­bangsaan Bukit Pasir.

Kembara Buku 1Malaysia Tingkat Kesedaran Kepentingan Amalan Membaca